Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Jadi,betullah.Kau nampak dia?" Rahim angguk perlahan.Suhaila di sisinya memandang sahaja.Di hati Suhaila mungkin sedikit bersalah kerana menceritakan perkara yang diberitahu oleh Rahim. "Pak Syed,saya tak naklah panjangkan cerita.Tetapi,saya tahulah.Jelita adalah anak angkat Pak Syed.Saya kalau boleh,Pak Syed nasihatkanlah Jelita sedikit.Dia "tu baik.Cuma……..," "Cuma apa?"soal Pak Syed. "Mungkin dia hendak dapatkan duit.Tetapi,caranya salah," "Su,masuk ke dalam.Kemaskan barang ayah.Rahim,kamu tahukan tempatnya?" Rahim angguk. "Bagus," Hati Pak Syed benar-benar ingin tahu.Dia berselawat banyak-banyak sepanjang perjalanan menaiki kereta Rahim itu.Dia berharap agar perjalanan ke Kuala Lumpur itu diberkati Allah.Tiada aral melintang yang berlaku.Suhaila yang duduk di sebelah Rahim juga diam.Pak Syed berdoa agar mereka segera sampai ke Kuala Lumpur.Pemanduan Rahim masih di takat sederhana.Namun,tuah dan malang di tangan Allah jua.Sebuah lori dari arah bertentangan lebuh raya itu merempuh Kembara yang dipandu oleh Rahim.Suhaila sempat mengucapkan perkataan Allah tatkala kaca tersimbah ke wajahnya.Kepala Rahim terhentak terkena stering.Kembara tersebut terdampar ke tepi lebuhraya.Lori besar itu kelihatan menghimpit Kembara itu.
"Eh,ada kemalangan "tu,"kata seorang lelaki yang sedang memandu.Isterinya di sebelah terjaga kerana terkejut mendengar suara suaminya.Wanita yang berusia 38 tahun itu mengesat matanya dengan tangan.Dengan perlahan,dia membetulkan tudungnya sedikit. "Kat mana "ni?"soal isterinya ingin tahu.Rasa simpatinya timbul tatkala melihat Kembara yang sudah remuk itu manakala lori pula menghimpit kenderaan tersebut. "Macamana nasib orang dalam Kembara "tu agaknya?"soal isterinya.Sang suami memandu kereta Honda V-tec itu ke tepi.Kemudian,dia menarik brek. "Abang nak ke mana?"soal isterinya.Dia hairan melihat suaminya mahu turun dari kenderaan. "Hendak tengok apa-apa yang tak kena.Lagipun,manalah tahu boleh tolong sikit-sikit," "Tapi,Tuan doktor.Sekarang kita nak balik KL dan anda juga sedang bercuti,"isterinya mengingatkan. "Alah,tugas doktor di mana-mana sahaja.Bukan setakat di hospital tau," Isterinya mengetap bibir.Tidak kuasa dia hendak beradu lidah dengan suaminya yang memang degil dan tidak mudah terpujuk itu.Suaminya bingkas bangkit daripada kerusi kereta itu. "Su,jaga Sazza.Abang pergi tengok sekejap "je,"pesan suaminya sebelum meninjau keadaan tempat kejadian yang sedang dipenuhi ramai orang.Wanita itu mengangguk.Anaknya yang sedang tidur itu masih lena di belakang.Wanita yang dipanggil Su itu memerhati sahaja suaminya sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang.Kemudian,ambulans tiba.Air mata wanita itu menitis tatkala melihat tiga mayat
yang sedang diusung dan mayat mereka ditutup dengan kanvas hitam.Malang sungguh nasib mereka.Dia mula teringat dirinya.Tidak mustahil jika dia pun akan melalui nasib yang sama.Kalau tidak dengan cara itu,dia pasti akan "dijemput" juga suatu hari nanti.Selesai mayat-mayat itu dibawa pergi,suaminya masih bercakap-cakap dengan beberapa orang.Beberapa minit kemudian,lelaki itu berlari mendapatkan kereta mereka.
"Kenapa,bang?"soalnya tidak sabar.Suaminya memakai tali pinggang keledar.Kemudian terus memandu ke hadapan.Isterinya hanya mampu bersabar menanti jawapan suaminya. "Kenapa bang?"soal isterinya lagi.Suaminya tersentak kecil.Mungkin dia pun sedang berfikir agaknya. "Hmm….,kesian,Su.Dua orang lelaki seorang perempuan.Tiga-tiga mati serentak di tempat kejadian.Dengar khabarnya,salah seorang lelaki itu mungkin bapa pada perempuan itu.Yang lagi seorang pula,kawan lelaki ataupun suami kepada perempuan "tu," "Nak buat macamana?Dah ajal," Sang suami diam membisu.Dia sedar semua itu.Kerjayanya sebagai doktor pun banyak menyedarkannya tentang itu.Dia sering berdepan dengan perkara-perkara seperti itu.Walau sepakar mana pun dia,tetap tidak mampu mengatasi qadha dan qadar Allah.Semuanya di tangan Allah jua. "Macamana dengan orang yang bawa lori,bang?" "Cedera parahlah juga.Dengar khabarnya,tertidur,"
Suhaila geleng.Itulah akibatnya kalau cuai.Memang bahaya kerana ianya melibatkan nyawa orang lain dan diri sendiri. "Dah berpuluh kempen.Dah berderet "ops" yang polis trafik lancarkan.Itupun masih tak makan saman.Kalau pemandu lori "tu tak ditangkap,tak tahulah.Harap-harap masuk lokap.Biar insaf sikit," Suhaila mengeluh.Dalam hati,dia menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa kemalangan tadi.Dia terus memejam matanya.Tidurnya yang diganggu tadi disambung semula.Suaminya pula terus berfikir dan berfikir.
Semuanya diam membisu.Jelita juga begitu.Dia diam seribu bahasa.Bakal ibu mertua Suhaila duduk di sebelahnya.Mak Senah beristighfar banyak-banyak.Rahim merupakan satu-satunya anak yang dia ada.Tetapi,bagi Mak Senah tiada apa yang dikesalkan.Rahim hanya dipinjam padanya.Bukannya hak milik kekalnya.Dia yakin pasti ada hikmah di sebalik semua peristiwa ini.Beberapa orang pekerja dan guru yang mengasuh anak-anak yatim itu juga senyap.Masing-masing melayan fikiran sendiri.
"Saya tak boleh terima semua "ni,"kata Jelita.Mak Senah terkejut.Jelita mula menangis teresak-esak.Mukanya ditekup dengan kedua-dua tapak tangannya.Mak Senah mengusap rambutnya. "Dahlah "tu.Mak Nah boleh kawal diri.Tak akan Jelita tak boleh," "Mak Nah,saya nak mereka balik.Saya nak mereka balik!," "Mengucap banyak-banyak,Jelita.Benda dah berlaku,"sampuk Ustaz Syukri.
"Jelita,mari saya bawa Jelita minum.Mari,"ajak Ustazah Natasha.Jelita bersetuju mengikut ustazah yang berusia hampir sebaya dengannya.Dalam perjalanan ke Cafeteria di Hospital Selayang itu,Ustazah Natasha terus memujuk. "Bawa bertenang.Lepas selesai mereka buat post mortem kita boleh bawa mayat mereka balik.Bertenang.Ada hikmah di sebalik peristiwa "ni,"pujuk Ustazah Natasha. "Saya tak tahu mereka nak datang KL cari saya.Tak sangka Pak Syed datang untuk jenguk saya di KL," "Dahlah "tu.Mari kita minum.Doakan semoga mereka ditempatkan di tempat yang baik-baik," Jelita angguk sahaja.Layakkah dia mendoakan mereka?Persoalan itu bermain di kepalanya.Di Cafeteria,fikiran Jelita melayang kepada kanak-kanak di rumah anak yatim itu.
"Bang Shi,kenapa?Apa dah jadi dengan Kak Su dengan Pak Syed?"soal Muni kepada Shi.Shi hanya diam.Selaku kanak-kanak yang paling tua di sini dia hanya mampu tenangkan rakan-rakannya.Didi,As dan Ju menghampirinya. "Siapa nak jaga kita?"soal Didi pula.Shi memeluk ketiga-tiga rakannya.Dia juga menangis teresak-esak. "Kak Su dan Pak Syed dah tak ada.Kita kena jaga diri sendiri mulai hari "ni,"balas Shi.Jelita yang melihat keadaan itu hanya mampu berdiri.Shi meleraikan pelukan mereka dan menghampiri Jelita.Shi memeluk Jelita dan diikuti dengan yang lain.
"Kamu berempat tak nak tengok wajah Kak Su dan Pak Syed?"soal Jelita.Jenazah ketiga-tiga mereka yang terkorban itu sedang dibacakan Yassin di ruang utama rumah anak yatim itu. "Nak,"jawab Shi bagi pihak rakannya. "Mari.Kita tengok sama-sama.Jangan nangis lagi.Apa Pak Syed selalu pesan?Orang yang beriman tak akan menangis lama-lama,kan?Dah.Kesat air mata "tu.Pak Syed mesti tak suka tengok kamu semua begini,"Jelita memujuk.
Jenazah Pak Syed,Kak Su dan Rahim telah selamat dikebumikan dua minggu lalu.Tetapi,Jelita masih berkabung.Wajahnya muram sentiasa.Sehinggakan,dia tidak sanggup melayan lagi nafsu pelangan yang pernah meminta.Keadaan ini menyebabkan Juriah kerap memarahinya. "Hei,Jelita.Kau nak kerja ke tak nak?Hei,orang lain pun mati keluarga jugak.Tapi,tak ada macam kau.Kalau tak nak kerja cakap!Tak yah menyusahkan aku," Juwie hanya memandang sahaja.Fuad juga begitu.Dia faham perasaan Jelita.Tidak pernah dia menyangka Rahim yang datang ke sini tiga minggu lepas itu adalah kenalan Jelita juga. "Hei,Juwie,Fuad.Apa korang berdua tercegat kat situ lagi?Pergi buat kerja!"tempik Juriah.Dengan wajah masam mencuka mereka berdua beredar dari situ. "Disebabkan kerja kau tak bagus.Upahnya pun tak bagus.Nah!"Juriah meletakkan wang sebanyak RM 300 di atas meja soleknya.Air mata Jelita tumpah di saat itu juga.Jelita
mencapai duit itu dengan hati yang sayu.Telefon bimbitnya berbunyi.Pantas dia mencapainya.Jefri.
"Jelita tentu naik angin kalau dia tahu aku dah terlanjur dengan kau,"Jefri melahirkan kebimbangan.Tetapi Juwiesebaliknya.Dia ketawa sahaja. "Come on,Jef.Admit it.You happy with me,right?" Jefri merengus.Menyesal pun ada.Juwie mengusap dada bidang Jefri yang tidak disarung apa-apa pun.Sudah berjam-jam Jefri "ditawannya".Dia harap Jefri akan jadi miliknya.Sudah dua minggu mereka begini.Tentu Jefri yang sunyi itu akan berjaya menjadi miliknya.Bunyi pintu dibuka amat mengejutkan kedua-duanya.Wajah Jefri bertukar pucat sebaliknya Juwie hanya senyum meleret.
"Tergamak kau tikam aku.Jefri "tukan aku punya," Juwie sengih.Dengan bangga dia yang bercoli dan berseluar dalam itu bangkit dari katil. "Kalau kau jadi lelaki.Kau tergoda tak?Jefri "tu sunyi.Dia perlukan tubuh segar macam "ni.Kau asyik dengan berkabung.Terpaksalah dia cari pengganti.Lagipun,kau bukanlah baik sangat.Kau pun bukan suci lagi,"sindir Juwie.Dia bangga kerana akhirnya berjaya meluahkan kebenciannya kepada Jelita.Pada muka.Sejak dulu lagi dia cemburu dengan Jelita.Jelita adalah musuhnya sejak dulu lagi.Berpuluh lelaki yang datang di kelab malam itu digoda dan berjaya pula "tu. "Kau "ni tak ada hati,Juwie,"marah Jelita.Dia mencekik Juwie.Juwie berjaya melepaskan diri dengan menolak tubuh Jelita.
"Kau tahu,aku dari dulu lagi memang bencikan kau.Benci sangat.Hei,aku cintakan Jefri.Tapi,dia cintakan kau.Aku pun……Aku memang tunggu peluang begini nak jatuhkan air muka kau.Sekarang keluar dari rumah aku.Kau boleh berambus!" Jelita merengus.Mampus kau!Kau akan dapat balasannya!Jelita segera masuk ke biliknya dan mengemas beg pakaiannya. "Terima kasih atas segalanya,Cik Juwie.Semoga Jefri akan menyunting kau jadi isterinya,"
"Hello,Su.Ada apa?"soalnya.Dia menggerakkan sedikit kakinya untuk mengatasi rasa tidak selesa.Malam itu kenderaan tidak banyak di jalan biasa itu. "Abang kat mana "tu?Su risaulah,"isterinya melahirkan kebimbangan. "Abang dalam kereta.Nak balik rumah "ni," "Iyalah "tu.Lepas "tu mulalah cari alasan patah balik.Kecemasan konon," "Su,itukan tugas abang.Su dah makan?"soalnya mengambil berat. "Dah,Dr.Fakhri.Awak "tu yang saya risau," "Iya,Cikgu Suhaila.Tak payahlah awak risaukan saya.Hari dah jauh malam.Ada baiknya awak tidur.Kalau tidak murid awak akan bangun lebih cepat daripada awak," Suhaila ketawa kecil.Dia faham kata-kata suaminya. "Iyalah,bang.Su pun dah mengantuk sangat "ni.Su telefon cuma nak minta izin abang.Tak lena tidur kalau abang tak izinkan Su tidur," "Sazza mana?"
"Hmm….,dah tidur.Nak tunggu papanya balik,alamatnya sampai Subuh besok pun belum tentu," "Okaylah.Kejap lagi abang sampai,"jamin Fakhri.Fakhri menekan punat kecil pada hands free yang dipasang pada telinganya.Dia berasa letih amat sangat.Dalam mindanya terbayang wajah isteri tercinta.Isteri yang tidak pernah lekang senyumannya.Wajah Sazza menyusul.Anak gadis yang berusia 16 tahun itu merupakan buah hatinya yang paling dia sayangi.Itulah racun.Itulah penawar.Ketika sedang asyik mengelamun,satu lembaga melintas di hadapannya.Dia pun tergamam.Pantas dia menekan brek kecemasan.Fakhri terkejut.Dia berharap lembaga tersebut tidak dilanggarnya.Dia keluar dari keretanya.Dengan rasa simpati,gadis yang sedang pengsan itu diangkat.
Pintu bilik dibuka.Suhaila senyum nipis.Mungkin menyindir Fakhri yang baru pulang.Dia memeluk tubuhnya.Dengan wajah tanpa solekan,rambut yang dibiarkan lepas Fakhri memuji kecantikan semulajadi isterinya di dalam hati.Dia ingat lagi,kali pertama bersua muka dengan Suhaila,dia sudah berasakan Suhaila adalah orang penting dalam hidupnya.Dia jatuh cinta dengan Suhaila kali pertama melihat wajah itu. "Tak tidur lagi,Su?Kan abang cakap tidur dulu,"kata Fakhri sambil membuka seluarnya dan membalut tubuhnya dengan tuala. "Kan masih awal lagi," Fakhri membelek jam tangannya.Kemudian melihat jam di dinding bilik tersebut. "Oh,pukul 3.00 pagi,"
"Tak salah saya,masa saya telefon pukul 10.00 malam.Sepatutnya pukul 11 atau paling lewat pun pukul 12.00 awak sampai.Lagipun,ada ke jammed tengah-tengah malam?" Fakhri telan air liur.Dia tahu,kalau isterinya mendengar ceritanya tentu isterinya cemburu.Gadis yang dia selamatkan tadi amat cantik.Gadis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Fakhri bersyukur kerana gadis itu bukan pitam disebabkan dia yang melanggarnya.Tetapi,gadis itu memang tidak sihat.Mungkin sebab itu gadis tu pitam.Gadis itu kini ditahan di wad.Mungkin akan ditahan selama sehari atau dua hari. "Tadi,saya tengah bawa kereta.Lepas "tu hampir terlanggar seorang gadis.Saya pun panik dan terus bawa dia pergi hospital," Suhaila masih tidak berpuas hati.Dia mula ragu dengan cerita suaminya. "Itu saja ke?"soal Suhaila lagi. "Iyalah.Habis "tu nak abang cerita apa lagi?Su,abang sayang sangat pada Su terutama pada anak kita,Sazza.Kamu berdua sahajalah harta yang abang ada," Suhaila diam.Menyesal pun ada kerana cemburu tidak menentu.Suhaila terus membaringkan dirinya.Dia menarik selimut lalu menutup matanya.Fakhri tahu isterinya seolah tidak puas hati dengan jawapan yang diberi.Dia bangkit daripada katil lalu menuju ke bilik mandi. "Su cintakan abang,"ucap Suhaila tiba-tiba.Fakhri menoleh.Isterinya masih baring mengiring ke kanan. "Abang pun begitu.Walau secantik mana pun bebunga di luar sana,Su tetap jadi pujaan,"balasnya.
"Tapi,kita manusia,bang.Kita tak tahu rancangan Allah.Su redha kalau abang rasa abang teringin menyunting satu lagi bunga untuk menjadi hiasan di hati abang.Su terima,bang.Su faham," "Su,kenapa cakap macam "ni?" Niat Fakhri untuk ke bilik mandi terbantut.Dia menghampiri isterinya dan mengusap lembut wajah yang ayu itu. "Su takut,bang.Sejak kebelakangan "ni Su mimpi yang aneh-aneh.Su takut ada orang lain yang akan masuk dalam hidup kita," "Astaghfirullahalazim,kenapa Su fikir begitu?Abang sayangkan Su.Su,tak akan Su tak ingat.Berapa tahun kita bercinta?Kemudian kita kahwin,dapat Sazza.Sazza pun dah 16 tahun," "Tapi,bang…..," Bibir isterinya dicium.Suhaila sedikit tergamam dengan kucupan bibir suaminya.Dia membalas ciuman itu. "Ingat.Walau apa pun,abang tetap sayangkan Su,"ucap Fakhri sebaik kucupan itu dileraikan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu..dr fakhri akn kawin dgn jelita ke?