Nama Pena : Moon Ierah
'Ya Allah, andai cintanya bukan milikku, aku redha, Ya Allah…aku mohon agar diberikan petunjuk agar aku dapat meneruskan hidupku tanpa bayangnya…bantu la aku Ya Allah..'
Airmata laju membasahi pipi Asha. Dia tak sanggup lagi berpura-pura bahawa tidak ada apa2 yang terjadi antaranya dengan Naim.
****************************************************
"Asha, ko nak smbg study lagi tak?"Soal Naim. Asha menggelengkan kepalanya. Berkerut dahi Naim.
"Kenapa?"Asha menjungkit bahu. Naim mengeluh.
"Sejak bila pula ko jadi bisu ni?"Asha tidak menjawab soalan Naim. Dia hanya menjeling Naim yang sedang memandangnya. Kemesraan antara Naim dan Qina di sekolah tadi masih bermain-main di ingatannya.
Naim jadi bingung melihat telatah Asha yang dari tadi tak sedikit pun bersuara. 'Nak kena minah ni..' Dia menyucuk pinggang gadis itu. Ketawanya pecah melihat telatah Asha yang lucu.
"Apa ni…"Asha sedikit terjerit. Merah mukanya menahan geram. Tawa Naim terhenti tatkala terpandangkan wajah Asha.
"Sorry lah…"ucap Naim sambil mengangkat kedua tangannya. Asha kembali tunduk sambil menguis-nguis rumput didepannya.
"Ko marah ke?aku gurau je lah…ko ni kenapa ar?aku tanya ko diam. Aku gurau sikit pun ko marah. Selalu ko tak macam ni. Aku ada buat salah ke?"soal Naim sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
'Ya. Memang ko ada buat salah…'jawapan itu hanya terluah di hati Asha.
"Aku minta maaf ek…"tersentak Asha mendengar ucapan maaf yang keluar dari mulut Naim.
"Kau dengar ke?"soal Asha sambil memandang wajah 'blur' Naim.
"Dengar apa?"Naim pula menyoal tanpa memberikan jawapan kepada soalan Asha.
"Abaikanlah."Asha melepaskan keluhan dan kembali pada keadaannya tadi. Naim turut mengeluh. Tak pernah Asha bersikap macam ni sebelum ni.
"Asha, aku tak suka la bila kau diam macam ni. Aku tak biasa. Ni bukan kau. Aku nak kau yang dulu."Naim memegang tangan Asha. Asha terus menarik tangannya dari genggaman Naim.
"Kau ni kenapa?"Naim terkejut dengan perbuatan Asha.
"Aku bukan Qina. Kalau kau nak pegang-pegang tangan, kau cari la Qina."terkebil-kebil mata Naim memandang Asha. Akhirnya dia faham kenapa Asha bersikap dingin dengannya petang itu. Dia tersenyum kecil.
"Kau cemburu ek?"
"Buat apa aku nak cemburu. Buang masa aku je. Baik aku tengok cerita katun kat rumah."
"ala…kau jangan nak tipu aku. Aku tau la."ucap Naim sambil tertawa kecil. Dia kini tau yang Asha nampak kejadian di sekolah pagi tadi.
"Apa yang ko tau?"
"Aku tau yang kau memang sayang kat aku."Merah muka Asha mendengar jawapan Naim.
"Daripada aku sayangkan kau, baik aku sayang kambing nenek aku kat kampung."
'aik...kambing kau kata.'geram bermukim di hati Naim tapi tak lama. Dia lantas berdiri dan berjalan meninggalkan Asha. Asha terpinga-pinga melihat Naim pergi.
"Naim.."jerit Asha. Tak ada respon. 'Huh!!'
Asha berdiri dan mengejar Naim. "Naim!!!"masih tiada respon. Naim masih menjauh seolah-olah tak mendengar jeritan Asha. Dia jadi geram.
"Kalau kau pergi, aku tak mau kawan dengan kau lagi."Namun Naim masih begitu.
Sebak mula menguasai diri Asha. Dia duduk di bawah sebatang pokok berdekatan. 'Aku merajuk bukan nak pujuk. Adakah patut pergi macam tu je. Dah tu dia pun ikut merajuk.'
"Aku memang sayangkan kau…"separuh berbisik Asha meluahkan rasa hatinya.
"Aku tau."Terkejut Asha mendengar suara Naim.
"Ke..kenapa kau ada kat sini?"soal Asha sedikit gagap melihat Naim yang duduk membelakangkannya.
"Sebab.."Naim menoleh tanpa menghabiskan ayatnya. Asha jadi malu bila sepasang mata Naim memandangnya.
"Pertama, kalau aku pergi, ko tak nak kawan dengan aku lagi. Kedua, takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat taman ni. Ketiga…"Naim memandang Asha dengan penuh rasa kasih. Asha jadi malu.
"Ketiga apa?"soal Asha menutup kegugupannya.
"Ketiga, aku takkan cakap selagi kau tak minta maaf."
"Kenapa pula aku nak minta maaf. Aku tak buat salah pun."
"Adalah. Ingat balik."Asha berfikir. 'Ada aku sakitkan dia tadi?kambing!!'
"Err…takkan kau nak marah aku sebab aku sayang kambing nenek aku. Aku memain je la. Lagipun, nenek aku mana ada kambing."pecah ketawa Naim mendengar kata-kata Asha.
"owh…memain ek."Naim mencuit hidung mancung Asha. Asha tersipu dengan perbuatan Naim.
"Aku dengan Qina tak ada apa-apa. Tadi tu dia mnta tolong aku terangkan formula math yang Cikgu Bade ajar. Dia tak faham."Asha hanya mengangguk. Asha percayakan Naim. Padanya Naim bukan sekadar sahabat atau teman, dia amat sayangkan Naim.
"Ketiga?"soal Asha.
"Ketiga?"soal Naim pula. Asha mengangguk.
"Lupa atau pura-pura lupa?"
"hurm…pilihan lain?"Asha cuba memukul bahu Naim namun Naim pantas berlari meninggalkan Asha. Asha turut mengejar dari belakang. Mereke tertawa riang.
citer best tp knper pndek jer\
BalasPadamnie psl khawin masa kat sklh yer
tp aku suka cite mcm nie
sweet...
x kan banyak ni je...
BalasPadamtulis le lagi..
what ever cite ni memang best
best!
BalasPadamjgn lelame eh??:)
bes ar....cite ni.....
BalasPadamwat bab yg ke 2 cepat skit..ye....
love this story..
ohhh yeahhhh
salam moon ierah..
BalasPadamgud job..bes..
tp cam pendk je..
keep on writing..
niya1501@yahoo.com
asha??name ni penah dgar..sape name penulis dia??
BalasPadamkenape pendek gile citew die..
BalasPadambut besttt....
:)
:)
:)
Assalamualaikum...novel ni agak menarik..tapi nape tak disambung lagi?kali pertama melihat tajuk novel ini aku terpaku seketika...kerana akulah ASHA...mungkin persamaan pada nama saja..tapi rasanya aku miliki kisah yg agak tragis juga....ingin sekali aku mgenali penulis novel ini...
BalasPadam