Jumaat, September 25, 2009

Novel : Kasih Novabossa 1

Nama Pena : Akira Hiroshi

PROLOG

Saat kau membawa cahaya itu menyinari disetiap pelusuk hatiku, entah bila hati ini mula ingin memiliki, mula ingin membawa kau ke sisi. Tanpa ku sedar itu hanya di dalam mimpiku. Hanya dalam tidurku. Rupanya kita jauh terpisah kerana kita di antara dua dunia yang berbeza. Hanya di situ di Novabossa, kau dan aku bersatu.


BAB 1
Objek yang masih lagi kelihatan kabur, semakin lama semakin jelas di mata. Bebola mata berlari ke kiri dan ke kanan cuba untuk mengenali pasti kehadiran beberapa makluk yang masih lagi tidak berganjak dari tempat mereka berdiri.
Siapa mereka sebenarnya? Kenapa mereka hanya memandang aku sebegitu?
"Panggil doktor cepat...panggil doktor!" kedengaran suara wanita agak kelam-kabut yang datangnya dari tepi katil sebelah dengan tempat dia berbaring. Anak matanya kemudiannya beralih pula pada gadis yang duduk di sebelah wanita itu yang bergegas melangkah keluar.
Pandangan mata kemudiannya beralih ke arah lelaki duduk di atas kerusi roda. Wajah lelaki itu semakin lama semakin jelas di mata. Tiada segaris senyuman yang menguntum di bibir lelaki itu. Lagaknya serius dan wajahnya kelihatan agak bengis. Pandangan tajam yang seperti penuh dengan perasaan benci membuatkan lelaki itu menolak kerusi rodanya ke hadapan mendekati katil. Kaki yang masih lagi bersimen itu tidak langsung dihirau. Tangan kasar itu terus memaut tepi katil. Dengan muka yang berkerut-kerut menahan sakit lelaki itu tetap memaksa diri untuk berdiri.
"Kau kenal siapa aku?" teriak lelaki itu keras tepat ke wajah Erin Amani yang masih lagi terkebil-kebil. Lelaki itu serta-merta merentap kolar baju gadis yang terbaring di hadapannya membuatkan badan Erin serta-merta melonjak ke atas, tepat ke wajah lelaki itu. Wajah antara wajah yang hanya terpisah berapa inci membuatkan mata Erin membulat, besar. Dia tidak pasti kenapa layanan sebegitu yang harus diterima. Kenapa wajah lelaki itu tidak semanis dan semesra seperti sebelum ini.
"Hero, kenapa dengan kamu ni?" teriak Pn. Asnida kepada anak lelakinya. Lengan anak digenggam seperti meminta anaknya itu melepaskan genggaman kencangnya.
Hero berpaling ke kanan menatap wajah ibunya.
"Mama...biar Hero lepas kan apa yang dah lama Hero pendam ni. Mama jangan masuk campur. Ini antara dia dengan Hero." Teriak Hero membuatkan hati ibunya sedikit sebak melihat perubahan pada anak lelakinya itu.
"Mama faham perasaan kamu tu, tapi... Erin baru saja sedar... kamu tak boleh buat macam ni, nak." Pinta Pn. Asnida.
Hero tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Baju Erin tidak dilepas. Pandangannya kini berpaling tepat ke wajah gadis itu yang kelihatan lesu.
"Aku tanya kau lagi...kau kenal tak siapa aku?" soal Hero kasar.
"Kau..." berkerut-kerut kening gadis itu cuba untuk mengingat dengan wajah seperti takut-takut.
"Kau..." suara Erin terketar-ketar.
"Kau, siapa?" jerkah Hero membuatkan Erin bertambah kecut. Matanya mula berkaca.
"Kau..Roman Klolesinki.... Kekasih aku." Ujar Erin membuatkan Hero mengerutkan keningnya. Matanya membulat besar seperti terkejut dengan jawapan yang terpancul dari bibir gadis itu.
"Apa kau cakap?" Jegil Hero membuatkan ada air mata yang mula mengalir turun ke pipi Erin.
"Sudah, Muhamad Hashime Iskandar... mama cakap... sudah!." Teriak Pn. Asmida yang mulai geram dengan sifat anaknya yang tiba-tiba berangin. Dia tahu anaknya terpaksa melalui tamparan hebat disebabkan kemalangan itu tapi anaknya harus juga bersabar. Apa yang berlaku telah pun berlaku.
"Kamu jangan ikut kan amarah kamu. Kamu harus bersyukur, dia dah sedar." Terang Pn. Asnida kepada anak lelakinya dengan sabar. Kalau diikutikan hati hendak saja, ditarik telinga. Tapi, anak lelakinya itu sudah pun besar bukan kanak-kanak lagi yang harus ditarik telinga sekiranya tidak mahu mendengar kata.
"Hero, lepas Hero..." pinta Pn. Asnida lagi.
Hero memandang wajah ibunya yang kelihatan sayu. Dengan perlahan dilepaskan pegangan tangannya. Hero kemudian melepaskan pandangannya ke wajah Erin yang basah dengan air mata. Pandangannya kemudian dileparkan ke bawah. Seberapa ketika dia terus berpaling kebelakang dan terus membuka langkah.
"Nak, jangan takut nak, Hero... tak bermaksud nak buat macam itu. Maafkan dia nak." Ujar Pn. Asnida menghapuskan air mata yang mengalir di pipi Erin.
"Alhamdullilah...kamu sudah sedar." Ujar Pn. Asnida dengan senyuman yang kemudian mengusap perlahan rambut Erin.
"Nak, kenapa nak?" soal Pn. Asnida kaget dengan perubahan wajah pada gadis yang berada di matanya. Gadis itu kemudian memegang kepalanya dan kemudian dipicit-picit seperti mengalami sakit kepala yang keterlaluan.
Hero yang kelihatan ingin menolak kerusi rodanya keluar, terhenti geraknya apabila mendengar suara cemas ibunya itu. Dia berpaling sedikit untuk melihat keadaan yang berlaku.
Erin memicit kepalanya yang terasa begitu sakit seperti mahu pecah. Objek di hadapannya yang kini kelihatan berputar-putar dan semakin tidak jelas.
"Nak, jangan takutkan mama..." Ujar Pn. Asnida yang kelihatan panik dengan wajah Erin yang mulai pucat.
Kelihatan Dr. Amin dan seorang jururawat melangkah masuk, diikuti dengan Kamelia anak kedua Pn. Asnida, adik kepada Hero.
Jururawat Jamalia yang sememangnya sudah dikenali sejak sebulan lalu kemudian menarik tirai oren menutup keseluruhan katil. Beberapa minit kemudian jururawat itu kembali membuka tirai oren. Erin yang seperti merancau tadi terbaring lesu tanpa suara membuatkan semua mata yang memandang terpaku. Mata Erin tertutup rapat seperti sedia kala.
"Doktor apa yang berlaku ni, doktor?" Soal Pn. Asnida cemas.
"Puan jangan risau. Saya dah suntikkan ubat tahan sakit kepada Erin. Dia sedang berehat." Ujar Dr. Amin.
"Doktor, kenapa dengan Erin?" soal Pn. Asmida lagi dengan wajah yang berkerut-kerut.
Dr. Amin hanya mendiamkan diri sebentar. Lelaki yang bercermin mata itu kelihatannya seperti sedang berfikir.
"Kenapa dia panggil saya Roman Klolesinki doktor? Kenapa dia macam tak kenal saya?" soal Hero bersuara dengan nada serius.
"Sila ke bilik saya. Saya akan terangkan dengan lebih jelas. Sekarang... kita harus biarkan pesakit berehat." Ujar Dr. Amin yang kemudian melangkah.
"Hero...kamu dengan Kamelia ikut doktor, mama nak tengok Erin." Ujar Pn. Asnida yang kembali duduk di kerusi tepi katil.
Kamelia mengangguk-anggukkan kepalanya. Pandangannya kemudian berpaling ke arah Hero yang kelihatan tenang. Dia kemudian mencapai pemegang kerusi roda. Ditolak kerusi roda abangnya itu sehingga ke hujung bangunan.

3 ulasan:

  1. citer mcm best..keep up..
    satu jer..kalu bleh biar jarak2 sket..asingkn dialog dgn ayt explanation..mcm bsrabut bla suma brcmpur..

    BalasPadam
  2. sorry aa..memang nak edit tapi nantah tertekan aper tah...dah terppost gaya cam tu....err...memang serabut

    BalasPadam
  3. cam bestje....tak sabar nak tahu ni..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan