Isnin, September 28, 2009

Novel : Anjing dan Kucing 4

Nama Pena : Kyra Akira

Hari ini puspa dan Kassim akan diikat dengan tali perkahwinan buat selama-lamanya. Kassim gelisah, Puspa pula tak tentu arah! Akan bermulalah satu episod baru dalam hidup mereka. Adakah mereka benar-benar sudah bersedia?


Puspa duduk tenang di kamar pengantin yang cantik dihias itu. Hatinya sahaja tidak tenang. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Gundah gulana, gelisah. Boleh kata dalam hatinya semua serba tidak kena.


Begini ke agaknya perasaan gemuruh orang yang jadi pengantin? Hati Puspa bersoal sendiri. Tangannya tidak bisa duduk diam. Meresah-resah jari jemarinya.


Tidak dapat dinafikan Puspa kelihatan cantik pada hari bahagianya ini. Hasil kreativiti tangan mak andam meletup daerah Jerantut. Baju nikahnya cantik berwarna merah jambu. Menaikkan seri pengantin yang ada pada dirinya. Warna merah jambu itu adalah warna kesukaan emaknya. Puspa tidak membantah, lagi pula dia cuma boneka hidup sahaja untuk majlis ni. Habis majlis dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap dirinya dan Kassim.


Upacara akad nikah dirasakan terlalu lama oleh Puspa. Badannya sudah naik lenguh menanti semenjak tadi. Maklumlah dia sedang gelisah menunggu upacara pembatalan wuduk.


Kenapa lama benar akad nikahnya? Mamat mereng tuh kena soal jawab isu agama ke dengan Tok Kadi tu? Puspa bertanya-tanya di dalam hati.


Diluar Kassim sedang bertarung untuk menjadi seorang suami kepada isteri yang tidak rela dinikahi.


"Aku te... te..rima ni..ni..kahnya Puspawangi.. Binti... Hi.. Hi..syam.. dengan.. mas kahwinnya... RM9000 tu..nai..."Gugup Kassim.


Kali ini sudah 6 kali dia gagal melafazkan akad itu dengan baik. Tidak tahu mengapa lidahnya tidak lancar menuturkan lafaz akad itu. Gemuruhkah aku?


Suasana di ruang tamu rumah Tok Aki gamat. Ada yang mengeluh, ada yang ketawa, ada juga yang geram dengan Kassim yang gagal melafazkan akad dengan baik. Gulp!! Kassim menelan liurnya sendiri. Malu dengan dirinya. Ramai yang mengetahui kerjaya Kassim sebagai peguamcara itu memerlukan kefasihan dan kebolehan berkata-kata dengan sempurna dan baik. Dah nasib badan!! Kassim berkata sendiri. Mengeluh sedikit.


"Adoi Kassim!!! Bawa mengucap. Cuba buangkan rasa gemuruh tu sikit..." geram lagak suara tok kadi.


Kassim memandang lantai. Malu dirinya saat ini. Tak tahu nak letak mana dah wajahnya tatkala di tegur sebegitu oleh tok kadi. Malunyerrrr!!!


"Bagi saya air kosong segelas! Biar saya tawarkan air buat hilangkan rasa gemuruh pengantin ni.." pinta tok kadi lagi.


Cara terakhir tok kadi menolong Kassim. Penat sudah tok kadi bersalaman dengan Kassim. Naik haus tangannya, tapi masih juga tak lulus lafaz akad Kasssim. Dengan keadaan orang ramai lagi yang menyumbang kepada suasana yang panas di ruang tamu rumah Tok Aki itu.


Dilihat tok kadi terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembuskannya ke gelas air itu.


"Ambil ni. Minum tu baca selawat dulu. Jangan main redah je..." tok kadi menghulurkan gelas itu kepada Kassim.


Kassim minum setelah berselawat beberapa kali. Mukanya merah padam menahan malu di hadapan segenap insan-insan yang hadir di majlis yang penuh ’berkah’ ini.


"Aku terima nikah Puspawangi Binti Hisyam dengan mas kahwinnya RM9000 tunai..." lancar sebutan Kassim kali ini.


Puspa sah menjadi isteri Kassim setelah 7 kali lafaz akad. Kelihatan semua hadirin menadahkan tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Selepas itu bacaan taklik dibacakan oleh Kassim. Kassim kemudian mengambil sedikit masa menunaikan solat sunat nikah 2 rakaat.


________________________________________


Puspa merasa gemuruh yang teramat. Dia tahu dia sudah sah menjadi isteri kepada Kassim, mamat mereng yang sudah lama menjadi musuh ketatnya. Melalui pembacaan doa dan amin-amin sekalian manusia dia sedar kini hidupnya akan melalui lembaran baru yakni kehidupan berumah tangga.


Suasana yang tadi tenang di kamar pengantin yang cantik dihias warna merah itu kini penuh dengan deruan ramai yang berpusu masuk. Suasana dah bertukar menjadi ganas! Panas!


"Bagi laluan! Pengantin lelaki nak lalu ni.." tidak tahu suara lantang siapa yang bercakap. Dilihat orang ramai mula berkuak ke kiri dan kanan memberi ruang jalan buat Kassim, mempelai lelaki.


Kassim masuk ke ruang kamar segak berbaju melayu teluk belanga berwarna senada dengan Puspa.


"Assalammualaikum.." ucap Kassim.


"Waalaikumsalam.." ramai pula yang menjawab menyakat ucapan salam Kassim yang lebih bertumpu kepada Puspa. Kedengaran juga suara-suara ramai yang bergelak ketawa melihat wajah Kassim yang merah malu disakat.


"Jawablah salam suami kamu tu Puspa..." Mak Long yang ada disamping ramai hadirin yang melihat bersuara. Puspa malu tidak berketik.


"Waalaikumsalam…" lambat-lambat Puspa bersuara. Matanya menunduk ke lantai cuba menyembunyikan rasa gemuruh dan malu yang bertandang di sudut jiwa tatkala itu. Mak andam menolak dagu Puspa ke atas.


Cahaya Flash daripada jurugambar dan kamera-kamera liar yang lain terus-terusan bercahaya merakam detik-detik bersejarah buat Kassim dan Puspa itu.


Kassim melangkah lagi dan langkahnya kini terhenti betul-betul di hadapan Puspa. Ibu Kassim memberi Kotak sederhana besar. Kotak itu bertukar tangan kepada Kassim kini. Di buka kotak itu. Semua mata melihat isi yang lengkap satu set di dalam. Ada kalung emas dengan loket berbentuk hati dan rama-rama yang ditimbuni berlian dan permata ungu, cincin emas 2 bentuk yang sama paten dengan kalung, gelang tangan dan kaki serta anting-anting. Kesemuanya satu set dengan paten yang sama. Sangat-sangat cantik! Di ambil cincin 2 bentuk itu.


Mak andam mengangkatkan tangan Puspa ke atas, menghulurkan jari jemari Puspa yang bulat berisi itu ke arah Kassim. Kassim mencapai jemari Puspa dan disarungkan ke jari manis Puspa, sebentuk di jari manis kanan, sebentuk lagi di jari manis kirinya. Selesai menyarung Puspa meletak kembali jari jemarinya itu ke atas pangku.


"Hah Puspa! Apalagi yang kamu tunggu... Salamlah tangan suami kamu tu.." Mak andam yang duduk di sebelah Puspa bersuara.


Puspa menghulurkan tangannya lambat-lambat mengikut kata mak andam. Dicapai tangan Kassim untuk dikucupnya. Separuh rela sahaja perbuatan Puspa itu.


Ikut hati aku, aku kapakkan aje tangan mamat mereng nih.


Bibir Puspa hampir sahaja mengucup tangan lelaki Kassim yang besar itu. Kassim dengan sengajanya menolak tangannya ke mulut Puspa, bibir Puspa tertonyoh sedikit kasar ke tangan Kassim. Sengal bibir Puspa diperlaku sedemikian. Puspa memandang geram ke wajah Kassim yang berlagak biasa. Sabar Puspa! Sabar! Pujuk hati Puspa yang sudah mula membengkak.


Kini giliran Kassim pula untuk mengucup dahi halus Puspa itu. Jika boleh saat ini ingin sahaja Kassim melompat jendela kayu yang terkuak lebar di sebelah kirinya. Pak kal lah dia memikirkan tentang Tok Aki, Wok, abah, ibu dan majlis kahwinnya ini. Kalau tidak Kassim pasti bahawa dia tidak akan berfikir dua kali untuk berbuat sedemikian.


Kassim menunduk dan merapatkan bibir yang sudah sedikit memuncung untuk mengucup dahi Puspa.


Revenge time... Hahaha!!! Puspa sudah ketawa kecil dalam hatinya.


Puspa menghantukkan dahi kerasnya itu ke bibir muncung Kassim. Kassim menahan pedih bibirnya yang sakit akibat hantukan dahi Puspa. Dirasakan dalam mulutnya ada sedikit rasa pedih, mungkin ada luka yang terbit dari perbuatan gila Puspa itu.


Kassim mengecikkan matanya memandang tajam ke arah muka Puspa. Anak mata mereka bertentangan. Puspa berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Dalam hati Puspa puas kerana sudah memulangkan paku buah keras kepada Kassim.


Selepas upacara pembatalan wuduk itu, malamnya diadakan upacara berinai besar yang melihat Puspa dan Kassim bertukar-tukar baju untuk sesi fotografi. Penat mereka berposing ’maut’ malam itu. Dalam hati tidak merelakan majlis perkahwinan ini.


----------------------------


Jangan lupa komen ye... Satu cara untuk dapat support dan inspirasi untuk terus menulis...

19 ulasan:

  1. kakakakakkakahhhh............

    lucu2... mmg lucu...

    cpt smbung ek..

    sdp ar cita ni..

    BalasPadam
  2. best2. lain dari yg lain. pengantin brutal.sukanye....

    BalasPadam
  3. haha..kelakar la...
    cpt sambung..
    x sbr nk tau ape jadi pas kwin ni..

    BalasPadam
  4. brutal gile siot!! siap bleh berbalas balasan lg!!!
    pling best 7 kali siot akad nikah!!!
    ape2 pon cpt2 sambung!!!

    BalasPadam
  5. hahaha..
    lawak kot...
    cpt2 smbung ek...
    :D

    BalasPadam
  6. cepat2lah sambung. citer ni best. bahasa yg bersahaja & mencuit hati. good job.

    BalasPadam
  7. kelakar
    p pendak sangat la cerita y

    BalasPadam
  8. best...smbg cpt2.....

    BalasPadam
  9. aku rasekan msti lps ni puspa ngan kassim ni jatuh cinta tapi malu nk ckap...aku agak je..
    ape2 pown best cite hrp sambung yg kelima....ni la cerpen yg saye mnat kat blog ni..first 1 that i interested to read it...

    BalasPadam
  10. klaka la citer nie....
    thumb up 2 da writer..

    BalasPadam
  11. he3.... kelakar giler
    sakit perut aq thn ketawa
    best citer nie

    -kelly-

    BalasPadam
  12. continue....

    BalasPadam
  13. ambo suko......

    BalasPadam
  14. hahahaha! dorg ni bercinta ker nnty? x percaya tol klw dorg jth cinta..hahahahah!

    BalasPadam
  15. LOL XDXDXDXDXDXDXD~~
    kapakkan tgn??? wu-huuuu~~besss

    BalasPadam
  16. sy suka sngt cerpen ni...hehehe ada smbungn tk? tk sabar nk tngk smbungn nya....

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama4/3/12 12:13 PG

    haha dah boleh agak jalan cerita kan? gaduh gaduh benci benci then jatuh cinta.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan