Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Assalamualaikum semua." Setelah salam dijawab Ana terus mencium tangan Papa, Mama dan Abang Dan nya tanda menghormati mereka. Adat itu juga telah diamalkan sejak dulu lagi kerana kata Mama adalah baik menghormati orang yang lebih tua dari kita dengan menyalami mereka. Lantas pelukan yang dibalas oleh Mama. Dengan rasa sebak Mama menangis terhinggut-hinggut bahunya. Ana tahu Mamanya sangat sedih kerana barang kemas pemberian Papanya telah habis ‘dikebas’ orang jahanam yang tidak berperikemanusiaan. Pemberian itu sangat berharga bagi Mama kerana Papa menghadiahi kepada Mama ketika ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25. Begitulah sifat Mamanya yang disukainya. Sentiasa menghargai pemberian orang terutama Papa.
" Maafkan Puteri ma. Puteri tak ada sewaktu Mama memerlukan Puteri. Kalau Puteri ada di Villa sewaktu Mama dan Papa keluar tentu perkara ni tak akan terjadi. Puteri mesti dapat lawan mereka semua tu. Mereka semua mesti tak jadi nak rompak Villa kita lagi." Kata Puteri sambil berseloroh. Niatnya hanya bergura tetapi lain pula yang difikirkan oleh manusia dihadapannya ini. Melopong mulut mereka mendengar penjelasan Puteri. Sanggupnya Puteri membahayakan nyawanya demi keluarga yang tercinta. Bertambah sebak Mama mendengar kata-kata Puteri.
" Puteri! Jangan sesekali berkata kalau kerana kata-kata Puteri ibaratnya menyalahkan takdir yang telah tersurat untuk kita." Abang Dan memotong sebelum Puteri meneruskan kata-kata yang mengarut lagi.
" Betul kata abang kamu tu Puteri. Sudahlah Mama, kita kena redha dengan apa yang berlaku dalam keluarga kita asalkan kita sentiasa bersama supaya tak terjadi lagi perkara yang tak diingini macam ni lagi. Ini adalah ujian daripada ALLAH untuk kita sekeluarga dan untuk itu kita perlu sentiasa berdoa agar diberi kekuatan dan semangat untuk menghadapi ujian-Nya. Banyakkan doa dalam solat agar kita dihindari daripada perkara seperti ini lagi. Adalah lebih baik berdoa dan tawakkal dengan apa yang berlaku daripada menangis melaung sekalipun tapi tak kan terjadi apa-apa. Malah penyakit yang dapat, penyakit laungan ." Papanya pula sempat berseloroh dan tersenyum nipis sambil menyetujui apa yang dikata oleh Abang Dan.
Akhirnya mereka akur dengan ketentuan ILLAHI kerana mereka yakin lebih banyak insan yang diuji sebegitu rupa malah ada yang lebih teruk lagi. Mama juga kelihatan sedikit lega dengan kata Papa dan tidak menangis cuma sedikit baki sendu masih ada.
" Wan dan Jah pun dah setuju kita tinggal di rumah dia buat sementara waktu ni. Kita pun dah nak pergi umrah sama-sama. So, jomlah kita bertolah ke rumah mereka sebelum lewat malam dan jangan lupa bawa barang yang banyak sikit sebab kemungkinan kita akan tinggal di rumah mereka lebih kurang sebulan sebelum Villa kita ‘siap’ sepenuhnya."
Terkejut bukan main lagi Ana bila Papanya nak tinggal di rumah orang sebulan lamanya. Huh. ‘ Memang tak boleh jadi ni. Seganlah aku tinggal rumah orang biarpun Teratak Impian kepunyaan Tan Sri Malik Ridhwan dan Puan Seri Khadijah Fatihah serta dua orang anaknya Nur Anith Marysya Qistina dan Muhammad Adam Miqael tu memang seluas padang bola’ Gumam hati kecilnya. Namun dia akur juga sambil merenung ke arah Abang Dan yang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
" Ehem. Abang Dan ni kenapa Puteri tengok dari tadi asyik mengelamun aje. Abang Dan ada problem ke? Ceritalah pada Puteri. Abang Dan ada masalah ye?" kata Puteri disambut dengan senyuman di bibir Danish. Dia tahu Puteri nya itu sangat mengambil berat tentang dirinya sejak dahulu lagi. Tapi, dia tidak mahu menyusahkan adiknya kali ini. Biarlah di yang menanggung keseorangan. Dan dengan sengaja dia berdalih " Tak ada apa-apa lah Puteri. Puteriku jangan risau kan abang ye. Cuma abang rasa macam pelik aje kita tidur kat Teratak Impian Uncle Wan dan Untie Jah sebab kita tak pernah berjumpa dengan anak-anaknya. Nanti tak pasal-pasal perang dunia ketiga pulak dah."
Risau juga dia bila anak-anak Uncle Wan dan Untie Jah akan marah nanti sebab boleh dikatakan menganggu privasi mereka. Kalau dengan Uncle Wan dan Untie Jah nak risau apa nya sebab mereka memang rapat ibarat satu keluarga. Selalu sangat datang ke TeratakImpian mereka Cuma kelibat anaknya belum ketemu kerana Qis dikatakan sibuk dengan kuliah dan tinggal di asrama kolejnya manakala Am pula sibuk menguruskan dengan kerja di Impiana Batik Corporation Sdn. Bhd kepunyaan Uncle Wan yang sekarang menjadi tanggungjawabnya.
Kata-kata abangnya disambut dengan gelak ketawa Ana. Danish yang sedikit terperanjat pelik dengan gelak tawa adiknya itu. " Orang serius dia main-main pulak. Apalah Puteri ni." Danish menarik muncung yang diibaratkan Donald duck oleh Ana. Sering kali begitulah sikap Dnish apabila merajuk. Mengertilah dia dengan sikap Abang Dan seorang ni.
" Ok. Maafkan Puteri. Abang Dan tu, apalah cakap macam tu. Mama dan Papa pun dah cakap yang anak Uncle Wan dan Untie Jah pun dah setuju kita tinggal dengan mereka untuk menjaga keselamatan kita. Don’t worry la my bro. Small matter je. Your problem solved. Dah la, Puteri nak naik atas nak kemas barang. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan Papa sebab lambat. Abang Dan dah jangan fikir dah pasal masalah tu. Dah dah. Pergi naik atas kemas baju Abang Dan."
'Betul juga. Buat apa aku fikirkan perkara yang kecik tu'. Tarikan tangan Puteri menyedarkannya. Mereka sama-sama naik atas dengan meniti tangga masuk ke kamar masing-masing.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan