Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kubuka mata. Cerah dan panas. Rasa mengantuk masih lagi bersisa tetapi aku rasa cukup tak selesa. Panas dan rimas walaupun aku masih terasa desir air-cond yang sepatutnya mendinginkan. Aku bangkit menyelak selimut yang tadinya menyelubungi tubuh. Padanlah rimas, baruku sedar aku masih dalam pakaian pejabatku. Sejurus terimbas wajah ibu semalam. "Cakap dengan ibu..kenapa ni?Kena ragut ke?"risau benar suara ibu. Apa jawabku? Puas cuba kuingat, entah apalah yang kuberitahu ibu. "Handbag Ain mana? Balik sehelai sepinggang..apapun tak ada..kenapa ni?"suara ibu yang gusar terngiang jelas di telinga. "Siapa yang hantar Ain?Alan ke?"Kali ini aku ingat jawapan yang kuberikan pada ibu. "Alan nak pergi, ibu,"Kuingat wajah ibu yang keliru. "Pergi mana? Apa dia buat kat Ain?," Itu soalan ibu sejurus itu. Apa kujawab? Aku tak ingat, semuanya kabur. Entah apa butir bicara aku dan ibu semalam. Lain yang ditanya ibu, lain pula yang aku jawab. Kasihan ibu. Samar-samar jua terkenang suara lembut ibu mengejutkan aku Subuh tadi. Bangunkah aku tadi? Kenapa semuanya bagaikan mimpi? Masih bingungkah aku? Aku bingkas bangun dari katil. Sekurang-kurangnya aku perlu jelaskan sedaya mungkin pada ibu.
Lama aku berdiam di sisi ibu. Ralit bermain-main dengan gelas kosong di hadapanku. Ibu pula membiarkan saja, Nampak asyik dengan kerjanya mengupas bawang. Sesekali nampak kelibat abah melintasi tingkap nako di depan kami, lengkap dengan topi ladangnya di laman belakang. Entah apa dibuatnya, sekejap-sekejap ke hulu kemudian ke hilir pula. "Aik..Kak Ain, mentang-mentanglah weekend..tak mandi lagi?"suara Aliff tiba-tiba menyapa dari belakang. Aku diam tak berkalih. Malas nak melayan adikku nan seorang itu. "Pukul berapa masuk kerja hari ni?"tanya ibu, masih keliru dengan waktu kerja Aliff di 7-Eleven."Pukul 3, shift petang..ni anak ibu yang ni kenapa?Putus cinta ye?,"Aliff tergelak sendiri sambil duduk di kerusi menghadapku. "Isy…kamu ni,"suara ibu seperti biasa bila anak-anaknya mengarut. Aku hanya menjeling Aliff. Dekat benar dengan hakikat tekaan Aliff itu. Tapi aku masih tiada hati untuk melayannya. "Ei…frust sampai tak reti mandi. Anak dara busuk,"umpannya lagi. Budak ni nak kena agaknya, jangan dijolok sarang tebuan… "Ala…kamu pun sama,"jawab ibu pula. Aliff tersengih, masih dengan lagak ceria ting tong nya. "Ibu,laparlah..,"seperti biasa anak bungsu ibu itu meminta perhatian. Meluat aku melihatkan lagaknya lantas aku bangun. "Nak makan apa?Roti je yang ada…bangun dah lewat,nasi lemak pun dah basi…,"terdengar bebelan ibu kala aku mengatur langkah ke muka pintu dapur dan duduk di situ. "Ha..Ain,"sapa abah yang ternampak aku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tersengih membalas sapaan abah. Kasihan abah. Semalam dia juga risau seperti ibu. Sampai ke bilik langkah aku diturutnya. Cuma mulutnya saja yang tidak seperti ibu, tidak bertalu-talu mengasakku dengan soalan. Sesal pula kerana mencetuskan kebimbangan kepada kedua ibu bapaku itu. Sampai sekarang dengan lagak bingungku ini, mereka masih tidak tahu apa yang terjadi. "Ha..siapa pula tu?,"Kulihat abah pantas bergegas ke pintu pagar hadapan. Cepat saja bayang tubuhnya hilang di balik dinding. Rumah ini memang begitu, ada saja tamu abah yang berkunjung. Sibuk benar dengan ahli persatuan penduduk yang kebanyakannya sebaya abah. Agaknya itu cara abah mengisi masa lapang yang kini banyak kerana melepaskan tugas sepenuh masanya. Kini dengan jawatan yang hanya sebagai pensyarah jemputan di Institut Pengajian Bahasa, dia bebas merangka aktivitinya. Paling tidak pun, teman-teman ibu yang majoritinya pesara guru seperti ibu. Ada saja yang bertamu mengajak ibu suka-suka ke kelas masakan atau ceramah agama. Tak sunyi orang tuaku ini, ada saja aktivitinya. Kadang-kadang rumah ini tinggal sepi tanpa penghuni, abah dan ibu dengan hal mereka. Aliff pun, walaupun baru selesai menduduki SPM, bukan selalu ada di rumah. Sibuk ke sana ke mari dengan skuter kesayangannya. Aku juga begitu. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan Alan. Tapi selepas ini, bagaimana? "Ain..,barang kamu ni,"suara abah menyapa dari dalam rumah pula. "Ha?"Aku berpaling memandang abah yang membimbit beg tangan milikku dan satu beg kertas. "Siapa hantar,abah?"pantasku bertanya, menyambut barang-barang yang dihulur abah. "Kawan Alan, siapa entah namanya… Dia cakap Ain tertinggal di office Alan semalam,"balas abah sambil mencuci tangannya di sinki. Ibu yang tadi sibuk di situ sudah bersandar memerhatikanku. Cepat-cepat aku membelek isi dalam beg tangan. Mana handphoneku yang berkecai itu? Sedar tak sedar sahaja aku mengamuk membaling apa saja di depanku semalam. Habis semuanya punah. Isi beg kertas pula kuintai. Ada kotak. "Wah….handphone baru!Mesti kes nak pujuk awek dia mandilah tu.Pokailah Alan macam ni..,"Kubiarkan saja suara Aliff yang menyakitkan hati. Saja-saja dia menjenguk dari meja makan. "Merajuk je tu..dapat handphone…Agaknya kalau minta putus mesti dapat kereta..," Mamat ni memang tak sayang nyawa. Setajam-tajam jelingan kuberi pada Aliff. "Aliff, mari pergi minum," aku tahu abah mengajak Aliff sebelum aku naik angin. Tersengih-sengih mamat keding itu membontot abah. Bukan tahu malu, keluar rumah tak mandi pagi. "Kenapa ni Ain? Alan nak ke mana?"ibu menyoal saat aku membuka kotak berisi handphone baru itu. Kuletakkan kotak yang terbuka di sisi. Aku mengeluh. Ini kenyataan yang aku sendiri kabur. "Dia nak berhijrah, ibu. Ada tawaran kerja…di Australia,"aku pejamkan mata. "Ain tak tahu rancangan dia. Semalam baru dia cakap..macam mudah. Macam Ain ni bukan sesiapa pun bagi dia,"luahku. Semalam pedih, hari ini terasa lebih-lebih lagi. "Sekurang-kurangnya bagilah Ain masa…Ain…,"aku mengeluh. Terasa payah untuk menyusun kata. Ibu masih diam, menunggu ceritaku. "Dia dah uruskan segalanya. Tinggal dua tiga hari saja lagi nak pergi baru buka mulut beritahu Ain. Agaknya Ain ni memang tak penting bagi dia,"sambungku. "Ain tahu siapa Ain pada dia kan? Mungkin yang paling susah, tulah…nak beritahu Ain. Sebab tu dia simpan-simpan sampai semalam,"ujar ibu memujuk. Aku diam. Kupandang wajah ibu. Pujukan ibu walau ringkas memberi aku sedikit penjelasan. Payahkah untuk memberitahuku? Kalau begitu kenapa sanggup tinggalkan aku?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan