Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kemudian mereka berbual-berbual tentang kursus yamg mereka ambil dan membandingkan antara kedua-dua universiti mereka. Mereka juga bertukar pandangan tentang Naib Canselor universiti masing-masing. Bagi Ruby dan Azman, sudah tentu mereka mempertahankan bahawa Naib Canselor Universiti Malaya, iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh yang sangat dikagumi. Namun, mereka bertiga bersetuju bahawa kampus UM lah yang paling hebat dan cantik pada masa itu.
Sebelum pulang, Aziz berkata, "Ruby percaya x, wajah Ruby ada sedikit iras wajah adik kami? Ya terutama di bahagian mata dan kening." Ruby tidak menjawab, tetapi hanya memandang Azman dengan pandangan penuh tanda tanya. Azman hanya tersenyum sambil mengangguk, mengiakan kata-kata Aziz itu.
Dua hari kemudian, kampus sunyi sepi kerana boleh dikatakan kesemua warganya telah pulang bercuti ke kampung masing-masing. Ruby serta teman-temannya, Nora, Naz dan Ku pulang ke utara dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu.
Sehari selepas pulang, ibunya berkata, "Mak dengar Ruby berkawan dengan orang Malaysia seberang sana. Betulkah? Kalau betul, mak x suka," kata Mak Dah.
"Siapa beritahu mak?" tanya Ruby.
"Tiga hari lepas, Mak Lang datang dengan Pak Lang, katanya dia ambil Diploma Pendidikan, cutinya awal sedikit. Sebelum pulang, dia pergi jumpa adiknya Nora, kawang hang tu. Noralah yang memberitahu dia yang Ruby berkawan dengan orang Malaysia seberang sana tu," kata Mak Dah. Mak Lang ialah kakak Nora yang telah berkahwin dengan sepupu emak Ruby tiga tahun lalu.
"Apa salahnya mak? Kawan saja," kata Ruby.
"Mak nak Ruby kahwin nanti dengan Melayu tau!"
"Hmmmm!" keluh Ruby.
"Mak mahu Melayu Malaya sahaja!" Mak Dah menjelaskan kehendaknya.
\'Aku nak kawan sahaja, bukan nak kahwin! Itu pun dah riuh sekampung!\' fikir Ruby. Ruby diam, dia tidak mahu membangkang kata-kata emaknya. Dalam hatinya, ada rasa hendak marah kepada Nora yang mulut celupar, dan kepada Mak Lang, kakak Nora yang sibuk menjaga hal orang.
Sebulan berlalu. Penggal kedua bermula, dan kampus riuh semula dengan bunyi kenderaan terutama motosikal siswa dan siswi yang simpang-siur. Suara berceloteh dan hilai tawa siswa siswi kedengaran di lobi Kolej ke-3. Masing-masing merindui kawan-kawan sesama mereka.
Ruby berasa kesunyian kerana dia pulang ke kolej lebih awal daripada teman-temannya. Selepas tengah hari, Nora, Naz, Ku dan Jad tiba, barulah hatinya bersa riang. Sambil makan malam, mereka bercerita tidak terhenti-henti.
Tiba-tiba Naz berkata, "Ruby, look who is coming! Your Prince Charming with his charming smile is back!"
"Well, he is pretending not to see us and I\'ll bet I know where he will sit!" kata Wan.
Ruby diam tidak menyambut gurauan kawan-kawannya itu. Benarlah tekaan Wan, Azman yang diperkatakan itu terus ke tempat kebiasaan dia duduk sewaktu makan, iaitu di hujung dewan makan arah yang bertentangan dengan kumpulan Ruby.
Begitulah keadaan mereka setiap hari, semakin diperkatakan, semakin jarang peretmuan mereka. Pada penggal kedua, kuliah-kuliah dan tutorial rancak berjalan. Azman dan Ruby juga sibuk dengan pelajaran dan tugasan masing-masing. Tanpa pengetahuan mereka, ada juga hati-hati yang cemburu terhadap persahabatan mereka.
Suatu hari, pada pertengahan penggal kedua, sedang Ruby makan bersendirian, seorang teman sekolej bernama Rina datang duduk disisi Ruby. Sambil makna, mereka berbual. Kemudian Rina membisikkan sesuatu tentang Azman kepada Ruby. Seterusnya dia berkata, "Walaupun kau nampak mereka ini orang Melayu seperti kita, tetapi mereka ini berlainan daripada kita. Didikan agama mereka juga kurang, jauh berbeza daripada orang Melayu disini." Mendengar bisikan dan kata-kata Rina itu, muka Ruby menjadi pucat dan tangannya yang hendak menyuap nasi terus terhenti. Apa yang telah dibisikkan oleh Rina itu amat menggoncang jiwa Ruby. Dia segera berhenti makan dan meminta diri terus bergegas ke biliknya.
-------------------- bab 3
Kejutan yang dibuat oleh Rina tadi tidak pernah diduganya, suatu informasi yang tidak dapat diterima oelh Ruby. Dia bersendirian di biliknya dan termenung panjang. Kemudian Ruby membuat keputusan yang tegas, iaitu untuk menamatkan hubungannya dengan Azman. Ruby tidak menceritakan apakah yang telah diperkatakan oleh Rina, walaupun kepada temannya yang rapat, Naz dan Nora.
Sejak hari itu, Ruby mengelakkan diri daripada bertemu Azman. Di kalangan kawan-kawannya, mereka menyangka Ruby telah memutuskan persahabatannya dengan Azman kerana tidak direstui ibunya. Azman pula tidak tahu apa yang telah berlaku. Dia tidak sedar yang dia telah difitnah orang. Dia hairan mengapa Ruby jarang dilihatnya kebelakangan ini seolah-olah Ruby sengaja menjauhkan diri daripadanya. Pada suatu hari, dia berpeluang mendekati Ruby. Azman cuba bertanya keadaan Ruby.
"Kenapa Ruby, kamu tidak datang ke mesyuarat kita minggu lepas?" kata Azman. "Kamu juga seperti mahu mengelakkan diri daripada saya," sambung Azman.
"Maaf! Saya tidak dapat hadir mesyuarat sebab hendak menyiapkan tugasan pada hari itu," kata Ruby memberi alasan. Setelah terdiam sebentar, Ruby berkata, "Kita juga tidak boleh berkawan lagi kerana ibu saya tidak bersetuju," kata Ruby ringkas tanpa menjelaskan alasan yang sebenarnya.
Mereka kemudian terdiam, kedua-duanya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Azman yang sememangnya pendiam, terus mendapati lidahnya kelu. Sejak hari itu, Azman tidak lagi bertemu Ruby melainkan sewaktu bermesyuarat dan sesekali terpandang dari jauh.
Tahun kedua Ruby di UM, Azman tidak lagi mendiami Kolej ke-3. Ruby tidak mengetahui sebab yang sebenarnya mengapa Azman tidak lagi mendiami Kolej ke-3. Ruby juga tidak tahu dan tidak mengambil tahu dimana Azman tinggal pada masa itu. Namun, Ruby berasa lega dengan ketiadaan Azman di kolej kediamannya. Sekarang dia merasakan yang dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.
Pada tahun itu, Ruby menyambut hari jadinya yang ke-21. Ruby merasakan dirinya sudah dewasa dan matang. Walaupun kadang-kadang Ruby bersa kesunyian, namun dia bersa lebih tenang. Masa lapangnya kini diisi dengan membaca novel, bulu agama, al-Quran dan terjemahnya. Dia juga lebih banyak ke perpustakaan. Kawan setianya hanyalah Naz. Naz seorang yang berwajah cantuik, tetapi sayang, ada sedikit kekurangan fizikal kerana dia menghidap polio pada zaman kanak-kanaknya. Kawan-kawan yang lain seperti Nora, Ku, Jad Imah dan Wan semuanya sibuk dengan teman istimewa masing-masing.
Hari terakhir sesi pengajian pada tahun itu juga merupakan hari terakhir di kampus UM bagi Azman. Dia telah menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ekonomi selama 3 tahun. Sebelum pulang, Azman bertekad untuk bertemu Runy. Selama hampir satu tahun Ruby tidak pernah nampak kelibat Azman. Oleh itu Ruby yang telah bersiap untuk pulang terkejut menerima kunjungan Azman.
"Maafkan saya Ruby! Saya datang kerana ingin mengucapkan selamat tinggal kepadamu. Saya akan berangkat pulang pada petang ni dengan penerbangan MAS pukul 5 petang. Wlaupun kita satu negeri, kampung halaman saya terlalu jauh dari sini, mungkin kita tidak akan bertemu lagi. Saya ucapkan selamat berjaya dalam pelajaranmu dan kerjayamu kelak," kata Azman.
Ruby hanya mengangguk tanpa berkata-kata. Lidahnya kelu untuk membicarakan sesuatu. Kedua-duanya beranggapan tidak mungkin mereka akan bertemu lagi. Jarak di antara mereka terbentang luas, seluas Laut China Selatan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan