Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Leceh betul la. Aku penat-penat menapak, boleh pula dia cancel kelas," rungut ku. Zila menoleh. Melihat wajah ku yang agak cemberut. "Apasal bising-bising ni," Zila masih juga merenung ku. Aku berasa sedikit tertekan. Mengapa? Aku sendiri pun tak tahu. Entah kenapa hari ni, aku rasa lain macam sangat. "Prof kesayangan kau tu la. Dalam bulan ni dah berapa kali dia cancelkan kelas. Macam mana aku nak score masa exam nanti," adu ku.
"Maksud kau Prof Hamid ke? Takkan kot," Zila seakan tidak percaya. Habis berkerut kulit dahinya. Seakan sedang berfikir. Aku tahulah kau peminat dia. Tapi jangan la nak kata aku ni cakap bohong. Tak baik tau. Kan aku ni bakal kakak ipar kau. Ops!! Terlepas cakap…
"Asal? Tak percaya. Kalau kau tak percaya sudah. Aku dah penat. Nak tidur jap. Nak pergi mana-mana, jangan lupa gerakkan aku. Kot la kau nak mengadu kat Prof kesayangan kau," aku merebahkan tubuh diatas katil. Memang penat gila. Wajah mencuka Zila tidak ku hiraukan. Kesian juga dia. Tak pasal-pasal kena bambu dengan aku. Tu lah. Admirer dengan prof aku lagi.
Baru je aku nak lelap, kedengaran seseorang sedang memanggil ku. Ish!! Memang kacau daun betul. Tak boleh tengok orang senang sikit. "Akak, ada orang nak jumpa. Dia tunggu dekat bawah," aku bingkas bangun. "Siapa?" soal ku kembali. "Tak pasti pula. Tapi handsome juga. Boyfriend akak kot," aku tersentak. Amboi…amboi…amboi!! Bukan main lagi kau ye. Pandai-pandai je nak kata orang tu boyfriend aku.
"Siapa pula ni? Zafri ada cakap nak datang sini tak," aku beralih pada Zila. Dia yang juga sedang memandang ku memberi riak pelik di wajahnya. "Sejak bila abang aku jadi boyfriend kau?" Toink!!... Kan dah kena sebijik. Tapi betul juga. Bila pula yang aku declare si Zafri tu boyfriend aku.
"Eh…tak adalah. Aku saja je tanya. Abang kau kan handsome-handsome belaka," aku cuba mengawal wajah ku dari merona kemerahan. "Kalau kau tak pergi, mana kau nak tahu siapa yang datang. Pergilah. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu," aku ragu-ragu untuk bergerak. Masih duduk di birai katil. Kenapa hati aku macam berat sangat nak keluar ni.
"Wei minah! Asal tak pergi lagi ni," aku mendongak. "Kalau aku tak pergi, tak boleh ke? Aku rasa macam tak sedap hati je," sekali lagi dahi Zila bekerut memandang ku. "Pergi je lah. Kau nak aku temankan?" Zila menawarkan diri. Baik hati juga kawan aku ni. Tapi, memang dia baik pun.
"Tapi…" "Jomlah. Jangan suka fikir yang bukan-bukan," Zila sudah pun menarik lengan ku. Aku yang tidak bersedia hampir tersungkur. Mujur aku dapat mengawal langkah ku. Jika tidak, pasti bertelur dahi aku.
Kami melangkah ke arah gerangan seseorang yang sedang menanti ku. Aku tidak dapat mengecam kerana tubuhnya membelakangi ku. Sambil bersandar pada sebuah kereta Honda Civic. Aku dan Zila saling berpandangan.
Namun apabila tubuh itu memaling, langkah ku menjadi kaku. Terus terhenti. Bagitu juga dengan Zila. Kaca mata hitam di tanggalkan menambahkan getar di dadaku. Mata itu terus merenung ku. Jarak antara kami tidak la sejauh mana. Kami berdiri didalam jarak 20 meter.
Aku ingin berpaling namun pantas Zila menahan ku. "Aku bukan nak sebelahkan siapa-siapa. Tapi, biarlah semua ni selesai dengan cara baik. Aku yakin, kau boleh buat," Zila memujuk ku. Aku menarik nafas dalam. "Aku tunggu kau dalam bilik," pesan Zila sambil melangkah meninggalkan aku.
Aku mencari kekuatan. Patutlah hatiku sentiasa berdebar-debar. Rupanya ini yang akan aku lalui. Berhadapan semula dengan orang yang pernah menghancurkan hati ku.
Aku berpaling bersama keyakinan menggunung tinggi. Panahan mata ku terus saja menikam ke dasar mata hitamnya. Tiada lagi senyuman dari ku buatnya walaupun dibibir itu tidak lekang dari senyuman.
"Ada apa awak datang nak jumpa saya?" soal ku tanpa melihat raut wajahnya. Aku memalingkan tubuh membelakanginya. "Saja. Rindu nak tengok muka awak. Sayang tak rindukan Qal?" balasnya hanya bersahaja. Sakit betul telinga aku dengar. Boleh pula dia buat muka selamba. Siap tanya aku balik pula tu.
"Terus terang je apa yang awak nak dari saya. Saya ada banyak kerja yang nak kena buat," aku membuat alasan. Sebenarnya, aku ingin beredaar dengan cepat. Aku takut kekuatan ku mula goyah seandainya dirinya terus memujuk ku. "Betul. Saya rindukan awak," ujarnya lembut. Tangannya mula menyentuh ku namun pantas aku menepis.
"Awak salah orang. Saya tak kenal awak," aku ingin melangkah tetapi tangan ku sudah pun di gengamnya. "Please. Qal tak sanggup kehilangan sayang," rayunya. Suaranya sedikit merintih. Aku tidak pasti sama ada itu hanyalah lakonan ataupun bukan. Walaupun ini yang ku harapkan, tetapi aku masih berasa ragu-ragu. "Untuk apa. Pada saya, awak dah lama mati," ujar ku keras. "Please sayang. Forgive me."
"What! Senang-senang je awak nak minta maaf. Kenapa baru sekarang? Apa salah saya sampai tergamak awak buat saya macam tu," mataku sudah mula berkaca. Akhirnya pecah lalu menitis laju membasahi pipiku. "Maafkan Qal sayang. Qal terpaksa buat semua ni. Sayang tak salah apa-apa pun," jelasnya. Namun aku bukan lah seorang yang bodoh.
"Terpaksa awak cakap. Awak ingat saya ni apa. Tunggul kayu?" hambur ku lagi. Tiada lagi bicara manis yang aku luahkan. Hanya kata-kata berbaur amarah yang mampu ku lemparkan. "Bukan macam tu sayang. Semua ni berlaku secara tak sengaja," pujuknya lagi. Tangan ku di elus lembut. Aku merentap tangan ku. Aku tidak rela diriku di perkotak katikkan begini.
"Tak sengaja. Awak ingat benda ni permainan awak ke?" "Betul sayang. Qal tak ada niat nak sembunyikan dari sayang. Qal terpaksa," "Apa yang awak nak cakap sebenarnya. Apa yang awak sembunyikan dari saya?" soal ku pantas. Tidak mahu berteka-teki lagi.
"Sebenarnya…." Bicaranya terhenti seketika. Aku menanti dengan perasaan yang berkocak hebat. Aku yakin pasti ada sesuatu yang telah berlaku. "Kami dah terlanjur semasa di UK," aku terkesima. Wajah ku pucat. Seakan tidak percaya dengan penjelasannya. Mata itu ku tatap.
"Tapi Qal tak cintakan dia. Kami mabuk waktu tu. Secara tidak sengaja kami telah terlanjur. Mama yang paksa Qal bernikah dengan dia," Ya Allah!! Dia cuba meyakinkan ku. Untuk apa? Kini dirinya sudah pun bergelar suami orang.
"Maafkan Qal sayang. She’s pregnant now," lidah ku terus menjadi kelu. Kepala ku semakin berat. Diriku tidak berdaya untuk berdiri. Aku terduduk di lantai. Ketika itu tiada perasaan memenuhi jiwa ku. Jiwa ku menjadi kosong. Tidak pernah ku menyangka akan mengalami kelukaan sedasyat ini. Hati ku benar-benar terluka. "Sayang, maafkan Qal," ulangnya lagi. Terasa jantungku seperti di tusuk-tusuk. Terlalu pedih. Tersangat ngilu. Ternyata cintanya tidak seutuh cintaku.
Aku melangkah pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Laungannya yang memanggil nama ku, tidak ku hiraukan. Langkah ku longlai. Diri ku seakan mati. Akhirnya aku terjelepuk sekali lagi. Kali ini, aku tidak lagi bangun. Pandangan ku menjadi hitam. Sehitam hati ku.
cepat le sambung. nk blog. sini lmbt ngat.pape pon...bez..i like it.rase cm cm jdi cam kasih jek.i hope kasih pilih zafri.sweet couple.hahahaaaa..plez smbg cpt.pas ni x ley nk online dh.kne blik room.final exam.writer,cite panjg cikit erk.thanks. (E'e)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendek ya
pnjg kn la lg
pape pn best
cpt smbung lg yea