Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kahwin! Tak pernah aku terfikir dalam usia semuda ini aku akan terlibat dalam perkataan ini. Tak dapat aku nak bayangkan aku kahwin sebelum menerima segulung ijazah. Mungkin sudah tersurat di luh mahfuh jodoh aku seperti ini. Maknanya hilanglah semua anganku untuk naik pelamin bersama lelaki yang aku cintai. Syukur aku masih belum mempunyai teman istimewa. Mungkin akan jadi lebih teruk jika hatiku sudah dimiliki. Kata ibu ini juga untuk kebaikan aku juga. Aku perlukan seseorang yang boleh menjagaku disana nanti. Aku tengok ada je perempuan yang berjaya tanpa berkahwin disana. Aku hanya mengikut kehendak orang tuaku. Mereka lebih berhak untuk menentukan kehidupanku kerana mereka yang telah membesarkanku.
"Betul ke kau nak kahwin ni?"
"Yela, ni aku nak bagi kad."
"Kau jumpa bakal laki kau ni berapa kali?"
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Sekali pun tak pernah!" Damia terkejut.
"Kenapa?"
"Kau tak takut ke kalau lelaki tu匼"
"Aku percaya mak ayah aku. Diorang kenal lelaki tu." Aku memotong kata Damia.
"Anyway, aku doakan kau bahgia dengan pilihan mak ayah kau."
"Terima kasih. Aku nikah gantung je. Tapi bila aku balik sini ada bersanding kot. Time tu kau kena jadi
pengapit aku tau." Damia mengangguk tanda setuju.
Hari yang ditunggu telah tiba. Aku mengenakan busana putih bersih untuk majlis akad nikah. Inilah kali pertama aku akan bersua muka dengan bakal suami aku nanti. Menanti dengan debar ketika aku diijabkabulkan. Aku hanya mendengar suaranya yang garau melafazkan akad. "Aku terima nikahnya Aisya Insyirah binti Azhar dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya. Kedengaran pintu bilik diketuk menandakan pengantin lelaki hendak masuk. Damia membuka pintu dan berdiri disebelahku. Masih menunduk. Takut, malu, sedih, banyak lagi perasaan nak aku ungkapkan. Dia menyarung cincin ke jari manisku. Disaat aku menyalami tangannya, hatiku terasa lapang. Aku mengangkat muka untuk dia mengucup dahiku dan buat kali pertama kami bertentangan mata. Satu perasaan yang tak pernah aku rasai selama ini. Ramai saudaraku mngusik kami. Walaupun hanya kenduri kecil tapi kami diminta bergambar. Aku agak kekok bila diminta dipeluk oleh suamiku. Ramai yang memerhati dan selepas itu darah menyerbu ke pipi.
"Umi, kenapa muka mak su merah?"tanya Leeya.
"Mak su malu. Pak su peluk dia."
"Tapi along tak malu pun kalau ayah peluk along."
"Itu lain sayang." Pertanyaan anak kecil itu meriuhkan suasana.
Aku dan dia hanya mampu memandang antara satu sama lain. Sejak kami bergelar suami isteri sebentar tadi kami tidak bercakap walaupun sepatah. Aku kelu untuk berkata-kata. Lagipun aku tak tahu nak panggil dia dengan panggilan apa. Mungkin seperti ibu memanggil abang kepada ayah. Tapi malu masih ada dalam diriku. Kemudian kami makan beradab. Sesi yang aku kurang suka. Sesi suap menyuap. Actually, bukan kurang suka tapi macam aku cakap tadi, malu. Sepupu, makcik-makcik kesayanganku sengaja mahu mengenakanku. Seperti di kolej, aku digelar ''da best actress'' so bab melayan kerenah mereka nie aku anggap sebagai lakonan. Tapi kali ini aku telah menjiwai watak dengan sangat baik kerana sesuatu telah terkesan dalam hatiku. Tak pernah aku berkongsi sudu dengan orang yang aku tidak kenali. Tapi dia suamiku. Nampaknya aku kena biasakan diri dengan lelaki yang baru aku kenali tapi sudah ada ikatan denganku. Aku lihat wajah ibu dan ayah, mereka sungguh gembira dengan perkahwinanku ini. Biarlah aku berkorban untuk mereka. Lagipun ustazah aku ada bagitau yang mak ayah nak yang terbaik untuk anak mereka. Takkanlah diorang nak rosakkan masa depan anak mereka. Aku hanya berserah dengan ketentuan tuhan.
"Umi balik dulu. Nanti Fahrin bawa balik Aisya ye. Umi gembira sangat kamu jadi menantu umi." Umi mengucup pipiku. Terasa bahgia bila kehadiranku diterima baik oleh keluarganya. Kemudian, rombongan dari pihak lelaki pulang. "Haa卲engantin, silalah tukar baju. Periuk belanga dah menunggu," usik abang Aliff. "Sibuk je. Sya tau la." Aku terus berlalu dengan muncung yang sedepa. Kedengaran ketawa antara mereka. "Haa匜ahrin, pandai-pandailah kau memujuk Aisya tu. Dia tu susah nak kena pujuk." Sayup-sayup suara ayah memberitahu. Aku yang mendengar berpaling kebelakang. "Apa ayah kata? Ibu tengok ayah kata Sya." Ibu tersenyum sambil berkata, "memang betul apa yang ayah kata tu Fahrin. Sebab tu abang-abang dia suka mengacau." Aku ingatkan ibu mahu membelaku tapi sebaliknya. Aku apalagi terus masuk ke bilik.
Seminggu sudah usia perkahwinan kami dan aku masih kekok dengannya. Selama seminggu aku cuba menganalisis perwatakannya. Dia seorang yang peramah, baik, dan pandai melayan orang tua. Tapi bila kami berdua dalam bilik, kami hanya buat hal sendiri. Aku di utara dan dia di selatan. Tak pernah bersuara sekalipun. Hanya apabila depan keluarga aku menegurnya. Itupun kerana nak ajak makan. Aku terfikir macam mana kalau aku di US nanti. Satu rumah yang agak besar dan kami hanya tinggal berdua. Betul ke keputusan yang aku buat ni? Tak menyesal ke aku nanti.
"Bila flight kau Sya?"
"Next month. Kau wajib ada kat airport."
"Nanti kau duduk kat mana?"
"Rumah Fahrin. Dekat Michigan jugak. Nasib dia kerja dekat tempat aku belajar kalau tak susah la."
"Susah ke takut rindu?"
"Hei卻usahlah aku nak cari rumah sewa pulak kat sana. Kalau macam tu baik tak payah kahwin."
"Ala aku gurau je. Janganlah marah. Nanti cepat tua." Belum sempat aku menjawab, Fahrin muncul. "Sya, mana Sya letak saya punya beg hitam?" Aku mula berfikir di mana aku letakkannya ketika kemas tadi. "Cuba tengok kat dalam almari. Tak silap saya letak kat situ tadi." dia berlalu pergi.
"Weh, takde abang sayang ke?"
"Banyaklah kau punya abang sayang. Nak cakap pun susah."
"Laaa卻orang kena la mulakan dulu. Takkan nak macam ni smapai bila-bila."
"Biarlah, malas aku nak fikir. Aku ikut je rentak dia." Damia hanya menggelengkan kepala. Nak buat macam mana lagi. Dua-dua pun buat hal sendiri. Kalau ibu dengan ayah tahu mati aku. Tapi dia tak boleh nak salah aku, menantu kesayangan diorang tu pun sama juga. Nak buat kepala dia sendiri. Tapi nasiblah diorang tak pertikaikan aku ber''awak'' ''saya'' dengan Fahrin.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Hari yang ditunggu telah tiba. Macam-macam perasaan yang muncul dalam benakku. Hari inilah aku akan tinggalkan Malaysia, ibu, ayah, keluarga dan paling penting, aku akan mula hidup bersendirian dengan Fahrin, lelaki yang aku kenal baru sebulan. Macam manalah hidup aku nanti.
"Aisya, jaga diri. Belajar rajin-rajin ye. Ingat Allah, jangan tinggal solat." Aku hanya mengangguk. Kali ini sudah berpuluh kali ibu berkata perkara yang sama. "Ibu jangan risau. Fahrin ada nak jaga Aisya." Itu janji Fahrin kepada orang tuaku. Aku tak tahu kata-katanya betul lahir dari hati atau untuk menyedapkan hati ibuku. Aku hanya berharap apa yang dia janjikan akan ditepati. Aku tiada tempat untuk bergantung lagi. Bukan tak boleh nak berdikari tapi aku sorang je yang tercampak di Universiti Ann Arbor. Kawan-kawanku yang lain ramai ke Stanford dan Berkeley.
Aku melambai buat kali terakhir kepada keluargaku. Terlalu sayu untuk meninggalkan mereka tapi demi mengejar cita-cita aku turutkan jua. Fahrin telah menempah tiket 1st class untuk kami berdua. Pada mulanya aku hanya menurut dia dari belakang tapi bila kami berjalan ke arah pesawat, dia memegang tanganku. Bila di dalam pesawat, dia merangkul pinggangku. Aku agak terkejut dan merenung tajam ke arahnya. Tetapi hanya muka yang selamba yang dia pamerkan. Dia duduk terlalu rapat denganku. Demam ke mamat ni?
"Sir, do you want some drinks?" tanya seorang pramugari.
"Sayang, nak air?" dia bertanya kepadaku. Memang sah dia demam. Pelik betul perangai dia ni. Dan satu lagi perubahan yang sangat drastik yang berlaku terhadapnya ialah dia suka merenung wajahku. Mula-mula aku boleh menahan debaran ini tapi bila dia tak lepas-lepas merenungku aku mula rasa sesuatu. Tak tahu apadia tapi patut ke aku rasa macam tu? Bila kami sampai nanti apalagi perubahan yang terjadi dekat Fahrin. Takut untuk aku fikirkan. Hanya berdua dalam rumah yang terlalu jauh dari ibu ayahku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best cerita ni sila2 smbung dgn cepat yerh...klu ada blog bi lah