Rabu, September 30, 2009

Novel : Mengapa mesti dia 8

Nama Pena : aku insan biasa

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Awak ni..biar betul?Salah nombor ke?"
"Ai..Apa pula salah nombor. Saya memang nak call awak pun. Saya tahu awak tak tidur lagi."
"Yelah..kot-kot awak nak call Farrah ke. Mane tahu. Tak tidur lagi? Awak nak cakap apa, Akmal? Saya dah ngantuk dah ni." Farisya pura-pura menguap. Malas nak layan. Huhu.
Akmal Sulaiman sudah menjangkakan jawapan itu. Dia tahu Farisya tidak tahu yang dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan Farrah. Biarlah. Dia tahu lambat laun Farisya akan tahu. Dia tidak mahu Farisya berasa bersalah dengan Farrah. Kalaulah Farisya tahu sekarang, mesti dia menganggap Akmal memutuskan hubungan itu kerananya. Akmal takut hal itu akan mengganggu konsentrasinya belajar untuk exam nanti. Akmal menyambung perbualannya. Sebenarnya, dia suda mengantuk menelaah subjek Kimia. Entah kenapa hatinya merasakan yang Isya belum tidur lagi. Lagipun, fikirannya memang semakin hari semakin penuh dengan hal-hal gadis itu. Macam 20% Farisya, 70% exam,10%problem.
"Haha..Janganlah berlakon, Isya. Awak tu tak pandai menipu tau. Study apa tadi?" Farisya terpaksa melayan panggilan itu. Memang dia seboleh-boleh tak nak layan, tapi...entahlah. Naluri wanitanya seronok berbual dengan Akmal. Mungkin kerana dia memang menyukai lelaki itu. Yeke suka? Dia sendiri tidak pasti. Mereka berbual tentang latar belakang. Macam ice breaking pula. Padahal dah selalu jumpa. Farisya merasakan dia sedang melakukan perbuatan bawah sedar. Ni kalau Kak Mija tahu dia berbual dengan lelaki yang tiada kena-mengena pagi-pagi gini, sure kena marah.
Farisya meminta perbualan mereka dihentikan sebab tangannya dah penat nak pegang handphone. Lagipun, dia melihat jam Mira di atas meja. Sudah pukul 4.00 pagi. ‘Apa aku buat ni?’ Tapi naib baik juga sepanjang dia stay up tadi takdelah ternampak atau terdengar benda-benda yang menyeramkan. Dah banyak dah kisah-kisah misteri yang didengarinya. Huhu. Akmal pun ada cakap pasal tu tadi. Ni yang membuatkan dia nak takut nak pergi toilet sekarang. Dia bercadang hendak menunaikan solat hajat. Nak kejutkan Mira ke Farhana ek? Fahanalah. Mira tu susah banyak nak bangun.
Usai saja Farhana menemaninya, Farhana pun bertanya kenapa dia tak tidur lagi. Farhana kata sebenarnya dia terdengar perbualan Farisya dengan Akmal tadi.
"Sorry, Fa. Tak sengaja. Ana nak tegur sikit, tak elok layan lelaki macam tu. Bukannya penting pun kan? Okeylah. Ana nak tidur balik. Assalamualaikum."
Farisya terasa mukanya merah menahan malu. Huhu. Dalam malu-malu pun, dia mengaku juga kesalahannya itu. Hmm, entahlah. Dia tidak tahu bagaimana mahu melayan perasaannya itu. First time ada perasaan begini. Akmal Sulaiman memang telah mencuri hatinya dalam diam. Dia tahu dia memang bersalah. Satunya, ada hati dengan pakwe orang. Duanya, ada hati dengan pakwe kepada kawan..kawan baik ke? Taklah. Baru nak jadi kawan baik. Tiganya, ada hati dengan lelaki, macam nak ke arah bercinta pun ada. Kan salah tu. Tapi lagi salah kalau ada hati dengan perempuan. Ok. Ada hati dengan Akmal sulaiman bukanlah salah. Melayan Akmal Sulaiman yang salah. Macam yang Ana cakap tadi. Hisyla..
................................................

‘Salam. Jemput datang malam ni kat masjid. Ada solat hajat untuk exam final kita nanti. After Maghrib and after Isya.’ Epi menghantar mesej kepada Farisya. Harap-harap dia dan Mira dapat pergi. Mengajak ke perkara yang bagus, apa salahnya kan. Esok, pelajar-pelajar KmPk akan berjuang dalam peperiksaan. Dia pun berharap sangat dia dapat menjawab soalan dengan baik. Cita-citanya ingin menjadi doktor haiwan. Suatu kerjaya yang rumit dan mencabar. Namun, disebabkan minatnya pada haiwan, dia teruskan juga usaha untuk mencapai impian. ‘Apalah impian Farisya ye?’ Tiba-tiba soalan itu muncul dalam kepala. Macamlah tiada soalan lain yang perlu timbul waktu itu. Marahnya sendiri. Dia sedang mencuba menjauhkan diri daripada asyik memikirkan gadis itu. Selepas roommatenya sendiri meluahkan masalah peribadi kepadanya. Selepas mereka berempat berborak panjang, sebelum meninggalkan kolej itu. Berpisah mengikut haluan sendiri. Lagipun, dia perlu bijak mengawal nafsu. Dia tidak mahu terbawa-bawa oleh nafsu. Apa yang penting, pelajaran perlu diutamakan dahulu. Bak kata Shahrizal malam tadi. Ketika mereka berempat berbual lama setelah mata masing-masing lenguh membaca buku.
"Aku malas nak fikir fasal awek2 ni. Serabut seyh. Memang aku ada crush dengan one awek ni tapi relax ar dulu. Aku nak usaha dapat gaji masyuk dulu. Lagipun, orang kata, kat universiti nanti dapat jumpa ramai calon kot..Malas aku nak bazir duit ni." Kata-kata Shah itu disetujui kami berempat. Tapi Akmal setuju selepas dinasihatkan berkali-kali oleh kami bertiga. Akhirnya, dia mengalah.
"Yalah-yalah korang ni. Dari aku masuk bilik ni tahun lepas sampai la ni, tak habis-habis suruh aku berhenti jadi mat romeo, pemusnah hati wanita, buaya laut. Haha. Aku pun sebenarnya dah berniat nak tamatkan zaman romeo aku. Nak tukar spesies jadi mamalia setia. Aku baru je putuskan Farrah dua hari lepas. Kalau korang nak taula."
"What???!" Epi, Syah dan Uddin menjerit serentak.Epi kemudian menyambung. "Sebab apa? Isya?"
"Bukanlah. Ngok. Sebab aku lah. Tapi..memang adalah juga sebab Isya sikit. Jangan risau Epi. Aku bukannya nak jadikan dia mangsa. Lagipun, kita dah nak habis belajar dah. Aku putuskan dia sebab someone make me realize yang Farrah is not the one. Kau yang kata tadi, kalau nak bercinta biarlah sampai kahwin. Mestilah aku nak yang the special one out there right for me. Lagi satu, Farrah tak marah dan tak nangis pun hari tu. Dia macam merelakan. Naluri aku meyakinkan yang Farrah pun rasa I’m not the one for him."
"Macamana nak rasakan ek?" Tanya Uddin pula. Uddin mamat rock. Skater pulak tu. Memang tak sesuai dengan title romeo. Epi tersenyum sendirian teringatkan malam itu. Pasti dia merindukan mereka bertiga nanti. Mereka banyak menolongnya, walaupun tidak sama jurusan. Mereka selalu meminjamkannya duit, mengajarnya untuk hidup secara smart di kolej itu dan mereka tidak pernah memulaukannya walaupun perangai masing-masing jauh berbeza. Dia tidak pernah diejek Mat Alim seperti yang berlaku di sekolah dulu. Kalau dia menasihati mereka, mereka terima dengan ikhlas dan memahami. Dan dia bersyukur dapat membantu dan membimbing serba sedikit mereka supaya mengamalkan cara hidup yang lebih menjurus ke arah Islam. Walaupun perubahan yang sedikit dan belum istiqamah.
........................................................
Akmal Sulaiman yang sedang memberi ikan makan asyik melihat ikan-ikan di dalam kolam sebelah Masjid Al-Maghfirah berebut-rebut mendapatkan roti yang dicampakkannya. Macam experiment projectile motion pula. Aish..kenapa yang bermain di fikiran topik-topik yang belajar pada semester 1, bukan sekarang. Macam semalam. Ketika Uddin bertanya tentang perasaan.
"Macamana nak rasakan ek?" Tanya Uddin.
"Kau pejam mata. Kau fikir dia. Bila fikir dia, kau jadi semangat nak buat everything. Betul tak Man? Macam kau dengan Isya." Epi tiba-tiba mencelah. Soalan itu Uddin ajukan kepada Akmal sebenarnya. Akmal merenung Epi. Jawapan Epi memberikan sesuatu petunjuk kepadanya. Sungguh feeling mamat itu menjawab. Macam kau dengan Farisya? Sejak bila aku beritahu Epi macam tu. Kenapa Epi selalu menyebut nama itu sejak akhir-akhir ni. Farisya..Epi..Seperti ada connection.
"Aaa...Yup. Macam Newton’s law. First, there is inertia through it. Second, force generated require acceleration. Third, Every action have reaction. Tapi yang ketiga ni, susah sikit aku nak terima. Sebab aku tackle minah sorang ni, susah je nak bagi reaction." Dia melihat wajah Epi ketika itu, seperti ada riak kecewa.
"Tadi kata dah nak stop....Kau ni Man. Haprak.Hahaha." Uddin memberi komen. Epi, Shah dan Akmal turut tergelak sama. Dia tersenyum sendiri. Memori di KMPk pasti melekat dalam kotak ingatan. Manis. Orang kata kolej ni tempat persediaan masuk universiti. Dia setuju tentang itu, dan baginya juga kolej ni tempat persediaan untuk menjadi dewasa. Pelbagai ragam manusia telah ditemui di kolej ini. Berbeza dengan ketika di sekolah dulu. Akmal melambai tangan ketika Epi mendekatinya dengan bungkusan roti di tangan.
"Bosan ke study kat bilik?Yang lain mana?"Akmal Sulaiman terus bertanya usai Epi berada di sebelahnya.
"Tidur. Penat kot. Padahal berbuih mulut aku cakap jangan tidur time lepas asar. Takpe. Aku bagi chance kat diorang."
"Haha. Jangan risau, Pi. Kau punya nasihat dan tazkirah akan sentiasa kekal di hati kitorang. Cuma, sometime susah sikit nak amalkan. Hehe. Kau kena selalu doakan kitorang la. Biar jadi macam kau."
"IsyaAllah. Aku bukan baik sangatla. Man, nanti pergi masjid sama ye. Mudah-mudahan solat hajat malam ni dapat keberkatan. Doa kita semua termakbul. Dapat universiti pilihan." Epi tersenyum pada rakannya itu. Dia tahu kawannya itu ada hal yang belum disempurnakan di sini.
"Epi, aku tau kau suka kat Isya. Jangan nak tipu aku lah. Ha..Kita sama-sama suka dia. Tapi aku rasa kau lagi layak. Kau baik. Kita tunggu dan lihat je. Ke kau nak fight siapa menang?"
"Aku mengaku je. Haha. Ngokla kau. Fight macam budak-budak je aku dengar. Kita tunggu, usaha dan tunggu lagi. Nengoklah. Kalau aku atau kau jumpa dia lepas habis matrik ni, maksudnya adalah jodoh dengan dia. Bunga bukan sekuntum. Aku redha je Man."
"Ok. Mungkin. Aku pun samalah cam kau. Lagipun, for sure Isya dah cop aku sebagai buaya laut. Aku kenalah bersihkan nama baik dulu."
"Agree. And bila kau nak bagitahu dia fasal Farrah? Maybe bahaya kalau dia dengar dari mulut orang lain. Lagi satu, Huda dengan kau macamana? Dah cakap dengan parents korang?"
"Huh..terima kasihla FaizulAzmi Hafifi. Ingatkan semua tu. Nanti aku settlekanlah..lepas exam. Aku percaya kat Farrah. Dia takkan ceritakan yang tak elok pasal aku kat orang lain. Huda pulak.. We’re like siblings. Nanti aku fikir cara nak ayat parents aku. Hisy. Memanglah aku ni banyak problem. Macamana nak handle kes Isya, kes lain tak settle..Nasib baik ada kau."
"Nasib baik ada Tuhan. Kau mintala tolong kat Dia malam ni. Jomlah balik. Nak bersiap-siap lagi pulak nanti."

1 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan