BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, September 08, 2009
Novel : Kisah Mereka 4
Nama Pena : Lada Hijau

KISAH 4 - MEREKA MULA BERTEGUR - SAPA

Selesai mengunci pintu restoran, Oly berlari anak menghampiri Fizi, Yan dan Azam yang sedikit jauh ke depan. Langkahnya dipercepatkan agar dapat berjalan seiringan. Mereka akan pulang dengan berjalan kaki kerana restoran tersebut berada di dalam kawasan kejiranan mereka dan jarak antara restoran dan rumah tidak jauh. Setiap hari mereka akan pulang untuk berehat selama empat jam sebelum memulakan operasi di sebelah malam. Pak Harun pula pada waktu rehat begini akan keluar untuk menyelesaikan urusan-urusan yang lain.

"Malas betul nak sambung kerja malam ni," Fizi mengeliat sambil menanggalkan bajunya sebaik tiba di rumah. Dia menuju ke dapur. Mencari air untuk diminum bagi menghilangkan dahaga. Azam pula terus naik ke tingkat atas. Setibanya di bilik tidur, Azam tidak membuang masa lantas mencapai tuala dan terus ke bilik air. Yan seperti biasa berkurung di bilik sementara menunggu gilirannya untuk mandi. Dia, Fizi dan Azam berkongsi sebuah bilik air. Bilik air tersebut mempunyai dua pintu di antara biliknya dan Azam. Terdapat tiga buah bilik tidur semuanya di tingkat atas. Di mana yang satu lagi adalah bilik Adib. Dia tidak perlu berkongsi kerana ada bilik mandi di bilik tidurnya itu.

Di tingkat atas itu juga terdapat sebuah ruang tamu tempat bersantai. Namun ruangnya tidaklah seluas ruang tamu utama di tingkat bawah. Ruang santai tersebut di hias ringkas dengan sofa panjang berwarna hijau muda dan dua buah kerusi rotan serta hamparan yang diperbuat daripada buluh. Terdapat beberapa bantal kecil berwarna-warni di atas hamparan buluh itu. Televisyen pula di sudut kiri ruang tamu, terletak di atas sebuah almari berpintukan kaca. Bersebelahannya ada sebuah rak kecil yang diperbuat daripada rotan yang penuh dengan buku dan majalah yang tersusun rapi. Terdapat sebuah replika kereta lumba di atas rak buku tersebut. Dinding yang bercat kuning air pula digantung dengan beberapa keping gambar yang berbingkai. Gaya susunannya di dinding seakan sedang bercerita tentang rentetan kenangan keluarga yang menghuni rumah tersebut. Oly jarang ke tingkat atas kerana biliknya dan Pak Harun terletak di tingkat bawah. Kalau di tingkat atas kebanyakan perabotnya berasaskan rotan, berlainan pula di tingkat bawah. Kebanyakan perabot-perabot di situ diperbuat daripada kayu jati. Mengikut citarasa tuan empunya rumah iaitu Pak Harun.

Sementara yang lain-lain masih di tingkat atas, Oly yang berada di tingkat bawah baru sahaja selesai membancuh air kopi untuk minum petang. Pisang goreng yang dibelinya semasa dalam perjalanan pulang tadi dihidangkan di meja makan bersama seteko air kopi panas. "Mana yang lain kak?" Tegur Adib. Potongan pisang abu goreng dicapai, digigit dan dikunyahnya. Beg sekolah yang digalas diletakkan di atas kerusi sebelum duduk. "Ada kat atas tu. Lambat kau balik hari ni." Oly mencapai sebiji cawan dan menuang air kopi untuk adiknya. "Gi MPH cari buku." Adib mengambil satu lagi pisang goreng di piring. "Sorang?" Tanya Oly pendek. Adib hanya mengangguk. Sibuk menghembus kopi panasnya. "Naper tak ajak kawan-kawan temankan? Kan ayah dah pesan banyak kali. Nak pergi mana-mana bagitau dulu. Jangan pergi sorang-sorang." Oly mula membebel. Adib mengalihkan perhatiannya dari Oly dengan menghirup kopi panasnya sikit-sikit. Oly yang kebengangan beredar membiarkan Adib menikmati minum petang seorang diri bila bebelannya tidak mendapat tindak-balas dari si adik.

"Minum sorang nampak." Azam yang muncul dari belakang menarik kerusi dan duduk di hadapan Adib. Teguran Azam hanya dibalas dengan senyuman kerana mulut Adib sibuk mengunyah. "Bang, hari Ahad nanti kita gi KLCC nak?" Bicara Adib sebaik mulutnya lega untuk berkata-kata. "Hmm boleh gak... abang pun tak gi mana-mana," Azam menghirup air kopi yang baru dituangnya. "Hah, Yan... meh minum skali," ajak Azam sambil menuang kopi. Yan yang baru turun terus menuju ke ruang makan lalu duduk di sebelah Adib. Azam menghulurkan kopi yang dituangnya itu kepada Yan. Kopi tersebut disambut dengan kemas. "Bang, Ahad ni kita orang nak gi KLCC. Abang nak ikut?" Pelawa Adib. Yan tidak segera menjawab sebaliknya menikmati dahulu air kopi panasnya. "Boleh gak. Abang pun teringin nak ke sana. Selama ni asyik tengok dalam TV je," Yan mencapai teko dan menambah lagi air kopinya ke dalam cawan. Mereka bertiga terus rancak berbual kosong di meja makan sementara menunggu Fizi yang belum turun-turun lagi.

Seperti dirancang, pagi-pagi lagi mereka sudah bersiap. Azam, Adib, Yan, Fizi dan Oly mengambil keputusan untuk ke KLCC dengan menggunakan perkhidmatan LRT. Beriya-iya Fizi meminta mereka menunaikan hasratnya untuk menaiki LRT. "Hah, inilah KLCC yang selalu kita tengok dalam TV tu Yan." Kata Fizi sebaik melangkah keluar dari LRT yang berhenti di tingkat bawah KLCC. Yan hanya diam. Malas hendak dilayan perangai abangnya yang kadang-kadang terlebih mengada-ngada dan macam budak-budak.

"Hah, dah tahu ni, lain kali boleh pergi sendiri," Oly memandang Fizi. "Pergi sendiri? Tak de masalah tapi lagi best kalau Oly temankan," Fizi terus mengada-ngada. Oly hanya tersenyum. Kadang-kadang perangai Fizi yang selamba dan tak tahu malu itu menghiburkannya. "Kita pergi tengok pakaian dulu," ajak Azam. Langkahnya mendahului yang lain. Yan dan Adib mengikut dari belakang sementara di belakang mereka pula Oly leka mendengar Fizi yang tidak habis-habis bercakap.

Fizi tanpa di ajak terus mengikut Oly ke bahagian menjual pakaian wanita. Meninggalkan Yan bersama Azam dan Adib. Terpaksalah Yan dengan sabar menunggu Azam dan Adib memilih pakaian. Sekali-sekala Yan menyelak-nyelak beberapa pakaian yang tergantung berdekatan dengannya walaupun tidak menarik perhatian langsung. Dalam dia leka membelek, seorang gadis melintas di hadapannya. Sekilas pandang susuk tubuh yang membelok dan membelakanginya itu mengingatkan kembali Yan pada kejadian yang berlaku sebulan yang lalu. Sewaktu dia dan Fizi mengikut Pak Harun membeli-belah di Sogo. Susuk tubuh yang semakin jauh dari pandangan mata diekori Yan. Semakin dekat dia mengekori, semakin jauh dia meninggalkan abang dan sepupu-sepupunya yang lain.

"Hei, apa ni?" Jerit Aki apabila seseorang memegang tangannya sewaktu tiba di tingkat tiga KLCC. Disebabkan terkejut kakinya tersandung anak tangga escalator. Mujur tangan yang memegang menyelamatkan dirinya dari terjatuh. "Apa ni? Awak siapa? Lepaskan saya!" Aki cuba melepaskan tangannya dari gengaman tersebut tetapi dia terus ditarik ke tepi. "Lepaskan saya!" Aki menarik kuat tangannya. Gengaman tersebut terlepas. "Gila ke?" Marah Aki sambil mengurut-ngurut pergelangan tangannya. Orang ramai yang berlegar-legar di sekeliling tidak mengendahkan mereka.

"Awak siapa? Apa awak nak?" Aki terus menyoal. "Aku nak duit," Yan mula bersuara setelah disoal bertubi-tubi. "Duit? Ooo... nak mencuri ya. Kalau berani ambillah, saya jerit nanti," cabar Aki. "Aku bukan pencuri. Aku nak duit aku balik," Yan menerangkan tujuannya. "Duit awak? Hei, duit apa pulak ni? Saya tak pernah berhutang ngan awak. Saya tak kenal awak pun," Aki kehairanan. Adakah lelaki dihadapannya ini gila atau ini salah satu taktik baru untuk mencuri?

"Kau memang tak kenal aku pun, tapi aku ingat lagi muka kau. Kau yang langgar aku ari tu. Pastu tinggalkan beg kau sampai aku tertangkap. Aku pulak kena bayar barang yang kau curi!" Terang Yan panjang lebar dengan suaranya sengaja di keraskan bila menyebut perkataan curi. Kening Aki berkerut mengingatkan semula kejadian yang dimaksudkan. Jadi inilah orang yang menghalang laluannya sewaktu dia cuba melarikan diri di Sogo tempoh hari.

"Hmm... itu bukan salah saya. Nasib awaklah. Siapa suruh awak halang laluan saya?" Aki membela diri. Tanpa membuang masa Aki bergerak meninggalkan Yan tetapi terus dihalang. Yan menarik semula Aki ke tepi dinding. "Jangan main-main ngan aku," Yan mengertak. Aki terkedu seketika. Adakah lelaki di hadapannya itu akan mencederakannya. Setelah agak lama merenung tajam, Yan mengangkat tangan kirinya dan memegang bahu Aki. "Saya cuma nak duit saya balik. Itu saja...," Yan merendahkan suara sambil menarik nafas panjang. Kata ganti diri ‘aku’ digantikannya dengan ‘saya’. Aki sedikit tenteram bila Yan menukar nada percakapan. Dia pasti lelaki di hadapannya itu tidak berniat untuk mencederakannya. Yan pula mula merasakan yang dia punya peluang untuk mendapatkan duitnya kembali bila riak wajah Aki mula menunjukkan keselesaan. Namun sikap degil Aki betul-betul mencabar kesabaran Yan. "Saya takkan bayar. Kalau saya nak bayar, tak payah saya susah-susah mencuri. Tepi!" Aki menepis tangan yang masih memegang bahunya itu.

Geram di hati Yan tidak dapat ditahan lagi. Kini dia memegang pula kedua-dua bahu Aki. Kali ini agak kuat cengkamannya. Mengeliat Aki disebabkan cengkaman keras Yan. "Kenapa ni?" Serta-merta Yan melepaskan kedua-dua bahu Aki bila dia ditegur seseorang dari belakang. "Abang!" Aki terus meluru mendapatkan Joe yang berdiri di belakang Yan. Dengan perlahan Yan berpusing. Bertentang pandang dengan seorang lelaki yang memerhatikannya dengan penuh kehairanan. Gadis tadi dilihatnya memeluk erat lengan kiri lelaki itu. Geram hatinya tatkala melihatkan senyuman sinis gadis yang seakan menyindir dan mencabar keberaniannya.

"Encik ada masalah?" Sekali lagi Joe menyoal apabila soalan pertamanya tidak dijawab. "Aku nak...," belum sempat Yan menghabiskan ayatnya tiba-tiba kedengaran satu pengumuman bergema diseluruh ruang legar KLCC. "PERHATIAN! ENCIK SUFIYAN ADIK KEPADA HASFIZI. BERSELUAR JEANS BIRU DAN BERKEMEJA PUTIH BERLENGAN PENDEK. SILA KE KAUNTER PERTANYAAN SEKARANG. ABANG ANDA SEDANG MENUNGGU!" Yan pasti pengumuman tersebut ditujukan kepadanya. Tanpa menghabiskan ayat, Yan terus berlari meninggalkan Joe dan Aki.

"Siapa budak tu dik? Apa yang dia nak?" Tanya Joe sejurus Yan hilang dari pandangan matanya. "Hmm... err... tak ada apa-apa. Cuma nak tanya tandas kat mana," Aki cuba berselindung. Dia tidak mahu Joe tahu perkara sebenar. "Mari...," Aki memimpin Joe beredar dari situ. Joe masih ragu-ragu. Dia tidak puas hati dengan jawapan Aki. Mustahil disebabkan tandas, budak lelaki tadi boleh berani memegang bahu adiknya. Lagipun bukankah mereka tadi berada di tepi pintu masuk ke tandas. Tambah meragukan lagi, kenapa pula Aki tergagap-gagap bila menjawab pertanyaannya?

Hmm... Sufiyan. Bisik Aki di dalam hati. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya walaupun dia lega bila rahsianya yang hampir terdedah masih elok tersimpan.

"Mana kau pergi?" Tanya Fizi sebaik Yan muncul di kaunter pertanyaan. Azam, Oly dan Adib turut berada di situ. "Tempat ni besar. Bukan macam kedai runcit. Kau jangan memandai-mandai. Apa abang nak bagitau kat mak ngan kakak kat kampung tu kalau kau hilang nanti." Bebel Fizi bagaikan adiknya seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Gelak tawa memenuhi ruang tamu rumah Pak Harun. Terbatuk-batuk Pak Harun menahan gelaknya mendengarkan peristiwa yang berlaku siang tadi. "Abang ni... panik sangat. Saya bukannya budak-budak lagi. Buat malu je. Satu KLCC tahu nama saya," jelas Yan. Pak Harun bingkas bangun dari sofa sebaik ketawanya habis. "Sudahlah, mari bersiap. Kita sembahyang Isyak di masjid malam ni," ajak Pak Harun. Tanpa berlengah mereka semua beredar ke bilik masing-masing untuk bersiap.

"Assalammualaikum!" Sapa Encik Dali. "Waalaikumussalam," Pak Harun menjawab. Mereka bersalaman di hadapan pintu pagar masjid. "Apa khabar kau sekarang Dali? Yalah, sejak berkahwin ni?" Tanya Pak Harun sambil menepuk bahu Encik Dali. "Alah, biasa-biasa saja. Mari saya kenalkan. Ini Syed Johan, anak tiri saya." Encik Dali menunding ibu jari ke arah anak tirinya lantas Joe menghulurkan salam pada Pak Harun sebaik dikenalkan Encik Dali. Salamnya turut disambut Azam, Fizi dan Adib. Joe terpaku tatkala memandang wajah Yan. Inilah budak yang dia jumpa bersama adiknya siang tadi. Lama juga Joe dan Yan berpandangan antara satu-sama lain. Salam yang bertaut masih belum terlepas.

"Joe." Tersentak Joe dipanggil Encik Dali. Serta-merta salamnya dengan Yan putus. "Ini Oly, yang itu Adib dan di sebelahnya tu Azam. Mereka ni semua anak Pak Harun. Hmm... yang berdua ni...," Encik Dali memandang Pak Harun. Setahunya Pak Harun cuma ada tiga orang anak.

"Mereka berdua ni anak saudara saya. Ini Hasfizi dan yang itu...," belum sempat Pak Harun menghabiskan ayat, Joe mencelah, "Sufiyan kan?" Pak Harun, Encik Dali, Fizi, Azam, Oly dan Adib berpandangan antara satu sama lain. Yan hanya membisu. "Bukankah kamu yang hilang di KLCC siang tadi?" Mendengarkan kata-kata Joe, tanda tanya dibenak kepala mereka terjawab kecuali Encik Dali yang tidak tahu hujung pangkal. Joe masih memandang tepat ke muka Yan.

"Tengok Fizi. Betul kata Yan. Sebab kamu, semua orang yang datang KLCC siang tadi dah tahu nama dia." Derai tawa terhambur keluar sebaik Pak Harun menghabiskan ayatnya. Encik Dali yang masih kabur dengan maksud Pak Harun hanya tersenyum kosong. Joe dan Yan tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Mereka saling bertukar pandangan antara satu sama-lain. Pandangan Joe berselirat dengan seribu pertanyaan sementara pandangan Yan terikat dengan satu rahsia. Joe rasa tidak senang selagi tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan oleh Yan dari adiknya. Yan pula khuatir kalau-kalau Joe membuka mulut mengenai sebab kehilangannya di KLCC siang tadi.

"Selamat sejahtera Puan Latifah!" Ruang kelas tingkatan 4 Jiwa bergema dengan ucap selamat sebaik guru kelas melangkah masuk. Setiap pelajar saling berpandangan antara satu-sama lain. Siapakah gadis yang sedang berdiri di sisi kiri guru mereka? "Baiklah, hari ini kelas kita menerima kedatangan seorang pelajar baru. Sila perkenalkan diri," Puan Latifah mempersilakan pelajar yang sedang berdiri di sebelahnya itu. "Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Syarifah Sakinah Binti Syed Dhani," Aki memperkenalkan dirinya. "Saya harap anda semua dapat menerima kehadiran saya di sini," sambung Aki.

"Panjang nama kamu. Saya panggil Sakinah saja ya," Aki mengangguk. "Tempat kamu di sebelah Suhaidib ya." Puan Latifah menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Secara kebetulan hanya meja di sebelah Adib sahaja yang kosong. Adib berdiri sebaik namanya disebut Puan Latifah. Aki menuju ke meja barunya. Beberapa pelajar memandang Adib sambil tersenyum-senyum. Ada yang mengenyit mata ke arah Adib. Biarpun Adib nampak tersipu-sipu bila diusik rakan-rakan kelas namun Aki sedikit pun tidak menunjukkan sebarang riak. Dia terus duduk memandang ke arah papan hitam sebaik menyandarkan begnya di kerusi. Riak mukanya kosong. Manis tidak masam pun tidak.

Separuh jadual pembelajaran pada hari itu sudah pun selesai sejurus loceng rehat berbunyi. Tidak kira pelajar itu lama atau baru pasti akan mengorak langkah ke kantin bila loceng rehat kedengaran. Seperti yang lain-lain Aki juga turut beratur sementara menunggu gilirannya membeli makanan tiba. Dia terus mendapatkan tempat duduk di tengah-tengah ruang kantin sebaik selesai membeli semangkuk mi udang dan segelas sirap. Sedang Aki menikmati mi udang, telinganya menangkap satu suara yang memanggil-manggil namanya. Semakin lama suara tersebut semakin jelas. Dia menoleh ke belakang. Air mukanya berubah. Meluat melihatkan susuk tubuh yang sedang berdiri di belakangnya itu. "Dah dapat kawan baru?" Tanpa dipelawa Jasmin melabuhkan punggungnya di sebelah Aki. Soalannya tidak berjawab. Aki terus menikmati mi udangnya. "Kalau belum, Min boleh kenalkan Aki pada kawan-kawan Min. Kami makan di meja belakang tu," pelawa Jasmin sambil mengunyah roti sardin.

Aki terus menghirup mi udang. "Hmm... Min jumpa kawan-kawan dulu ya. Nanti bila dah habis makan, joinlah kami," Jasmin bangun. Melangkah perlahan meninggalkan Aki yang tidak mengendahkannya. Usia Jasmin lebih setahun dari Aki. Pelajar tingkatan lima dan mengikuti kelas aliran Sains. Sejak dari sekolah rendah hinggalah ke menengah pelajarannya sentiasa cemerlang. Dengan keputusan membanggakan setiap kali peperiksaan namanya sentiasa tersenarai antara pelajar terbaik sekolah.

Hari pertama di kelas, Aki lebih banyak mengelamun. Ada ketika kedengaran dia mengeluh kecil. Adib yang duduk di sebelah sesekali mencuri pandang ke arahnya dengan ekor mata. Loceng berbunyi menandakan berakhirnya sessi pagi. Aki menggalas beg sekolahnya lalu melangkah keluar dari kelas.

"Sakinah!" Jerit Adib. Langkah Aki terhenti. Adib merapati Aki. "Err... sebenarnya saya nak tanya, Sakinah dah sertai mana-mana kelab di sini?" Tanya Adib. "Belum. Kenapa?" Jawab Aki pendek. "Saya Bendahari Kelab Sejarah di sekolah ni." Adib memperkenalkan dirinya. "Jadi?" Aki tidak menunjukkan kemesraan. "Kalau Sakinah berminat, ikutlah saya pergi daftar nama. Petang ni kelab kami adakan mesyuarat," Adib mempelawa.

"Hmm... tak minat sejarahlah," Aki menolak. "Oh, takpe... saya tak paksa. Mungkin Sakinah boleh fikirkan dulu," Adib memberi cadangan. "Hmm... tengoklah," Aki berlalu meninggalkan Adib. Belum jauh jarak Aki dari Adib, Jasmin pula muncul di hadapannya. "Aki, meh balik sama-sama," ajak Jasmin. "Aku belum nak balik lagi. Err... Suhaidib tunggu!" Langkah Adib terhenti. Dia menoleh dan kelihatan Aki berpatah balik mengejarnya. "Jom, saya nak daftar jadi ahli," Aki menarik tangan Adib. Keliru Adib dibuatnya. Cepat betul dia ni ubah fikiran. Fikir Adib dalam hati.

Hampir dua jam Aki terseksa barulah mesyuarat ahli Kelab Sejarah selesai. Dia terpaksa mendaftar semata-mata untuk mengelak dari Jasmin. Akibatnya dia terperangkap dalam kelab yang tidak diminatinya langsung. "Macam mana? Seronok?" Tanya Adib. "Hmm... boleh tahan," Aki melemparkan senyuman hambar. "Baru hari pertama. Nanti bila kamu dah betul-betul terlibat dengan aktiviti kami, pasti seronok. Percayalah...," Adib cuba menyuntik semangat.

Adib dan Aki jalan beriringan. Setiba di depan pintu pagar sekolah, langkah mereka terhenti. "Macam mana awak balik?" Tanya Adib. "Jalan kaki," Aki menjawab pendek. "Tinggal di mana?" Tanya Adib lagi. "Taman Sangkar," jawab Aki tanpa memandang muka Adib. "Eh, saya pun tinggal kat situ. Rumah saya kat Jalan Pipit. Awak?" Adib tidak menyangka yang mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Muka Aki berubah. Fikirnya setelah selesai mesyuarat yang membosankan itu dia boleh membebaskan dirinya daripada Adib. "Jalan Merbok," Aki cuba menyembunyikan kebengangannya.

"Dah terlanjur rumah kita berdekatan, apa kata kalau kita balik sama-sama?" Cadang Adib. Argh!!! Aki menjerit dalam hati. Mereka berjalan tanpa sebarang bicara. Sesekali kedengaran Adib bercerita tetapi disebabkan tiada tindak balas, Adib memendekkan ceritanya.

Setiba di simpang Jalan Merbok, Aki menghentikan langkah. "Okay, sampai sini je." Beritahu Aki. Belum sempat Adib membalas, Aki membelok ke simpang menuju ke rumahnya. "Awak tak suka saya ya?" Soalan Adib menghentikan langkah Aki. Dia sedar, sikap dinginnya itu mungkin membuatkan satu-satu kawan yang baru dikenalinya kecil hati. Dengan perlahan Aki memusingkan badan. Langkahnya lemah menghampiri Adib.

"Maaflah, kalau saya menyusahkan awak," kata Adib sebaik mata Aki bertentang dengan matanya. Sensitif jugak si lembut depan aku ni. Aki berkata dalam hati. Tiba-tiba terukir senyuman di wajah Aki. Senyuman yang benar-benar ikhlas.

"Siapa kata saya tak suka awak? Esok pukul tujuh pagi kita jumpa kat sini. Kita gi sekolah sama-sama. Macam mana?" Terkejut Adib dengan pelawaan Aki. "Err... betul ke atau Sakinah cuma...," belum habis bercakap ayat Adib dipotong, "Mulai esok panggil saya Aki je. Lagi satu, bahasa tu jangan formal sangat. Macam baca buku teks je. Ingat, kalau lambat saya tinggal. Saya balik dulu. Jumpa lagi esok!" Aki melambai sebelum meninggalkan Adib.

"Err... Adib!" Jerit Adib. "Apa?!" Disebabkan jarak mereka agak jauh, Aki tidak dengar apa yang cuba dikatakan kawan barunya itu. "Adib... panggil saya Adib!" Jerit Adib. "Okay!" Balas Aki sambil menunjuk ibu jarinya.

Pada hari yang sama juga Joe meneruskan pembelajarannya di kolej swasta Cosmopoint cawangan Kuala Lumpur. Dia adalah pelajar sepenuh masa Diploma Jualan Dan Pemasaran. Hari itu dia agak lewat tiba di kelas. Kurang arif dengan masa dan jarak dijadikan alasan kelewatannya. Kalau dia tahu bas dari rumah barunya ke kolej akan tiba setengah jam sekali, tentu dia keluar awal. Berbeza dengan adiknya yang terpaksa menyesuaikan diri di sekolah baru, Joe menjalani harinya seperti biasa kerana dia bukannya pelajar baru di situ. Dia kini berada di semester akhir.

Malam itu mereka sekeluarga makan bersama. Encik Dali dan Puan Sabiah cuba melengangkan kerja di pejabat pada hari itu agar mereka dapat pulang sebelum jam tujuh dan menikmati makan malam bersama anak-anak. Dalam keadaan terpaksa Aki juga turut serta setelah tiga malam dia makan di biliknya seorang diri. "Hmm, macam mana anak-anak mama hari ini?" Tanya Puan Salbiah sambil menceduk lauk ke pinggan. Sunyi, tiada jawapan yang diterima. Biarpun teruja hendak menceritakan segala aktivitinya pada hari itu, Jasmin terpaksa kunci mulutnya kerana dia pasti soalan Puan Salbiah tidak ditujukan kepadanya.

"Joe," tegur Puan Salbiah apabila pertanyaannya tidak dijawab. "Biasa-biasa je mama," jawab Joe. "Kamu pulak macam mana?" Puan Salbiah memandang Aki. Tanpa mengendahkan pertanyaan mamanya Aki terus mengunyah. Puan Salbiah merenung Aki. Sakit dadanya menahan marah melihatkan sikap Aki. Keadaan di ruang makan menjadi sunyi kembali. Sesekali Puan Salbiah memandang Encik Dali suaminya dan Jasmin anak tirinya.

"Sedap betul lauk malam ni," pujian Encik Dali memecahkan kesunyian di ruang makan. Bekas air basuh tangan dicapainya. "Kalau sedap, kenapa tak tambah lagi?" Soal Puan Salbiah manja. "Saya dah tambah dua kali. Awak tu yang tak perasan." Encik Dali menjirus air ke tangan kanannya. "Yalah mama. Biasanya papa tak makan banyak. Mama memang pandai masak," Jasmin mencuri peluang bercakap. "Kalau macam tu kamu kenalah makan banyak sikit." Sambil tersenyum Puan Salbiah menambah lauk ke pinggan anak tirinya walaupun tidak diminta.

Aki meluat melihat mamanya yang tidak henti-henti mengambil hati Encik Dali dan Jasmin. Bekas air basuh tangan yang di letak kembali Encik Dali di sauk Aki. Dia bingkas bangun sebaik selesai membasuh tangan. "Aki! Angkat pinggan kamu tu ke sinki. Malam ni kamu mesti tolong mama basuh pinggan. Asyik Jasmin saja yang tolong," tegur Puan Salbiah. Kali ini dia bertekad untuk menegur Aki yang tidak sudah-sudah bersikap dingin. Joe memandang mamanya. Di hati dia berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Seperti biasa dia pasti tersepit di antara mama dan adik kesayangannya itu. "Aki! Kamu dengar tak apa yang mama suruh?" Puan Salbiah meninggikan suaranya apabila Aki cuba beredar dari situ tanpa mengendahkan arahannya.

"Kenapa mama ni?" Akhirnya Aki bersuara. "Dulu Aki tak perlu buat semua ni. Kita ada orang gaji." Menggigil Puan Salbiah melihatkan sikap Aki yang semakin biadab terhadapnya.

"Itu dulu. Sekarang ni kamu menumpang. Cuba kamu sedar diri tu sikit. Papa dah buang kamu! Kamu bukan macam dulu lagi. Kamu dah tak ada apa-apa. Jadi jangan nak mengada-ngada. Mama dah lama sabar dengan sikap kamu. Mama masih boleh sabar kalau kamu biadab dengan mama tapi tidak dengan papa Dali dan Jasmin. Ini rumah mereka. Kamu kena hormat mereka! Kamu tak malu ke tunjuk perangai macam ni depan mereka?"

Menyirap darah Aki mendengarkan kata-kata Puan Salbiah. "Bukan Aki yang nak tinggal kat sini. Mama yang paksa," Aki terus berdegil. "Kalau tak di sini, kamu nak tinggal di mana? Tepi jalan? Dalam longkang? Syarifah Sakinah! Sedarlah diri tu sikit. Kamu cuma tinggal nama saja, selain tu kamu dah tak ada apa-apa! Kamu anak terbuang! Papa kamu dah buang kamu!" Perasaan marah Puan Salbiah tidak terbendung lagi. Joe terkedu mendengarkan kata-kata mamanya.

"Mama yang salah. Mama curang pada papa. Semuanya sebab mama. Aki malu ada ibu macam mama!" Tamparan Puan Salbiah terus hinggap ke pipi Aki. "Sal!" Jeritan Encik Dali menyedarkan Puan Salbiah. Keadaan kembali sunyi. Puan Salbiah terduduk. "Joe, bawa adik kamu ke atas. Min, kamu kemaskan semua ni," arah Encik Dali. Joe menarik tangan adiknya.

"Apa yang saya dah buat?," Puan Salbiah menangis di bahu suaminya. En. Dali memeluk isterinya. Sementara Jasmin mengemas meja makan, Encik Dali membawa isterinya ke ruang tamu. "Sudahlah, sayang. Jangan ikutkan rasa marah. Dia masih mentah lagi. Kita tak boleh paksa dia. Berikan dia masa untuk terima saya dan Jasmin. Yang penting kita dapat hidup dalam satu keluarga. Saya dan Jasmin tak kisah kalau dia perlu ambil masa satu atau sepuluh tahun sekalipun untuk terima kami." Encik Dali memujuk Puan Salbiah.

"Dia makin biadab. Dulu dia tak macam ni," Puan Salbiah terus menangis. "Biarkan. Jangan berkasar dengannya," Encik Dali mengesat air mata isterinya. "Janji dengan saya. Jangan paksa dia lagi. Jangan marah-marah dia. Saya dan Jasmin akan cuba ambil hati dia. Saya percaya, dia bukan sengaja hendak bersikap biadab," Encik Dali mengingatkan Puan Salbiah.

"Saya dah penat dengan karenah dia bang. Tengoklah, saya cuma minta dia angkat pinggan dan tolong saya di dapur saja tapi dia cakap macam-macam pulak." Puan Salbiah cuba memancing simpati suaminya. "Macam ni lah. Biar abang upah pembantu rumah untuk tolong kamu ya." Encik Dali bertindak mencari jalan penyelesaian. Dia tidak lagi menggaji pembantu rumah sejak Jasmin pandai berdikari dan tahu memasak sendiri. Hal-hal mengemas rumah, Encik Dali serahkan pada pekerja syarikat pembersihan yang diupahnya untuk datang mengemas setiap dua minggu sekali. Kesedihan Puan Salbiah reda sejurus Encik Dali bercadang untuk mengambil pembantu rumah. Tidak perlulah lagi dia bertungkus-lumus membuat kerja-kerja rumah yang jarang dilakukannya sejak dulu.

Rasa kasihan menyelubungi hati Joe. Dia buntu. Bagaimana caranya untuk dia mendapatkan semula adiknya yang dulu seorang yang penyayang, periang, dan manja. Kini menjadi pemarah, biadab dan sensitif. Namun kasihnya terhadap Aki masih belum pudar. "Dik," Joe memanggil perlahan adiknya yang sedang menangis. Aki yang sedang meniarap sambil menekup mukanya dengan bantal perlahan-lahan memusingkan badan. Joe terus memeluk apabila adiknya bangun dan bersila di atas katil. "Sudah dik, mama tak sengaja. Jangan nangis lagi. Abang tak boleh tengok adik nangis. Maafkan abang dik. Abang tak dapat tolong adik tadi." Dalam tidak sedar air mata Joe mengalir. Dengan perlahan Aki meleraikan pelukan Joe. Air mata Joe dikesatnya. Pipi Joe diciumnya. "Maafkan adik. Adik janji, takkan buat abang nangis. Adik sayang abang. Cuma abang je yang adik ada sekarang ni. Abang pun janji jangan tinggalkan adik ya. Mesti slalu sokong adik tau." Aki mengingatkan Joe. "Ya, abang janji." Sekali lagi mereka berpelukan.
posted by Penulisan2u @ 2:46 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group