Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ary?" Anisa berusaha untuk mengenal susuk tubuh seorang pemuda yang berdiri tidak jauh di hadapannya. Namun pemuda itu kelihatan terhuyung-hayang sambil dipeluk oleh seorang wanita. Wanita itu seakan cuba untuk menahan pemuda tersebut daripada jatuh ke atas jalan.
Anisa mengecilkan lagi matanya. Bukan ke perempuan tu minah gedik yang aku jumpa dengan Ary tadi siang? Anisa membuat perkiraannya sendiri. Sekarang kan dah tengah malam. Diorang buat apa kat sini? Rumah siapa tu? Pelbagai pertanyaan berlegar di benak Anisa..
" Kenapa Nisa?" Zaida rakan serumah Anisa menegurnya apabila dia melihat Anisa sedang ralit memerhatikan sesuatu..
" Ha?" Anisa terkejut sewaktu Zaida tiba-tiba menegurnya. Sebenarnya Anisa hanya menemani Zaida untuk berjumpa rakan sekelasnya bagi memberikan kertas projek mereka. Oleh kerana rumah teman Zaida itu tidak jauh dari apartment mereka dan hari juga sudah larut malam, Anisa mengambil keputusan untuk menemani Zaida. Namun lain pula yang dilihatnya..
" Urm..takde pape..aku macam nampak Ary..anak Aunty Sarah..kenal kan?" Anisa pantas memberitahu sambil matanya tidak lepas dari memandang kedua orang manusia tersebut!
Zaida yang ketika itu masih rancak berbual bersama Jessica tidak dapat mencari kelibat orang yang dimaksudkan Anisa..
" Mane? Aku tak.." belum sempat Zaida bertanya Anisa telah memotong cakapnya.. " Kau tunggu sini kejap ye? Aku nak buat investigation sekejap.." Anisa lantas pergi meninggalkan Zaida. Zaida hanya membiarkan kerana dia juga masih ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Jessica mengenai projek bersama mereka. Urm biarlah…
Anisa bergerak mendekati tempat dia melihat Ary dan minah gedik itu.. " Seingat aku bukan ke malam ni ada birthday party minah gedik tu?" Anisa berkata di dalam hati..
" You nak bawak I pergi mana ni?" kedengaran suara Ary bertanya kepada perempuan itu. Namun Ary kelihatan separuh sedar dan dia seakan cuba menolak perempuan itu daripada terus memeluknya. Kedudukan Anisa hanya bertentangan dengan Ary dan minah gedik itu. Namun mereka dipisahkan oleh sebatang jalan yang sebenarnya boleh dikatakan agak sunyi. Perempuan itu tanpa bicara terus memapah Ary untuk masuk ke dalam rumah tersebut..
" Kan I suruh you hantar I balik rumah? You tak faham ke?" Anisa masih dapat mendengar butir bicara Ary dari tempat dia berdiri kerana Ary seakan menjerit sambil memegang kepalanya..tak boleh jadi ni!
" Ary!" Anisa lantas menjerit memanggil nama Ary dari seberang jalan namun di saat itu jugalah ada sebuah kenderaan yang melalui jalan tersebut.. Aduh! Menyibuk aje..besok-besok je kau lalu jalan ni tak boleh ke? Anisa menyumpah di dalam hati… " Fahry!" kali ini jeritan Anisa lebih kuat dan Ary berserta perempuan itu akhirnya menoleh.
Ary menggelengkan kepalanya berkali-kali. Eh betul ke yang aku nampak ni? Anisa? Selebihnya Ary sudah tidak dapat memproses apa yang dilihat..kepalanya seakan ingin pecah pada saat itu juga…
Anisa lantas menyeberang jalan dan menuju kearah Ary dan perempuan tersebut " Kenapa dengan Ary? You nak bawak dia pergi mana?" Anisa terus bertanya sebaik tiba di situ. Dia akhirnya turut membantu memegang lengan Ary bagi mengelakkannya daripada terjatuh ke atas jalan. Aduh! Berat nya mamat ni…
" Kau jangan nak menyibuk la betina!" minah gedik itu lantas menengking Anisa. Sudahlah dari tadi dia terpaksa memapah Ary, bila rancangannya hampir berjaya, ada sahaja yang mengganggu!
Amboi, main kasar nampak! Anisa membentak di dalam hati.. Lalu dengan sepenuh tenaga perempuan yang dia ada Anisa pantas menarik Ary dari genggaman tangan perempuan gedik itu. Hampir terjatuh Anisa dibuatnya..mujurlah saat itu Ary juga berada dalam keadaan separuh sedar, jadi lebih mudah untuk ditarik sesuka hati.
" Kepala I Nisa.." hanya itu yang terkeluar dari mulut Ary " I hantar you balik!" Anisa menjawab tegas.. Namun belum sempat Anisa menoleh lengannya telah ditarik oleh perempuan tadi " Hei, kau jangan kurang ajar boleh tak? Dia boyfriend aku! Sukati aku lah nak buat apa pun!" perempuan gedik itu masih menengking Anisa.
" Do I care?" Anisa juga menjerit kearah perempuan tersebut " Lantak la dia boyfriend kau ke! Laki kau ke! Bapak kau ke! Ada aku peduli?" Anisa membalas percakapan wanita itu semula sambil menjeling
Pada saat itu juga, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa Negro dan bertubuh tegap keluar dari rumah yang ingin dituju oleh Ary dan perempuan tadi. " What happen Melly?" lelaki itu pantas bertanya kasar. Anisa masih sempat melihat perempuan dihadapannya yang mungkin bernama Melly itu seakan terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia pantas melepaskan tangan Anisa dan membetulkan kembali rambutnya yang sudah tidak terurus itu. Kemudian perempuan yang dipanggil Melly itu terus mendekati lelaki Negro itu sambil memeluk dan menyium pipi lelaki tersebut.
" Nothing honey! I’m juz wanna help that girl and her boyfriend.." Melly menjawab dalam keadaan gedik. Aduh! Cepat nya berubah..dasar perempuan….!! Jerit Anisa di dalam hati..
" Come honey.." Melly terus menarik lelaki Negro itu untuk masuk ke dalam rumah namun dia masih sempat menjeling Anisa..
Anisa yang sedari tadi menahan Ary daripada jatuh sudah tidak dapat mengawalnya. Kudratnya sudah habis menengking dan menahan perasaan marah dan geram terhadap perempuan gedik itu. Akhirnya tubuh sasa Ary terbaring pengsan di bahu jalan dan Anisa pula sudah terduduk..apa yang lebih parah sebenarnya Ary sudah termuntah di atas baju Anisa! Aduh, sudah!
" Zaida! Help me!!" Anisa pantas menjerit sekuat tenaganya yang masih tersisa untuk memanggil rakan serumahnya. Namun saat itu juga dia menoleh ke arah sekililing. YA ALLAH..dah jauh rupanya aku dari rumah Jessica!
Anisa lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Zaida. Tanpa salam Anisa terus berkata-kata.. " Zaida! Please help me! Kau pinjam kereta Jess kejap! Ary! Aku nak tolong Ary…" Anisa pantas menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku kepada Zaida " What? Ok, I’ll come..where are you now? Ok..juz stay there " Zaida terus bersetuju untuk membantu.
Sementara menanti Zaida tiba, Anisa sempat merenung seraut wajah Ary semahunya. Kacak! Tapi..apa nak jadilah dengan kau ni? Dah tak ingat mak bapak ke? Detik hati Anisa di dalam hati..
5 minit selepas itu Zaida tiba dan mereka terus menghantar Ary pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah Aunty Sarah dan Prof Fazuddin terkejut melihat anan mereka namun Anisa memberitahu bahawa dirinya juga tidak tahu apa-apa. Anisa meminta pasangan suami isteri itu untuk bertanya sendiri kepada Ary tentang apa yang telah berlaku. Setelah itu Anisa dan Zaida terus meminta diri untuk pulang kerana hari juga telah semakin lewat
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan