Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"CAKAPLAH, apa yang kau nak jumpa aku malam-malam ni?" tanya Hasliza pada sepupunya itu.
Medan Selera Sri Bayu menerima kunjungan mereka malam itu. Hasliza malas untuk keluar apatah lagi dalam keadaan hatinya yang berduka itu namun, melihat kesungguhan Hafiz Hakimi untuk ketemu, dia gagahkan juga kakinya untuk berjumpa.
"Aku dah jumpa Rosalina," tanpa berkias, Hafiz Hakimi terus ke topik utama.
Bulat mata Hasliza mendnegar kata-kata Hafiz Hakimi tadi. Biar benar? Rosalina dah dijumpai?
"Kau tak percaya?" soal Hafiz Hakimi seolah-olah dapat meneka keraguan di wajah Hasliza.
"Bukan, bukan aku tak percaya. Cuma... di mana kau jumpa dia?"
"Itu kau tak perlu tahu. Bukan sebab tu aku nak jumpa kau. Ada perkara lebih besar yang harus kita bincangkan," ujar Hafiz Hakimi.
"Tunggu dulu, macam mana kau jumpa dia?"
"Adalah..."
"Let me guess, penyiasat persendirian?"
Hafiz Hakimi melemparkan senyuman sekaligus menjawab persoalan Hasliza tadi. Hasliza hanya mampu terlongo. Sampai begitu sekali Hafiz Hakimi sanggup bertindak. Begitu pentingkah Rosalina pada lelaki itu?
"Jadi, apa yang kau nak bincangkan?" Hasliza bertanya.
"Tentang Farhan Hasri,"
"Kenapa dengan dia?"
"Aku nak dia lenyap!"
"Hah?"
"Begini..." Hafiz Hakimi mula bercerita.
Suasana di Medan Selera Seri Bayu tidak terlalu sesak namun tidak pula terlalu lengang. Bayu laut sesekali berhembus. Di luar, rintik-rintik hujan mula membasahi bumi menambahkan lagi kedinginan. Kenderaan masih tidak putus-putus bergerak di atas jalan raya dengan pemandu yang mempunyai tujuan tersendiri. Deretan lampu-lampu neon yang bergelantungan di tepi jalan menambahkan keserian malam.
"Ini kerja gila! Aku tak setuju!" bantah Hasliza dengan suara yang melengking kuat.
Senyap-sunyi persekitaran medan selera itu mendengar teriakan Hasliza tadi. Hasliza yang menyedari keterujaannya segera menekup mulut. Hafiz Hakimi sudah menundukkan wajahnya, malu.
"Sorry..." pinta Hasliza.
"Kau ni over, tahu tau tak?"
"Apa pula aku? Kau tu yang buat aku jerit," separuh berbisik Hasliza berkata.
"Apa-apa ajelah..."
"Kimi, kau sedar tak apa yang kau cakap tadi?"
"Of course I am," jawab Hafiz Hakimi.
"Tapi itu satu jenayah,"
"Tak ada maknanya Liza. Bukan aku yang salah, Farhan yang lakukannya," jelas Hafiz Hakimi.
"Tapi..."
"Kau tak sampai hati?"
Hasliza terkesima. Ah, sepupunya itu selalu saja dapat menelah isi hatinya. Mustahil dia akan gembira andai sesuatu yang buruk menimpa bekas kekasihnya, Farhan Hasri.
"Bukan ke kau dah tak menaruh apa-apa perasaan pada dia lagi?" duga Hafiz Hakimi.
Hasliza diam seribu bahasa, tahu yang Hafiz Hakimi sedang menyindirnya. Perasaan, memang sukar diramal. Hari ini benci tapi esok menjadi rindu. Sungguh, memang sukar untuk memadamkan perasaan cinta dalam hati apatah lagi sekian lama ia disemai. Farhan Hasri yang mengajarnya erti cinta dan rindu. Farhan Hasri juga yang mengajarnya erti kecewa dan derita. Masakan begitu mudah dia melupakan segalanya.
"Dia hanya anggap kau sebagai adik. Sedarlah Liza..."
"Aku tahu tapi..."
"Tapi kau sengaja butakan hati, pekakkan telinga, tutupkan mata. Liza, kalau kau ikut rancangan aku ni, mana tahu Farhan akan sedar kewujudan kau di sisi dia selama ni," hujah Hafiz Hakimi.
"Aku tak tahu. Aku betul-betul tak tahu..." ucap Hasliza dalam keliru.
"Terpulanglah pada kau Liza. Diri kau, kebahagiaan kau, kau yang berhak tentukan. Kalau kau tak berminat nak sertai aku, rancangan tetap akan dijalankan. Aku juga berhak bahagia, bersama-sama dengan gadis yang aku cintai," bicara Hafiz Hakimi.
Hasliza merenung wajah lelaki di hadapannya. Entah dari mana lelaki tu mendapat kekuatan begini, tidak pula Hasliza tahu. Namun, jauh di dasar hati, Hasliza rasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam rancangan Hafiz Hakimi itu. Tidak pasti sama ada sepupunya itu sedari atau tidak. Percubaan untuk memutuskan pertalian dua jiwa yang saling mempercayai, mampukah menemui kejayaan?
* * * * *
FARHAN HASRI bergegas ke rumah Rosalina setelah mendapat panggilan dari emak gadis itu. Pasti ada berita tentang Rosalina. Kereta Perdana V6 rona hitam itu memberi isyarat membelok ke kanan dan lima minit kemudian, dia sudah tiba di hadapan pintu pagar rumah Puan Radziah. Emak Rosalina membuka pintu pagar. Farhan Hasri keluar dari perut kereta lalu bersalam dnegan wanita dalam lingkungan 60-an yang tampak masih cantik dengan baju kurung Kedah warna hijau muda.
"Jemputlah masuk Farhan," pelawa Puan Radziah.
"Makcik seorang je? Rozi ke mana?" tanya Farhan Hasri sejurus melabuhkan punggung ke atas sofa empuk rona biru laut itu.
"Rozi keluar dengan kawan. Ke bandar katanya. Maaflah makcik menganggu Farhan waktu bekerja ni," ujar Puan Radziah.
"Tak mengapa makcik. Sekarang ni waktu rehat," jawab Farhan Hasri bertujuan untuk mengurangkan rasa serba-salah dalam diri wanita itu.
"Duduklah dulu, makcik ke dapur sekejap," ujar Puan Radziah.
"Tak ada susahnya. Air bujang saja. Sekejap ya," balas Puan Radziah lalu melangkah ke dapur.
Farhan Hasri memerhati sekeliling ruang tamu itu. Matanya tertancap pada foto keluarga yang digantung di dinding. Keluarga Rosalina tidaklah besar. Hanya ada empat orang sahaja. Ayah Rosalina sudah pergi menyahut seruan Ilahi beberapa tahun yang lepas kerana diserang sakit jantung. Tinggallah Rosalina kini dengan emak dan adik perempuannya yang masih menuntut di universiti. Namun di dalam rumah teres dua tingkat ini hanya diduduki oleh Puan Radziah dan adik bongsu Rosalina, Rozi.
Rosalina duduk menyewa di luar. Ingin berdikari katanya. Pernah Farhan Hasri menyuarakan pendapat agar gadis itu tinggal bersama-sama dengan emaknya memandangkan Rozi masih belajar di Kuantan, jadi tinggallah Puan Radziah keseorangan. Jawapan Rosalina, emaknya sendiri yang menggalakkan dia berdikari. Namun Rosalina tidak lupa untuk pulang menjengah emaknya jika ada masa lapang.
Beberapa minit kemudian, Puan Radziah tiba dengan menatang dulang berisi sejug sirap, sepiring kek buah dan dua biji gelas. Melihat kek buah di atas piring itu, Farhan Hasri dihambat kenangan lalu. Dia teringat yang Rosalina pernah membuat kek buah untuknya kerana gadis itu tahu kek itu merupakan kegemarannya. Ah, ingatannya pada Rosalina memang tidak pernah pudar. Gadis itu berada di mana-mana dalam layar memorinya.
"Jemputlah minum Farhan,"
"Terima kasih makcik," balas Farhan Hasri lalu mengambil sepotong kek buah dan kemudian dimasukan ke dalam mulutnya sedikit demi sedikit.
"Sebenarnya, makcik panggil kamu ke mari, sebab anak makcik, Rosalina,"
Farhan Hasri menghentikan kunyahan. Segera dia menelan kek buah yang berada dalam mulutnya. Gelas berisi air sirap dicapai lalu diteguk perlahan.
"Kenapa dengan Lina makcik?"
"Ada dia telefon kamu?"
Farhan Hasri menggelengkan kepala. Usahkan telefon, satu mesej pun tidak pernah dia terima. Rosalina seakan-akan sudah lari jauh. Tidak mahu ditemui.
"Makcik rasa makcik tahu di mana anak makcik tu..." ujar Puan Radziah sekaligus menarik minat Farhan Hasri.
"Maksud makcik?"
"Ini tekaan makcik je. tapi tak salah kalau kamu mencuba. Cuma, makcik tak tahu sama ada dia dah sedia untuk bertemu kamu atau belum," terang Puan Radziah.
Farhan Hasri berdehem, mengerti maksud Puan Radziah. Pasti Rosalina terkejut menerima kehadirannya nanti. Namun, rindu di hati ini sudah membuak-buak ingin bertemu gadis itu. Dia perlukan penjelasan. Tidak kira walau apa pun penjelasan Rosalina, dia akan terima dengan terbuka. Dia hanya ingin menatap wajah gadis itu, mendengar suaranya, mendakap dirinya, Farhan Hasri benar-benar rindu, teramat rindu!
"Boleh saya tahu Lina di mana makcik?"
"Kalau tak silap makcik, dia berada di Kampung Pondoi. Rumah datuk dan neneknya," jawab Puan Radziah.
"Terima kasih makcik! Saya sangat hargainya," balas Farhan Hasri lalu bingkas bangun, tidak sabar mahu menuju ke destinasi yang Puan Radziah katakan tadi.
"Kalau ya pun tak sabar nak jumpa, habiskanlah minum tu dulu," usik Puan Radziah menyebabkan Farhan Hasri tersipu malu.
Sesudah menghabiskan minuman, Farhan Hasri meminta diri untuk pulang. Esok dia akan memohon cuti dari ketuanya dan mula mencari Rosalina. Puan Radziah menghantar Farhan Hasri sehingga ke pintu pagar.
"Farhan..." ujar Puan Radziah.
Farhan Hasri yang sudah berada di dalam perut kereta membuka cermin apabila melihat Puan Radziah sedang berkata sesuatu.
"Ada apa makcik?"
"Janji pada makcik, bawa Rosalina balik," pinta Puan Radziah.
"Insyaallah makcik, saya janji,"
"Good luck!" ucap Puan Radziah sambil mengangkat ibu jarinya ke atas.
Farhan Hasri tergelak kecil. Wanita yang sepatutnya bergelar ibu mertuanya beberapa mingu yang lepas ini memang kelakar orangnya. Saling tidak tumpah dengan Rosalina yang juga gemar mengusik. Kereta Proton Perdana V6 itu mula meluncur laju membelah jalan raya, meninggalkan halaman rumah teres dua tingkat itu sedikit demi sedikit.
"Ya Allah, kau kembalikanlah semula anakku," doa Puan Radziah di dalam hati.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best r citer ni. nak klik next.