Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Langkah diatur Elina perlahan. Dia sudah terlewat sekarang. Dia takut ditinggalkan bas. Habislah kalau itu benar-benar berlaku.
"Lina!" Elina berpaling. Bibirnya menguntumkan senyuman. Adam merapatinya.
"Dah habis berlatih?" tanya Elina. Adam mengangguk. Sebelah tangannya menyandangkan beg di bahunya. Dia mengikuti langkah Elina.
"Er, maaf bang. Lina nak ke tandas sekejap. Abang tunggu Lina ya," pinta Elina dengan wajah berkerut. Adam ketawa kecil.
"Yalah, pergilah. Abang pegang beg Lina," Adam mengambil beg dari bahu Elina dengan senyuman. Elina tersengeh lalu menghilang. Adam berjalan duduk di bangku yang berdekatan. Beg Elina dan begnya diletak di tepi. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang keras.
"Lina bawak batu ke dalam beg dia?" Adam tersengeh lalu terus membuka beg adiknya itu. Wajahnya berkerut melihat kamera video di dalam beg itu.
"Kamera video?" Adam mengambil kamera video itu dengan tangannya. Hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang dirakam di dalam itu. Jari-jarinya bergerak sehingga wajah Lee yang sedang tidur sedang terlayar di skrin.
"Cak," suara Elina kedengaran saat Lee membuka mata. Adam menggigit bibir. Dia meneruskan rakaman itu.
"Maaf ganggu awak tidur,"
"Kalau tahu menganggu, kenapa tak berambus je?" dingin wajah Lee dan suaranya di skrin itu.
"Boleh tak jangan cakap begitu? Sepatutnya awak cakap begini. Tak apa. Saya pun dah nak bangun tadi. Ha, macam tulah," kedengaran mesra suara Elina. Lee beralih pandang.
"Awak tahu, kalau awak buat macam tu, orang akan ingat awak sombong," kedengaran lagi suara mesra itu. Adam mengetap bibir. Tangannya terasa menggigil.
"Aku tak peduli," dingin sekali suara lelaki itu pada Elina. Adam menahan geram.
"Awak harus peduli. Awak perlukan orang lain juga. Teman, keluarga. Barulah awak tak sunyi,"
"Aku dah biasa,"
"Kau suka pada aku, ke?" saat Lee berkata begitu, Adam segera menutup kasar kamera video itu. Ikutkan hati, mahu sahaja mencampakkan alat eletronik itu ke tanah. Biar hancur sehancur hatinya sekarang. Dia mengepal peumbuk. Seketika kemudian, kamera video itu dimasukkan kembali ke dalam beg Elina. Elina tidak boleh tahu.
"Abang, maaf tunggu lambat. Tadi Lina terserempak dengan X-Music," ujar Elina dalam ketawa. Adam mengalihkan pandangan kasar. Asyik-asyik X-Music. Sejak adiknya menjadi pembantu mereka, masa mereka bersama sudah menjadi sangat sedikit. Dan adiknya asyik-asyik bercerita tentang X-Music. Macamlah bagus sangat!
"Abang, tunggulah Lina," Elina cuba mengejarnya yang sedang berjalan pantas menuju ke perhentian bas. Dia tidak peduli. Rasa amarah di dalam dirinya sekarang sedang memarak. Elina yang sedang mengejar pula pelik. Tadi okay, sekarang macam bad mood je. Kenapa eh?
*****************************************
"Kenapa muram je ni?" bahu Elina ditepuk perlahan. Dia memandang Mira yang menepuk bahunya tadi. Sekuntum senyuman hambar dihadiahkan kepada kawannya itu.
"Tak ada apa-apalah. Saya baik aja," dalih Elina. Mira tersenyum kecil. Dia tahu ada yang disembunyikan Elina sekarang. Tengok muka Elina pun dia sudah tahu.
"Jangan bohong," gesa Mira. Elina menggeleng lagi. Mira mengeluh. Jika Elina tidak mahu menceritakan masalahnya, dia tidak dapat menghalang. Elina pula hanya menundukkan kepalanya. Dia rasa pelik. Semalam, dia terjaga di tengah malam dan dia mendengar bunyi bising. Rupa-rupanya ibunya dan Adam sedang bergaduh. Punca pertengkaran mereka, Elina tidak tahu. Yang pasti, dia melihat wajah abangnya itu begitu kelat. Apa yang sedang berlaku?
"Wow, kamera video," Amni tersenyum. Dia tangannya terdapat kamera video yang diberikan Ryosuke kepadanya beberapa hari yang lepas. Elina cuba mengambilnya tetapi tangan Amni lebih cepat.
"Please...." Amni membuat muka seposennya. Elina mengeluh perlahan lalu mengangguk. Amni dan Zila tersenyum lalu terus membuka kamera video itu. Mata mereka membulat melihat isi rakaman itu.
"Kyaaa!" jerit Zila dan Amni. Elina dan seluruh kelas terkejut melihat mereka berdua yang sedang menjerit-jerit sambil tersenyum lebar. Beberapa pelajar menghampiri Amni dan Zila dan turut menjerit.
"Wah, X-Music lah," jerit seorang budak perempuan. Berpusu-pusu pelajar lain mengelilingi Amni dan Zila. Elina menepuk dahi. Habislah.
"Cool betul!" mereka semua semua sedang melihat rakaman Elina sewaktu mereka berlima sedang berlatih menari. Memang tidak dinafikan, tarian itu memang hebat.
"Tunggu-tunggu. Macam ada yang tak kena. Mereka semua ni….apa?!" jerit Amni. Dia segera berdiri dan menutup kamera video itu. Beberapa pelajar merungut dengan tindakan Amni itu tetapi dia tidak peduli. Dia berpaling ke arah Elina dan menariknya keluar kelas. Elina dan yang lain terpingga-pingga dengan tindakan Amni.
"Kenapa ni?" tanya Elina apabila mereka sudah berda di dalam tandas. Amni mnegelatkan wajahnya.
"Kenapa tak beritahu saya?" tanya Amni. Elina makin bingung.
"Beritahu apa?" tanya Elina. Amni membuka kembali kamera video itu. Saat itu, Mira dan Zila menghampiri.
"Mereka berlima pakai glasses!" Elina tersentak. Dia tersengeh-sengeh. La, rupanya itu.
"Apa? Mereka pakai glasses?" Zila merenung Elina tajam.
"Mereka pakai bila dalam bilik muzik tu je. Kat luar tak pakai. Sebab tu saya tak beritahu," ujar Elina. Amni dan Zila memandangnya tajam.
"Awak minat pada siapa? Kan mereka dah taste awak. Pakai glasses!" tanya Zila. Elina segera menggeleng tetapi entah kenapa dia terbayangkan Lee sedang memakai glases. Dia menggeleng sekali lagi menghilangkan bayangan itu.
"Tipu. Siapa? Wu?" tanya Amni pula. Elina meneguk liur.
"Mereka semua manalah nak kat saya yang serba sederhana ni. Jangan risau ya," kata Elina dalam tersenyum. Wajah Zila dan Amni berubah kelat.
"Ala, pikatlah sorang. Lebih baik awak yang jadi girlfriend diorang daripada orang lain. Kalau awak dating salah sorang dari mereka, bolehlah kami tahu perkembangan diorang selalu," sengeh Zila. Elina tersenyum kecil. Ingatkan nak marah, rupanya aku beri dorongan supaya menggoda. Kelakar betul.
"Tak naklah," Elina menolak. Mulut Zila memuncung.
"Awak semua dah berkemas ke nak berkhemah esok?" tanya Amira mengalih tajuk. Elina menggeleng.
"Tak lagi tapi aban…saya dah kemas," Elina hampir terlepas cakap tentang abangnya tadi. Memang abangnya sudah berkemas. Dia yang terpaksa kemaskan. Ingatkan apabila dia berbuat begitu, abangnya akan mesra kembali dengannya tapi nampaknya rancangan itu tidak menjadi. ‘Ish, susah-susah je aku kemas beg dia!’ rungut Elina dalam hati.
"Dah kemas ke tidak?" tanya Amni. Elina mengangguk. Tiba-tiba Amni tersenyum.
"Seronoknya. X-Music pun ikut sekali. Tentu diorang buat persembahan," ujar Zila. Elina tersentak. Senyumannya segera mati.
"Mereka ikut sekali?!" tanya Elina tidak percaya. Zila dan Amni mengangguk. "Awak kan pembantu mereka. Takkan awak tak tau," kata Zila. Elina berpaling ke arah lain. Maid lah! Elina menepuk dahi. Habislah kalau mereka ikut!!!!!
best giler cite ni...smbg cpt ckt.ape2 pun good job writter
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best giler cite ni...smbg cpt ckt.ape2 pun good job writter