Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hakim senyum puas. Gambar Afira di almari biliknya ditatap penuh kasih. Bila teringat gadis itu, hati Hakim senang. Hakim bersyukur kerana pilihannya disukai ibu dan keluarga.
"Bilalah mak ni dapat menantu lagi ya, kim?" Hakim senyum sendiri bila teringat kata-kata ibunya. "Nantilah, mak," Jawapan yang sering diberikan. "Umur kau tahun ni dah 32 Kim. Mak ni kalau boleh nak sangat tengok kau naik pelamin." Suara Puan Zawiah merendah. Dah, ke situ pula mak ni. Pandai betul dia nak runtunkan hati aku ni. Getus hati Hakim. "Kenapa cakap macam tu, mak? Kalau ada jodoh, nanti kahwinlah Hakim mak." Hakim menenangkan ibunya. Tersentuh hatinya tatkala mendengar ayat yang keluar dari bibir tua itu. "Jodoh tu kena cari, Kim. Dia tak datang bergolek." Puan Zawiah enggan mengalah. "Alah awak ni… Pandailah budak tu nak cari jodohnya. Dah besar panjang dahpun." Sampuk Encik Zakuan, bapa Hakim. "Eh abang ni, ambil mudah je. Abang suka ke kalau anak kita ni jadi bujang terlajak?" Bulat mata ibunya memandang ayahnya. "Ish, ke situ pulak awak ni," Mata Tuan Zakuan menjeling tajam kea rah Puan Zawiah. "Yalah, dah 32 pun tak kahwin-kahwin lagi. Kakak dan abangnya dah lama dapat anak." Rengus Puan Zawiah sedikit kasar. "Dia orang kan kakak dan abang, memang kenalah mak, dapat anak dulu," Hakim menyimpul senyum. Dia tahu, ibunya tidak berpuas hati dengan jawapan itu. "Eh, budak bertuah ni, kalau cakap fasal kahwin ada je jawapannya." Puan Zawiah memuncungkan mulutnya. "Kim, budak-budak kat U tu tak de ke yang kau berkenan?" Soal Encik Zakuan dengan nada separuh berbisik. Senyum diukir sebaik kata-kata itu dihabiskan. "Tak delah, yah." Jawab Hakim acuh tak acuh. "Mak ni kalau boleh biarlah dapat cikgu, banyak sikit masa dengan keluarga. Kalau budak-budak yang Hakim ajar tu bang, budak-budak yang terlibat dalam bidang seni. Huru-hara nanti rumahtangga. Apa kata orang tu… Kahwin artis, huru-hara…" Celah Puan Zawiah. "Lebih-lebih pula awak ni. Esok, kalau ikut cakap awak tu memang bujang terlajaklah anak awak. Dia nak kahwinpun dah cukup bagus tau, tak kisahlah dengan siapapun. Orang seni tak semestinya tak pandai urus rumahtangga. Artis-artis kitapun ada juga yang bahagia." Sanggah Tuan Zakuan. "Yalah bang, kita kenalah beringat-ingat," Puan Zawiah mencebik.
Hakim senyum lagi setiap kali mengingati kenangan itu. Afira juga bukan guru. Tapi tidak lama lagi dia akan mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI). Yang pasti, Afira bukan pelajarnya, maksudnya Afira bukan orang yang terlibat dalam seni. Nampaknya, emak sukakan Afira. Cuma Afira keras orangnya walaupun sikapnya lembut. Tapi Hakim yakin bahawa Afira akan menjadi isteri yang baik. Ya, dia yakin akan hal itu.
Hakim tidak sabar menanti detik yang dijanjikan. Dia ingin bertemu kekasih yang dirinduinya. Gadis berkulit sawor matang itu pasti menjelma di depan matanya sebentar lagi dengan gaya dan penampilan yang menarik. Norhana Afira, satu nama yang bisa membuat senyum Hakim menguntum setiap kali mendengarnya.
Hon dari kereta belakang menyedarkan Hakim dari lamunannya. Kelajuan keretanya yang amat perlahan telah mengganggu kereta belakang. Hakim lantas membiarkan kereta tersebut memotongnya. Hakim senyum lagi. Norhana Afira, Hmm… Gadis itu sekali lagi membuatnya tidak keruan. Belum lagi bertemu, kalau bertentang mata, pastinya malam nanti tidurku tak lena asyik terbayangkan wajahnya yang bujur telur itu ditambah dengan senyum manis yang tak putus-putus bila berbicara. Ah, inikah yang dinamakan cinta? Hakim bertanya pada dirinya.
*
Mila tiba awal di tempat yang dijanjikan. Kelas sunyi. Ada beberapa orang pelajar saja yang lalu-lalang di kaki lima. Ada pula yang berani berhenti melihatnya dari cermin pintu kelas. Mila sememangnya mendapat perhatian dari siswa lelaki di kampus kerana parasnya yang menawan. Dia tidak menghiraukan mereka yang melihatnya. Fail biru yang dibawa diletakkan di atas meja. Ahli produksi lain belum tiba. Erin pula akan datang dari rumahnya. Mila membuka failnya dan menyemak sekali lagi dokumen di dalam fail tersebut. Semuanya cukup. Mila berpuas hati.
"Mila, nanti kalau kita berjauhan bila melanjutkan pelajaran ke IPT nanti, Mila jangan lupakan Syah ya," Aqasyah merenung Mila. "Syah, kita berjauhan kerana ilmu kan?" Aqasyah mengangguk. "Insya-Allah, kalau kita benar-benar ikhlas, kita takkan terpisah, Syah." Tutur Mila lembut, penuh hati-hati. Dia tidak mahu bicaranya menyentuh perasaan lelaki yang amat dicintainya. "Syah janji, Syah akan belajar sungguh-sungguh demi masa depan kita. Mila kan biasa hidup senang. Siapa tak kenal anak Dato’ Sri Tarmizi, jutawan Malaysia. Jadi, Syah tak nak Mila susah bila bersama Syah." Sungguh-sungguh Aqasyah menyatakan ikrarnya. "Syah, Mila tak kisah itu semua, yang senang papa, bukan Mila. Lagipun, papa elalu ajar tentang susah, kasih sayang dan papa selalu ingatkan, harta takkan bawa kita ke mana. Mila terima Syah, kerana Mila ikhlas menyayangi Syah, bukan harapkan harta yang melimpah. Lagipun, keluarga Syah pun bukan calang-calang, ahli perniagaan yang berjaya." "Tapi taklah semewah keluarga Mila." Mila kurang senang dengan kata-kata Aqasyah. "Syah janji, tak akan ada orang lain yang akan ganti tempat Mila." Aqasyah mengulang janjinya entah buat ke berapa kalinya.
Erin masuk perlahan-lahan. Matanya memerhati Mila yang asyik mengelamun. "Ingat Aqasyahlah tu," Bisik hatinya. Erin mencebik. Dia tidak mahu Mila mengingati Aqasyah, lelaki yang telah memungkiri janjinya. Erin amat menyayangi Mila. Baginya Mila seperti saudaranya sendiri. Sejak kecil mereka bersama. Saudara, kalau dicubit paha kanan, paha kiri pasti terasa sakitnya.
Dalam diam, Erin menyanjungi Mila. Mila tidak seperti anak hartawan lain. Mila tidak pernah meninggi diri. Malah, Mila sering tampil dengan imej biasa. Tidak ramai yang tahu siapa Mila sebenarnya. Ida yang bersahabat dengan mereka sejak di tingkatan lima juga tidak tahu akan latarbelakang Mila sebenarnya. Mila perahsia orangnya lebih-lebih lagi dalam soal pangkat dan kedudukan keluarganya. "Aku ni pun, mujurlah bapaku bekerja dengan Datuk Sri. Kalau tak… Pasti aku juga tak tahu siapa Mila. Datuk Sri banyak berjasa pada aku sekeluarga." Desis Erin dalam hatinya. "Kata ayah, walaupun ayah bekerja sebagai tukang kebun, Dato’ Sri dan Datin Sri melayan ayah dengan baik, begitu juga dengan anak-anaknya."
Erin senyum lagi memandang Mila yang tidak menyedari kehadirannya. Hari pertama dalam minggu orientasi, Mila beria-ia mengingatkan Erin agar merahsiakan kedudukan keluarganya daripada pengetahuan rakan-rakan. Kadang-kadang Erin bosan mendengar amaran itu. Mana tidaknya, amaran itulah yang sering diulang oleh Mila sejak di bangku sekolah lagi. Bukan Mila saja yang bersikap demikian. Waktu di sekolah, bila Datuk Sri menghulurkan derma kepada pihak sekolah, pasti namanya dirahsiakan. Malah, sehingga kini, Datuk Srilah yang banyak membantu meringankan kerja Mila sebagai production manager dengan memberi sponser mana yang perlu. Surat-menyurat berkenaan sponser tetap dibuat oleh Mila sebagai syarat. Encik Hakim sendiripun tidak tahu akan hal ini. Hanya dia dan Mila yang mengetahuinya. Adakalanya Erin mahu tergelak bila Mila sengaja menambah nama papanya atau memendekkan nama abangnya dalam setiap surat yang ditulisnya. Langkah ini diambil oleh Mila agar statusnya sebagai anak Datuk Sri tidak dihidu rakan-rakan sekumpulan. Anak manja, semua hajatnya dipenuhi selagi termampu. Mila bertuah kerana memiliki keluarga yang amat mengasihinya.
Erin melangkah perlahan menghampiri Mila. Mila masih hanyut dengan khayalannya. Erin menyentuh bahu Mila. Mila terperanjat.
"Hai, jauh menung cik adik kita ni," Suara Erin berseloroh. Sepantas kilat Mila berpaling memandang Erin. "Kau ni Erin, tak boleh tengok orang senang, ada je," Mila memuncungkan bibirnya. "Kalau senang tak apa. Ni makin mengelamun, makin sedih buat apa. Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau fikirkan, Mila," Pandangan Erin menikam anak mata Mila. "Mana adalah," Mila cuba berdalih. Anak matanya dilarikan dari pandangan sahabatnya. "Sekilas ikan di sungai, telahku tahu jantan betinanya Cik Mila, inikan pula teman sepermainan sejak kecil," Erin meleret senyum. "Rizal apa khabar? Mak kau sihat? Ayah kau macam mana?" Mila mengalih topic. "Lagi? Tak nak Tanya nenek, atuk, Mak Su, Pak Su, orang kampong, tak nak Tanya?" Sindir Erin yang sudah tahu sahabatnya itu mahu mengubah tajuk perbualan mereka. "Kau ni, teruklah. Aku Tanya betul-betul ni." Mereka sama-sama tertawa. "Okay semuanya okay. Mereka kirim salam pada kau. Ha, abang Is dah dah dapat kereta baru dah tau," Cerita Erin girang. "Ya? Bilalah aku nak rasa naik kereta baru dia tu? Kau dah naik ke?" "Eh, kau ni. Aku nampak masa lalu depan rumah kau malam tadi," "Pandai je kau ni, entah-entah kereta kawan dia." "Kereta dialah…" Balas Erin yakin.
Keriuhan dari luar mengganggu perbualan mereka. Mila dan Erin sama-sama melontar pandangan ke kaki lima. Ternyata, suara riuh itu adalah suara ahli produksi yang lain. Mereka sudah sampai. Mila mengisyaratkan kepada Erin supaya mereka menamatkan perbualan mereka di situ. Erin mengangguk tanda faham.
"Sorry kami lambat," Zana selaku producer memohon maaf. Mila dan Erin senyum tanda memaafkan. "Dah lama tunggu?" Giliran Suzi, pengarah menyoal. "Lebih kurang setengah jam," Jawab Mila bersahaja. "Sorry, sorry, kami lambat," Fandi mengulangi kata-kata Zana lalu mengambil tempat di sebelah Mila. Johan yang mengekorinya melabuhkan punggung di kerusi sebelah Erin. "Eh, kau orang ni kan, kalau shooting nanti lewat macam ni aku tak tahulah," Erin menekan suaranya. "Apa lagi Mila, kau kan dah ada kuasa masa tu, bamboo jelah dia orang ni," Zubaidah selaku art director membalas dengan tawanya. "Eh apa pula, lambat-lambat ni urusan Erinlah, Erinkan penolong pengarah," Mila membetulkan tugasan. "Tulah, kau ni Zubaidah nanti kalau Erin balas dendam masa shooting nanti baru tau, pandai-pandai bagi kuasa kat orang lain." Mereka sama-sama ketawa. "Okay kita mula sekarang K?" Zana mula serius. Yang lain turut diam menghormati Zana selaku ketua.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uit mn watak dila ek?xde dh ker?