Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hello. Assalamualaikum," suara Encik Haikal kedengaran di telefon. Anis yang sedang tertekan semasa menyiapkan assignment terus berubah gembira.
"Waalaikumussalam, papa.Papa …adik rindukan papa," ujar Anis dengan nada gembira.
"Papa pun rindukan sangat pada adik tau. Papa call ni sebab papa nak adik balik minggu ini. Boleh tak?" ujar papa dengan lembut.
"Kenapa papa nak adik balik?" soal Anis. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Ada hal yang papa dan mama nak bincang dengan adik. Kalau adik balik nanti baru papa ceritakan pada adik. Adik balik ya," ujar papa bersungguh-sungguh.
"Kalau macam itu, nanti hujung minggu adik balik. Adik pelik la papa. Apa perkara yang penting sangat tu?"
"Adik balik la dulu nanti adik tahu ya. Adik belajar rajin ya. Papa nak anak papa ni berjaya macam Abang Ikram dengan Kak maya. Janji denagn papa ya?" Anis pelik. Lain benar papa hari ini. Di dalam kepalanya berligar-ligar kemungkinan yang akan terjadi seandainya dia pulang ke rumah nanti.
"Baiklah papa.Adik janji untuk belajar bersungguh-sungguh. Papa jaga kesihatan. Jangan kerja kuat sangat. Abang Ikram dan Kak Maya ada. Dorang boleh tolong papa kat pejabat. Papa ambil la cuti," Anis bimbangkan kesihatan papa. Kebelakagan ini papa sering batuk dan selesema. "Baiklah Dr Anis," jelas kedengaran papa ketawa.
"Ala…papa ni. Adik cakap betul dia main-main pula. Geramnya adik dengan papa."
"ye la ye la…papa minta diri dulu ye. Sekejap lagi papa ada majlis makan malam kat rumah kawan papa kat Kota Damansara. Jangan lupa tau balik hujung minggu ni."
"Ya papa. Hujung minggu ni adik balik. Okay papa. Assalamualaikum." Anis menekan butang hijau telefon miliknya.
Dia memikirkan permintaan papa tadi. Kalau di ikutkan hati dia tidak mahu pulang ke rumah tetapi mengenangkan papa yang beria-ria mahu dia pulang ke rumah. Dia akur. ******************************************************
Aku ke rumah papa di Proton City pada cuti semester universiti. Sesungguhnya berat benar hatiku untuk pulang ke rumah ini. Desakan papa yang menyuruh aku pulang ke rumah walaupun aku lebih menyukai menghabiskan masa cutiku di universiti. Bukannya aku tidak merindui papa tapi aku tidak mahu papa dan mama berselisih faham hanya di sebabkan aku.
Berdiri di hadapan rumah ini membuatkan diriku bercelaru dan keliru. Teksi yang menbawa aku ke sini pun sudah berlalu pergi. Aku tidak pasti sama ada hendak menekan loceng atau berlalu pergi saja. Namun dalam aku termangu-mangu, pintu pagar tiba-tiba terbuka secara automatik. Kelihatan papa dan mama di muka pintu. Aku terpaku di situ, hanya memandang papa menghampiri aku. Mama hanya menunggu di muka pintu. Mungkin di atidak senang dengan kehadiranku.
Aku menyalami dan mengucup tangan papa. Tatkala tanganku menyentuh tangannya, rasa sebak menyelubungi dadaku. Aku terlalu rindukan papa. Selama ini gambar papa yang menemaniku di saat aku rindukan papa. Aku menuruti langkah papa menuju ke dalam rumah. Aku bersalaman pula dengan mama tetapi salamku hanya di tepis begitu sahaja. Jelas di riak wajahnya tidak menyenangi kehadiranku. Papa hanya memandang saja kerana dia sudah mengerti bagaimana layanan mama pada aku selama ini. Sudah banyak kali papa menasihatkan mama tapi sikap degil mama membuatkan papa tidak boleh buat apa-apa lagi.
Selama ini aku merasa terlalu asing di rumah ini. Ada pepatah mengatakan rumaghku syurgaku tapi tidak bagi aku. Aku lebih selesa berada di mana-mana asalkan bukan di rumah ini.
"Papa tak kerja hari ini?" Soalku sambil memandang papa.
"Entahlah..Papa rasa macam ada orang jauh nak datang…sebab tu papa tak pergi kerja." Rasa hiba menyelubungi hatiku setelah mendengar kata-kata papa. Sebegini sayu dan sebegini dekat dengan papa. Aku mengalih pandangan ke arah mama. Mata kami saling bertatapan. Aku menatap wajah mama dengan penuh harapan untuk dia mengatakan yang dia juga rindukan aku. Aku sedar yang mama tidak akan mengatakan ayat itu pada aku kerana selama ini mama memang tidak sukakan aku. Benci sangatkah mama pada aku? Besarkah dosaku pada mama selama ini?
"Anis pun satu. Nak balik sini tak bagitahu papa pun. Kalau tak, boleh papa suruh Pak Mat ambil Anis di universiti."
"Eh…tak perlu la papa. Anis boleh balik sendiri. Anis dah biasa pun."
"Ala dai dah beasr, abang. Dia tahu la macam mana nak balik ke sini. Buat apa nak suruh Pak Mat ambil dia. Dia dah besar panjang. Pandai la dia jaga diri dia." Sedih hatiku setelah mendengar kata-kata mama. Aku memandang ke arah papa. Dia hanya memberi isyarat supaya aku bersabar. Selama ini aku selau di beza-bezakan. Waktu Abang Ikram belajar dulu, tiap-tiap minggu mama menyuruh Pak Mat mengambil Abang di Universiti. Hendak di bandingkan universiti Abang dengan aku, jauh lagi Abang.
"Macam mana belajar? Ok?" Aku tersentak lalu mengalihkan pandangan ke arah papa.
"Belajar? Baik saja, papa. Erm.." Mataku melihat ke sekeliling rumah. Rumah elit yang baru saja di diami papa dan mama sungguh cantik di hiasi degan rekaan ala inggeris. Rekaannya tentu pilihan mama. Papa lebih menyukai rekaan seperti rumah kampung.
"Abang Ikram mana papa? Soalku
"La…sekarangkan waktu kerja. Mana lah Abang Ikram ada kat rumah. Tambahan pula, dia tengah outstation di Johor Bharu. Esok atau lusa baru dia balik."
"Alamak..Anis lupa la, papa."
"Kenapa Anis jarang balik sini? Nak kata KL jauh sangat dari sini, tak lah juga. Sejam saja. Sibuk sangat ke kat universiti?"
"Sebenarnya, Anis sibuk sikit. Bnayak assignment dan projek yang Anis kena buat. Tambahan pula tak lama lagi kan, Anis dah nak graduate. Sebab itu jarang balik sini," Ujarku walaupun itu semua hanya alasan semata-mata. Kebiasaanya waktu cuti semester, aku akan berada di universiti. Kadang-kadang aku ke rumah teman sebilikku di universiti, Amy di Kedah. Aku lebih selesa apabila berada di kalangan keluarga Aina. Mereka terima diriku seadanya.
"Papa harap Anis lama kat sini. Selalu la balik ke sini," Ujar papa bersungguh-sungguh. Aku memandang ke arah papa. Mencari keikhlasan dari kata-kata itu. Tapi apakah itu hanya harapan papa sahaja? Bagaiman pula dengan mama? Aku memandang mama, berharap mendengar kata-kata yang sama dari mama tapi hampa. Aku tahu semua itu hanya angan-angan aku sahaja untuk mama rindukan aku.
"Dah la..Anis pergi la masuk bilik dulu. Mandi, solat dan rehat. Nanti kita makan sama-sama. Papa sudah suruh Mak Jah sediakan makanan kegemaran Anis. Daging masak merah."
Aku hanya menuruti arahan papa. Aku membawa beg galas naik ke atas menuju ke bilikku. Aku memandang ke segenap penjuru bilik. Walaupun bilik ini kecil untuk di bandingkan dengan bilik adik-beradikku yang lain. Tapi ia cantik dan lengkap dengan segalanya. Semua ini tidak bermakna kerana hatiku tiada di sini.
"Adik... mari duduk kat papa sekejap." Anis akur lalu duduk bersebelahan dengan papanya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang papa ingin katakan. Drai riak muka mama pun sudah dapat di aaak.
"Kenapa papa?" soalku
"Papa ada hal nak bincang dengan adik ni."
"Hal apa papa?"
"Adik masih ingat tak pada Encik Ikhwan. Kawan papa yang datang rumah hari tu. Anaknya nama Zakuan tu. Kawan adik masa kecik-kecik dulu."
"Ingat papa. Kenapa dengam nereka?"
Riak wajah papa tidak keruan seperti dia ingin mengatakan sesuatu yang susah di luahkan.
"Macam ni sebenarnya. Minggu lepas mereka ada datang ke sini membawa hajat. Mereka datang merisik adik."
Anis mengangkat muka lalu menatap wajah papa. Adakah betul apa yang di katakan papa atau aku hanya bermimpi.Apa sebenarnya yang berlaku ni. Adakah itu sebabnya kenapa papa beria-ria mahu aku pulang ke rumah. Terbayang di kepalanya wajah Encik Ikhwan, Ibu Rina dan Zakuan. Ah! lelaki yang di bencinya.
"Adik setuju tak?" soalan papa menyentakkan aku. Aku menatap dalam-dalam wajah papa.
"Jujur adik cakap papa. Adik tak suka dengan Zakuan. Adik tak nak kahwin dengan dia. Papa tolong faham perasaan adik ya." ujarku memohon simpati papa.
"Ala orang dah nak terima je la. Sampai bila kami nak tanggung adik," kata-kata mama menampan telingaku. Ah! ini semua tentu cadangan mama. Sejak dari dulu mama memang bencikan aku.
"Keputusan adik muktamat. Sama ada mama suka atau tak adik tak nak terima lamaran tu. Teman adik, biar adik yang pilih." lalu aku bangun dari sofa menuju ike anak tangga. Papa hanya berdiam diri. Tiada apa kata-kata yang di utarakan untuk mempertahankan diriku. Aku tahu papa dalam dilema. Memilih untuk menjaga hati mama atau hati anaknya ini. Aku tak salahkan papa.
"Anak tak sedar diri. Sedarlah sikit. Adik hanya menumpang dalam rumah ini."
Kata-kata mama menghentikan langkah kakiku. Ya. Aku sedar yang selama ini aku hanya menumpang di rumah ini. Aku juga sedar mama tidak pernah menerima kehadiranku di dalam rumah ini. Air mata mengalir di pipi. Hujan sudah melanda di hatiku. Di teruskan juga langkahku. Aku tekad esok aku mahu pulang ke universiti.
manjenye anis ngan ayah die..nape ngan mama anis sbnarnye..eieiii x sabar nak sambung bace..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la dia anak angkat ker!! cepat nak baca lg!!