Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tengok.. tengok.. Kamu nak tengok apa lagi Irfan?"
"Alahh.. abah ni"
"Irfan.. Irfan.. Bila abah buka mulut.. kamu kata nanti tunggu kamu balik.. tanya bila nak balik.. kamu kata tengok dulu.. susah sungguh kamu nak balik kerumah hah! Irfan?" Ikram berdiam sejenak sambil menarik nafas seketika sebelum menyambung. "Dah lama kamu tak balik Irfan.. baliklah.. mak kamu pun dah rindukan kamu" ujar Ikram cuba berlembut dengan anaknya.
"Ada apa sebenarnya ni bah.. kalut suruh Ir balik ni?" soal Irfan sambil menutup komputernya lalu keluar menuju keruang tamu.
"Kamu ingat lagi Uncle Adam?"
"Uncle Adam..uncle Adam.. "
"Alah.. kawan baik abah waktu belajar kat UK dulu tu.. pernah tinggal kat Malaysia.. takan kamu tak ingat.. lama dia tinggal kat sini.. lagipun waktu tu kamu dah bersekolah rendah sebelum dia pindah balik ke sana.. takan lupa"
"Oh.. kawan abah orang Jerman.. memeluk agama islam tu.. ya ya ingat.. ingat.. kenapa?"
"Dia ada kat sini"
"Kat sini? Maksud abah dia ada kat rumah kita?"
"Ya.. "
"Sebab tu yang abah nak Ir balik sangat-sangat ni?"
"Ya.."
"Alah.. abah.. apa sangkut paut Uncle Adam dengan Ir pulak?.. lagipun minggu ni Ir busy lah bah.."
"Busy dengan budak model tu?"
"Apa abah ni.. "
"Sudah Irfan.. abah tak nak dengar apa-apa alasan.. minggu ni abah nak kamu balik.. titik"
Irfan mengeluh sendiri bila belum sempat dia menyambung kata, abahnya terlebih dahulu mematikan talian. Bingung dia ketika ini lebih-lebih lagi memikirkan apa alasan hendak di berikan kepada Sherry bagi membatalkan temujanji mereka pada hujung minggu. Pasti sedepa muncung gadis itu dan rajuknya pasti berpanjangan. "Sherry! Sherry!" Irfan tersenyum sendiri sambil menyebut nama gadis itu. Mana mungkin dia dapat melupakan gadis bertubuh tinggi lampai dan langsing itu. Dengan senyuman menggoda serta tutur kata yang lembut, gadis itu bisa membuatkan tidurnya tidak lena. Membayangkan itu pantas nombor Sherry didailnya. Namun hampa bila panggilannya memasuki pesanan suara. "Ohhh.." gumamnya sebaik teringatkan jadual pertunjukkan pentas Sherry pada malam ini.
Sekali lagi Irfan mengeluh panjang lalu bangun menuju ke balkoni. Sayup-sayup dari tingkat teratas kondonya, Irfan melihat kenderaan yang tidak kenal erti malam bertali arus di jalan raya. Pastinya keadaan ini berbeza bila dia pulang ke kampong hujung minggu ini. "Ahhh.. membosankan.. apalah yang ada kat kampong" rungut Irfan sendiri sambil mengeluh. Penat berdiri di situ Irfan melangkah kaki ke dalam semula. Alat kawalan tv dicapai sambil mencari siaran-siaran yang menarik, namun tidak ada satu pun menarik perhatiannya. Tv ditutup lalu Irfan mengangkat punggung untuk ke kamar. Sejenak langkah kakinya terhenti di kamar sebelah, milik sahabat baiknya, di mana pintu kamar tersebut tidak sempurna ditutup. Sempat Irfan mengintai melihat Tengku Danial yang sedang bersila sambil tersenyum sorang-sorang mengadap komputer riba di atas katil. "Pelik!" detik hatinya lantas Irfan mengetuk pintu tersebut.
"Eh! Ir.. apa berdiri kat situ.. masuklah" pelawa Tengku Danial sambil menolak komputer ribanya ke tepi. "Apa hal? Ko tak boleh tidurke?"
"Ha ah" jawab Irfan sepatah. "Ko buat apa tu?"
"Aku tengah habiskan kerja"
"Kerja?"
"Ha ah"
"Ko jangan dok kelentonglah.. keje apa tersengih sorang-sorang?"
"Ko mengintai ye"
"Siapa suruh ko tak tutup pintu rapat-rapat"
"Ye ke?" balas Tengku Danial tersengih-sengih. "kalau macam tu.. bila ko keluar nanti tolong tutup jap"
"Ada apa sebenarnya ni Ir..?" soal Tengku Danial bila melihat wajah Irfan yang muram.
"Sorrylah aku mengganggu ko buat kerja" ujar Irfan tanpa menjawab pertanyaan Tengku Danial sebaliknya perasaan bersalah menguasai dirinya bila melihat rakannya itu seperti menggelisah bila sekejap-sekejap memandang ke arah komputer riba.
"Tak.. ko langsung tak mengganggu.. lagipun apa yang aku tunggu tak kunjung tiba.. "
"Ko tunggu apa?"
"Arghhh.. lupakanlah.."
"Sebenarnya aku bingung.."
"Bingung? Kenapa?"
"Abah aku talipon"
"Abah kau talipon?..kenapa?" soal Tengku Danial hairan namun tak lama kemudian dia tersenyum. "hah!.. ni mesti paksa ko balik kampong.. entah-entah pasal kahwin.. betultak?"
"Tak pulak abah aku cakap tentang kahwin.. tapi macam lebih kurang tu je.. paksa-paksa sangat aku supaya balik kampong.. tu yang aku risau"
"Hah! Eloklah tu.. ko tu pun bukannya muda lagi Ir"
"Ko kata aku.. ko pun apa kurangnya D"
"Aku lain.. papa dan mama aku sporting" jawab Tengku Danial sambil tersenyum.
"Kalau sporting apasai ko tak duk sekali dengan mereka..?" sindir Irfan sambil mengangkat kening.
"Aku bukan tak nak duk sekali dengan mereka .. Cuma.."
"Banyaklah ko punya berdikari" perli Irfan sambil turut juga ketawa.
"Ketawa..ketawa juga Ir.. hah! Jadi ke ko balik kampong minggu ni?"
"Entahlah D.. ikutkan hati taknak.. tapi.."
"Baliklah Ir.. entah-entah ada perkara penting yang abah ko nak sampaikan"
"Tapi aku dah janji dengan Sherry"
"Dalam dunia ni Ir.. abah ko cuma sorang tu je.. tahu" "Dengarlah nasihat aku ni Ir.. baliklah kampong.. " tegur Tengku Danial bila melihat reaksi Irfan yang seperti tidak menyukai cara dia memihak kepada uncle Ikram.
"Boringlah.. bukannya ada apa pun kat sana"
"Sekurang-kurangnya ko ada juga kampong.. beruntung tahu tak? ko tengok aku ni.. memanjang kat kota.. lagi boring"
"Ko tu yang beruntung sebenarnya D.. dilahirkan dalam keluarga berada.. papa ko tu berkedudukan tinggi pulak"
"Ko tu pun apa kurangnya.. abah ko tu bukan calang-calang orang.. bekas Jurutera"
"Arghh.. sudahlah D.. bercakap dengan ko ni, serupa aku bercakap dengan abah aku pula.. lebih baik aku masuk tidur"
"Boleh pulak ko tidur Ir?" usik Tengku Danial sambil menarik semula komputer riba mengadapnya.
"Kalau tak boleh tidur nanti.. aku layan internetlah bro.. sambung chat" jawab Irfan tersengih sambil melangkah kaki menuju kemuka pintu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2.....cpt smbg yerk!