Nama Pena : nufa shyairan
RIEZQ memejamkan matanya sambil menongkat dahi.Pedih hatinya mengenangkan kelakuan Sarah dengan seseorang yang cukup dikenalinya.Gadis itu sebenarya sudah mengetahui permusuhannya dengan Azman.Lelaki yang amat dibencinya itu walaupun mereka bersaudara.Sarah sengaja ingin menguji kesabaran hatinya.Perempuan seperti Sarah tidak layak dijadikan kekasih hati.Dia dengan senang hati mendermakan perempuan itu kepada Azman.Lagipun dia boleh mendapatkan perempuan yang lebih baik daripada Sarah.Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Shah Riezq anak lelaki tunggal Tan Sri Tengku Omar.Bibirnya menguntum senyum bangga.
"Riezq,lar tidur rupanya."
Riezq membuka matanya.Dia bangkit dan bersila.
"Lar akak ada apa ni?"Riezq bersuara.
"Akak ketuk dari tadi lagi tak bersuara ingatkan Riezq tidur.Habis tu tadi buat apa?Berkhayal ek…"serkap Syafiqa sambil senyum.Riezq tersnyum sambil menggaru kepalanya.
"Tak adalah.Erm ada apa kak Iqa?"soalnya.
"Mama panggil makan.Biasalah anak kesayangannya tak turun makan bimbang lah orang tua tu."gurau Syafiqa.
"Tak pelah akak Riezq dah kenyang. Makan lah dulu kalau Riezq lapar Riezq turun.Lagipun Riezq ada kerja yang nak disiapkan malam ni.Besok ada mesyuarat."ujar Riezq.Syafiqa mengangguk.Riezq kembali merebahkan badannya ke katil.Pening kepalanya,besok ada mesyuarat dengan pihak Serbadagang.Satu benda pun dia tidak menyediakan apa-apa lagi.Dia merasa sungguh penat minggu ini.Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Rizal,sahabat dan juga merangkap PAnya di syarikat keluarganya.
"Zal,sorry ganggu kau malam-malam ni.Aku nak kau tolong letakkan fail syarikat Serbadagang atas meja aku pagi-pagi besok ek.Aku cuma bimbang terlewat je esok.Okey thanks bye bro."dia mengeluh lega.Selesai satu kerja.Besok dia cuma perlu bersiap-siap ke pejabat sahaja.Cuma Sarah.Ah perempuan itu tidak layak berlegar-legar dalam kepalanya.Perempuan bukan seorang.Hilang satu berlambak yang akan melutut padanya.Dia tersenyum megah.
***************
Mesyuarat pagi itu berjalan dengan lancar.Riezq menghembus nafas lega.Dia mengeluh apabila terdengar ketukan di pintu.Terjengul wajah sahabatnya, Rizal.
"Ada apa?"soalnya.Rizal tersenyum apabila menyedari kehadirannya mengganggu sahabatnya itu.Dia duduk di hadapan sahabatnya itu.
"Apa?’Soalnya lagi.
"Riezq,aku ada hal nak cakap ni."ujar Rizal ragu-ragu.Riezq membetulkan duduknya.
"Apa dia?cakaplah cepat aku penat ni.Straight forward ok."ujarnya.Rizal tersenyum.
"Riezq, aku nak mintak cuti lah 3 hari.Sepupu aku nak kahwin tak eloklah kalau aku tak ada.Kau pun kenalkan dengan syafiq tu.Kau jadi ke pergi?"soalan Rizal menyentak memorinya.Dia menepuk dahinya.Lupa akan jemputan ke majlis perkahwinan sepupu Ryzal.
"Ya Allah aku betul-betul lupa lah.Bila kau nak pergi?’Soal Riezq.
"Kalau boleh hari nilah,macam-mana?"Riezq menatap jam di tangannya.
"Kita bertolak dalam pukul 6 karang.Naik kereta aku tapi kau drive.Okey?"
"Jadi la cuti aku tu?"
"Yer la.Dah pergi buat kerja kau."ujar Riezq.Ryzal mengangguk sambil tersenyum.Riezq kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.Deringan telefon mematikan kerjanya.Dia mendengus geram.Pantas di capai.
"Riezq,apa yang Riezq dah buat ni?kecoh rumah ni akak kena dengar mama berleter.Riezq balik sekarang."ujar satu suara.Riezq menjarakkan gagang telefon daripada telinganya.
"Riezq…Riezq…….."
"Ada apa ni akak?kecoh-kecoh ni Riezq ada kat sini la.Kenapa dengan mama pulak?Mama sakit ke?semalam okey aje."soalnya selamba.
"Bukanlah.Sarah."ujar Syafika geram.
"Sarah?Kenapa dengan dia pulak ?dah mati?"soal Riezq dengan selamba.
"Ya Allah budak ni.Orang serius dia boleh main-main pulak.Sarah mengadu kat mama yang Riezq ada perempuan lain.Betulke?"soal Syafika.Riezq mendengus geram.Sarah tak habis-habis nak susahkan hidupnya.Kenapa menyalahkan dia atas kesalahan perempuan itu sendiri?
"Riezq dah penat la akak dengan perempuan tu.Akak tenangkan la mama tu kejap lagi Riezq balik.Ah akak,Riezq ingat nak cuti la,akak tolong kemaskan baju-baju Riezq untuk 2 minggu."ujar Riezq.
"Apa Riezq cakap ni?Habis siapa yang nak uruskan syarikat tu nanti?Riezq jangan nak naikkan darah mama.Minggu depan baru papa balik.Mama tengah hot ni Riezq nak lari pulak."leter Syafiqa di talian.
"Abang Iqbal kan ada.Dia boleh uruskan syarikat ni.Pleaz akak tolong Riezq.I need rest.Pleazzzzzz."pujuk Riezq.Kedengaran Syafiqa mengeluh berat.Lemah dengan pujukan adik lelakinya itu.Padanlah ramai perempuan yang tergoda dengan adiknya itu.
"Okey but juz this time."
"Thanks akak.okey see u at home.Bye......."
Riezq cepat-cepat mematikan talian telefon dan mengemas fail yang berlambak di atas mejanya.Kunci keretanya di capai dan melangkah pantas.Jam baru menunjukkan ke angka 4.30 ptg.Dia tidak menghiraukannya yang penting dia dapat membolos keluar dari pejabatnya secepat mungkin. Kepalanya benar-benar terasa berserabut tika ini.
"Riezq,nak ke mana ni?"teguran seseorang mematikan langkahnya.Wajah abang iparnya dipandang.Dia mengeluh lega.
"Bang mulai besok Riezq tak ada kat pejabat.Cuti seminggu.Riezq nak mintak tolong abang uruskan syarikat ni ya.Boleh?"ujarnya.
"Kak Iqa dah cakap pada abang tadi.Erm Riezq nak ke mana?"soal Iqbal.
"Riezq ada hal bang.Erm,okey la bang Riezq pergi dulu.Anyway thanks."ujarnya dan berlalu.
Iqbal menggeleng kepala melihat telatah adik iparnya itu.Kasihan melihat tanggungjawab berat yang dipikulnya sejak syarikat DharmaSuria ini diserahkan kepadanya.Ayah mertuanya sering dilanda sakit sejak belakangan ini.
***********
Ryzal menyentuh bahu Riezq untuk mengejutkan lena sahabatnya itu.Sepanjang perjalanan Riezq enak dibuai mimpi.Tepat pukul 9 malam mereka akhirnya tiba di rumah saudara Ryzal.
"Riezq bangunlah.kita dah sampai ni.Riezq…….."Riezq menggeliat.Geram tidurnya diganggu.Dia mencelikkan matanya.
"Dah sampai."ujarnya perlahan.
"Dah sampai? Pukul berapa ni?"soalnya.
"Dah pukul 9 mlm."ujar Ryzal.Riezq menggosok matanya beberapa kali.Penat sangat terasa.
"Jomlah Riezq masuk rumah aku mak ngah aku dah tunggu kat luar tu."ujar Ryzal.Dia keluar dan mencapai beg pakaiannya.Riezq mengekori langkah sahabatnya itu.Kelihatan ramai orang yang sedang memandang ke arah mereka.Mungkin saudara mara Ryzal.
"Mak ngah,ni Riezq kawan Zal.Syafiq mana mak ngah?"soal Ryzal.Dia menyalami tangan mak ngahnya begitu juga Riezq.
"Ada kat belakang tadi.Masuklah dulu Zal ajak kawan tu sekali.Nanti mak ngah panggil Fiq."ujar mak ngahnya dan berlalu.Ryzal menapak masuk diikuti dengan Riezq.
"Abang Ryzal bila sampai?"soal satu suara.Ryzal dan Riezq berpaling ke arah suara tersebut.Wajah manis seorang gadis menyapa.Ryzal membalas senyuman gadis tersebut.
"Baru je Kila.Erm abang penat la boleh tak Kila tunjukkan bilik untuk abang.Ramai sangat orang ni."ujar Ryzal.Syakila mengangguk.
"Abang duduk dalam bilik sebelah bilik abang Syafiq.Abang Zal dah makan?"soal Syakila.Ryzal mengangguk.
"Beritahu abang Fiq abang tunggu dia dalam bilik ya."ujar Ryzal.Syakila mengangguk sebelum berlalu.Ryzal memandang Riezq yang kelihatan keletihan.Tadi dah tidur takkan letih lagi budak ni.Getusnya.
"Weh Riezq.kau ni okey ke?Penat semacam aje aku tengok.Muka kau pun nampak lesu aje."ujar Ryzal.
"Tak ada la.Weh jom la masuk bilik,aku nak mandi.Rimas dah ni."ujar Riezq.
"Yer la-yer la."Ryzal menjinjing beg mereka dan menuju ke arah bilik yang di beritahu oleh Syakila tadi.Riezq hanya menurut dari belakang.
PUAN Sri Tengku Zawiyah mengeluh memikirkan perangai anak bongsunya itu.Bercuti selama seminggu pun tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.Masih banyak yang ingin dia bicarakan dengan anak bongsunya itu.Perihal Sarah yang ingin dijodohkan dengan anaknya masih belum selesai.Dia akan memastikan Riezq akan mendapat jodoh yang terbaik dan setaraf dengan mereka.
"Pagi,ma."tegur Syafiqa yang melintasi ibunya.Gadis itu duduk di hadapan ibunya.Syafiqa menjeling jam yang tergantung di dinding ruang tamu.Hampir pukul 10 pagi.Sudah dua hari dia menemankan ibunya di rumah ini.Papa pula hanya akan pulang petang nanti.
"Kalau Iqa nak pulang mama tak apa-apa.Lagipun petang ni papa dah pulang.Kesian kat Iqbal sorang2 kat rumah.Azrafiq belum bangun lagi?"soal mamanya.
"Belum lagi ma.Erm kalau macam tu petang ni lah Iqa pulang.Pasal Riezq tu mama tak usahlah fikir sangat.Kalau Riezq tak suka tak payahlah kita nak paksa dia pulak."ujar Syafiqa teragak-agak.
"Maksud Iqa pasal Sarah?"soal mamanya.
"Iqa bukan apa mama,Iqa cuma tak berkenan aje dengan budak tu Riezq pun cam tu jugak mama.Lebih baik kita tak campur hal dia kan."ujarnya teragak-agak.
"Mama bukan nak campur hal dia tapi mama nak yang terbaik untuk dia.Riezq suka atau tak mama tak nak tahu.Apa yang mama nak ialah calon isteri Riezq orang yang setaraf dengan kita.Kalau tak apa kata sedara mara kita nanti."ujar Tengku Zawiyah tegas.Syafiqa mengeluh dengan sifat degil mamanya.Bagi mama hanya orang yang berketurunan Diraja sahaja yang layak bergandingan dengan anak-anaknya.Mama memang seorang yang degil dan pantang dicabar.Nampaknya adiknya terpaksa menurut kehendak mamanya sahaja.Walaupun dia tahu Riezq juga mewarisi sikap degil mamanya.
***********************
Matanya jatuh pada seseorang yang sedang leka bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan meminta untuk didukung.Walaupun wajah perempuan itu tidak jelas dipenglihatannya namun telatah gadis itu menarik perhatiannya.Hatinya meminta supaya gadis itu mendongakkan wajahnya.
"Hoi Riezq,kau buat apa tu?"sergah Ryzal dari belakang.Riezq berpaling dengan wajah yang tidak puas hati.
"Bahlul kau tak boleh bagi salam ke?terperanjat aku nasib baik aku tak ada lemah jantung kalau tak……….
"Sorry lah beb lagipun bukan salah aku pun.kau yang leka sangat kalau ada bom pun kau tak perasan kot."perli Ryzal sambil tersenyum.Kata-kata Ryzal mengingatkannya pada gadis itu kembali.Matanya melilau mencari gadis tadi tapi hampa.Dia mengeluh.Ryzal memegang bahunya.
"Kau cari siapa?Ada masalah ke?"soal Ryzal kebingungan.
"Tak ada apa-apalah.Tiba-tiba aje aku teringatkan kerja kat pejabat tu."bohongnya walaupun Ryzal sudah sedia maklum bahawa dia tidak pernah ambil pusing soal pejabat pun.
"Tiba-tiba aje kau ni Riezq,kau demam ek."Ryzal memerlinya.
"Apa kau ingat aku ni tak ambil berat ke soal pejabat?"ujarnya pura-pura serius.Harap-harap Ryzal tidak melihat kelakuannya tadi.
"Abang Iqbal kau kan ada.Jangan bimbanglah kawan."ujar Ryzal sambil memaut bahu sahabatnya itu.Fikiran Riezq masih melayang kepada si gadis tadi.Entah kenapa dia seperti begitu berminat untuk mengetahui tentang gadis itu.
"Zal,Riezq,buat apa kat sini?"tegur Syafiq yang datang dari belakang.
"Saja ambil angin kampung ni kat Bandar tak ada damai macam ni."ujar Riezq.
"Betul tu.Riezq ni susah nak dapat peluang macam ni.Maklumlah orang bandar tak macam kita ni Syafiq."gurau Ryzal.Riezq tidak ambil pusing kata-kata sahabatnya itu.Penat mahu berbalah mulut dengan Ryzal yang selalu ada alasannya.
"Boleh tak kau orang temankan aku ke bandar nanti?"soal Syafiq
"Kau nak buat apa kat bandar?"soal Ryzal..
"Nak pergi betulkan baju melayu aku."
"Boleh gak lagipun Riezq nampak bosan ni."ujar Ryzal.Riezq menyiku pinggang Ryzal.Ryzal hanya tersenyum melihat reaksi drastic sahabatnya itu.Deringan telefon berbunyi.Kedengaran lagu I’m yours nyanyian Jason Mraz.Riezq menyeluk saku seluarnya.Telefon bimbitnya dicapai.Tertera nama seseorang yang amat dikenalinya Dia menekan punat hijau.
"Hello Riezq,Akak ni."ujar satu suara.
"Ya kak,ada apa?"
Riezq mengeluh berat.Pasti ada hal yang amat penting jika kakaknya sanggup menelefonnya sehingga ke sini.Ryzal dan Syafiq menjauhkan diri memberinya ruang untuk bercakap.
"Macam tak suka aje."
"Tak adalah.Kenapa akak telefon ada hal penting ke?"
Riezq menguis pepasir dengan selipar yang dipakainya.Matanya melilau ke sekeliling.Kelihatan Ryzal dan Syafiq sedang asyik berbual.
"Tentang mama."ujar Syafika.
"Kenapa dengan mama?tak sihat ke?"soalnya cemas.
"Tak tapi mama dah buat hal yang berat ni.Mama dah berjanji dengan kawan dia nak tunangkan Riezq dengan anak kawan dia."
"What? Apa yang mama buat?Kenapa mama tak habis-habis nak susahkan hidup Riezq kak.Tak boleh ke mama bagi Riezq hidup tenang kejap.Hari cuti Riezq pun mama nak rosakkan.Riezq tak fahamlah dengan mama ni.Dulu dia paksa Riezq keluar dengan Sarah.Riezq ikut aje walaupun Riezq tak suka sebab Riezq tak nak mama bising tapi si Sarah tu pulak buat hal.Akak pesan pada mama yang Riezq tak suka mama buat benda tu lagi.Whatever happen Riezq takkan ikut cakap mama kali ni."ujarnya geram.
"Tapi Riezq…………"
"Kalau mama masih nak Riezq balik rumah tu mama kena dengar cakap Riezq pulak.Tak pe lah akak Riezq tak boleh lama-lama ni Riezq ada kerja nak kena buat.okey, waalaikumsalam."
Riezq mematikan talian telefonnya.Dia merengus geram.Peluh yang menitik di dahinya di sapu.Dia mencari kelibat Ryzal dan Syafiq tetapi mereka telah menghilang entah ke mana.Dia mangeluh berat.Telefon yang berada dalam genggamannya di pandang.Entah kenapa dia berasa sesuatu yang buruk akan berlaku.Sedang dia asyik mengelamun itu tiba-tiba tubuhnya dilanggar dari belakang.Dia terdorong kehadapan.Telefon yang berada di tangannya terjatuh.
"What the hell are you doing ha?"soalnya geram tanpa berpaling.
"Maaf encik, saya tak sengaja."ujarnya serba salah walaupun pada mulanya dia berasa kurang senang dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenali itu.Riezq berpaling menghadap perempuan yang sedang menundukkan kepalanya itu.
‘Kenapalah perempuan selalu buat aku malang aje.’Suara hatinya berbisik.
"Next time watch the way,when you are walking.Huh!!! disturbing."ujar Riezq dan berlalu tanpa menghiraukan perempuan itu..
"Kenapa ni akak?"tanya seorang kanak-kanak perempuan yang menghampirinya.
"Tak ada apa-apa."ujarnya.Dia tunduk .Telefon bimbit di bawah dipandang.Dia mencapainya.Pasti ini milik lelaki yamg menjengkelkan tadi.Bibirnya digigit geram.Pertama kali bertemu lelaki yang begitu biadap.Dia amat pasti lelaki itu bukan berasal dari kampungnya.Pasti lelaki itu dari bandar.Agaknya semua orang bandar bersikap sebegitu.Pertama kali dia berasa amat benci dengan seseorang dalam hidupnya.
Deringan telefon mengejutkannya.Telefon di tangannya dipandang.Makin lama makin kuat pula bunyinya.Dia teragak-agak untuk mengangkatnya tetapi bunyi itu tidak berhenti.Akhirnya dia menekan punat hijau.
"Apa yang Riezq dah buat ni?Mama nak Riezq pulang sekarang juga."ujar suatu suara.Dia menjauhkan telefon itu dari telinganya.Bingit telinganya mendengar jerkahan itu.Siapa agaknya lelaki yang bernama Riezq ni?
"Hello……"
Dengan teragak-agak dia bersuara.Namun sebaik sahaja dia menjawab, suara di talian menjadi bising.Setelah beberapa lama dia mematikan talian tersebut.Nafasnya ditarik panjang.
*************************
"KENAPA dengan kau ni,Riezq?"Ryzal mendekati sahabatnya yang sedang gelisah . Wajah sahabatnya kelihatan berkerut.Riezq tidak menghiraukan teguran Ryzal itu.Otaknya lebih tertumpu pada berita yang baru diperolehi daripada kakaknya tadi.
"Kau okey ke?"soalnya lagi.Riezq mengeluh berat.
"Mama aku buat hal lagi.Dia pandai-pandai jodohkan aku dengan anak kawannya. Ini yang buat aku fed up."ujarnya tidak puas hati.Ryzal memandangnya dengan senyuman.Entah mengapa dia merasa lucu dengan kenyataan yang didengarinya itu.Riezq walaupun bebas tetapi masih terikat dengan perkara sebegitu.Agaknya memang lumrah orang kaya mahu memastikan keturunan mereka daripada golongan yang baik-baik.
"Macam-mana kau dapat tahu?"soalnya.
"Akak aku yang beritahu. Tadi dia ada call.Ya Allah…." Riezq menepuk dahinya apabila teringatkan sesuatu.
"What?"soal Ryzal melihat reaksi drastik sahabatnya itu.
"Henfon aku."
"Kenapa dengan telefon kau?"
"Tadi aku terjatuhkan telefon aku. Lepas tu aku terlupa nak ambil balik. Oh shit..damn it."
"Kau jatuhkan di mana?"soalan Ryzal tidak dijawab. Dia berlari meninggalkan Ryzal. Panggilan Ryzal tidak dibalas. Dia menuju ke tempat tadi. Dia duduk mencari telefon bimbitnya tetapi telah tiada. Dia menyumpah dalam hatinya. Jika perempuan tadi tidak melanggarnya pasti semua ini tidak akan terjadi. Kenapalah malang sangat nasibnya hari ini.
"Awak cari benda ni ke?" soal seseorang. Riezq mendongak. Wajah perempuan itu dipandang. Macam kenal. Bisiknya
"Barang awak ni kan?" soalnya lagi. Riezq memandang telefon yang berada dalam genggaman perempuan itu. Dia mencapainya. Memang telefon bimbitnya tapi mengapa boleh berada dengan perempuan itu? Rasa macam pernah tengok tapi……
"You should say thanks,right?" soal perempuan itu seperti memerli. Riezq berdiri.
"Macam-mana telefon saya boleh ada dengan awak?" soalnya. Perempuan itu menjungkitkan bahu dan beredar.
"Wait,miss……." Perempuan itu berhenti.
"Next time remember where you put your things." Ujarnya dan beredar tanpa berpaling lagi.
Riezq menepuk dahinya. Dia baru teringat perempuan itu adalah perempuan sama yang dimarahinya tadi. Lain kali jangan pandang rendah pada orang lain. Akibatnya dia malu sendiri kerana kebodohannya tadi. Dia berlalu mendapatkan Ryzal yang sedang berbual dengan Syakila.
"Kau ke mana tadi,Riezq?" soal Ryzal. Riezq duduk di sisi Ryzal.
"Tak ada ke mana-mana. You all borak apa? Rancak nampak."
"Borak kosong je. Sambil tunggu kau datang baik aku berborak dengan Kila ni." Ujar Ryzal.
"Itulah abang, perempuan yang kila cakap tadi." Ujar Shakila. Dia menunjukkan ke arah seorang perempuan yang sedang berbual dengan jiran-jiran.Riezq turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Shakila. Itukan perempuan tadi.
"Bodohlah tunang dia tinggalkan dia.kalau abang yang dapat dah tentu abang tak lepas perempuan yang macam tu. Sudahlah cantik berpelajaran pulak." Ujar Ryzal.Shakila hanya mengeluh.
"Orang laki bukannya boleh percaya sangat. Dah dapat yang cantik masih belum puas lagi." Tempelak Shakila. Ryzal hanya tersenyum.
"Apa yang you all cakap ni?" soal Riezq yang tidak tahu hujung pangkal cerita.
"Kami tadi berborak pasal perempuan tu. Baru habis belajar di oversea. Sebelum ke luar negara dia dah bertunang dengan seorang lelaki yang satu sekolah dengan dia tapi bila dia balik sini dia dapat tahu yang tunang dia dah kahwin dengan orang lain. Kesian kat dia. Dengar cerita lelaki tu kahwin dengan anak orang kaya. Mungkin sebab tu lah lelaki tu tinggalkan dia." Ujar Shakila. Riezq terdiam. Dia ingat perempuan itu hanya orang kampong biasa. Ternyata perempuan itu lepasan luar negara. Dia menyalahkan mulutnya yang cabul mengata perempuan itu tadi.
"Weh Riezq.perempuan tu satu university dengan kau masa di London dulu kan. Kau tak pernah jumpa ke dia?" soal Ryzal. Riezq mengerutkan dahinya. Kemudian dia menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
"Entahlah aku tak pernah pun nampak dia. Lagipun universiti tu bukannya kecil,pelajar pulak beribu-ribu. Manalah aku nak cam dia." Ujarnya bersahaja.
"Biasanya mata kau tak pernah lepas pandang perempuan cantik." Gurau Ryzal. Shakila tersenyum mendengar kata-kata abang sepupunya itu. Riezq hanya membiarkan kata-kata Ryzal berlalu. Malas mahu membalas cakap sahabatnya itu. Otaknya sarat dengan masalah yang sedang melanda dirinya tika ini dan tentang perempuan itu. Tetapi kenapa dia harus memikirkan perihal perempuan itu? otaknya benar-benar berserabut. Dia harus menyelesaikan masalah dengan mamanya terlebih dahulu. Mama tidak boleh lagi campur tangan dalam hidupnya. Tekadnya .
Matanya kembali memandang kelibat perempuan tadi seperti ada sesuatu yang memaksa dia terus menatapnya. Pada pandangannya perempuan itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang agak cantik. Rasanya dia pernah melihat perempuan itu sebelum ini tetapi dia tidak ingat bila dan di mana.
"Riezq, kau dengar tak aku cakap ni?" dia tersentak apabila namanya dipanggil. Pandangannya dialihkan kepada Ryzal. Shakila telah tiada. Dia tidak sedar bila gadis itu beredar.
"What?"soalnya selamba.
"Malam ni Syafiq akan akad nikah. Kau pula bila?"soal Ryzal sambil tersengih-sengih.
"Yang kau sibuk-sibuk tanya aku tu kau bila lagi?" Riezq mengenakan Ryzal kembali. Lelaki itu hanya tersenyum. Begitulah reaksi Riezq apabila disoal tentang kahwin. Baginya tiada perkataan kahwin lagi dalam hidupnya. Walaupun sudah berusia 26 tahun Riezq masih berseorangan. Impak cinta pertama begitu mendalam bagi Riezq. Selagi bayangan cinta pertamanya masih utuh di ingatannya dia tidak akan menerima orang lain sebagai ganti. Tetapi sampai bila???
(p/s: tunggu episod seterusnya. Harap enjoy membacanya. )
enjoy2..hehehe..truskan berkarya k..good luck..
BalasPadamnice story...enjoy gak ar baca.
BalasPadamensem ar wtak riezq 2...
nape ar wtk heroin x de sgt?
cpt ar smbung..x sbr ar
salam...
BalasPadamcdap gak cite ni
pe2 pn good luck
4 kak nufa
hmm..jalan cerita yg agak menarik..
BalasPadamxsabar nk baca lagi..
farra
ada blog x... best cerita nih
BalasPadamOpening jer dah best!!!
BalasPadamI like it...(^_^)
hehe teruskan brkarya and good luck for u!
terus kan usaha...
BalasPadamx sbr lah nk tahu smbungan cite nie....
INI ADLH FIRST NOVEL SY.
BalasPadamTHANKS CZ GIVE THE COMMENT
SY AKAN PERBAIKINYA LAGI...
hope everyone will enjoy read this novel
maaf kpd sesiapa yg trtunggu2 smbungn cerite CINTA X DI DUGA..saye skang da msukkn citer tue ngn smbungnnye skali dlam blog..kalau rjin,sile kunjungi blog sye tuk smbungn citer ni..
BalasPadamx mnarik la cter nie
BalasPadamaper pnya cter la
BalasPadamx mnarik lngsung
x yah smbng laa
saper ckap mcm 2
BalasPadamx baik tau
insafla
wey best ape cite ni...
BalasPadamkalau x best x yah la komen nk hapuskan semangat penulis la tu...kalau x best jngn bace....
for the writer,keep it up..
i love it..
ade blog x???
BEST TAHAP BABAT
BalasPadamAwesome...what a good writing, i like the way you arrange the story line. Keep the good work~
BalasPadamnice story...
BalasPadambest gak jln cte ye
cpat la smbg episod yg sterusye ye
bezt lar cter nie...kalau ianya satu kenyataan kan bezt..
BalasPadamkeep it up..
bile nk smbung lg..
BalasPadamxsbar ar nk bce jln cter yg strusnya..
cerita tu best..bila nk smbg.dah tak sabar.can ne lak jln citer lepas nie erk?
BalasPadamsalam...mgah hbt la ngah trskan berkarya aq skg skmo....
BalasPadambest2....
BalasPadamsya nnti kn smbungn nye...
xada smbungan ker... novel nie best lahhh ,,,,
BalasPadam