Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Alia memerhatikan Qalif yang beria-ia menegakkan layang-layang. Aiman di depan dah memuncung. Hanya layang-layangnya saja yang tak menjadi. Kelakar pula melihat Qalif yang dah berpeluh-peluh. Namun mata Alia lebih terarah pada Aiman, si anak Qalif Izhan. Dengan matanya yang agak bulat memang berbeza sekali dengan Qalif. Lia… Lia, dah pandai cemburu ye sekarang? Alia menarik senyum segaris.
Tapi jauh di sudut hati Alia ada rasa kagum dengan kesungguhan Qalif yang sanggup menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa pada anak kecil itu. Jelas Qalif bukan lelaki yang biasa-biasa. Ada sesuatu yang menarik hati kecilnya untuk dekat pada anak muda itu. Namun dia harus mengakui yang Qalif dan dirinya jauh berbeza. Dan bolehkah dirinya bertahan dengan perbezaan itu? Alia menarik nafas perlahan.
"Jauh termenung?"
Alia tersenyum. "Tak lah. Ralit tengok Aiman tu, comel sangat…"
"Ek? Bukan Papa dia lagi comel ke?" Qalif mengusik. Dia melabuhkan punggung di sisi Alia.
"Qalif comel? Uishk perasannya!" Alia menjelir lidah.
Qalif tertawa kecil. Hatinya bahagia kini. Dengan Aiman dan Alia di sisi, rasanya bagaikan sebuah keluarga yang diimpikan selama ini sudah lengkap. Walau tidak pernah berbicara tentang hati dan perasaan dengan Alia. Tapi dia tahu ada rasa yang mengikat antara mereka.
"Awak selalu datang sini?" soal Alia.
"Tak la… kadang-kadang je. Bila Aiman teringin nak main layang-layang saya bawa dia ke sini,"
"Ooo… kalau saya tak terserempak dengan Aiman hari tu. Sampai sekarang saya tak tahu awak dah ada anak sorang kan Qalif?"
"Hurm… tu la. Yang sampai orang tu buat mogok bisu dengan orang kat sini…" Qalif pantas menjawab.
Alia menjeling. Qalif ni la… tak sudah-sudah.
"Tapi bagus juga. Baru la saya tahu ada juga yang sayangkan saya ni kan," Qalif mengusik lagi.
Alia terasa mukanya panas. Aiyoo… ni la yang tak mahu ni. Asyik-asyik aku yang kena. Tak aci la ni…
"Papa… nak air," suara Aiman mencelah perbualan mereka.
Alia tersenyum. Yes, my hero… sayang Aiman. Nasib baik budak kecil ni ada. Selamat aku...
"Thanks Auntie Lia," Aiman mengambil air milo yang dihulurkan oleh Alia. Dan satu kucupan singgah di pipi Alia sebagai tanda terima kasih. Sejak rahsia anak Qalif dibongkar, Aiman telah dibiasakan untuk memanggilnya Auntie. Dan kalau ikutkan Qalif, disuruhnya Aiman memanggil Alia Mama. Practise katanya.
"Semenjak dua menjak ni Aiman makin manja ye dengan Auntie Lia…" Qalif berkata sambil tangan mengelap peluh di dahi Aiman.
Aiman tersengih menayangkan giginya. "Eee… Papa jealous la tu,"
Alia ketawa mendengar jawapan Aiman. Diakuinya sejak akhir-akhir ini hubungannya bersama Aiman bertambah rapat. Anak kecil itu tak segan silu memeluknya tiap kali berjumpa.
"Ooo… dah buat pakatan sama Auntie Lia… dah tak sayang Papa la tu."
"Ha, nasib la wak… kami dah satu geng sekarang." Alia mengangkat keningnya sebelah.
"Uishk… sampainya hati. Dah tu sapa nak sayang Papa sekarang ni?"
"Awak sayang diri sendiri je la Qalif," giliran Alia pula mengusik.
Qalif mencebik. "Tapi Papa rasa nak sayang Auntie Lia la. Macam mana Aiman, ok tak?"
Aiman mengangkat ibu jarinya ke atas tanda bagus. Alia di sisi membuang pandang. Cuba menyembunyikan wajah yang dah berubah rona.
"Ha… orang kata diam tu tandanya setuju. Kira boleh la ya. Papa sayang Auntie Lia. So kena tukar la ni, bukan Auntie lagi tapi Mama Lia. Kan Aiman?"
Alia rasa makin payah untuk menelan air liur. Qalif ni la saja je nak gulakan aku dengan Aiman.
"Kalau cam tu Aiman dapat Mama la ek? Best nya… Auntie Lia jadi Mama Aiman kan? Aiman suka sebab Aiman tak ada Mama… Auntie Lia nak tak jadi Mama Aiman?"
Kata-kata yang diucapkan oleh Aiman menyebabkan Qalif tergamam. Alia sendiri tak mampu menahan rasa. Runtun hatinya mendengar keinginan anak kecil ini. Walau ditatang sepenuhnya oleh Qalif, nyata Qalif tak mampu mengisi ruang seorang ibu.
"Tak perlu tanya… Aiman tetap anak Mama sampai bila pun. Tanpa perlu ada Papa atau sesiapa Aiman anak Mama…" perlahan tubuh si kecil Aiman ditarik dalam pelukan dan ubun-ubunnya dicium. Sesungguhnya kata-kata itu lahir dari hatinya yang paling dalam. Apatah lagi Aiman dan dirinya berkongsi rasa yang sama. Menumpang kasih pada yang sudi. Dan hati Alia berlagu sendu.
Kereta Honda CRV milik Qalif meluncur laju membelah jalan raya. Qalif memandu dengan penuh berhemah. Apa lagi membawa pulang buah hatinya, Aiman dan jua Alia. Sesekali matanya melirik pada Alia dan Aiman di belakang. Damai sungguh Aiman tidur. Tangannya kemas memeluk tangan kanan Alia dan dibawanya ke dada. Tangan kiri Alia pula elok membelai lembut rambut Aiman.
Aiman… Aiman… manjanya pada Alia. Sedangkan selama ini dia tidak pernah mahu rapat dengan sesiapa. Sungguh Alia teramat istimewa. Auranya bisa memikat sesiapa pun yang dekat dengannya. Kalau tak, aku sendiri tak akan tertawan.
"Lena tidurnya?" soal Qalif.
"Haah… penat sangat la tu…" Alia menjawab. Senyuman tak lekang di bibirnya.
"Hurm… anaknya dah tidur. So ayahnya nak cakap sikit dengan ibunya boleh?"
Alia menjulingkan matanya. Tengok tu… mengusik je kerjanya.
"Haha… buat la macam tu. Dosa tau lawan suami ni," Qalif mengusik.
Alia buat dek. Malas nak layan si Qalif. Matanya dilarikan ke luar tingkap.
"Ala… gurau je la. Hurm, Lia… nanti kita keluar ya?"
"Hari-hari kita jumpa kan Qalif. Tak bosan ke?"
"Tak… saya suka. Kalau boleh tiap hari tiap saat saya nak tengok muka awak," Qalif menjawab perlahan.
Alia masih diam. Waa… Qalif ni la. Dah mula la tu buat gaya romeo.
"Ok tak Lia? Kita pergi dinner kat mana-mana,"
"Erm, kat mana? Jangan seafood tau. Aiman allergic…" tutur Alia. Teringat kejadian dia yang menyuapkan kerang rebus pada Aiman. Sudahnya esok pagi badan Aiman naik ruam. Panik dibuatnya.
Lagi-lagi Aiman. Hishh, aku nak dia je… "Kita berdua je Lia. Aiman tak ikut,"
"Kenapa?" soal Alia dungu.
"Ala… asyik bawa dia je. Kali ni kita berdua pula. Kasi la can Papa nak mesra-mesra ngan Mama… tak boleh ke?"
Alia membulatkan matanya. Gila punya straight ayat dia. Tak ada tapis-tapis langsung. Buat aku malu je!
"Lia…" Qalif bertanya lagi bila melihat Alia diam tanpa suara.
Alia mengangguk perlahan. "Ok.."
Qalif tersenyum. "Then I’ll pick up you tomorrow. At 9 p.m…"
"Esok ke? Then Aiman?" Alia bertanya. Selalunya hujung minggu masanya banyak dihabiskan bersama Aiman. Sabtu petang mereka keluar beriadah dan Aiman akan ditinggalkan bermalam dengannya. Hari Ahad petang atau malam baru lah Qalif akan menghantarnya pulang ke Rumah Bonda.
"Tengok tu… Aiman lagi? Malam ni dia tidur rumah saya. Esok pagi saya hantar pulang… Ok my dear sayang?"
Alia rasa nak tercekik. Namun kepalanya diangguk jua. Kot ya pun tak payah la panggil sayang. Kecut perut dengar. Memang la Qalif ni angau overload.
"That’s good." Qalif tersenyum senang. Hatinya berbunga cinta. Dan cinta itu akan dilafazkan pada Alia. Biar Alia dapat merasanya, bila tiap masa dan ketika degup hatinya hanya ada nama Alia.
herb sukakan gaya penulisan yg santai & rasa terhibur. watak qalif sebagai lelaki yg matang & dapat bermain dengan emosi alia bagai magnet menarik herb untuk setia mengikuti cerita selanjutnya. harap penulis dapat terus menulis
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best.....
i like watak qalif.
da la ciri2 lelaki idaman malaya