Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku tundukkan kepala. Aik... Cantik gak lantai istana ni ek! Warna biru. Macam warna air laut. Tenang aje rasanya bila pandang. Napa aku tak pernah perasan pun ek?
"Puan Arena bagitau ayahanda yang Eury masih belum dapat guna dan kawal kuasa Eury lagi. Betul ke?"
Aku angguk kepala. Ruang kamar diraja yang lebih besar dari padang bola sepak aku rasa macam semakin sempit. Terlalu sempit. Rasa bosan mula menerjah. Aku memang tak suka isu ni dibangkitkan. Bonda aku pandang. Bonda wat muka slumber land aje... Tak nak tolong la tu! Benci!
"Eury dah nak masuk 16 tahun tak lama lagi. Eury dah patut kuasai kuasa kamu tu... Kalo Eury malas macam ni, macam mana rakyat nak hormat Eury?"
"Mungkin Eury tak mewarisi apa yang sepatutnya Eury warisi. Macam bakat melukis. Kalo ayah pelukis tak semestinya anaknya pun pandai melukis."
"Jangan bagi alasan tak munasabah, Eury!"
"Eury, kamu dilahirkan untuk jadi pemerintah di Eucralipse. Jangan menidakkan hakikat yang kamu sendiri sedia tahu..."
Bonda pula bersuara. Aku tau semua tu. Tapi aku cuma seorang gadis berusia 16 tahun. Apalah yang aku tau. Setakat bermain dan belajar. Lagipun asalnya bukan aku pewaris takhta Eucralipse.
"Saya tak berminat dengan takhta, kuasa, perang dan benda-benda yang mengarut tu....!"
"Eury!
Tempik ayahanda lantang. Kembang yang dari tadi ku pegang terlepas dari peganganku. Mencicit Kembang berlari meninggalkan kamar itu. Jari-jemariku pantas mengurut-ngurut dada. Menenangkan debaran di dada yang menggila.
"Kamu dah dilatih untuk berperangai seperti bakal pemerintah! Jadi, sila jaga tutur kata kamu."
"Apa maksud ayahanda? Oleh kerana Eury akan jadi bakal raja maka Eury tak boleh cakap apa yang Eury rasa? Tak boleh nak bermanja-manja dengan ayahanda dan bonda macam dulu?"
"Eury, jaga kelakuan kamu! Kamu tahukan, tak pernah dalam sejarah pemerintahan di Eucralipse takhta kerajaan diserahkan kepada puteri raja. Jadi kamu mesti jadi setanding dengan pemerintah kerajaan yang diperintah oleh putera raja. Kalo kamu terus jadi puteri yang manja, macam mana kamu nak dapat kesetiaan dan kepercayaan rakyat?"
"Eury bosan tau tak, bonda! Eury rindu dengan mama dan papa yang dulu. Eury benci semua ni! Kalo diberi pilihan Eury tak ingin jadi raja!"
Dengan kata-kata itu aku pantas berlari meninggalkan kamar yang ku kira sempit dan menyesakkan dadaku. Deraian air mata di pipi segera ku kesat. Aku benci jadi Puteri Eury Raja Esqandar!
************
“Itu la Eury... Puteri tunggal Raja Esqandar dan Permaisuri Eurika. Yang tengah tu pulak kawannya, anak salah seorang pembesar istana, Ellisa."
Kerk mengikut arah tundingan jari Egart. Nun di sana kelihatan dua orang gadis yang begitu asyik berkejaran di tengah-tengah padang Akademi Eucralipse. Sedikit pun dia tidak menghiraukan cahaya matahari yang panas terik itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada gadis yang berbaju putih gading. Dengan ketinggian lebih kurang lima kaki empat inci, dress separas lutut yang dipakainya kelihatan benar-benar menarik. Rambutnya lurus dan panjang melepasi bahu. Menarik? Kerk pantas menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mengingati semula misi sebenarnya.
Kerk mengalihkan pandangan ke sekitar padang. Di satu sudut padang kelihatan lima orang pengawal istana yang tidak lepas-lepas memerhatikan gerak-geri Eury. Hmm... Tiada yang istimewa tentangnya. Cuma seorang gadis hingusan yang baru belajar erti hidup. Tapi pengawal-pengawal yang ‘escort’ dia boleh tahan. The best guard in Eucralipse, of course! Serangan hendap ke atas Eury dan kemudian serang Eucralipse di saat tentera Eucralipse leka dengan kemakmuran negara mereka. Ahh... Misi ini akan tamat lebih cepat dari yang aku jangkakan!
“Dia budak biasa aje, Egart! Tak ada apa yang istime..."
Setakat itu sahaja kata-kata yang dapat Kerk luahkan apabila Eury yang dimaksudkan Egart berpaling memandang ke arahku. Kerk segera menarik Egart ke ‘tempat persembunyian’ tadi, di sebalik rimbunan pokok. Dari celah-celah dedaunan pokok, Kerk melihat Eury tertawa riang apabila digeletek oleh rakannya, Ellisa. Dia kemudiannya menjerit nyaring apabila tubuhnya basah disirami air paip yang sepatutnya menyirami rumput-rumput di padang.
Kerk terpaku melihatnya. Eury benar-benar memukau pandangannya. Tanpa disedari Kerk tersenyum sendirian melihat telatah Eury.
“Kerk!" Panggilan Egart serentak dengan tepukan di bahu. Kerk kembali ke dunia nyata. Ya, aku mesti berfikiran waras sekarang, desis hatinya. Kami masih di peringkat pra-peperangan. Peperangan untuk mendapatkan hak bagi orang yang berhak. Dan aku sebagai anak perlu membantu ayahandaku.
“Egart, tolong aku dapatkan jadual aktiviti harian Eury... Aku rasa aku ada cara yang ’terhormat’ untuk mendapatkan Eury!"
“Tapi ayahanda ko..."
“Dia tak kan tau kalo ko tak bagitau. Lagipun aku tak nampak sebab yang munasabah kenapa aku tak boleh terlibat dalam misi mudah ni!"
Egart menganggukan kepala tanda mengerti. Pandangan ku lemparkan ke tengah padang semula. Eury dan Ellisa masih ketawa keriangan. Hanya mereka sahaja yang mengerti. Aku benci melihat senyuman Eury. Aku sungguh benci!
*************
“Tuan puteri..."
Formal giler! Sapa plak ni? Aku pusingkan badan 180 darjah. Egart? Ellisa yang tadinya berada beberapa tapak dariku segera menghimpit ke sisiku.
“Rasanya tuan puteri cari buku ni tadi..."
Buku yang dihulurkan aku sambut. Mendadak senyuman terukir di bibirku. Buku karya Ortelaus berkenaan Kerajaan Aryuthya. Yes! Buku ni la yang aku cari untuk siapkan denda Puan Oracle...
“Terima kasih, Egart! Memang saya cari buku ni dari tadi."
“Puteri kenal saya?" Egart kelihatan terpegun apabila mendengar aku menyebut namanya. Ellisa di sebelah mula keluh-kesah. Ko sepatutnya ’ayat’ Ellisa, Egart!
“Mestilah kenal. Oh ya! Awak kenalkan kawan saya, Ellisa... Dia peminat nombor satu awak."
Ellisa menjengilkan biji matanya. Menakutkan!
“Ooo... Hai Ellisa!"
“H...Ha... Hai Egart...!"
Tergagap-gagap pulak minah ni! Bila Egart hulur tangan untuk bersalaman, cepat aje dia menyambar tangan kanan Egart. Ceh! Ganas betul...
“Mesti awak dah habis baca buku ni, kan? Awak dah minum? Mungkin awak boleh ceritakan pada saya tentang sejarah Kerajaan Aryuthya ni masa kita minum nanti..."
“Itu sudah pasti boleh, Puteri."
“Kalo gitu jom kita pegi kafe. And one more thing, Egart... Panggil saya Eury aje!"
“Baik, put...Ops! Baik Eury!"
Aku bagi isyarat mata pada Ellisa. Ellisa angkat kening. Lampi betul la minah ni! Dalam kepala aku dah rancang plan ’baik’ punya untuk budak berdua ni. Tinggalkan diorang berdua kat kafe nanti. Huwargh huwargh huwargh... Baik punya plan!
************ Berjalan-jalan ke dalam hutan ditemani Ellisa pada setiap petang merupakan aktiviti yang paling aku gemari. Ops... Dengan di’escort’ lima orang bodyguard dari jauh. Sejak kecik aku mana penah jalan sorang-sorang. Ada aje yang mengekor. Nasib baik dalam bilik tido dan bilik air diorang tak ikut sekali. Kalo tak, memang makan penampar diorang tu!
Di kelilingi pokok-pokok yang menghijau berbentuk seakan-akan kon begitu mendamaikan minda. Mendengar burung berkicauan membuatkanku tenang. Terasa hilang separuh dari bebanan jiwa saat ni. Apatah lagi hutan di pinggir jajahan Eucralipse ini jauh dari istana. Entah mengapa keadaan di istana semakin lama semakin menyesakkan nafasku. Seolah-olah sudah habis semua oksigen disedut. Semakin hampir tarikh ulangtahunku, semakin berat tekanan yang dikenakan ke atasku.
“Eury, dari tadi ko diam aje. Selalunya ko la yang paling gembira bila kita ke sini." Tegur Ellisa ketika kami hampir sampai ke hutan.
Aku melebarkan bukaan bibir. Senyum seadanya. Yang pastinya senyumanku ketika ini tidak menggambarkan rasa hatiku. Saban hari kena marah dengan ayahanda dan bonda, boleh ke aku gembira?
“Tak de ape-ape. Aku letih sket la hari ni. Dua hari tak tido gara-gara siapkan denda Puan Oracle."
Ellisa menepuk bahuku. Belum sempat dia membalas kata-kataku, telinga kami menangkap bunyi dari arah hutan. Terdengar gerakan pantas namun cukup perlahan dari semak-samun yang tebal. Tak semena-mena lima orang bodyguardku segera mengelilingi kami.
“Puteri, Ellisa... Sila bertenang. Rasanya ada musuh mengekori kita. Patik dah hantar isyarat pertolongan ke istana tapi mungkin makan masa untuk pasukan keselamatan tiba. Untuk sementara ni, sila ikut mereka untuk bersembunyi." Bisik Cory, ketua bodyguardku. Dengan isyarat mata, dua orang pengawal segera memimpin kami untuk keluar dari hutan.
“Hiyaarhh...!"
Bunyi jeritan dan pedang di belakang kami memang mengejutkan mula menakutkan aku dan Ellisa. Sebelum ni kami tidak pernah diserang hendap begini. Apatah lagi kini kami berhampiran dengan sempadan jajahan Eucralipse dan beribu-ribu batu jauhnya dari istana. Tiada kawalan keselamatan yang ketat di sini memandangkan ayahanda telah memerintahkan agar kawasan ini ditinggalkan.
“Aku takut!" Wajah Ellisa yang pucat aku pandang. Jemarinya segera ku genggam. Aku setidak-tidaknya perlu berlagak berani walhal aku sendiri pun cuak.
Langkah kaki kami semakin pantas. Berharap kami dapat keluar dari hutan ini dan bersembunyi di kawasan kampung berhampiran sementara menunggu pertolongan tiba. Sempat aku menoleh ke belakang. Lebih 20 orang penyerang yang lengkap berpakaian hitam dan menutup sebahagian besar wajah mereka sedang berlawan dengan pengawalku. Aku tahu, kemampuan pengawalku dan penyerang itu setaraf tapi dengan bilangan mereka yang berganda, mampukah pengawalku bertahan?
Dan seperti aku jangkakan, Cory dan yang lain dipukul teruk sehingga pengsan. Seketika kemudian Ellisa pula dipukul di bahagian tengkuk sehingga pengsan. Cuma tinggal aku. Aku hampir-hampir menangis kerana ketakutan. Mereka mengelilingiku dengan wajah bengis. Seperti pemangsa yang akan meratah mangsanya.. Dengan tangan menggeletar, aku mula membuka langkah untuk berlawan dengan mereka. Peratus untuk aku menang adalah tipis melainkan wujudnya keajaiban di saat ini.
Tiba-tiba seorang lelaki muncul. Entah dari mana dia muncul aku sendiri tak pasti... Yang pastinya dia mempunyai teknik berlawan yang sangat hebat dan mahir menggunakan senjata dan kesempatan yang ada. Tidak lama kemudian semua penyerang tersebut berjaya ditewaskannya. Hebat! Hmm... Aku tak pernah lihat lelaki ini sebelum ni. Rasa takut berlalu pergi. Yang ada kini cuma rasa ingin tahu yang meluap-luap. Siapa dia??
Lelaki itu menghampiriku. Membongkokkan badan tanda hormat sebelum berpaling untuk meninggalkan kawasan itu.
“Tunggu!" Jeritku. Lelaki itu berpaling. Wajahnya ku tatap. Lama kami berpandangan. Ahh... Kenapa ko bertopeng? Macam mana aku nak tengok muka ko?
“Terima kasih sebab membantu kami. Macam mana kami nak balas jasa awak? Boleh buka topeng awak?"
“Jasa saya sudah dibalas sekiranya saya dibenarkan untuk terus mengenakan topeng ini, tuan puteri..."
Dan dia terus berlalu sepantas angin. Dia cakap ape? Bahasa apa? Napa aku tak faham?
“Sapa dia? Apa yang dia cakap tadi?" soalku pada salah seorang pengawalku. Dia yang baru sedar dari pengsan kelihatan terpinga-pinga melihat aku dan lelaki tu.
“Maaf, puteri. Patik tak tahu siapa lelaki tu. Dan kalo tak silap patik, dia bercakap dalam bahasa kuno Eucralipse tadi."
Kenapa xda yg komen kat sini? citer ni xbest ke? Aku xbc lg..biasanya aku bc bdsrkan komen pmbc lain. kalo komen best2, aku bc la..tp...mcm xbest je citer ni.
kpada penulis jgn peduli apa yg dorang ckp.. trus kn niat untuk menulis.. cpat smbg taw.. i'll support u from behind... caiyok!!!!!!!!!!!!
from choco
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Kenapa xda yg komen kat sini? citer ni xbest ke? Aku xbc lg..biasanya aku bc bdsrkan komen pmbc lain. kalo komen best2, aku bc la..tp...mcm xbest je citer ni.
-Budak bosan-