BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 03, 2009
Novel : Kuseru Rindu Itu 21
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Apa yang awak menungkan ni, Yam?,"
Puan Mariam tersentak. Spontan dia berpaling. Suaminya tersenyum di belakang.
"Abang ni. Buat terperanjat saya aje,"Puan Mariam bersuara sambil mengurut dada.
"Tak adalah. Pelik. Dari tadi saya tengok awak tercegat kat sini. Saya berdiri kat belakang pun, awak tak sedar. Apa yang awak fikirkan?,"
Puan Mariam diam seketika.
"Tu…," dia bersuara perlahan sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Idayu yang sedang termenung panjang di halaman belakang. Tuan Harun memandang ke arah yang sama. Seketika Cuma sebelum mencari semula wajah isterinya.
"Kenapa dengan Ayu?," soalnya hairan.
"Abang tak rasa apa-apa ke?,"
"Rasa apa?,"
Puan Mariam mengeluh perlahan.
"Rasa macam ada yang tak kena. Abang tak pelik ke tengok Idayu tu. Dari tadi saya perhatikan. Dah lama dia termenung kat situ,"
"Dia ambil angin petang agaknya,"
"Saya tak rasa macam tu lah bang,"
"Maksud awak?,"
"Agaknya dia ada masalah dengan Hisyam tak?,"
"Ish. Takkanlah. Awak yang fikir bukan-bukan agaknya,"
"Yalah. Sorang kat dalam. Sorang kat luar. Risau pula saya tengok mereka berdua ni,"
"Masa makan tadi elok saja saya tengok. Tu.. Hisyam kat dalam, elok saja bermain dengan Syafiq. Tak nampak macam ada masalah pun. Sudahlah tu. Awak yang risau tak bertempat ni,"
"Kalau tidak ada apa-apa, baguslah. Saya bukannya apa. Risau,"
"Kalau awak nak kepastian, pergilah tanya Idayu," saran Tuan Harun sambil membuka peti sejuk.
"Abang nak apa?," Puan Mariam bertanya, kalau-kalau suaminya itu mahu dia sediakan sesuatu.
"Tak ada apa," jawab Tuan Harun sambil menutup semula peti sejuk.
"Kalau macam tu, saya nak ke sana kejap. Abang pun cuba-cubalah risik dengan Hisyam. Manalah tahu, budak-budak ni ada masalah tapi tak nak cakap dengan kita,"
"Hmm…Yalah,"
Puan Mariam tersenyum nipis. Mengatur langkah menuju ke arah Idayu. Agak lama dia memandang Idayu yang termenung sambil menongkat dagu pada buaian. Jauh benar lamunannya itu.
"Assalamualaikum..,"sapanya lembut.
"Waalaikumussalam,"Idayu menjawab dengan nada yang sedikit terperanjat. Dia mendongak. Mengukir senyum buat ibu mertuanya.
"Mak. Maaf. Tak perasan mak datang tadi. Duduk mak," Idayu bersuara kalut sambil membetulkan duduk. Memberi ruang untuk Puan Mariam duduk di sebelahnya. Puan Mariam melabuhkan punggung di sebelah Idayu, membuat buaian besi dua tempat duduk itu bergerak sebaik dia duduk di situ.
"Jauh termenung. Boleh mak tahu apa yang Ayu menungkan?,"Puan Mariam membuka bicara bersama senyum yang mekar di bibir. Idayu tersenyum. Rupa-rupanya Puan Mariam memerhati dalam diam.
"Tak ada apa- apalah mak,"
"Mak macam tak percaya saja dengan jawapan tu,"
Idayu tergelak. Memandang wajah ibu mertuanya yang seperti menanti satu jawapan yang lain darinya.
"Betul mak. Tak ada apa-apa. Kenapa mak tanya macam tu?,"
"Ayu ada selisih faham dengan Hisyam ke? Atau.. ada masalah dengan Hisyam?,"
Idayu tergelak lagi.
"Tak ada mak,"jawab Idayu pendek. Jemari ibu mertuanya segera dicapai. Menggenggam erat jemari itu bersama senyum yang terus terukir di bibir. Nampaknya Puan Mariam sudah mula mengesyaki sesuatu. Silapnya. Dia terlanjur melayan perasaan di hadapan mertuanya.
"Dah tu… kenapa termenung macam orang ada masalah?,"
"Seronok duduk sini, mak. Berangin. Nyaman rasanya. Itu yang jadi asyik melayan perasaan tu,"
"Betul ni?,"
Idayu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Angin petang yang bertiup nyaman, memberi dia ilham untuk dia mencipta alasan. Bukan mahu berbohong, Cuma rasanya apa yang sedang alami, belum sesuai untuk dikongsi dengan ibu mertuanya itu. Puan Mariam turut tersenyum mendengar jawapan Idayu. Sedikit lega.
"Kalau macam tu, baguslah. Lega mak mendengarnya,"
Idayu tergelak kecil. Namun, rasa bersalah tetap menyelinap masuk ke jiwa, mengganggu perasaannya. Sungguh dia tidak bermaksud untuk membohongi ibu mertuanya itu. Tapi, apakan daya. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus-terang. Biarlah segalanya terbongkar apabila Hisyam yang membuka cerita. Selagi Hisyam tidak berterus –terang, selagi itulah dia akan membisu.
"Berbincang apa ni? Bergosip ya?,"suara yang datang secara tiba-tiba, cukup dekat di telinganya. Membuat Idayu tersentak. Idayu menoleh. Hisyam tersengih di belakangnya. Puan Mariam yang turut terperanjat, mengurut perlahan dadanya.
"Anak dengan bapak sama saja. Tak reti nak bagi salam. Terkejut mak, tahu tak?,"
Hisyam tergelak. Perlahan dia menolak buaian yang diduduki isteri dan ibunya. Sambil sebelah lagi tangannya membelai rambut Idayu yang ditiup angin. Melihat kemesraan itu, hati Puan Mariam menjadi lega. Barangkali, dia terlalu berfikir yang bukan-bukan.
"Kamu ni… tiba-tiba terpacak kat sini, apa hal?,"
"Hai.. takkan tak boleh join kot? Ini mesti tengah bergosip ni. Mengumpat saya, ya mak?"
Puan Mariam mencebik.
"Tak ada maknanya nak mengumpat kamu, Syam…,"
Hisyam tersenyum panjang.
"Ayah kamu ada kat dalam? Ke dah keluar?,"
"Ada. Tengah baca magazine kat depan,"
Puan Mariam mengangkat punggung.
"Kalau macam tu.. mak masuk dalamlah. Buatkan minum petang untuk ayah kamu.
Kamu berdua nak minum kat sini ke? Nanti, mak suruh Yati hantar ke sini,"
"Boleh juga," ujar Hisyam sambil bergerak mengambil tempat ibunya. Puan Mariam tersenyum sambil berlalu.
Hisyam berpaling memandang wajah Idayu.
"Syafiq buat apa kat dalam?,"Idayu mengajukan soalan sambil mengikat rambutnya yang ditiup angin.
"Dah pengsan depan tv,"jawab Hisyam sambil menarik getah yang mengikat rambut yang terikat elok di kepala isterinya. Membiarkan rambut Idayu lepas bebas ditiup angin. Idayu cuma tersenyum.
"Tak payah ikat rambut tu. Abang suka tengok rambut Ayu ditiup angin,"
"Abang ni, ada-ada saja,"ujar Idayu lembut. Kalau dulu, dia senang mendengar pujian-pujian itu. Kata-kata manis Hisyam membuat hatinya berbunga indah. Membuat dia benar-benar bahagia. Tetapi, kenapa kini, hatinya pedih mendengar kata-kata itu? tiba-tiba dia menjadi sangsi. Ikhlaskah pujian Hisyam? Atau, hanya sekadar menyedapkan hatinya? Rasa sangsi bersulam dengan rasa cemburu terlau sering berdetik di hatinya kini. Begini jugakah Hisyam memuji gadis cantik itu? beginikah juga Hisyam melayan gadis manis itu? Memikirkan hal itu, hatinya terasa pedih. Bagai ada jarum yang dicucuk di situ. Ngilu. Dia memandang wajah Hisyam yang kelihatan cukup ceria. Melihat keceriaan itu, hati perempuannya berbisik lagi. Hisyam kelihatan begitu gembira. Hisyam gembira kerana gadis itu atau Hisyam gembira kerananya? Di dalam sekelip mata, tiba-tiba segalanya tepecah dua. Segala-galanya bagai boleh dipertikaikan. Tiba-tiba dia menjadi prejudis. Perjudis pada suami sendiri.
"Kenapa pandang abang macam tu?,"soal Hisyam hairan. Lama Idayu merenungnya tanpa bicara.
"Tak ada apa-apa,"jawab Idayu sambil tersenyum kelat. Hisyam menggeleng kepala sambil membetulkan duduknya.
"Ayah cakap, dia nampak Ayu macam ada masalah saja. Betul ke? Apa masalahnya?," Hisyam mengajukan soalan tanpa melihat wajah isterinya. Idayu tergelak kecil.
"Ayah pun?,"soalnya lucu.
"Yalah. Kenapa ayu gelak?"
"Mak pun tanya Ayu macam tu,"
Hisyam berpaling . Menghadap wajah Idayu. Memang sedang berdepan masalahkah wanita di hadapannya ini?
"Kenapa pula tiba-tiba mak dan ayah tanya macam tu?,"soal Hisyam hairan. Kenapa ibu dan bapanya mengesyaki ada sesuatu yang menggangguHarun fgsgfgddffffvbvv menantu kesayangan mereka ini? Hatinya menjadi resah tiba-tiba.
"Entah. Mungkin instinct dia orang kot,"ujar Idayu sambil mengamati wajah Hisyam yang sedikit berubah.
"Instinct? Betul ke tidak instinct dia orang tu?," Hisyam diburu rasa ingin tahu. Hatinya resah setiap kali memikirkan kalau-kalau Idayu ada masalah. Bimbang dia yang menjadi punca masalah itu. Bimbang kalau-kalau Idayu sudah dapat mencium kecurangannya. Bimbang kalau-kalau Idayu sedih kerananya.
"Mak nampak Ayu termenung kat sini. Itu yang dia tanya macam tu,"cerita Idayu bersahaja.
"Ada apa-apa yang mengganggu perasaan Ayu ke?,"
"Abang rasa?,"Idayu menjawab soalan Hisyam dengan satu dengan satu soalan yang cukup pendek. Namun, makna soalan itu cukup dalam padanya. Sedalam keinginannya untuk menyelami perasaan suaminya saat itu. Ingin sahaja dia berterus-terang dan meminta penjelasan daripada Hisyam. Tetapi dia takut. Takut dia tidak kuat untuk berhadapan dengan jawapan Hisyam. Bimbang dia akan kehilangan segunung kebahagiaan, ehsan dari Hisyam ini. Bodohkah dia? Dia merenung wajah Hisyam untuk ke sekian kali. Rasa kasihnya melimpah melihat wajah itu. Biarlah dia bodoh. Dia sanggup menjadi bodoh kerana lelaki ini. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki ini.
"Mungkin ada kot. Ayu nak kongsi dengan abang?,"Hisyam bersuara sambil tersenyum kecil.
Idayu turut tersenyum.
"Kenapa abang cakap macam tu?,"
Soalan itu membuat Hisyam terdiam. Jelas Idayu sedang berteka-teki dengannya. Soalan Idayu seolah-olah periuk api yang boleh asang membuat dia terperangkap. Bicara Idayu terasa begitu meresap ke jiwa. Membuat jantung kembali tidak normal. Adakah Idayu sudah tahu mengenai hubungannya dengan Maisara? Mustahil. Kalau Idayu tahu, sudah pasti wanita itu akan bercakap mengenainya. Pasti Idayu tidak akan berdiam diri. Pasti Idayu menagih penjelasannya.
"Well… Ayu Nampak resah…,"lambat-lambat Hisyam menjawab soalan teka-teki Idayu. Berharap agar jawapannya tidak kedengaran sumbang. Idayu tersenyum lagi.
"Well…Abang pun nampak resah. So, abang nak kongsi dengan Ayu?,"
Hisyam tergelak. Idayu pintar memutar kata. Pantas tangannya memaut bahu Idayu. Menarik Idayu ke dadanya.
"Ok. Stop it. Kalau kita terus bercakap macam ni, sampai bila pun perbualan kita tak akan ada penamat. Betul tak?,"
Idayu mengukir senyum. Merenung mata Hisyam lama. Dia nampak keresahan di mata itu.
"Depends,"balas Idayu sepatah. Ketara Hisyam cuba mengalih hala tuju perbualan mereka. Hisyam memandang wajah Idayu yang sedikit serius. Wajah serius itu, benar-benar membuat dia kelu. Sungguh dia buntu. Buntu memikirkan apa yang bersarang di hati isterinya. Memikirkan apa yang mungkin sedang berlegar di fikiran Idayu.
"Kenapa ni? Tiba-tiba saja jadi macam ni? Serius macam ni?,"soal Hisyam lembut. Cuba menghilangkan rawang di hati Idayu. Cuba mencari jernih di wajah Idayu. Memujuk perasaan Idayu yang dirasakan terganggu, meski dia sendiri buntu memikirkan punca yang mengganggu.
"Entahlah bang. Mungkin Ayu takut…,"
"Apa yang Ayu takutkan? Abang tak faham,"
Idayu mengeluh perlahan. Dia memandang kosong jemarinya yang berada di dalam genggaman Hisyam. Juga pautan mesra di bahunya. Sekali lagi hatinya dilanda badai cemburu. Cemburu apabila membayangkan Hisyam melakukan perkara yang sama pada kekasih hatinya. Sungguh. Amat sakit rasanya tiap kali dia teringat akan hakikat dia kini sedang diduakan oleh suaminya. Tidak sanggup memikirkan dia kini sedang berkongsi Hisyam dengan perempuan lain.
Perlahan dia pejamkan matanya. Mencari sedikit kekuatan untuk terus berhadapan dengan Hisyam. Dia mesti kuat. Dia tidak boleh lemah. Melihat tingkah Idayu, Hisyam menjadi semakin tidak keruan. Wajah itu tiba-tiba berubah muram. Sungguh dia tidak sanggup melihat Idayu sedih.
"Kenapa ni? Apa yang tak kena?,"soal Hisyam sambil mengusap perlahan pipi Idayu. Idayu menatap wajah Hisyam. Memegang jemari lelaki itu, membuat belaian Hisyam terhenti. Tangan Hisyam dibawa kembali ke ribanya. Hisyam membalas renungan Idayu. Memang benar kata bapanya. Idayu memang sedang menghadapi masalah. Harap-harap bukan dia yang menjadi punca masalah itu.
"Abang risau tengok Ayu macam ni. Kongsilah dengan abang. Mana tahu abang boleh bantu? Ayu nak berahsia dengan abang ke?,"
Mendengar soalan Hisyam, sekadar membuat Idayu menjadi semakin hiba. Mana mungkin dia boleh berkongsi masalah itu dengan Hisyam. Mustahil. Kerana Hisyam yang menjadi punca beban di hatinya itu. Hisyam membuat dia sedih. Hisyam juga yang membuat dia takut. Hubungannya dengan Hisyam memang tidak pernah ada jaminan kebahagian yang berkekalan. Melalui saat-saat getir begini, membuat dia teringat setiap kata-kata Hisyam lebih tujuh tahun dahulu. Teringat janji-janji Hisyam yang pernah menghiris perasaan perempuannya. Dan, dalam janji-janji itu, tidak ada satu pun yang boleh membuat dia berasa selamat. Semuanya membuat dia sering dihambat rasa risau dan takut. Dia bakal kehilangan Hisyam pada bila-bila masa sahaja. Sekelip mata dia bakal kehilangan segalanya.
"Ayu takut, bang," bisiknya perlahan. Cukup perlahan.
"Takut apa?,"
"Ayu takut akan kehilangan semua ini,"
"Kehilangan apa?," soal Hisyam hairan.
"Abang," jawab Idayu sambil tunduk. Tanpa dipinta, air mata mengalir di pipinya.
Hisyam tergelak kecil.
"Ayu.. pandang abang..," pinta Hisyam sambil menyentuh dagu Idayu. Mengangkat muka isterinya supaya memandang wajahnya. Dia terpaku seketika melihat air mata yang membasahi pipi Idayu. Idayu menagis! Sekian lama dia tidak melihat air mata di pipi itu. Sekian lama Idayu tidak menangis di depannya. Ternyata air mata Idayu benar-benar membuat dia penasaran. Pantas jemarinya menyapu pipi Idayu yang basah.
"Ayu… kenapa ni?,"
Mendengar soalan itu, hanya membuat esakan Idayu semakin kuat. Dia kalah. Hari ini dia gagal selindungkan pedih hatinya. Esakan yang membuat hati Hisyam bagai dicalar.
"Ayu, jangan menangis. Jangan menangis, sayang. Abang tak sanggup tengok Ayu menangis," pujuknya perlahan sambil menarik Idayu ke pelukannya.
Pujukan yang membuat Idayu terkejut. Bagai mimpi. Hisyam memanggilnya sayang?
Betulkah apa yang dia dengar? Selama tujuh tahun, Hisyam tidak pernah menggunakan perkataan keramat itu. Selama tujuh tahun dia menunggu Hisyam memanggilnya dengan panggilan itu. Hari ini, impiannya menjadi kenyataan. Hari ini, terluah perkataan sayang dari bibir lelaki itu. Tetapi, kenapa dia tidak gembira? Kenapa hatinya menjadi bertambah sedih mendengar panggilan itu? Kenapa?
"Ayu.. jangan macam ni. Abang tak suka tengok Ayu menangis. Stop crying," suara lembut pujukan Hisyam begitu hampir di telinganya. Jemari Hisyam sekali lagi mengesat air mata yang jatuh ke pipinya.
"Ayu takkan kehilangan abang. Tak akan. Tak ada apa yang Ayu nak risaukan. Percayalah cakap abang. Ayu tak akan pernah kehilangan abang,"Hisyam berbisik lembut sambil mengusap perlahan rambut isterinya yang mengurai.
Idayu diam di dalam pelukan Hisyam. Berusaha memujuk dirinya sendiri agar tidak menagis lagi. Dia tidak sepatutnya menangis di hadapan Hisyam. Tapi, dia gagal mengawal perasaannya. Dia gagal menutup kesedihan yang bertenggek di hati.
Hisyam pula semakin dilanda tanda tanya. Dia membiarkan Idayu tenang di dalam pelukannya. Perlahan dia mengucup kepala Idayu sambil terus membelai perlahan rambut isterinya itu. Begitu banyak persoalan yang bermain di kepalanya. Tapi, dia takut untuk bertanya. Takut untuk mencari tahu punca Idayu menjadi segundah itu. Sudahnya, dia cuma membisu. Membiarkan suasana sepi itu mengendurkan ketegangan yang tercipta. Ketegangan yang dia sendiri sangsi akan puncanya.
"Encik...,"
Hisyam berpaling. Yati, pembantu rumah ibunya tercegat bersama dulang berisi hidangan minum petang. Gadis itu kelihatan tersenyum malu. Hisyam tersenyum kecil. Idayu pula, segera mengangkat kepalanya yang terlentok di dada Hisyam. Sedikit malu apabila Yati melihatnya sambil tersenyum lebar.
"Minum petang, encik,"
"Letak atas meja tu. Terima kasih, Yati,"
Yati mengangguk dan akur pada arahan itu, sambil terus berlalu. Tidak mahu terus mengganggu kemesraan pasangan suami isteri itu. Hisyam memandang wajah Idayu. Dia tersenyum kecil. Masih ada sisa-sisa air mata yang membekas di pipinya yang mulus. Segera dia menghapuskan air mata itu sekali lagi.
"Tengok tu.. pipi dah merah," tegurnya separuh bergurau sambil menarik semula Idayu ke pelukannya.
Idayu tersenyum sambil mencubit perlahan lengan Hisyam. Hisyam tesenyum lega. Senang melihat senyum yang mekar semula di bibir Idayu.
"Dengan Yati pun nak malu. Biarlah dia tengok. Kita bukannya buat apa-apa pun. Kan?,"
Idayu cuma diam. Membiarkan dia berteka-teki dengan perasaannya sendiri. Aneh. Satu ketika dia resah berada di dalam pelukan Hisyam. Resah memikirkan kecurangan Hisyam. Tapi, pada ketika yang lain, pelukan Hisyam memberi ketenangan padanya. Satu ketenangan yang boleh membuat dia lupa pada semua kesedihannya. Ketenangan yang sedang dia rasai saat ini. Dan, dia ingin menikmati ketenangan itu sepuas hatinya.
"Ayu sayang abang…,"dia berbisik perlahan sambil membalas pelukan Hisyam. Hisyam tersenyum.
"Please… jangan menangis lagi. Abang tak sanggup tengok air mata Ayu…,"
Idayu mengangkat muka.
"Abang jangan tinggalkan Ayu?,"
"Sayang. Abang tak akan tinggalkan sayang. Kenapa ni?,"
"Ayu risau. Kalau-kalau abang dah jumpa cinta abang… dan tinggalkan Ayu…,"Idayu bersuara sambil bersandar di dada Hisyam. Hisyam menahan nafas. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Kata-kata Idayu membawa satu mesej. Dia tahu itu. Idayu mengetahui sesuatu atau Idayu mengesyaki sesuatu? Tanpa sedar, dia mengeratkan pelukannya.

****

posted by BLOGGER @ 5:33 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 4/9/09 8:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best!
    nk lg..cpt erk!

     

  • At 5/9/09 7:28 PG, Anonymous pulutpanggang(ieda_20388@yahoo.com) said…

    hisham ade org len ke?
    die nk kawin 2 ke writer..ish..nk tau ape jadik..cpt smbung k..

     

  • At 15/9/09 10:41 PTG, Anonymous wanie_ayu said…

    xsabar nk tau citer selanjutnya..plizzzz sambung...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group