BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 10, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 42
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Jangan mengada-ngada nak angkat pasu tu,"
Gerakan tangan Sabrina terhenti. Mendongak memandang wajah Datin Hamidah yang leka memotong pokok bunga kertas di hadapannya. Peluh yang mulai membasahi dahinya, disapu perlahan.
"Nanti jatuh lagi…,"sambung Datin Hamidah sambil terus dengan kerjanya. Langsung tidak memandang wajah Sabrina. Sabrina tersenyum kecil.
"Yalah,"akhirnya dia menjawab sepatah. Barangkali Datin Hamidah risau bunganya hancur lagi.
"Hai, aunty. Senang hati Nampak,"
Datin Hamidah menoleh. Sabrina pula, sekali lagi mengangkat mukanya. Bertemu dengan senyum lebar Darius.
"Darius. Buat apa kat sini?,"
"Nak jumpa Bad. Dah penat menunggu. Tak timbul-timbul,"
"Hari minggu. Biasalah. Berkurunglah tu. Ada janji dengan dia ke?,"
"Ha ah. Biasalah aunty. Kalau bukan hari minggu, bila lagi nak bersama-sama dengan isteri? Betul tak?,"balas Darius sambil bibirnya membalas senyum yang dihulur Sabrina.
"Bersama-sama isteri apa? Pagi-pagi lagi isteri kesayangannya tu dah keluar. Sejak akhir-akhir ni, macam tulah dia. Kalau tak ada Dayana, suka sangat berkurung dalam bilik,"
Darius tergelak.
"Dia lari dari seseorang kot?,"tekanya sambil matanya meratah wajah Sabrina yang sudah menunduk menyambung kerjanya. Sengaja mahu mengesan perubahan wajah gadis itu sebenarnya. Namun, wajah itu Nampak cukup bersahaja. Dia gagal menebak apa yang bersarang di hati Sabrina.
"Hai Sabrina. Lama tak jumpa…,"akhirnya dia menyapa.
Sabrina mengangkat muka sambil tersenyum kecil. Sapaan itu sekadar dijawab dengan senyuman.
"Kamu kenal Sabrina ke?,"Datin Hamidah bertanya hairan. Memandang wajah Sabrina dan Darius bergilir-gilir.
"Bad pernah kenalkan kami dulu,"
Datin Hamidah Cuma mengangguk. Sarung tangannya ditanggalkan perlahan lalu diletakkan ke dalam kotak perkakasan berkebunnya.
"Aunty nak masuk sekejap. Kamu tak nak masuk ke? Atau, nak tunggu di sini?,"
"Saya tunggu di sini,"
" Hmm… yalah. Sabrina, ingat. Jangan angkat pasu-pasu tu. Biar Rahman yang buat nanti,"
Sabrina tersenyum sambil mengangguk. Datin Hamidah berlalu.
"Bukan main sayang lagi kat menantu dia ya? Tak bagi angkat benda berat-berat,"
Sabrina tergelak.
"Dia sayang kat pasu dan bunga dia sebenarnya,"balas Sabrina bersama sisa gelak. Darius tersenyum. Wajah putih Sabrina yang sedikit kemerahan terkena bahang matahari menarik matanya untuk terus menikmati wajah itu. Keindahan anugerah Tuhan tidak sepatutnya disia-siakan. Dia tersenyum kecil. Tidak hairan mengapa Badrul sibuk hendak jauhkan diri dari gadis itu. Juga tidak hairan apabila Badrul lebih rela mengurung diri di bilik daripada terus berdepan dengan Sabrina. Lucu.
"Awak apa khabar sekarang?,"soalnya sambil memeluk tubuh. Memandang jemari Sabrina yang lincah mencabut rumput-rumput kecil di dalam pasu.
"Sihat,"
"Hati?,"
Sabrina mengangkat muka. Darius tersengih.
"Hampir sihat,"jawab Sabrina selamba.
"Baguslah. Harap-harap cepat sihat sepenuhnya ya?,"
Sabrina tersenyum kecil. Faham kiasan Darius. Dia memandang Darius sambil mengangkat punggung dari kerusi kecil yang didudukinya. Darius ditinggalkan. Dia bergerak ke pili. Membasuh tangannya yang sedikit kotor. Berpaling dari pili, dia sedar, pandangan Darius masih ke wajahnya.
"Ada cerita baru awak nak kongsi dengan saya?,"Darius bertanya lagi. Membuat Sabrina sedikit hairan. Kalau pun ada, tidak mungkin dia akan bercerita pada Darius. Berkongsi beban perasaan dengan lelaki bukan satu jalan yang baik untuk seorang perempuan yang sudah bergelar isteri orang. Itu yang sering dia dengar. Dan dia pegang pada kata-kata itu.
"Kenapa ya? Seorang di halaman. Seorang di bilik?,"
"Mana saya tahu. Itu Encik Darius kena Tanya Badrul,"
Darius tersenyum.
"Nanti saya Tanya. Tapi, sebelum tu, ada soalan lain untuk Sabrina,"
"Soalan? Untuk saya?,"
Darius mengangguk.
"Soalan apa?,"Sabrina bertanya hairan. Bergerak perlahan dari rimbunan bunga-bunga di sudut pagar. Ingin mencari tempat yang lebih redup. Pipinya sudah terasa hangat benar terkena panahan matahari. Darius mengekorinya dari belakang.
"Soalan apa, Encik Darius?,"sekali lagi Sabrina bertanya sambil memberi isyarat kepada Darius agar duduk di kerusi besi. Darius akur. Melabuhkan punggung ke kerusi serentak dengan Sabrina.
"Awak kenal Amira?,"
"Amira?,"
Darius mengangguk. Sabrina termenung seketika. Wajah Amira menjelma. Tetapi dia yakin, tidak mungkin Darius bercakap tentang Amira yang sama.
"Maria?,"
Mendengar nama Maria, membuat dia sedikit terkejut. Hatinya mula yakin. Pasti Darius sedang bercakap tentang Amira yang dia kenal.
"Macam mana Encik Darius kenal mereka?,"
"Amira. Kebetulan. Maria… of course dari suami awak,"
"Badrul kenal Maria?,"
Darius tersenyum. Ternyata Sabrina tidak tahu apa-apa.
"Dia jumpa Maria. Awak tahu?,"
Sabrina tersentak. Terkejut. Badrul berjumpa dengan Maria? Untuk apa lelaki itu berjumpa dengan Maria? Bulat matanya memandang wajah Darius.
"Badrul kenal Maria ke? Meraka kawan ke? Kenapa saya tak pernah tahu? Kenapa Badrul tak pernah cakap apa-apa pun kat saya? Kenapa…,"
"Wait…wait…satu –satu ya. Jangan Tanya sekaligus. Saya pun dah tahu nak jawab yang mana satu,"
Sabrina diam. Cuma kepalanya ligat berfikir. Tidak mungkin Badrul dan Maria saling mengenali.
"Badrul cakap dia pernah tengok gambar Maria dari awak,"
Sabrina terus diam. Fikirannya yang sedikit bercelaru, memaksa dia mengunci mulut seketika.
"Dia tak kenal Maria. Cuma pernah tengok gambar Maria dan pernah terserempak dengan Maria,"
"Macam mana dia boleh jumpa Maria?,"Sabrina menyusun soalan semula.
"Dari Amira. Kami pernah terserempak. Kebetulan saya kenal Amira. Dan Amira keluar lunch dengan Maria masa tu,"
"Kenapa dia nak jumpa Maria?,"laju Sabrina bertanya. Saat ini dia sudah tidak peduli bagaimana mereka boleh saling mengenali. Yang penting sekarang, dia perlu tahu kenapa Badrul mencari Maria. Apa yang Badrul ceritakan pada Maria?
"Dia mahu tahu sesuatu tentang awak, Sabrina,"
"Sesuatu tentang saya? Tapi, kenapa Maria?,"
"Sebab dia rasa, Maria tu, kawan awak. So, may be dia boleh dapat sesuatu dari Maria,"
Sabrina diam. Sungguh dia tidak menduga sejauh itu tindakan Badrul.
"Apa yang dia cerita pada Maria?,"
Darius menggeleng.
Sabrina mengeluh perlahan. Janganlah Badrul ceritakan tentang sapaan Ikmal di Yahoo! Mesenger nya. Dia tidak mahu Maria terluka mendengar cerita itu. Dia tidak mahu Maria mengesyaki Ikmal cuba menipunya.
"Awak nak tahu apa yang dia ceritakan pada Maria? Saya boleh minta Amira…,"
"Jangan. Jangan…saya tak mahu tahu apa-apa,"laju Sabrina menyampuk. Membuat Darius mengeluh lemah.
"Kenapa?,"
"Saya tak mahu ganggu dia lagi,"
"Kenapa?,"
Sabrina diam. Sebenarnya dia tidak mahu Maria tahu apa yang sedang dia alami. Dia tidak mahu Maria dan Ikmal tahu perjalanan hidupnya yang semakin hari semakin suram ini. Dia tidak mahu sampai Ikmal dan Maria tahu dia tidak bahagia. Tidak mahu Ikmal datang mencarinya dan meninggalkan Maria yang sudah banyak berkorban. Biarlah Ikmal dan Maria mengecap bahagia.
"Tapi, kenapa?,"sekali lagi Darius bertanya.
"Saya tak mahu dia tahu keadaan saya. Tolong ya. Jangan Tanya apa-apa pada Maria atau pada Amira. Jangan beritahu apa-apa pada mereka,"
Darius mengeluh perlahan. Memang itulah tujuannya. Dan, dia ke sini, memang mahu berjumpa dengan Sabrina. Ingin mendapat persetujuan daripada Sabrina untuk mengetahui apa yang Badrul dan Maria bualkan. Dia tidak berpuas hati dengan Badrul. Prasangka Badrul terasa sudah melebih-lebih pula. Sangkanya pasti Sabrina berminat untuk mengetahui apa yang menjadi topic perbualan antara Badrul dan Maria itu. Ternyata dia silap. Sabrina tidak berminat.
"Saya Cuma nak membantu,"
"Saya hargai. Tapi, please. Jangan ya. Saya betul-betul tak nak Maria dan yang lain tahu keadaan sebenar saya,"
"Hmmm… Kalau awak dah tak setuju, saya tak boleh buat apa-apa. Sangka saya, awak mahu tahu apa yang Badrul cakap dengan Maria,"
Sabrina Cuma memandang kosong wajah Darius yang sedikit kecewa.
"Peliklah awak ni, Sabrina,"akhirnya Darius merungut perlahan. Membangkitkan rasa hairan di hati Sabrina. Dia tergelak kecil.
"Pelik?,"
Darius mengangguk sambil tersenyum. Menongkat dagu bersama renungan yang tidak putus ke wajah Sabrina. Sabrina mengukir senyum. Senyum yang tidak begitu manis. Tidak senang dengan renungan Darius sebenarnya. Darius tergelak.
"Saya tahu apa ada dalam hati awak…,"
Sekali lagi rasa hairan menghambat jiwa. Darius menyambung gelaknya.
"Awak tak suka dengan renungan saya. Itu bezanya awak. Kalau perempuan lain, dia akan tersenyum malu. Tapi, awak, senyum sumbang. Nampak sangat awak tak suka,"
Sabrina diam. Darius menduganya. Untuk apa?
"Apa maksud awak? Awak ingat saya ni, perempuan macam mana?,"
Darius mengeluh panjang. Bersandar ke kerusi. Sedikit senang apabila Sabrina tidak lagi berencik dengannya.
"Saya tahu awak perempuan macam mana. Malah saya yakin awak perempuan macam mana. Yang saya tak faham, kenapa Badrul terus buta? Awak mesti lakukan sesuatu Sabrina. Jangan biarkan suami awak tu berterusan blur macam tu,"
"Blur? Siapa? Badrul?,"
"Dah tu, siapa lagi suami awak, kalau bukan Badrul?,"
Sabrina tersenyum.
"Awak mesti lakukan sesuatu untuk buktikan siapa awak sebenarnya. Saya yakin awak tak salah. Tapi, awak kena buktikan awak tak salah. Buktikan pada Badrul,"
Sabrina diam.
"Dan…yang peliknya tentang awak ni. Awak langsung tak nak tahu ke, apa yang suami awak bualkan dengan kawan baik awak, tentang diri awak?,"
Sabrina menggeleng.
"Malu saya. Rasanya saya yang lebih-lebih nak tahu,"
Sabrina tergelak. Lucu mendengar penjelasan yang terlalu jujur dari Darius.
"Kenapa?,"soalnya sepatah.
"Kenapa? Kenapa apa?,"
"Kenapa awak beria-ia nak tahu tu semua?,"
Darius tersenyum kecil mendengar soalan Sabrina. Perlahan dia menjungkit bahu sambil bersandar ke kerusi.
"Nak tahu?,"soalnya sedikit berteka-teki. Sabrina mengangguk.
"Pertama, sejak saya jumpa awak, ada sesuatu tentang awak yang menarik perhatian saya. Sesuatu yang terlindung. Saya tak tahu apa. Tapi, saya nak tahu, apa yang saya tak tahu tu. Kedua, saya tahu Bad salah menilai awak. Saya mahu bantu awak ubah pandangan Bad. Saya tak mahu dia kehilangan permata dalam genggaman. Itu sajalah sebabnya buat masa ni,"
Sabrina tersenyum panjang. Jawapan berbelit yang penuh pujian itu, sedikit menggeletek hatinya. Wajah ceria Darius dipandang lagi.
"Awak ke sini, sebenarnya…nak jumpa Badrul atau nak jumpa saya?,"
Darius tersengih.
"Nak tahu?,"Darius mengulangi soalan teka-tekinya.
Sabrina Cuma tersenyum.
"Okay. Nak jumpa Badrul, cuma alasan. Sebab sebenar, saya nak jumpa awak. Nak cakap pasal ni. Tapi, saya terkejut. Terkejut bila awak menolak cadangan saya untuk risik apa yang Badrul dan Maria cakap tentang awak..tentang dia…,"
"Apa yang Badrul nak tahu. Nak Tanya. Nak siasat. Itu bukan urusan saya. Saya tak perlu tahu,"
Darius mengeluh lagi.
"Okay. Yang tu, awak tak nak ambil tahu. Tapi, pandangan Badrul macam mana? Awak tak rasa nak ubah? Takkan awak nak Badrul anggap awak macam ni, selama-lamanya?,"
"Yang tu pun, saya dah cuba. Kalau dia berkeras tak nak percaya, tak mungkin saya boleh buat dia percaya. Sekarang, biarlah saya serahkan semuanya pada Tuhan. Kalau betul saya tak salah, pasti akan terbukti juga nanti. InsyaALLAH,"
Darius mengangguk perlahan. Betul juga. Bukan senang untuk meyakinkan lelaki sedegil Badrul.
"Awak nak jumpa Badrul. Dia dah tahu ke awak dah sampai ni?,"
"Entah,"
Sabrina kerutkan kening. Darius tersengih. Memang dia tidak pasti. Sampai sahaja tadi, dia terus berjumpa Sabrina.
"Saya panggil dia ya?,"
"Tak payah,"
Sabrina menoleh. Jawapan dingin itu, dia tahu dari mulut Badrul. Badrul tercegat di belakangnya dengan wajah yang langsung tidak manis.
"Dah siap ke?,"
"Kau tengok?,"soal Badrul dingin.
Darius tersenyum mendengar jawapan itu. Memandang Badrul sudah siap berpakaian sukan.
"Jomlah. Sabrina, jomlah temankan Badrul main tennis,"
Sabrina menggeleng sambil tersenyum.
"Betul kau tak nak ikut?,"Badrul turut bertanya. Memandang wajah Sabrina yang kelihatan sedikit terkejut dengan soalannya barangkali. Dia sendiri terkejut dengan soalan sendiri. Bagaimana soalan itu boleh terpacul dari bibirnya?
"Tak naklah. Awak pergi berdua dahlah,"
"Kalau kau nak ikut, aku boleh tunggu kau bersiap,"sekali lagi kata-kata yang terluah bukan dari akalnya yang waras.
"No. thanks,"
Mendengar Sabrina sekali lagi menolak, Badrul Cuma menjungkit bahu. Darius tersenyum kecil.
"Kalau macam tu, kita pergi sekarang, Bad?,"Darius bersuara sambil mengangkat punggung.
Badrul mengangguk. Beberapa langkah meninggalkan Sabrina, sekali lagi dia menoleh ke arah Sabrina yang masih di kerusi. Percaya atau tidak, dia mahu terus menatap wajah itu. Dia mahu terus berada di depan mata Sabrina. Dia mengeluh keras. Binggung dengan perasaan yang sudah mula merajai akalnya. Atas sebab itu jugakah, mulutnya begitu ringan mengajak Sabrina
Menyertainya. Semenjak pertemuan di bukit untuk ke sekian kalinya, tiba-tiba dia berasa begitu hampir dengan Sabrina.

***
posted by Penulisan2u @ 8:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 10/9/09 10:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eeeeeeeee....bila nak di novelkan cerita ne...
    best sangat...

     

  • At 10/9/09 4:10 PTG, Anonymous cik ting tong said…

    kak hanni..kalau da jd novel cite nih,jgn lupe bgtau la ye...
    nway tahniah,sbab cite ni best sgt2!
    karya kak hanni palingbbesh.

     

  • At 12/9/09 1:06 PG, Blogger bee said…

    wow!!! tahniah kak hanni novel ni makin menarik,jln cerita yg padat dan tak membosankn langsung,teruskn berkarya,tak sabar nak baca sambungannye lagi,jgn lambat ye kak hanni sambgn nye...gud luck...

     

  • At 12/9/09 1:23 PG, Anonymous zakiah said…

    cite ni memang best,,,,,
    moga dinovelkann,,,

     

  • At 13/9/09 8:41 PTG, Anonymous wanie_ayu said…

    best giler novel ni.xberganjak dpn laptop ble bca novel ni..cpt2 smbung ek kak hani..hehe..

     

  • At 14/9/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestlah cite ni....
    dah xsabar nak tunggu sambungan......
    kenapa xnovelkan je......
    kalu diterbitkan pasti laris.......
    mcm goreng pisang panas.....

     

  • At 15/9/09 1:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yela.cte ni best tul..tahniah2
    sedih n cian nye kat sabrina 2 kan..
    kdang2 kte susah nk bnilai pe y dah de depan mata
    xpenah puas ngn pe,kte ada..
    ~pandanasiza~

     

  • At 16/9/09 5:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x rugi n x jemu ak tnggu cite ni...
    hope ad la ksudahan k...
    kak hanni nyer cite mang best la...
    tahniah....

     

  • At 6/11/09 11:31 PTG, Anonymous syamizi azwaza said…

    best nyer. nape la c badrul tu mcm bingung dengan perasaan sndr. kne pilih btl2 yg mn kaca, yg mn permata. gud job writer!!

     

  • At 6/5/11 10:10 PG, Anonymous lela said…

    best cite nie.. cam tak nak berhenti membaca.. selalu tidur lewat kerana PAM..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group