Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia masih memikirkan pertemuannya dengan Dato mansur pagi tadi banyak menimbulkan tanda Tanya. Kenapa orang tua tu macam tu? Sekali lagi dia menatap potret indah di tangannya. Kemudian Ayuni bangun, perlahan menuju ke tingkap matanya terus merenung bulan yang sangat cantik.
"bulan tu cantik waktu malam sama macam anak ibu ni...moga sinar Nur ayuni Balqis akan sentiasa membahagiakan orang disekelilingnya"
Kata-kata Ibunya masih bermain di minda walaupun ketika itu dia masih belum mengenal maksud sebenar kata-kata itu.
"perlukah kau bulan membahagiskan orang lain di sekeliling kau sedangkan kau sendiri tak bahagia?"ayuni mengeluh perlahan. Kesal, kalaulah ibunya ada ketika ini pasti dialah orang yang paling bahagia, tapi sekarang Ayuni tak bahagia, hati Ayuni kosong.
Mutiara jernih itu jatuh lagi. Tidak pernah ia tumpah sebelum ini di hadapan orang lain dan itu adalah perkara yang mesti dipastikan ayuni. Tapi bila dia bersendirian di rumah pasti airmatanya begitu cepat mengalir tanpa dipaksa. Satu frame gambar yang terletak cantik di atas meja bersebelahan katilnya di ambil. Semua gambarnya bersama ibu. Di mana papa ketika ini?. Entah ke beratus kali hatinya bertanya.
"Ayuni awak tak ada ayah ke?"
"ada..."
"mana? Kita tak pernah pun tengok ayah awak?"
"ibu kata papa kita kerja jauh..."
"alaa kita tahu ayah awak orang jahat tu sebab dia lari.."
"bukanlah.."
"ya...ayah awak jahat ayu...ayah ayu jahat..ayah ayu jahat?"
Airmata jatuh mengalir di pipi. Setiap hari dia akan menangis kerana diusik rakan-rakan lain. Dan setiap kali itulah juga dia menyimpan dendam kepada setiap manusia yang merampas kebahagiaannya. Sepanjang bersama ibu juga cukup payah wajah itu tersenyum malah jika tersenyumpun di saat dia menyampaikan kecermelangannya di sekolah.
"ibu kalaulah ibu ada saat ini mesti ibu tersenyum dengan apa yang bakal ayuni lakukan" dia menyeka sisa air mata itu dengan tangan. Perlahan dia tersenyum, rancangannya semakin berjalan lancar. Hanya tinggal untuk dia terus bertindak.
"aku akan pastikan keluarga bahagia itu tak akan sebahagia dulu" dia ketawa kecil.
"boleh aku masuk?"
"kau dah masuk pun" senyumannya kembali mekar apabila melihat Noraina.
"kenapa ni?"
"tak ada apa teringatkan peristiwa lama, cepat kau balik?"
"cepat apa kau tengok jam tu dah pukul berapa..pening kepala aku kerja ni semakin di buat semakin menjadi banyaknya"
"emmm apa kata aku bagi kau cadangan?"
"apa?"
"emmm kau tak payah kerja, duduk rumah mesti tak ada kerja"
"amboii suka hati je mulut tu bagi cadangan ek..." ketawa mereka kedengaran lagi.
"kau masak apa hari ni? laparlah" Noraina mengosok perutnya sambil menayangkan muka seposennya.
"alaaa...sayang aku tak masaklah hari ni sebab petang tadi aku dah makan, aku ingat kau dah makan" terselit rasa kesalnya. Memang sepatutnya giliran dia memasak hari ini tapi terlalu banyak yang berlaku.
"tak apalah...nampaknya mee segeralah malam ni" Noraina bersuara sedih, sengaja menambahkan rasa kesal di hati temannya.
"emm tak apa kau pergi mandi siap-siap aku masakkan mee segera special untuk kau ek" suara ayuni sambil bangun menolak tubuh noraina perlahan.
"hahh ni yang aku sayang ni"
Aroma menusuk masuk ke dalam hidung. Bau mee goreng segera menarik kakinya menuruni tangga lebih cepat.
"mak aiii sedapnya bau"
"bau je rasa belum tahu lagi" ayuni tersenyum lagi.
"alaa tangan kau ni apa je kau masak mesti makan sampai jilat pingganlah..masakan kau ni kalau chef wan rasa mesti dia respek"
"amboii puji melambung ni ada apa-apa ke?"
"ada..."
"hahhh kenapa?"
"lapar... " Noraina ketawa, memang ayuni punya bakat memasak sejak dulu lagi. Mee segera pun boleh jadi sedap kalau Ayuni yang masak.
"baca doa dulu"
****
Lama mata mereka bertentangan, ayuni menayangkan muka tak bersalahnya sedikitpun hatinya tidak gentar dengan pandangan tajam Fariz. Baginya semua itu sudah biasa. Hampir 3 bulan dia di Neraca Holding semua itu baginya adalah mainan harian. Terasa sudah lali dengan sikap baran lelaki itu.
"kenapa pula awak nak cuti?"
"saya rasa saya dah nyatakan dalam surat tu"
"tapi alasan awak tak cukup jelas, saya tak dapat luluskan" Fariz meletakkan kembali surat permohonan cuti itu ke atas meja. Dahi ayuni berkerut.
’tak cukup jelas? Suka hati dia je cakap tak jelas..kau ingat kau bos boleh buat sesuka hati?’ Ayuni tersenyum. Fariz pelik, senyuman wanita itu nampak menawan tapi seakan menyindirnya.
"sebenarnya saya dah dapat kelulusan cuti dari Dato sendiri, so surat ni sebenarnya hanya sebagai pemberitahuan kepada Encik Fariz" kata-kata itu membawa langkah ayuni terus keluar dari bilik sederhana besar itu. Berlama di situ boleh menyebabkan darahnya naik sampai kepala.
Pintu ditutup perlahan, dia menyandarkan kepalanya perlahan. Kepalanya ligat mengingatkan lagak ayuni yang meletakkan kembali surat permohonan cuti ke mejanya. Aksi wanita itu betul-betul mencabar kuasanya sebagai Pengarah. Tapi surat iu diluluskan oleh pengerusi syarikat sendiri, dia tak ada hak untuk membantah keputusan itu kecualilah jika melibatkan sebarang kecuaian.
"kenapa?" tanya Adam sebaik ayuni melintas di sebelahnya. Wajah wanita itu kelihatan menyatakan sesuatu.
"emmm tak ada apalah"
"muka tu semacam je?" mata lelaki itu berubah kecil. Memang itulah tabiat adam yang dapat dikesan. Kalau ada soalanya yang tak dijawab matanya pasti akan mengecil sambil keningnya dinaikkan. Kelihatan lucu.
"kawan baik Encik Adam tulah"
"kenapa?"
"entah datang bulan kot" ketawa Adam pecah mendengar kata-kata Ayuni.
"awak ni"
"baik awak nasihatkan kawan awak tu, kalau dia suka sangat marah tanpa sebab nanti kena serangan jantung terus jalan..masa tu awak dah tak sempat nak nasihat dah" sekali lagi adam menekan perutnya menahan gelak. Beberapa kakitangan Naraca Holding yang berada di situ dapat mendengar ketawa adam yang agak kuat.
"seronok nampak tak ada kerja ke?" tiba-tiba satu suara garau mencelah dari belakang. Ayuni berpaling.
"Fariz" panggil Adam yang masih dalam sisa tawanya.
"apa yang seronok sangat ni?" dia berdiri di antara adam dan Ayuni, jelas wanita itu melarikan matanya ke arah lain.
"baiklah Encik adam saya ada kerja" ayuni terus berlalu tanpa menanti jawapan adam.
"seronok nampak?" jelingan Fariz mengalakkan lagi gelak Adam.
"aku baru nak pergi jumpa kau"
"emm yalah tu" Fariz mencebik.
"jomlah aku nak bincang pasal projek damai sutera" mereka beriringan masuk ke bilik. Adam mengeleng perlahan. Bahu Fariz di tepuk perlahan, cuba meredakan kemarahan temannya.
best gak cite nie...interesting..lain dr yg lain...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak cite nie...interesting..lain dr yg lain...