Jumaat, September 25, 2009

Novel : Jujur aku cinta 1

Nama Pena : aerolit_gurlz

BAB 1

Aku mendengus.Jam berbentuk petak comel kecil di atas meja aku kerling sekilas.Pukul 11.00 malam.Telingaku masih lagi dapat menangkap bunyi ringtone Kau Aku nyanyian Aizat.Malas hendak menjawab,aku menutup telingaku dengan bantal meskipun aku tahu siapa pemanggil di hujung sana.

Arghh!Dia bunyi lagi.Handphone yang berada di atas meja aku ambik kasar.Aku memandang sekejap skrin telefon sebelum menekan butang hijau.

"Eh Tim!Kau ni tak reti nak tidur ke?Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa?Dah pukul 11.00 malam.Ayam kat kampung tok aku pun dah lama tidur kau tahu"ucapku kasar.Saja bikin panas aja.

Terdengar kekekan ketawa di hujung sana.Kurang asam masin betullah dia ni.Telefon aku semata-mata nak gelak aja ke?.

"Assalamualaikum saudari.Kalau yea pun,takkan tak reti nak bagi salam.Dah hilang ke adab dan sopan saudari kita ni.Buat penat ajalah kalau belajar agama tapi tak nak pratikkan".

'Hekeleh ayat..aku jauhkan handphone daripada telinga dan pandang skrin handphone 3 saat setengah.Gila kerek punya jawapan.

"Wualaikumsalam waramatualahi wabarakatuh.Haaa..cukup lengkap tak jawapan salam aku.Of courselah aku tahu dekat mana aku campak adab dan sopan santun aku.Cakap orang,kau ni kira dah terlebih sopanlah sampai telefon aku pukul 11.00 malam lepas tu berbahasa ayat skema kalah bahasa sastera.Kau tahu tak sekarang ni kau dah menganggu hak-hak asasi manusia?"bidasku.

"Hak-hak asasi manusia aku tak tahu.Hak-hak sebagai pengguna aku tahulah.Hehehe...Laa.Relexlah.Malam masih muda.Sejak bila kawan aku ni rajin tidur awal.Bukan ke kau ni adik beradik kepada burung hantu?"soal Tim.

Grr…aku ketap bibir.Minah ni kan?Kalau setakat telefon nak kasi darah aku naik sampai 105 celcius,baik tak payah.

"Kau nak apa Tim?Aku penat kau tahu tak.Dahlah esok aku nak kena jaga budak-budak merentas desa.Kau apa tahu?"ucapku.Bantal aku tepuk-tepuk sebelum aku melandingkan kepala dekat bantal.Sedap juga ek bercakap sambil baring-baring.Baru aku tahu.

"Aku bosanlah"ngadu Tim.Tergangga aku apabila mendengar jawapan Tim ataupun nama sebenarnya Fatimah.Nama sedap,tapi saja ja nak bagi nampak brutal sikit,letak panggilan Tim.Konan brutallah sangat.

"Kau kalau nak ganti Nabil Raja Lawak tu pun,agak-agak lah.Fikir masa dan waktu yang sesuai.Kalau kau bosan,kau pergilah buat kerja yang berfaedah.Ini tak,mengacau aku nak buat apa.Takpun,kau pergi cuci pondok telefon depan rumah kita ni"cadangku.

"Weh!Melampaulah kau.Ada ke nak suruh aku cuci pondok telefon.Habislah tangan aku yang lembut macam bayi ini.Ala..kalau aku tak kacau kau,aku nak kacau siapa lagi.Kau kan sahabat aku dunia akhirat".

Ceh!Nak ngampulah tu.Sorry Tim..gua tak layanlah lu punya ayat jiwang-jiwang ni.Ngantuk tahap tak leh nak bukak mata dah ni.

"Sudahlah kau.Aku nak letak ni".Terus aku tekan punat merah.Lantak!Aku tak kira.Tak da masa aku nak layan minah ni.

"Lis..sampai hati kau matikan telefon.Gila kejam!"ucap Tim yang terus menceroboh masuk ke dalam bilik.Aku yang baru hendak melelapkan mata terkejut.Terus bangun terduduk.

"Masya-Allah.Kau dah gila ke?Tak reti nak bagi salam dulu.Dahlah kau buat kerja tak berfaedah malam ni.Tinggal serumah tapi tak ada kerja telefon aku.Mentang-mentang pakai bil"ngomelku.

Tim tersengih.Nasib baiklah gigi kau tu tak putih macam iklan Colgate,kalau tak konfem aku kena pakai spek mata sebab silau.

"Dahlah Tim..Kau pergi balik biliklah.Aku ada kerja esok".Bantal aku tepuk-tepuk kembali.Masuk kali ni,dah dua kali aku main tepuk-tepuk bantal.Bilalah aku betul-betul dapat merasa kelembutan bantal ini?

Huhuhu..tension sungguhlah.Orang kalau hujung minggu duduk dekat rumah,goyang kaki,badan dengan kepala semua,aku pulak kena jadi jaga dekat Taman Tasik semata-mata nak pastikan pelajar lari ikut laluan yang betul.Haii..nasib-nasib.

"Haa..merungutlah tu.Tak baik merungut Lis.Dulu kau juga yang beria-ria nak jadi cikgu.Dah dapat sekarang,ada ke merungut mengeluh macam tu.Tak baik beb..Kau tengok kat luar tu,berapa ramai yang menganggur tanam anggur sebab tak dapat kerja.Kau ni..dah dapat kerja,siap kerja dengan kerajaan lagi tu,terjamin masa depan,boleh pula mengeluh macam tu.Kalau aku jadi kaulah..aku buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam.Nasib baik mak aku tak ada,kalau ada..konfem dia piat-piat telinga kau"gomel Tim.

"Lis..kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"tanya Tim.Dia kerling ke sebelah.Terbeliak biji mata melihat Lisa yang sedap tidur.

'Bertuah punya member.Aku baik punya bagi kuliah malam..dia boleh pula buat air liur basi dengan taik mata.Tengok tu,siap berdengkur lagi.Oooo..kau berdengkur yea?Haa..takpe.Dengkurlah kau puas-puas’.
Tim mengambil keluar handphone daripada kocek seluarnya dan mula menekan butang record.Senyuman sinis terukir dibibirnya.

8 ulasan:

  1. hahahaha..
    bes..
    sme cam org umah sye..
    nak pgl2 org men caal pki enset je..
    hahaha...

    kelaka ouh citer ni..
    do the best writer!:)

    BalasPadam
  2. bley tahanla..nx chap, bia best sket..

    BalasPadam
  3. cam best jerk nak tau chptr seterusnye

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5/6/10 7:21 PTG

    boleh la tahan..

    BalasPadam
  5. waa....start pn da bgos...menarek,,,
    troskn usaha...^_^

    BalasPadam
  6. bez.................mna smbungan dia????

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama2/6/11 9:05 PTG

    hahaha lawaknya citer nie :)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan