Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anis tidak senang duduk. Betul-betul tidak senang duduk. Dia resah sedangkan Aiman Daniel yang sedang memandu disebelahnya kelihatan tenang. Namun, tidaklah lelaki itu kelihatan benar-benar tenang. Kadangkala Anis perasan keresahan bosnya itu. Entah apa yang difikirkannya itu. Kepergian Cik Stephanie ke luar negera? Mungkin.
Aiman Daniel mungkin rindukan kekasihnya itu. Riuh satu pejabat bercerita tentang kepergian Cik Stephanie ke luar negara. Malah akhbar juga menggembar-ngemburkan cerita. Ada juga khabar angin yang dia akan bertunang dengan kekasihnya sebaik pulang dari luar negara. Bagi Anis, dia tidak kisah langsung bila Aiman Daniel dan Cik Stephanie akan berkahwin. Bukan urusannya pun.
"Sampai bila kau nak tenung cermin kereta aku ni? Sampai berlubang?" sinis terdengar suara Aiman Daniel di cuping telinga Anis. Dia tersentak. Segera dia memandang sekeliling. Dia sudah sampai di taska Danny. Anis semakin resah. Tak sedap duduk dia dibuatnya.
"Kenapa kau tak turun lagi?" sekali lagi Anis tersentak. Cepat-cepat dia memboloskan diri dari kereta mewah berjenama Jaguar itu. Saat Aiman Daniel membukakan pintu untuk keluar juga, cepat-cepat Anis menghalang.
"Encik, tak payahlah encik turun. Menyusahkan encik saja. Terima kasih sebab hantarkan saya ke sini. Encik bolehlah pergi makan sekarang. Baiklah encik, saya pergi dulu," Anis segera meninggalkan Aiman Daniel yang masih berada di dalam kereta itu. Dia menarik nafas lega. Akhirnya aman juga. Anis tersenyum kecil.
"Yang kau senyum ni, kenapa?" hampir terbeliak mata Anis apabila ditegur begitu. Perlahan-lahan, dia berpaling ke belakang. Aiman Daniel sedang berjalan ke arahnya dengan gaya tesendiri bersama senyuman sinis. Anis mengetap bibir.
"Kenapa encik ikut saya?" tanya Anis. Nada suaranya sudah berubah dingin. Tajam pandangannya terarah pada Aiman Daniel. Jejaka itu hanya kelihatan selamba sahaja.
"Kan aku dah kata, aku nak pastikan dulu baru benarkan kau cuti. Kalau aku terus balik, manalah tau kalau kau tipu dan terus tahan teksi dan balik rumah kau. Tak mustahil, kan?" kasar suara itu. Dia turut memandang tajam Anis. Mereka berlaga pandang untuk satu jangka masa yang agak lama. Masing-masing tidak mahu mengalah. Akhirnya Anis menunduk dan menarik nafas panjang.
"Kenapa encik tak balik saja? Percayakan saya saja. Takkan saya nak tipu tentang anak saya pulak," lembut suara Anis. Dia berharap Aiman Daniel akan berubah fikiran namun andaiannya meleset apabila jejaka itu memandangnya tanpa perasaan sebelum berkata..
"Dah siap bercakap? Sekarang baik kau masuk," Aiman Daniel mula melangkah ke dalam pagar taska itu. Anis menarik nafas lemah. Dia kalah lagi! Lemah langkahnya menuruti langkah Aiman Daniel.
"Puan Anis, akhirnya puan sampai juga. Danny asyik merengek panggil nama puan dari tadi," seorang wanita akhir 20-an meluru ke arah Anis sebaik melihat kelibatnya. Anis sedikit cemas.
"Siapa ni, puan?" tanya wanita itu lagi sambil melirik ke arah Aiman Daniel yang sedang bediri di sebelahnya. Anis serba-salah. Dia memandang Aiman Daniel sekilas.
"Bos saya. Dia tumpangkan saya ke sini," jawab Anis sambil berlagak selamba. Aiman Daniel pun turut berlagak selamba dengan raut wajah kosong terlakar di wajahnya. Wanita itu tersenyum kecil.
"Oh, marilah saya hantarkan puan pada Danny," wanita itu tersenyum dan mula menunjuk jalan pada Anis. Aiman Daniel mengikuti langkah Anis lambat-lambat.
"Sayang, sakit ke?" Anis segera meluru ke arah Danny yang sedang terbaring di atas katil dengan suara lembut. Pipi anaknya itu dielus-elus perlahan. Rasa kasihan Anis melihat dada Danny turun naik dengan susah payah. Bunyi yang agak kuat kedengaran setiap kali Danny menarik dan menghembus nafas. Asma anaknya menyerang kembali.
"Mama," Danny memeluk ibunya perlahan. Anis dapat merasakan dengan jelas susahnya Danny hendak bernafas. Anaknya itu beberapa kali batuk dengan kuat. Anis mula bimbang.
"Sejak bila lagi?" tanya Anis pada wanita itu yang lebih mesra dipanggil Kak Ati. Dia langsung tidak memperdulikan Aiman Daniel yang sedang memerhatikan Danny sambil menyandarkan badannya pada dinding. Raut wajahnya sukar dimengertikan.
"Sejak pagi tadi lagi tapi sekejap je. Lepas je sedut inhaler tu, dah baik sikit. Tapi bila nak dekat pukul 12 tadi, asma dia datang balik. Semakin kuat pulak tu," jawab Kak Ati. Raut wajahnya juga kelihatan risau. Baginya, setiap kanak-kanak yang dijaganya di taska ini sudah dianggapnya sebagai anak-anak sendiri.
"Mama, Danny nak nek," perlahan suara Danny. Dadanya naik turun dengan perlahan. Mata hazelnya pula kelihatan berkaca-kaca. Anis mengigit bibir. Matanya terasa berair tetapi dia cuba menahannya. Sudah lama asma Danny tidak menyerang. Dulu, sering sahaja Danny diserang asma dan Mak Timahlah yang membantu dia menjaga Danny apabila dia tidak sempat menjaga anaknya yang sering sakit itu. Sekarang, Mak Timah tidak ada lagi untuk dia meminta bantuan.
"Dah hantar ke hospital?" tiba-tiba satu suara garau mencelah. Anis berpaling ke belakang. Aiman Daniel!
"Tak lagi. Sebab inilah saya panggil Puan Anis datang sini. Biar dia bawa Danny ke hospital. Teruk saya tengok asma dia kali ini," Kak Ati menjawab bagi pihak Anis. Dia memandang keadaan Danny dengan pandangan risau.
"Kalau begitu, tak apalah. Biar saya hantarkan Anis dan Danny ke hospital," Aiman Daniel mempelawa. Panggilannya dari aku kau sudah bertukar saya awak depan orang ramai. Anis tersentak. Dia segera menggeleng.
"Tak payahla, encik. Saya tak nak susahkan encik. Lagipun encik dan tolong hantar saya ke sini. Biar saya bawa Danny dengan teksi je," tolak Anis baik. Dia sebenarnya tidak mahu terhutang budi dengan Aiman Daniel.
"Saya dah ada di sini. Tak payah pergi dengan teksi. Biar saya yang hantar," kedengaran sekali lagi nada tegas itu. Anis mengeluh perlahan. Malas mahu bertekak lagi. Lagipun, dia terlalu bimbangkan Danny. Saat tangannya mahu memeluk Danny untuk mendukung anaknya itu, Aiman Daniel berdiri disebelahnya dan dengan pantas mendukung Danny. Kepala Danny dilentokkan di bahunya yang tegap. Anis terkejut. Tangannya masih di dada Danny dan kini terlekap di dada Aiman Daniel yang sedang mendukung Danny! Tiba-tiba Anis berasa sebak apabila melihat Danny selesa di badan tegap itu. Dia segera menarik tangannya. Malu! Kak Ati yang memerhati mereka berdua tersenyum kecil.
"Kami pergi dululah, Kak Ati. Terima kasih sebab call saya," ucap Anis ambil tersenyum kecil. Kak Ati mengangguk.
"Yalah, semoga Danny cepat sembuh ya," Anis masih tersenyum kecil. Dia terus keluar dari pagar taska itu.
*********************************
"Mama, siapa uncle ni?" pertayaan Danny yang sedang berbaring di pangkuannya melenyapkan lamunan Anis. Anis serba-salah. Dia memandang Aiman Daniel yang sedang memandu di sebelah. Mereka baru sahaja selesai membawa Danny ke hospital. Di sana, Danny terus dibawa ke ruang kecemasan dan diberi rawatan kecemasan. Keadaannya sudah beransur baik. Betuknya juga dah semakin berkurangan. Sekarang pula, matanya bercahaya memandang orang asing yang mendukungnya tadi. Anis semakin serba-salah apabila perasan mata Aiman Daniel menjeling ke arahnya apabila dia tidak menjawab soalan anaknya itu. Anis tersenyum hambar.
"Ini bos mama, sayang. Nama dia Aiman Daniel," jawab Anis. Mata Danny bersinar.
"Nama uncle macam nama Danny lah. Kan, mama?" tanya Danny. Senyuman mula terukir di wajahnya yang sedikit pucat. Anis tersentak apabila Danny berkata begitu. Dia hanya mengangguk kecil. Walaupun dia yakin, Aiman Daniel tidak mengetahui apa-apa tentang Danny, dia tidak sanggup berpaling dan memandang raut wajah Aiman Daniel sekarang. Malah, kata-kata hinaan Aiman Daniel tentang Danny dulu masih tersimpan kemas dalam memorinya.
"Danny lapar tak?" tiba-tiba Aiman Daniel bersuara. Anis terkejut. Serentak itu dia mengalih pandang ke arah Aiman Daniel yang tenang memandu. Kerutan mula muncul di dahinya.
"Lapar," jawab Danny perlahan. Anis merenung Danny lama dan memberi isyarat agar Danny tidak bersuara lagi. "Kita pergi makan, ya?" Aiman Daniel tersenyum kecil pada Danny di dalam pangkuannya. Anis hampir terlopong. Apa kena dengan dia ni? Tiba-tiba je baik.
"Nak!" Anis semakin terkejut apabila mendengar jawapan Danny yang riang. Anis segera menggeleng.
"Tak payahla encik. Kalau encik nak pergi makan, encik turunkan saya di stesen bas depan tu. Saya dan Danny boleh balik dengan bas je," Anis segera menolak. Aiman Daniel segera merenungnya tajam. Anis telan liur.
"Ada aku tanya pendapat kau? Tak ada, kan? Jadi, kau ikut saja kata aku. Jangan membantah!" Aiman Daniel membisik keras di telinga Anis. Wajah Anis serta-merta berubah. Panggilan tadi sudah kembali kepada aku kau. Pandai betul Aiman Daniel berlakon.
"Baiklah. Saya ikut je cakap encik. Saya ni kan kuli je," balas Anis tajam sambil berpura tersenyum kecil. Aiman Daniel langsung tidak memperdulikan kata-kata Anis itu. Anis menggigit bibir perlahan. Geramnya!!
p/s: maaf lambat masukkan new n3. mmg sibuk skit kebelakangan ni. ^_^
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok.best