BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, September 16, 2009
Novel : Kisah Mereka 5
Nama Pena : Lada Hijau

KISAH 5 - MEREKA TERPERANGKAP DAN MEMERANGKAP

Sesekali Adib mengerling jarum jam tangannya. Pagi itu dia bangun lebih awal dari biasa. Sebaik selesai menunaikan solat subuh dia terus bersiap untuk ke sekolah. Jam enam empat puluh lima minit pagi Adib sudahpun terpacak di tempat yang dijanjikan. Penat berdiri dia bertinggung. Lenguh bertinggung dia berdiri. Sekali lagi dia mengerling ke arah jam tangan. Baru pukul enam lima puluh lima minit pagi. Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu di simpang itu. Adib mengeluh dan bertinggung semula. Pusingan saat dirasakannya amat perlahan. Tepat jam tujuh barulah kelibat Aki muncul dan menamatkan penantiannya. Dia bingkas bangun sambil membetul-betulkan baju dan seluarnya. Jari-jemarinya menyisir-nyisir rambut hadapan yang lurus lembut menutupi dahi sebelah kanan.

"Assalammualaikum," tegur Aki sebaik menghampiri Adib. "Waalaikumussalam," jawab Adib sambil tersenyum meleret. "Dah lama tunggu?" Tanya Aki. "Eh, taklah. Baru je sampai ni." Jawab Adib spontan. Sedangkan sudah hampir lima belas minit dia di situ. "Err, kenapa dengan mata kamu?" Adib mula menyedari akan mata Aki yang agak sembab sebaik sahaja Aki mengangkat muka memandang tepat ke arahnya. "Jom! Nanti lambat," sengaja soalan Adib dibiarkan Aki.

Mereka berdua beriringan menuju ke sekolah. "Kurang tidur ke malam tadi?" Adib cuba meneka. Aki masih mendiamkan diri. Cuma sesekali dia menggosok-gosok matanya. "Jangan gosok. Nanti tambah bengkak," kata-kata Adib membuatkan Aki tersenyum. Prihatin jugak si lembut ni. Puji Aki dalam hati.

Adib memberikan senyuman apabila Aki sesekali menoleh ke arahnya. "Awak tak de kawan lain ke?" Tiba-tiba Aki menyoal. Langkah Adib terhenti. "Yalah, sebelum ni awak gi sekolah ngan siapa?" Tanya Aki sambil memperlahankan langkahnya agar seiringan dengan Adib.

"Sendiri." Adib menjawab pendek dan menyambung langkahnya semula. "Sendiri? Kenapa? Tak de orang nak kawan ngan awak ke? Perangai awak teruk sangat ya?" Aki mengusik. Adib tersenyum. Walaupun kata-kata Aki itu berbaur sindiran namun tidak sedikit pun Adib terasa. Kini kawan yang baru dikenalinya itu sudah mula berbalas cakap dengannya. Berbeza dengan keadaan semalam, hanya dia seorang saja yang sibuk bercerita.

"Awak nak kenal ngan kawan-kawan saya ke?" Aki terpaku mendengarkan soalan Adib. "Kenapa diam? Tadi nak tahu sangat." Giliran Adib pula menyindir apabila soalannya tadi tidak dijawab. "Petang ni senang tak?" Adib terus menyoal. "Lepas sekolah nanti, ikut saya balik. Saya tunjukkan pada awak ngan siapa saya berkawan." Perasaan serba-salah mula menyelubungi diri Aki. Patutkah dia menerima pelawaan Adib? Kawan yang baru dua hari dikenalinya. Itulah, siapa suruh sibuk sangat nak tahu dengan siapa si lembut ni berkawan. Aki memarahi dirinya sendiri.

"Adib, awak serius ke nak kenalkan saya pada kawan-kawan awak?" Kerisauan Aki menjadi-jadi. Fikirnya Adib akan lupakan hasrat itu tetapi sangkaan Aki jauh meleset. Sebaik saja loceng akhir sessi pagi berbunyi Adib terus mengingatkan Aki tentang pelawaannya pagi tadi. "Ya la. Nanti awak tahulah saya ni teruk ke tidak. Kenapa? Takut? Alah... saya bukannya nak ajak awak buat benda yang bukan-bukan. Saya cuma nak jawab soalan-soalan yang awak tanya pagi tadi. Itu je." Jawapan Adib yang berhias dengan senyuman seribu makna membuat hati Aki berbelah bagi. "Cerita je tak boleh ke?" Aki masih was-was. "Nak ikut ke tak?" Tanya Adib. Aki bingung. Sama ada mahu ikut atau tidak. Entah kenapa dia memberi anggukan setuju bila lama direnung Adib. Mungkin kerana tidak mahu kawan barunya itu terasa. Adib tersenyum. Membiarkan Aki mengikut langkahnya dalam seribu keraguan.

"Jemput minum," Fizi menghulurkan segelas air kepada Oly. "Eh, terima kasih. Baik hati awak." Walaupun sedikit hairan, Oly menerima minuman yang dihulurkan. Setelah menyedut beberapa kali, dia meletakkan gelas tadi di sebelah mesin kira-kira sambil tersenyum pada Fizi yang tersengih- sengih memandang. "Fizi tak minum sekali?" Oly mengajukan soalan bila Fizi masih mengeliang-ngeliut di hadapannya. "Eh, takpe... dah minum kat belakang tadi." Fizi menjawab sambil tangannya mengelap-ngelap meja kaunter tanpa sebab. "Pak Long rasa bukan meja kaunter ni yang patut kamu lap." Pak Harun menepuk bahu Fizi dari belakang. Dengan muka cuak Fizi menoleh memandang Pak Harun. Yan yang sedang mengelap meja memerhatikan mereka bertiga. Padan muka. Nak menggatal tak kena tempat. Aku adik dia yang penat gila ni tak dikasinya air... yang dok tercongok kat kaunter tu pulak yang dia sibuk-sibuk. Yan mengejek Fizi dalam hati bila niat abangnya hendak mengurat Oly dihalang teguran Pak Harun. Sedang Yan mengejek dan merungut sendirian tiba-tiba perhatiannya teralih pada kelibat yang baru melangkah masuk ke dalam restoran.

"Ayah..." Adib menghulurkan salam sambil mencium tangan Pak Harun sebaik melangkah masuk ke dalam restoran. Perkara yang sama dilakukannya pada Oly dan Fizi. Namun bukan kelibat Adib yang mencuri perhatian Yan tetapi seorang gadis yang berjalan masuk bersama Adib.

"Ini Aki. Kawan sekolah Adib. Aki, ini ayah saya. Ini Fizi sepupu saya dan itu kakak saya Oly." Aki menghulurkan salam kepada Pak Harun, Fizi dan Oly. "Hah, abang Yan! Mari saya kenalkan kawan baru saya ni." Seperti pucuk dicita ulam mendatang bila namanya dipanggil Adib. Dia bertekad, kali ini peluang kedua takkan dilepaskan untuk mendapatkan semula duitnya. Kain buruk di tangan dihempas Yan ke atas meja.

Berderau darah Aki bila Yan menuju ke arahnya. Mukanya pucat serta-merta. Apa yang mamat ni buat kat sini? Kecil betul dunia ni. Macam mana aku boleh terserempak lagi dengan dia? Hati kecil Aki terus berkata-kata. Jantungnya berdegup semakin kencang tatkala Yan semakin hampir dengannya. Mata Aki melilau mengelak dari renungan tajam Yan.

"Aki, ini Yan. Sepupu Adib. Adik abang Fizi." Suara Adib menyentakkan Aki. Yan sudah pun berdiri betul-betul di hadapannya. "Saya Aki." Dalam keadaan teragak-agak dan suara tersekat-sekat, Aki menghulurkan salam kepada Yan. Salamnya disambut dengan gengaman yang agak keras.

"Mari, jemput duduk. Kamu nak minum apa? Minuman panas atau sejuk?" Pelawaan Fizi mematahkan hasrat Yan untuk bersuara. Aki terasa kembali aliran darah di urat-urat mukanya. "Err... limau... limau ais." Pucat di muka Aki beransur hilang namun suaranya masih tersekat-sekat. "Yan, pergi ambik air untuk tetamu kita ni. Suruh Azam buat sedap-sedap tau!" Perintah Fizi. Lagaknya tak ubah seperti tuan empunya restoran. Tanpa banyak soal, Yan menuju ke dapur.

"Eh, air untuk siapa tu?" Tegur Azam kehairanan apabila melihatkan Yan membancuh sendiri air minuman sebaik tiba di dapur. "Adib bawak kawan dia. Kat depan tu. Biar saya bancuh air ni. Azam pergilah kenalkan diri. Kitaorang semua dah kenal." Habis sahaja ayat Yan, Azam terus begerak ke bahagian hadapan restoran. Sejak berpindah, adiknya tidak pernah membawa pulang walau seorang kawan sekalipun. Membuatkan Azam teringin benar berjumpa dengan kawan baru Adib itu.

Salam Azam disambut Aki dengan senyuman. "Hah! Mereka ini semualah kawan-kawan saya." Adib memandang Aki. " Awak tipu! Ini keluarga awak." Aki tidak puas hati dengan jawapan Adib. "Kenapa? Keluarga sendiri tak boleh jadi kawan ke? Esok giliran awak pulak kenalkan saya pada kawan-kawan awak." Geli hati Adib melihatkan Aki tersipu-sipu malu dikelilingi ahli keluarganya. Pelanggan-pelangan yang sedang menjamu selera sesekali mengerling ke arah mereka semua.

"Saya baru pindah kat sini. Mana ada kawan lagi." Nada suara Aki rendah. Baru dia sedar yang Adib cuba mengenakannya. "Sudah Adib." Pak Harun menegur anak lelakinya apabila melihatkan perubahan pada air muka Aki. "Maafkan anak Pak Cik. Dia memang macam ni, suka mengusik." Pak Harun cuba menenangkan anak gadis yang sedang duduk di hadapannya itu.

"Kamu tinggal di kawasan ni jugak ke?" Tanya Pak Harun. Aki mengangguk. "Saya baru pindah kat Jalan Merbok," beritahu Aki. "Jalan Merbok? Yang mana satu rumah kamu?" Pak Harun terus menyoal. "No. 33," jawab Aki pendek. " No. 33?" Ulang Pak Harun. "Itukan rumah Pak Cik Dali kawan ayah." Azam tepat meneka. "Betul kamu tinggal kat situ? Apa hubungan kamu dengan dia?" Pak Harun cuba mendapatkan kepastian. Aki memandang satu-persatu wajah yang mengelilinginya sebelum menjawab, "Dia ayah tiri saya."

"Jadi, kamu ni adik Joe ya? Kita orang jumpa dia kat masjid ari tu... ngan Pak Cik Dali." Tekaan Azam tepat lagi. Aki tercengang. Kini sah baginya yang dunia ini benar-benar kecil. "Jemput minum." Tiba-tiba Yan muncul membawa minuman. "Yan, kau buat air ke jerang air? Lama betul." Lawak basi Fizi tidak diendah Yan. Matanya terus merenung Aki. "Hah, minumlah." Pelawa Pak Harun. Aki sedaya-upaya mengelak matanya dari bertembung dengan renungan tajam Yan. Gelas di hadapannya dicapai. Air limau ais itu dikacau-kacaunya dahulu dengan penyedut minuman sebelum disedut.

Yan yang merenung tajam ke arah Aki dari tadi tiba-tiba tersenyum sinis. "Macam mana? Sedap tak?" Tanya Yan dengan sopan-santunnya. Dalam keadaan terkedu dan terpaksa, Aki menelan air limau ais yang baru disedutnya itu. Bodoh punya mamat. Kau kenakan aku depan dia orang ni semua ya. Menggigil Aki menahan marah kerana terpaksa menelan air limau ais yang dibancuh Yan dengan garam.

"Sedap. Pandai awak buat air." Aki cuba menahan kemasinan yang masih melekat ditekaknya. Seboleh-boleh dia mempamerkan senyuman mesra. "Makan tengah hari di sini ya. Yan, sediakan hidangan untuk tetamu kita ni." Arah Pak Harun. "Eh, tak pe. Tak payah susah-susah. Lagipun saya tak boleh lama kat sini. Saya kena balik." Cepat Aki menolak pelawaan Pak Harun. Hakikatnya perut Aki sedang mendidih kelaparan. Namun dia tidak mahu terkena lagi. Entah apa pula yang bakal dimasukkan ke dalam makanannya itu nanti.

"Kalau ya pun, habiskanlah minuman tu dulu. Tak elok membazir tau." Yan terus berlagak sopan. Menambah kegeraman di hati Aki. "Betul tu. Habiskanlah minuman tu dulu. Bila-bila senang singgahlah lagi." Pak Harun mengiyakan kata-kata Yan. "Anggaplah kami ni semua kawan-kawan kamu. Jangan malu-malu." Oly pula cuba beramah. Dengan senyuman kelat Aki menghabiskan air limau aisnya dengan satu nafas. Sejurus isi dalam gelas tersebut kosong disedut, Aki bangun bersalaman dan melangkah keluar meninggalkan "kawan-kawan" yang baru dikenalinya itu.

"Aki, tunggu!" Belum jauh Aki melangkah meninggalkan restoran, namanya diteriak seseorang. Dilihatnya Adib berlari-lari anak menghampirinya. "Dah puas tipu saya?" Sindir Aki sebaik Adib berhenti di hadapannya. "Awak marah?" Tanya Adib. " Taklah, saya suka." Aki terus menyindir. Melepaskan geram yang ditahannya dari tadi sewaktu dikelilingi keluarga Fizi. Sebab Adib, dia berjumpa semula dengan Yan. Sebab Adib juga, dia kena minum air limau ais bercampur garam.

"Saya tak tipu. Saya ikhlas ngan awak. Merekalah kawan-kawan saya. Kalau awak nak tahu, saya baru setahun lebih je kat sini. Belum ada kawan lagi. Yang ada pun teman-teman sekelas dan ahli-ahli kelab sejarah yang selalu ketawa dan ejek saya tiap kali saya bercakap. Saya nak cuba nasib je berkawan ngan awak. Sebab awak orang baru kat sini. Itupun kalau awak sudi. Maaflah kalau awak tak suka semua ni." Adib yang tidak tahu punca kemarahan Aki menerangkan maksud hatinya dengan panjang lebar. Aki hanya diam berpeluk tubuh mendengar alasan kawan barunya itu. Membuatkan Adib rasa tambah bersalah. Dengan berat hati dia meninggalkan Aki bila kata-katanya tidak dihiraukan. Cuma kedua-dua mata Aki sahaja yang berulang-ulang memandangnya dari atas ke bawah. Menambahkan lagi kehibaan hati Adib yang jelas terpampang di wajah.

Memang sah si lembut ni sensitif. Baru acah sikit dah nak terasa. Perli Aki dalam hati. "Hei, kawan!" Jerit Aki. Langkah Adib terhenti. Dia menoleh ke arah Aki. "Esok jangan lupa tunggu saya kat tempat yang sama jam tujuh. Kalau lambat saya tinggal!" Aki sempat mengusik dalam memujuk. Serentak itu juga rasa hiba di hati Adib lenyap. Melahirkan bunga kegembiraan. Lantas dia terlompat-lompat manja seorang diri. Aki membiarkan sahaja Adib sendirian meraikan kegembiraan itu. Langkahnya yang terhenti tadi disambungnya semula.

Tersenyum-senyum Aki bila mengenangkan semula kata-kata Adib tadi. Nasib kaulah Aki, berkawan ngan si lembut. Aki mengejek dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya, dia dah ada tempat lain untuk dituju selepas tamat waktu sekolah. Dari pulang terus ke rumah dan berdua-duaan dengan Jasmin, lebih baik dia bersama Adib. Lagipun abangnya Joe selalu pulang lewat. Paling kurang dalam pukul lima petang baru Joe pulang dari kolej.

"Dah gila ke? Senyum sorang-sorang." Sekali lagi langkah Aki terhenti. Dia menoleh kiri dan kanan. Mencari suara yang menegurnya itu. "Awak!" Jerit Aki sebaik menoleh ke arah suara yang mengganggu lamunannya tadi. "Limau ais campur garam. Awak nak bunuh saya ke?" Bentak Aki. Yan segera meluru ke arah Aki lalu menariknya berlindung dibalik dinding agar perlakuannya tidak dapat dilihat oleh orang yang lalu-lalang di situ.

"Lepaskan saya!" Aki meronta. Dia terus lari sebaik gengaman Yan pada tangannya terlepas. "Larilah! Biar aku cerita kat Adib siapa kau sebenarnya!" Yan mengugut. Kata-kata Yan tadi menghalang hasrat Aki untuk melarikan diri. Tidak! Adib tak boleh tahu. Kalau Adib tahu nanti, Pak Harun dan yang lain-lain pun tahu. Mereka semua kenal ayah tiri aku. Tak mustahil abang juga akan tahu. Tidak! Ini tak boleh jadi. Aku tak nak sesiapa pun tahu. Aki terfikir sejenak kebarangkalian yang bakal berlaku jika Yan menceritakan segala-galanya pada Adib.

"Jangan!" Aki berlari semula ke arah Yan. "Tolonglah, jangan ceritakan pada sesiapa." Aki mencabut keegoannya. Dalam keadaan terdesak dia merayu agar Yan tidak menceritakan tentang kejadian dia mencuri di Sogo.

Yan tergelak kecil tatkala melihat Aki beriya-iya merayu agar dia merahsiakan segala-galanya. "Hmm... tau pun takut." Perli Yan. Meluat Aki melihat Yan yang tidak mengendahkan rayuannya itu.

"Aku nak duit aku balik." Yan bersuara sebaik gelaknya reda. Riak cemas semakin terukir di wajah Aki. Bagaimana dia hendak mendapatkan wang sebanyak itu? Hendak diminta pada mamanya, hubungan mereka agak dingin kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pertengkaran antara dia dan mamanya yang baru meletus malam tadi. Tak sanggup dia hendak menebal muka. Minta pada abang pula, pasti kena soal macam-macam.

"Oii! Dengar tak?" Tempik Yan apabila soalannya tidak berjawab. "Saya tak de duit," balas Aki. "Hmm... tak nak bayarlah ya. Lepas ni jangan marah kalau semua tau..." Yan bertindak meninggalkan Aki yang ketandusan ikhtiar untuk membayar hutang.

"Nanti!" Aki berlari menahan Yan. "Tolonglah! Jangan buat saya macam ni." Aki mengoncang-goncang lengan Yan. Lengan tersebut segera dilepaskannya apabila Yan merenung tajam.

"Nak bayar ke tak?" Soal Yan. "Saya boleh bayar tapi bukan sekarang," jawab Aki. "Jangan main-main ngan aku," nada suara Yan keras. Geram dengan gadis yang berdiri di hadapannya itu. "Saya nak bayar tapi sekarang saya takde duit." Aki cuba menerangkan pada Yan agar faham akan keadaannya.

"Bagilah saya masa." Pinta Aki walaupun dia tidak pasti sama ada dapat mengumpulkan duit sebanyak RM 299.50 itu atau tidak. Setiap bulan dia hanya menerima RM 100 untuk duit saku. Ini bermakna mulai sekarang dia terpaksa mengikat perut di sekolah. Itupun memakan masa selama tiga bulan baru cukup untuk dia membayar hutang tersebut.

"Berapa lama nak kena tunggu?" Tanya Yan. "Beri saya masa tiga...," Aki menunjukkan tiga jari tangannya. "Tiga hari? Baik." Yan terus bersetuju. "Eh! Bukan. Tiga... tiga bulan." Aki segera membetulkan tekaan Yan. "Tiga bulan? Kau ingat aku bodoh? Kau nak larikan? Kau jangan memain ngan aku. Hmm... nampaknya kau tak serius langsung nak bayar balik duit aku tu. Maaflah kalau lepas ni keluarga kau tahu yang anak gadis mereka pencuri." Tanpa membuang masa Yan terus meninggalkan Aki.

Geram betul Aki melihatkan sikap Yan yang tidak henti-henti mengugutnya. "Oii, bodoh! Gunalah otak sikit! Saya ni kan budak sekolah. Mana nak cari duit sebanyak tu. Bagi jelah saya masa." Akhirnya geram Aki terlepas. Dari tadi dia cuba menahan geram, melupakan keegoannya hingga sanggup merayu meminta simpati. Namun dirasakan sia-sia bila rayuannya tidak diendah langsung.

Berdesing telinga Yan tatkala dirinya digelar bodoh. Sekali lagi dia berpusing dan meluru ke arah anak gadis yang menggelarkan dirinya bodoh itu. Ketakutan mula menyelubungi diri Aki. Dia cuba hendak lari namun kakinya seperti melekat di jalan bertar itu.

"Sebulan. Aku beri kau masa sebulan." Tegas Yan sebaik tangannya mencapai lengan kiri baju sekolah Aki. "Tak boleh. Saya tak cukup duit. Saya perlukan masa tiga bulan untuk kumpul duit sebanyak tu. Tolonglah faham. Jangan desak saya lagi. Saya janji akan bayar semula duit awak tu." Sekali lagi Aki cuba merayu.

"Tapi kenapa sampai tiga bulan? Lama tu..." Yan terus menyoal tanpa melepaskan Aki. "Setiap bulan saya dapat seratus ringgit untuk duit saku. Nanti saya bayar awak guna duit tu. Sebab tu saya perlukan masa tiga bulan." Terang Aki mengharap Yan memahami keadaannya.

Lama Yan mendiamkan diri. Sedikit demi sedikit gengamannya pada lengan baju Aki terlerai. Aki membetul-betulkan lengan bajunya yang berkedut. Wajah Yan yang berkerut memikirkan sesuatu diperhatikannya. Aki tertanya-tanya apa yang sedang difikirkan oleh lelaki di hadapannya itu. "Macam mana? Setuju?" Aki cuba mendapatkan kepastian setelah agak lama Yan mendiamkan diri.

"Hello...," Aki melambai-lambaikan tapak tangannya di muka Yan. "Apa ni?" Yan mula bersuara apabila pandangannya terganggu. " Saya tanya, setuju ke tak? Saya janji akan bayar dalam masa tiga bulan." Aki mengulangi semula kata-katanya tadi.

"Hmm... tiga bulan... lama tu." Yan masih tidak puas hati. Tiga bulan adalah satu jangka masa yang agak panjang baginya. Fikirnya berbagai kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh masa itu.

"Habis tu, awak ada cara lain?" Aki cuba mencabar Yan. Sempat dia menjeling sambil berpeluk tubuh. "Rasanya ada. Tadi aku terfikir satu cara untuk kau bayar balik duit aku dalam tempoh satu bulan." Yan memberi pandangan sambil menghadiahkan senyuman sinis pada Aki. "Macam mana?" Dahi Aki berkerut kehairanan melihatkan senyuman yang terukir di bibir Yan.

"Berapa yang kau ada sekarang?" Tanya Yan. "Hah?" Aki kabur. "Kau kata tadi setiap bulan kau terima seratus ringgit. Bagi aku seratus tu dulu," arah Yan. "Err... tapi saya dah guna duit tu. Tak sampai seratus pun, cuma ada lapan puluh lima ringgit je," Aki cuba memberi alasan.

"Bagi aku duit tu cepat!" Yan benar-benar serius. Dia tidak mahu terlepas peluang lagi untuk mendapatkan duitnya semula. Hendak tak hendak Aki mengeluarkan wang yang dimaksudkan dari beg duitnya. Berat hati Aki untuk menyerahkan wang saku tapi apakan daya bila memikirkan rahsianya akan terbongkar jika tidak memenuhi permintaan tersebut.

Wang yang dihulurkan segera diambil Yan. Aki hanya memerhatikan saja gelagat Yan mengira-ngira wang itu. "Err... boleh tak amik lapan puluh dulu?" Pinta Aki. Kiraan Yan terhenti. Wang kertas bernilai RM 5 dihulurkannya kepada Aki. "Sekarang baki hutang kau pada aku tinggal dua ratus sembilan belas ringgit lima puluh sen dan kau mesti selesaikan dalam masa satu bulan. Ikut aku sekarang. Aku akan tunjukkan kau caranya." Tanpa berfikir panjang Aki mengikut Yan dari belakang. Dia tertanya-tanya apakah yang sedang bermain difikiran Yan.

"Hah, Yan. Kau dari mana ni?" Tegur Fizi sebaik Yan melintas di hadapannya. "Buang sampah," jawab Yan pendek. "Eh, Aki. Ada barang tertinggal ke?" Tanya Fizi kepada Aki yang sedang berdiri di belakang Yan. "Err...," Aki kebuntuan jawapan untuk soalan Fizi. Dia sendiri tertanya-tanya mengapa Yan membawanya berpatah balik ke restoran. Apakah sebenarnya rancangan Yan?

"Aki... tak balik lagi?" Kali ini Adib pula menegurnya. Aki semakin cemas. Adakah dia akan dikenakan Yan sekali lagi? Mungkinkah Yan akan memalukannya dengan menceritakan segala-galanya. Tidak! Tidak dapat dibayangkannya bagaimana anggapan Adib terhadapnya bila tahu perkara sebenar. Bagaimana pula dia hendak berhadapan dengan keluarganya jika perkara ini tersebar? Betapa sedih abangnya nanti setelah dapat tahu yang adiknya seorang pencuri. Fikiran Aki berkecamuk dengan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya mereka semua tahu yang dia pernah mencuri.

"Pak Long," Yan menegur Pak Harun yang sedang berehat di meja sambil membaca surat khabar. Melihatkan Yan berbisik-bisik dengan Pak Harun membuatkan Aki bertambah risau. Mahu saja dia lari meninggalkan restoran tersebut.

"Betul ke apa yang Yan beritahu pada Pak Cik?" Tanya Pak Harun sebaik saja mendekati Aki yang serba tak keruan. Aki tergamam. Soalan Pak Harun menyesakkan nafasnya. Dia bersedia untuk lari sekiranya terjadi sebarang kemungkinan. Dalam kesesakan nafas itu matanya sempat memandang Yan yang sedang tersenyum sinis di belakang Pak Harun.

"Beritahu apa ayah?" Tanya Adib. Nafas Aki semakin sesak. "Yan kata kamu nak kerja part time kat sini." Kata-kata Pak Harun membuatkan Aki terkedu seketika. Sedikit demi sedikit nafasnya kembali teratur. Kerisauan di hati beransur hilang namun geramnya pada Yan semakin menebal. Pandai betul mamat ni kenakan aku. Jadi ini rupanya rancangan dia. Tak pasal-pasal aku kena kerja kat sini pulak. Gerutu Aki sendirian. Kecil saja matanya memandang Yan. Rasa hendak diterkam saja tetapi hasratnya itu terbatal apabila difikirkan yang rahsianya masih elok tersimpan. Walaupun terasa dirinya diperangkap, dengan perlahan Aki mengangguk.

"Betul ke Aki? Kenapa tak beritahu tadi?" Adib cuba mendapatkan kepastian walaupun Aki sudah menjawab dengan satu anggukan. "Tadi dia tak tahu. Bila terbaca kertas iklan kat depan tu, baru dia tahu yang Pak Long nak cari pekerja lagi," Yan segera mencelah. Aki yang sedang terpinga-pinga mencari jawapan terus mengiyakan kata-kata Yan. "Pak Cik boleh ambil kamu bekerja tapi kamu mesti minta izin orang tua kamu dulu," Pak Harun memberi peringatan. Sekali lagi Aki mengangguk.

Setelah segalanya dipersetujui, Aki meminta izin untuk pulang. Mulai esok dia akan mula bekerja di restoran itu pada sebelah malam. Pak Harun akan membayarnya sebanyak RM 250 sebulan. Cukup-cukup untuk membayar baki hutangnya kepada Yan. Sewaktu melangkah keluar restoran, Aki sempat menjeling ke arah Yan yang tersenyum-senyum seorang diri. Aki tahu, Yan sedang mentertawakannya dalam hati. Tunggu kau. Bila aku dapat peluang nanti, aku gelakkan kau balik. Perasaan dendam pada Yan mula terbit di hati Aki.
posted by Penulisan2u @ 2:18 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group