Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mata aku berkelip-kelip entah untuk keberapa kali. Kedengaran pinggan mangkuk berlaga-laga antara satu sama lain. Aku mengamati bunyi itu, mungkin mak yang sedang sibuk didapur. Malas-malas aku bangun dari katil dan mengemas apa yang patut dikemas. Aku membuka tingkap yang berada bertentangan dengan aku. Angin pagi menghembus lembut wajah aku, berdiri bulu romaku merasa kesejukan pagi yang syadu ini. " Ain, bangun. Solat subuh." Suara mak memecah keheningan pagi ini. Sayup-sayup kedengaran dihujung telinga aku. Mataku tertancap pada jam dinding yang berada di penjuru bilik aku. Jarum panjang berada di angka sepuluh manakala jarum pendek berada di angka lima. Bergegas aku keluar dari bilik dan terus masuk kebilik air untuk mengambil wuduk. Solat subuh perlu dikerjakan. Selesai sahaja aku menunaikan solat subuh, terus aku memulakan langkah aku untuk menuju kedapur. Kelihatan mak sibuk dengan tugas hariannya. Aku mendekati mak sambil melihat apa yang dilakukan mak. " mak masak apa ni?". Tegurku. Mak memandangku sekilas kemudian kembali menyambung kerjanya. "hari-hari kau di rumah, kau tak tau mak masak apa?". Terang mak. Aku tersenyum sumbing. Mengiyakan kata-kata mak. Aku pun satu la, soalan macam itu pun aku nak tanya. Aku tergelak sendiri. "kau nak kerja apa Ain?". Soalan semalam dibangkitkan lagi. Aku diam membisu. "mak tak tahu, ini dah kali keberapa kau berhenti kerja..kau tak penat ke Ain?, asyik tukar kerja macam ni. Mak pun tak faham dengan diri kau ni..kau ni tak macam adik beradik kau yang lain..mak tak tau kau ikut perangai siapa macam ni." Hati aku berdetak. Begitu sekali tanggapan mak pada aku. Aku tunduk diam membisu. Tidak berani untuk aku melawan kata-kata mak. Kaki ku melangkah kesinki, aku mengambil pinggan yang masih belum dibersihkan, bebelan mak masih lagi kedengaran. Aku hanya mendengar tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tak apalah, aku tidak menyalahkan mak..mak tidak tau masalah yang aku hadapi, biarlah aku yang menanggung seorang diri. " Nah, bawakan kopi untuk ayah kau.." cepat-cepat aku memcuci tangan dan mencapai cawan yang berada di tangan mak. " kau tanya ayah kau nak makan sekarang ke atau tunggu tetamu datang dulu.." sambung mak lagi. Aku tersentak. Wajah mak aku pandang sedalam-dalamnya. "tak payah tanya mak, kau pergi tanya ayah kau." Mak seakan mengerti maksud pandangan aku padanya. Berhati-hati aku membawa cawan yang berada ditangankan ku. Fikiranku masih lagi ligat berfikir gerangan siapa yang dikatakan mak. Aku menjengukkan kepala aku ke serambi rumah. Kelihatan ayah sedang duduk bersila bersama dengan rokok daun yang dikepilkan dibibirnya. "ayah, minum..". beritahuku sambil meletakkan cawan yang berisi kopi dihadapan ayah. Aku juga turut duduk bersimpuh dihadapan ayah. "ayah.." panggilku. Ayah memandang tepat kewajah ku. "mak suruh orang tanya, ayah nak sarapan sekarang ke atau tunggu tetamu sampai dulu.."tanyaku. ayah tidak menjawab dulu pertanyaan ku, sebaliknya dicapai cawan yang berada dihadapannya dan diminum perlahan kopi yang panas itu. "kenapa Ain berhenti kerja..?"soal ayah. Sepantas kilat aku melihat wajah ayah. Soalan aku belum lagi dijawabnya, ni ayah pula mengajukan soalan pada aku. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Dengan ayah, aku lebih suka berterus terang. Ayah tidak akan memarahi sesiapa selagi belum mendengar penjelasan. Sebab itu aku lebih rapat dengan ayah daripada ahli keluarga aku yang lain. "kawan-kawan sekerja orang macam tak suka kat orang je ayah..masing-masing tak nak cakap dengan orang,orang pun tak tau apa salah orang.." ayah mendengar dengan teliti sambil menganggukkan kepalanya. "orang tak tahan macam tu, selalu je kena buli..orang bukan sengaja nak berhenti..orang ada masalah orang sendiri.."sambungku lagi. Ayah mengangkat tangan kanannya dan diletakkan diatas bahuku kemudian ditepuknya berkali-kali. "buatlah apa yang terbaik untuk diri Ain.."ujar ayah lembut. Aku seakan-akan ingin mengeluarkan air mata. Hanya ayah yang faham masalah aku, hanya ayah yang memahami diri aku. Aku mendekati ayah dan memeluk dirinya dengan erat. Ayah membalas pelukanku. "mungkin ada hikmah disebalik semua ni..Ain bawa-bawalah bersabar.." aku mengangguk –angguk perlahan. Kata-kata ayah aku sematkan di dalam hati aku. "ayah nak tanya ni..?". beritahu ayah sambil mengangkat daguku supaya wajahku bertentangan dengan wajahnya. "Ain dah ada yang punya ke?". Aku tersentak. Tak tersangka soalan itu yang akan terkeluar dicelah bibir ayah. "punya apa ni ayah..Ain tak faham la." Aku berpura-pura tidak mengerti akan apa yang dimaksudkan oleh ayah. Ayah memandang tepat kewajahku . "maksud ayah, apa orang sekarang cakap..boyfriend,couple, entah la ayah pun tak tau dengan bahasa orang sekarang..macam ni lah, kekasih.." ayah berterus terang. Aku memandang sekilas wajah ayah kemudian aku mengalihkan pandangan kehalaman rumah. "kenapa ayah tanya Ain macam tu, Ain tak ada couple, tak ada boyfriend, tak ada kekasih..Ain ada ayah dengan mak je.." ujarku berterus terang. "bagus!!." Terlancar perkataan itu dibibir ayah. Aku kaget. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan ayah, lain macam sahaja aku tengok. Ayah terdiam seketika, dahinya berkerut lama. Ayah mengeluh berat. "kenapa dengan ayah ni?. Macam ada masalah berat je?" soalku. Ayah memandangku lama. "ayah ada benda nak bagi tahu kat Ain ni.." ayah mengeluh sekali lagi. "ayah dah terima pinangan dari kawan ayah, kawan ayah nak jodohkan Ain dengan anak lelaki tunggalnya." Wajah ayah sudah terserlah kekeruhannya. Aku menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepada ayah. "kalau ayah dah terima, terima sajalah, jangan bimbang pasal Ain..Ain tahu, ayah nak buat yang terbaik untuk Ain. Ain juga terima pinangan tu ayah." Terukir sebuah senyuman manis dibibir Ayah. Ayah mencapai tubuhku dan dipeluknya dengan erat. Hatiku saat itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Tak apalah, ayah dah besarkan aku selama 20 tahun..tak akan aku tak boleh nak turuti kemahuannya.bila lagi aku boleh membalas jasa ayah dalam membesarkan aku, melayan karenah aku yang entah apa-apa ini. Tiba-tiba sahaja mataku terperosot kehalaman apabila terperasan pacuan empat roda yang mematikan enjinnya dihalaman rumah aku. Dari perut kereta itu keluar seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah berumur tetapi segak dengan pakaiannya yang kemas. Aku sudah boleh mengagak yang mereka berdua ini dari golongan orang kaya. Aku mencuit ayah dan menjuihkan bibirku kehalaman tanda memberi isyarat pada ayah. Secepat kilat ayah memandang kehalaman, terukir senyuman dibibir ayah. "panjang umur kau mail."sapa ayah. "apa yang kau umpatkan pasal aku ni, tak ajak aku sama." Ayah tergelak mendengar gurauan dari lelaki yang aku kenali dengan nama Mail. Apabila aku tengok kedua-dua pasangan sudah mengorak langkah untuk naik keserambi rumahku segera aku beralih daripada tempat aku berada dan terus menuju keruang dapur. Aku sempat lagi mendengar senda gurau antara ayah dengan lelaki tadi. Sesekali aku menjengukkan kepalaku keserambi rumah, manalah tau kot-kot ada orang lain selain pasangan itu. Tetapi hampa, bayangannya langsung tidak menyentuh ruang mata aku. "Ain." Sergah mak. "opocot mak kau!!!." Bagai nak luruh jantung aku mendengar sergahan mak. Mak ketawa kecil…aku mengurut-urut dada aku untuk meredakan jantung aku yang berdegup laju. " apa yang kau intai tu, pergi ambil tudung tutup kepala." Arah mak. Aku menganggukkan kepala dan berlalu kebilik aku. Kain tudung yang tersangkut di almari aku capai dan mengenakannya dikepala aku. Aku tidak terus keluar dari bilik sebaliknya aku menuju ke tingkap bilik aku. Dahiku berkerut empat belas apabila melihat dua buah kereta, GEN-2 dan WAJA yang berada dihalaman rumah aku. Aku tak perasan bila masa pulak kereta GEN-2 itu muncul di depan rumah aku. Dua buah kereta mewah menarik minat hati aku untuk melihatnya dengan lebih lama. Cantik betul, bila la aku boleh merasa kereta seperti itu!!!. Aku berfikir sejenak, Bila masa pulak ayah berkawan dengan orang kaya? Setahu aku ayah tak pernah bawa balik sesiapa pun kawan dia kat rumah ni.hairan!! mata aku masih lagi melekat pada pacuan empat roda itu. Aku tiba-tiba sahaja bertambah-tambah pelik apabila melihat viper kereta GEN-2 bergerak, lama kemudian viper itu berhenti semula. Seperti ada seseorang yang mengawal penggerakkan viper itu. Aku tidak puas hati. Aku semakin berminat untuk mengetahui kenapa viper kereta GEN-2 tu bergerak laju. Seketika kemudian aku melihat seperti cermin kereta GEN-2 ingin terbuka. Merah padam wajahku seketika apabila melihat gerangan siapa yang berada didalam kereta dan yang mempermainkan diri aku. Macamana aku nak nampak orang dalam kereta tu, dah la cermin hitam gelap. Manusia didalam itu adalah Seorang pemuda. Pemuda itu tersengih memandang aku. Cepat-cepat aku menutup tingkap dan berlalu dari situ. Aku tak tahu sudah berapa inci ketebalan malu yang aku dapat. "bodoh betul." Terpacul perkataan itu dibibirku. Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik kedengaran ketukan yang bertalu-talu, terus sahaja aku membuka pintu. "mak." Terpacul perkataan itu dibibirku. "apa yang Ain buat dalam bilik lama sangat." Soal mak.tidak sempat aku menjawab soalan, mak sudah mengheret tangan aku supaya mengikutinya sehingga ke serambi rumah. Beberapa pasang mata sudah memberi perhatian padaku, beberapa senyuman juga sudah dihadiahkan pada aku. Aku turut membalas senyuman itu. "pergi salam."aku akur. Menurut segala kata-kata mak. Lepas satu,satu manusia yang aku salami. Kemudian aku duduk bersimpuh disisi ayah. Aku memerhati setiap raut wajah manusia dihadapanku. Semuanya kelihatan ramah sahaja. "Ain, kenalkan ni kawan lama ayah..Tan Sri Ismail dan yang cantik menawan pulak ni isteri Tan Sri Ismail, Puan Sri Salmah." Ayah memulakan bicaranya. "Ish..Ish.. Bakar ni, tak payah nak ber Tan Sri dengan aku." Ayah ketawa kecil sambil menggosok-gosok belakang manusia yang hanya kukenali dengan nama Tan Sri Ismail. Aku memandang kearah yang ditunjukkan ayah. Aku menganggukkan kepalaku tanda memberi hormat padanya, Tan Sri Ismai juga turut menganggukkan kepalanya pada aku. Manakala tangan aku pula menyalami tangan manusia yang aku kenali sebagai Isteri kepada Tan Sri Ismail. "dah besar panjang Ain ni."ujar manusia dihadapanku itu sambil menghadiahkan senyuman buat aku. "dulu masa aku pindah Ain masih kecil lagi, tak sangka sekarang dah jadi anak dara." Tambah Tan Sri Ismail lagi. Aku hanya mampu tersenyum malu. Isterinya pula langsung tidak bersuara, matanya asyik merenung diri aku bersama dengan seorang wanita tua disisinya tetapi kemas dengan baju kurung yang aku fikir boleh tahan juga mahalnya. " mah..apa lagi, cepatlah." Tegur Tan Sri Ismail sambil menyiku isterinya disisi. Puan Sri Salmah tersentak dengan teguran Suaminya yang tercinta, kemudian Puan Sri Salmah mencapai sesuatu dari beg tangannya. "asyik sangat Mah tengok Ain..sampai lupa pulak.." terang Puan Sri Salmah, wanita tua disisinya hanya menggelengkan kepalanya. "mak yang satu lagi mana mak??." Tanya Puan Sri Salmah pada wanita tua disisinya. Wanita tua itu menghulurkan sesuatu pada Puan Sri Salmah. Puan Sri Salmah mencapainya dan kemudian disatukan barang-barang itu. " bakar, jah..kira semuanya dah dipastikan. Kami nak tinggalkan barang ni tanda Ain ni dah jadi hak kami.." Ayah dan mak hanya menganggukkan kepala mendengar penerangan dari Puan Sri Salmah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eh....nie je ke??asal cm tergantung??