BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 10, 2009
Novel : Penjara Rindu 23, 24
Nama Pena : Nia Arissa

Sekali lagi Farisya menerima sebuah kad beserta sekeping coklat. Di belek kad bersampul merah jambu. Farisya mengeluh. Sudah beberapa kali ia menerima kad dari penghantar yang sama. Farisya tidak mengendahkan akan kehadiran kad tersebut.

Semakin lama dirinya semakin rimas. Farisya menyambung kerjanya yang tergendala. Anisa masih belum muncul walau sudah dua jam Farisya menanti. Mereka sudah berjanji untuk mentelaah bersama di perpustakaan. Memandangkan bayangan Anisa yang tidak akan muncul, Farisya mengambil keputusan untuk pulang saja ke bilik. Mungkin di sana, ia tidak akan di ganggu dengan kehadiran kad-kad yang tidak pernah di undang.

Dia berharap agar semua ini datang dari suaminya, namun apabila berbicara di talifon tidak pernah pula Haziq membangkitkan perkara itu. Adakah ini agenda suaminya yang sengaja untuk mengujinya. Ataupun daripada seseorang yang mempunyai niat jahat terhadapnya. Farisya berjalan dengan pantas.

Setibanya Farisya di bilik, ia melihat Anisa yang sedang lena di atas katilnya. Mungkin ia lupa akan janjinya. Farisya meletakkan buku di atas meja study. Ia ingin membersihkan dirinya untuk menunaikan solat. Di capai tuala dan baldi lalu melangkah menuju ke bilik air di hujung banggunan.

Anisa terjaga dari tidur. Di menoleh ke arah temannya yang sedang menunaikan solat. Menanti Farisya selesai, ia menyandarkan tubuhnya.

"Kau tak sihat ke?" tegur Farisya selepas saja ia selesai memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.
"Aku sakit perut tadi. Tak sempat nak bagitau engkau. Kau dah lama balik ke?" Anisa bersuara perlahan.
"Tak la lama sangat. Kau dah pergi klinik ke?" Anisa menggeleng. Farisya mengerutkan dahinya. Kain telekung di lipat kemas. Melangkah perlahan ke arah katil lalu duduk berhadapan dengan Anisa.

"Kenapa kau tak ke klinik? Kata sakit perut,"
"Sikit je. Aku dah sapu dengan minyak angin tadi,"
"Betul ni. Kalau kau nak pergi klinik, aku boleh temankan," Farisya mempelawa dirinya untuk membantu Anisa. Kelakuan Anisa sedikit berlainan.

"Tak pe lah. Ok dah," Farisya mengangguk. Bag sandang dibuka. Kad yang di terimanya tadi di tunjukkan kepada Anisa bersama-sama kepingan coklat.
"Kau dah baca?" geleng Farisya.
"Aku malas nak baca. Pada aku tak penting pun,"
"Mana boleh macam tu. Kau tak mahu tahu ke siapa yang hantar semua ni pada kau," Farisya mengeluh.
"Entah la. Aku malas la nak panjangkan benda ni. Kau tak cuba tanya Sharul," kad masih lagi di tangan Anisa.

"Aku dah tanya hari tu. Aku pun ada bagitau dia yang kau selalu dapat kad dari peminat misteri. Tapi dia tak pernah nampak pun Aswad pegang sebarang kad," terang Anisa.
"Maknanya kita tak de bukti nak tuduh dia. Takkan aku nak serang dia macam je?" Farisya beralih tempat. Dilabuhkan punggungnya di sisi Anisa.

"Aku baca boleh?" Anisa meminta izin.
"Bacalah," Farisya memberi kebenaran. Anisa dengan perlahan membuka sampul kad berwarna merah jambu.

Berlari mengejar pelangi senja yang hilang di sebalik awan
Ku terdampar lesu mengingatkan dirimu
Aku lelaki yang kehilangan……

Kau terlalu cantik dalam kebaya unggu



Anisa memberikan kad yang telah di bacanya. Hatinya seakan pasti semua ini datang dari Aswad. Teringat akan kata-kata yang pernah di bacanya pada setiap kad yang diterima Farisya membawa satu erti iaitu kekecewaan seorang lelaki yang di tinggalkan. Dan seperti biasa, nota terakhir akan memuji penampilan Farisya.

Farisya menyambut huluran Anisa. Di bacanya kad tersebut.
"Aku dapat rasa la Isya. Kalau tak siapa lagi?" Farisya terdiam sejenak. Memikirkan akan kata-kata Anisa. Kalau tadi Anisa ada memeberitahunya yang Sharul tidak pernah melihat Aswad memegang sebarang kad. Tapi tak mustahil kalau ia melakukannya di tempat lain ataupun ia mengupah seseorang untuk mengaburi mata orang lain.

"Kalau iya pun Nisa, aku nak buat apa. Dia nak hantar berapa banyak pun aku tak kisah. Aku tak mahu ambil tahu pasal dia lagi," Farisya memohon pengertian Anisa.
"Kau tak nak selesaikan dengan dia?" wajahnya di tundukkan.
"Kalau dia tak mengaku macam mana? Nanti dia cakap aku sengaja reka cerita sebab nak rapatkan diri aku dengan dia balik. Antara aku dengan dia dah lama selesai sebenarnya,"

"Sampai bila kau nak biarkan dia buat macam ni," Farisya bangun merapati gambar perkahwinannya bersama Haziq. Tidak rela kebahagiaannya yang baru dikecapi terlerai.
"Aku sendiri tak tahu sampai bila dia nak ganggu aku dengan kad-kad tu. Lagipun kita tak lama lagi dekat kampus ni. Aku harap semua ni akan terhenti sendiri," Anisa mengangguk.

"Kalau macam tu, kau nak buat apa dengan coklat ni?" soal Anisa sambil menunjukkan kepingan coklat ditangannya.
"Kalau kau nak, makan la. Aku tak mahu,"
"Eh tak nak aku. Kalau dia jampi apa-apa dekat coklat ni maunya aku tergilakan dia pulak," di letakkan coklat itu di atas meja study berdekatan Farisya.

"Kau ni. Sampai ke situ pulak," seloroh Farisya. Lucu dengan andaian Anisa. Mana mungkin zaman yang serba canggih ini, masih ada yang percayakan perkara-perkara tahyul seperti itu.
"Dah kau pun takut nak makan," Anisa tersengih.
"Aku was-was je. Aku ingat nak bagi balik dekat budak yang hantar tu,"
"Kau kenal ke budak tu," dibiarkan soalan Anisa. Cuba mengingati kembali.

"Kalau tak silap aku dia budak junior. Lagipun setiap kali aku terima kad tu, budaknya tak pernah sama. Mungkin dia tak mahu aku dapat tahu kot. Dia masih mahu aku sentiasa tercari-cari," teka Farisya.
"Hai..sampai bila la dia nak main teka teki macam ni," Farisya mengangkat bahu.
"Manalah aku tahu. Lantak dialah," Farisya meletakkan kad itu ke dalam kotak.


*********

"Kau dah buat apa yang aku suruh," pertanyaan dibalas dengan anggukan.
"Sampai bila kita nak mainkan dia," dikesat peluh yang meleleh di dahi. Bahang kepanasan begitu terasa.
"Itu aku tak pasti lagi. Tapi aku nak kau teruskan apa yang kau buat sekarang ni,"
"Kau yakin tak kan ada siapa yang tahu?" wajah lelaki sebelahnya di renung.
"Kenapa? Kau takut? Kalau kau takut aku boleh cari orang lain. Ramai lagi yang nak buat kerja ni. Bukan susah pun kerja ni," tidak mahu mendengar sebarang alasan.

"Bukan itu maksud aku, ak…" takkan mungkin ia mahu menolak kerana habuan yang di terima terlalu lumayan.
"Kau tak perlu risau. Apa yang kita rancangankan akan berjalan dengan lancar. Lagi satu, kau jangan lupa sentiasa bagitahu aku setiap perkembangannya. Aku tak mahu dia terlepas," arahnya.
"Aku tahu. Setakat ni dia tak syak apa-apa lagi. Kau tak rasa salah ke buat semua ni, "

"Aku tahu apa yang aku buat ok. Salah atau tidak dah jadi perkara kedua. Janji hati aku puas, " suaranya di garaukan.
"Siapa kau sebenarnya?"
"Kau tak perlu tahu itu semua. Aku cuma mahu kau jalankan tugas kau mengikut apa yang telah aku rancangkan. Jangan sampai ada kesilapan walau sedikit pun," amarannya.
"Ni upah kau. Lepas semua ni selesai, aku tak mahu kita berhubung lagi. Faham," sampul di buka. Senyuman terpancar apabila terlihat habuan yang baru di terima. Tidak peduli dengan kesan yang bakal yang menanti sekiranya rancangan itu gagal.
"Faham," lelaki itu terpaksa menurut.

"Satu lagi. Aku nak kau rakam apa yang patut kalau ada kesempatan. Apa-apa yang boleh mendatangkan curiga,"
"Untuk apa. Kalau kantoi nanti macam mana?"
"Pandai-pandai la kau cari jalan. Takkan aku nak kena fikirkan semua tu untuk kau,"
"Tapi…" merasa serba salah. Risikonya terlalu tinggi.

"Kau nak buah fikirannya ke?" di kerutkan dahinya. Andai dilepaskan, takkan mungkin ia dapat menampung kos kehidupannya di Bandar.
"Bukan. Aku terima tapi kau jangan terlalu berharap. Bukan senang nak dapat benda ekslusif macam tu,"
"Baik. Aku setuju. Aku harapkan yang terbaik dari kau," hatinya kembali yakin.

"Kalau macam tu, aku balik dulu,"
"Tapi ingat. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut,"
"Aku janji," lelaki itu berlalu pergi.

Dinyalakan api rokok lalu di hembuskan asapnya ke atas. Dia tersenyum mengenangkan akan rancangannya. Rambut palsunya ditarik setelah yakin orang suruhannya berada jauh darinya, Dengan penyamaran ini, tiada siapa yang dapat mengesaki dirinya.

Panggilan dari Haziq tidak berjawab. Terlalu jauh ia mengelamun.
"Isya, phone kau dari tadi bunyi kau tak dengar ke," teguran Anisa membuat dirinya tersedar. Melihat pada skrin talifonnya terdapat beberapa panggilan tidak berjawab. Semuanya panggilan daripada Haziq. Segera di dail nombor talifon milik Haziq.

"Salam abang," Farisya memulakan bicara.
"Kenapa tak angkat call abang. Isya buat apa tadi," kepalanya ligat memikirkan alasan yang ingin di berikan kepada suaminya.
"Sorry, tadi Isya ke tandas. Kenapa abang call Isya," dia berbohong. Sedar akan perbuatannya adalah satu kesalahan. Biarlah. Asalkan Haziq tidak mencurigai dirinya. Masih belum puas ia menikmati kehangatan cinta dari Haziq.
"Ye ke. Saja je abang call. Rindu nak dengar suara sayang," Haziq tersenyum. Melangkah ke bolkoni sambil menikmati angin malam. Suara Farisya begitu dekat dihatinya.

"Tengah buat apa tadi?" Farisya membaringkan tubuhnya. Anisa membiarkan temannya berbual mesra bersama orang tersayang.
"Tak de buat apa pun. Baru balik dari rumah mama. Kak long pun ada sekali. Mama dah rindu nak jumpa sayang. Tak habis-habis asyik sebut nama sayang je," Mama Haziq sudah terlalu rapat dengannya. Masih teringat segala layan yang di terima sebaik sahaja dirinya mengahwini Haziq. Perasaan takut untuk berhadapan dengan ibu mertua pantas menghilang.

"Mama sihat?"
"Sihat. Bukan mama je yang rindu. Anak mama pun rindu juga. Rindu sangat," Farisya tersenyum. Faham dengan bahasa Haziq.
"Kan baru jumpa. Masih rindu lagi ke?"
"Kalau boleh, abang nak sayang sentiasa disisi abang. Takkan pernah terpadam api rindu yang sentiasa membara di hati abang ni. Takkan mungkin malap cahayanya,"
‘Wow..laki aku ni sejak bila pandai baca sajak ni…romantiknya…’
"Dari mana abang baca puisi tu? Setahu Isya, tak pernah pun nampak abang baca buku," wajah haziq bertukar kelat. Andainya Farisya di hadapannya, sudah lama dicubit-cubit pipi isteri ksayangannya itu.

"Kalau tak pernah nampak abang baca buku, maknanya semua tu kira abang yang reka la kan. Abang tak perlukan benda tu semua. Abang kan terror," Haziq ketawa.
"Eii..perasan la pulak abang ni. Isya ingat hati abang dah keras macam batu," sindirnya.
"Sampai hati sayang cakap macam tu. Kan sayang yang cairkan hati abang dulu," ketawanya mati. Terasa akan sindiran isterinya.
"Maaf. Isya tak terniat nak sakitkan hati abang," kemaafan segera di pohon. Terasa dirinya berdosa.
"Tak kisah la. Yang penting sayang dah jadi milik abang," Farisya menarik nafas lega kerana Haziq tidak lagi terasa hati dengannya.
"Sayang Isya tak pernah berubah," wajah Farisya merona merah. Kasihnya terlalu mendalam.
"Abang tahu dan abang percayakan sayang," itulah ayat terakhir dari Haziq sebelum talian di putuskan.

Anisa menyusun buku-buku yang tidak digunakan lagi. Sementara ada masa yang terluang, lebih baik ia bersiap lebih awal.
"Kenapa?" Farisya menggeleng sambil tersenyum.
"Apasal sengih macam kerang tak cukup nafas je. Penyakit kau dah datang balik. Asal lepas cakap dengan suami kau je, jadi tak betul. Pelik aku tengok. Aku pun bercinta jugak," Farisya ketawa.
"Hehehe…penangan cinta ni kita tak boleh jangka Nisa. Macam bom jangka. Kadang suka, kadang duka. Kejap baik, kejap gaduh. Tu baru seronok,"

"Eh makcik, sejak bila kau dah tukar jadi dokter falsafah. Banyak la kau punya seronok. Tak de pun orang cakap bergaduh dengan pakwe tu seronok. Kau sorang je yang cakap macam tu," tidak mampu mematahkan setiap hujah temannya.Dibiarkan saja Farisya yang sedang asyik melayan perasaan.

***********

Farisya membawa beberapa buah buku untuk dipulangkan. Tempoh yang diberikan sudah tamat. Anisa dari awal lagi sudah lama menghilang. Tidak pula Farisya tahu. Mungkin bertemu dengan Sharul barangkali. Farisya membawa sekaki payung untuk melindungi dirinya dari cahaya matahari yang agak terik.

Setelah berjalan hampir lima belas minit, Farisya tiba diperpustakaan. Agak lengang. Mungkin masih awal lagi untuk para siswa dan siswi turun berkunjung ke gudang ilmu itu. Lagipun tidak ramai lagi para siswi yang tinggal di kampus. Kebanyakannya sudah pulang ke kampong untuk bercuti. Nasib Farisya dan Anisa terpaksa menanti seminggu lagi kerana hari peperiksaan yang di jadualkan berada betul-betul di penghujung.

Setelah selesai memulangkan buku yang dipinjam, Farisya melangkah menuju ke kefe. Perutnya berbunyi minta di isi. Kalau selalu ia akan ke sana bersama Anisa, tetapi tidak pada hari itu.

Farisya bercadang mahu menikmati sarapannya di bilik. Berasa janggal untuk ia duduk keseorangan di kefe. Dalam waktu itu, kebetulan ia bertembung dengan Aswad. Insan yang pernah bertahta di hatinya satu tika dulu.

Wajah Aswad sudah banyak berubah. Disisinya terdapat seorang gadis yang setia menemaninya. Kalau tidak silap, gadis itu adalah juniornya. Dibiarkan saja Aswad dengan temannya. Tetapi terdetik di hatinya untuk bertanyakan kepada Aswad tentang kad-kad yang di terimanya. Farisya kembali semula ke dalam kefe mencari kelibat Aswad. Dari jauh lagi Farisya dapat melihat kemesraan antara mereka berdua.

"Assalamualaikum," Aswad mendongak. Terkejut dengan sapaan dari seseorang yang tidak pernah di jangka.
"Waalaikumsalam," gadis di sebelahnya menjawab salam Farisya. Farisya menghadiahkan senyuman.
"Boleh Han cakap dengan As sekejap," Farisya menjadi gugup. Masih membahasakan dirinya dengan nama yang pernah meniti dibibir Aswad. Sudah terlalu lama tidak bertemu wajah, Aswad semakin kacak.

"Duduk la kak," pelawa gadis disebelah Aswad. Mungkin kekasih barunya.
"Han takkan ambil masa panjang. Han cuma mahukan kebenaran," wajah Aswad di renung sehingga kedalam anak matanya.
"Maksud Han? As tak faham," Farisya menarik nafas panjang. Aswad masih seperti dulu. Sering bersuara lembut.

"Selepas hubungan kita putus, pernah tak As hantar apa-apa kad pada Han?" Farisya bersuara agak lemah. Gadis di sebelah Aswad berubah wajah. Berita yang di sampaikan Farisya menyentak tangkai hatinya. Aswad merenung Farisya agak lama. Andai Farisya bukan milik orang lain, sudah pasti di rebut kembali cintanya. Tapi sayang, sudah tertulis mereka tidak akan bersama. Hanya mampu berkongsi kasih untuk sementara.

"Kenapa Han cakap macam tu? " Aswad ingin tahu jalan cerita yang sebenar. Faham benar dengan perangai Farisya yang tidak akan bertindak selagi perkara tersebut benar-benar menggugatnya. Dibiarkan gadis di sebelahnya melayan perasaan.
"Sebenarnya, Han ada terima banyak kad sejak dua menjak ni. Tapi tak bernama. Ayatnya macam orang nak merebut kembali cintanya," terang Farisya. Aswad mengerutkan dahinya. Setahunya, tidak pernah walau sekali pun ia cuba berhubung dengan Farisya kembali setelah mengetahui Farisya telah pun menjadi milik orang lain.

"Bukan dari As. As tak pernah nak cuba rosakkan hubungan Han dengan suami. Mungkin orang lain," Farisya terdiam.
"Tapi siapa? Han tak pernah kawan dengan orang lain selain As,"

"Abang! Betul ke ni. Abang masih tak dapat nak lupakan dia ke," tiba-tiba gadis di sebelah Aswad bersuara. Terasa dirinya di pinggirkan. Melihat anak mata Aswad yang sering merenung Farisya membuat dirinya di kuasi api cemburu.

Aswad menjadi serba salah. Ia tidak menyalahkan kehadiran Farisya. Hatinya takkan pernah membenci gadis yang pernah mencuri hatinya.

"Bukan macam tu. Abang tak pernah buat semua tu. Ain kena faham," Farisya baru mengetahui nama gadis yang bertahta di hati bekas kekasihnya kini.
"Abang ingat Ain tunggul ke? Yang abang nak sangat tolong dia kenapa?" hilang rasa hormatnya pada Farisya. Menyampah untuk menatap wajah Farisya di hadapannya.

"Ain. Abang cuma nak tolong. Tak salah kan," Aswad memujuk lembut. Memang bukan jenisnya untuk mengasari sesiapa. Farisya sayu. Ain masih lagi seperti tadi.

"Tak pe la As. Han pergi dulu," Farisya bangun. Namun pantas tangan Aswad menariknya kembali membuatkan Ain semakin panas hati. Tak sangka Aswad berani melakukan sebegitu dihadapanya.

Aswad cuba mengawal keadaan supaya tidak menjadi semakin tegang. Tangan Farisya masih lagi tidak di lepaskan.
"As, please," rayu Farisya cuba melepaskan tangannya.
"Han duduk dulu," arah Aswad. Tangannya sebelah lagi turut menggengam erat tangan Ain. Farisya merasa kehadirannya telah membuatkan perasaan tidak senang di hati Ain.

Ain meronta-ronta namun pegangan Aswad sungguh kemas.
"Ain tak payah nak cemburu macam ni. Han milik orang lain. Dia dah kahwin Ain. Takkan mungkin abang akan kembali pada Han," Ain tidak mengendahkan pujukan Aswad. Padanya, Farisya telah menggegarkan keharmonian hubungannya bersama Aswad.
"Ain tak suka abang masih berhubung dengan dia. Kenapa dia kena minta tolong pada abang? Kan dia ada suami," Ain terlalu degil untuk di pujuk. Tidak seperti Farisya. Sejujurnya, Aswad mengakui Farisya adalah insan yang paling istimewa pernah dimiliki. Takkan ada insan lain yang dapat menggantinya.

"Please As. Maafkan Han," Farisya cuba melepaskan tangan dari pegangan Aswad.
"Han. Relax. Jangan ambil hati dengan kata-kata Ain. Dia memang macam ni. As akan cuba tolong Han," Farisya menggeleng. Dirinya merasa bersalah.
"Han…" Aswad dapat melihat mata Farisya yang berkaca. Kalaulah Farisya masih miliknya, sudah pasti Farisya tidak akan begini.

"Kalau boleh, As nak tengok kad-kad yang Han dapat tu. Petang nanti As akan tunggu Han depan pintu pagar asrama," pesannya. Farisya lega kerana Aswad telah melepaskan tangannya. Tetapi hatinya masih ragu-ragu dengan arahan yang Aswad berikan. Wajah Ain yang merah menyala di renung. Wajahnya mirip kepada seseorang. Tetapi Farisya tidak dapat meneka.

"Maafkan Han. Biarlah Han selesaikan masalah ni sendiri," Farisya pantas berlalu. Aswad tidak dapat mengejarnya kerana Ain lebih dulu menahannya. Bungkusan yang dibawa Farisya turut tertinggal. Aswad menoleh ke arah Ain. Merasakan gadis itu terlalu kejam.

"Kenapa tengok Ain macam tu?" Ain langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah. Aswad kesal dengan sikap Ain. Malas ingin melayan karenah Ain, Aswad pantas bangun meninggalkan Ain kebingungan. Bungkusan untuk Farisya di capainya. Jeritan Ain tidak di endahkan. Selama ini Ain tidak pernah menunjukkan sikapnya yang sebenar. Kepuraan Ain terserlah di hadapan Farisya. Sekurang-kurangnya, Farisya telah membuka mata hitamnya untuk menilai keperibadian kekasih barunya.


*****************

Wajah murung Farisya tetap terpapar. Anisa yang baru pulang, merasa hairan. Kalau selalu bibir temannya itu begitu ramah menyapanya, kini hanya diam membisu seribu bahasa.
"Kau pergi mana. Asyik hilang je. Tahu la ada buah hati, jangan la asyik tinggalkan aku," Anisa tersengih mendengar sindiran Farisya.
"Amboi, sejak bila dah pandai main sindir-sindir ni. Selalu pun aku macam ni apa dengan Sharul," jawab Anisa.

"Actualy aku ada benda nak cakap dengan kau. Er..Aku dah jumpa Aswad," Anisa berpaling. Memandang wajah Farisya. Serius wajahnya.
"Kau terus jumpa dia ke? Kat mana?" Anisa menanti jawapan dari Farisya.
"Aku terserempak dengan dia dekat kefe. Masa tu aku nak bungkus breakfast. Tergerak hati aku nak tanya dia pasal kad tu,"

"Kau cakap apa dengan dia?" membuka bungkusan di tangannya. Di hulurkan kepada Farisya. Farisya yang merasa lapar segera menyambut huluran Anisa.

"Cakap apa lagi, pasal kad tu la. Dia tak pernah hantar pun. Satu lagi, dia dah ada kekasih baru," nampaknya Farisya telah mengetahui yang Aswad sudah pun mempunyai pegantinya.
"Sebenarnya aku dah tahu lama dia ada kekasih baru. Tapi aku malas nak bagitahu kau," Farisya faham akan niat temannya. Untuk apa dirinya terasa. Aswad tiada kena mengena lagi dalam hidupnya. Semuanya sudah berlalu.
"Aku tak kisah. Cuma hairan. Kalau bukan dia yang hantar, siapa pula. Selain dari Aswad dan Haziq, aku tak pernah ada kawan dengan orang lain. Tu yang buat aku pening kepala. Lagi satu dia cakap nak tolong aku carikan siapa yang hantar kad tu. Dia nak tengok kad yang aku dapat tu," Anisa mendengar cerita Farisya dengan minat.

"Ye ke. Aku ingat dia tak nak layan kau lagi dah. Bagus juga dia tu kan. Tak pernah kisah walaupun kau pernah kecewakan dia," Farisya menganguk.
"Masa kau cakap dengan As tadi, girls dia tak cakap apa-apa?" Farisya ketawa.

"Maunya tak. Dia ingat yang As tu masih tak boleh nak lupakan aku. Nasib baik tak berperang. Kira As ni pandai kawal keadaan la. Merah padam aku tengok muka dia," terang Farisya.
"Sekurang-kurangnya kau dah cuba tanya. Bila kau nak bagi dia tengok kad tu?"
"Dia cakap petang ni. Aku cuma nak tanya je bukan nak minta tolong dari dia,"
"Tak kisah la. Yang penting dia ikhlas nak tolong kau. Kau dah prepare ke?"

"Prepare apa pulak ni?" Anisa menjeling.
"Paper exam la. Tapi aku yakin, soalan yang keluar tu nanti mesti sebijik macam muka laki kau," Farisya hampir tersedak.
"Apasal pulak ada kena mengena dengan laki aku," Farisya bercekak pinggang. Anisa sudah bersedia untuk ke tandas.
"Sebab aku tengok kau asyik tengok gambar laki kau je. Tak de pulak aku tengok kau baca buku. Tu yang confirm keluar muka laki kau tu," Anisa ketawa berdekah-dekah.
‘Mak aih kawan aku…gelak mengalahkan orang jantan…kalau Sharul nampak mesti cancel nak buat bakal bini..’

"Paper last kacang je la. Subjek senang. Aku dah prepare awal la," kotak berisi kad di renung.
"Jangan takbur tau. Pasal satu paper pun kau boleh kantoi," cuba menakutkan Farisya.
"Ish.. kau ni. Macam doa kan aku je," Anisa tersengih.
"Yang kau tersengih sorang-sorang tu apasal. Dah berjangkit dengan penyakit aku. Ubat apa yang Sharul bagi dekat kau?" Anisa ketawa mendengar sindiran Farisya.

"Bukan ubat tapi kuih yang kau makan tadi tu sebenarnya As yang bagi. Dia cakap kau tertingal dekat kefe tadi," Farisya merenung kuih yang tinggal separuh di makannya. Punyalah dia tidak perasan. Anisa segera melangkah keluar apabila tangan Farisya sudah mengangkat tinggi bantal kecil untuk menyerangnya. Jika tidak sudah pasti tubuhnya menjadi mangsa. Akhirnya, ia tersenyum sendirian.
posted by Penulisan2u @ 8:17 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 10/9/09 9:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bestnya....Jadi org pertama bagi komen....Gud Job...

     

  • At 12/9/09 11:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmng best crita ni..penuh suka dan duka dlm alam perkahwinan...menyentuh jiwaku..tahniah kpd penulis..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group