BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, September 08, 2009
Novel : Andai itu takdirku 2
Nama Pena : INTAN QASEH

Julia memandang sekelilingnya. Indah taman itu penuh dengan pokok epal yang buah epalnya sudah masak ranum pada ranting-rantingnya yang merimbun.

"Mama. Sinilah," panggil Johan sambil menggamit Julia datang kepadanya yang berdiri di dalam satu perahu yang berada di tengah-tengah tasik yang membiru airnya.

"Johan jangan main dekat situ sayang. Mari sini dekat mama," panggil Julia. Dia turut melambai supaya Johan datang kepadanya.

Johan ketawa kecil sambil mengocak air tasik itu untuk menggerakkan perahu kecil yang di naikinya itu.

"Hati-hati sayang. Nanti jatuh," pesan Julia risau. Senyuman cuba diukirkan untuk anaknya itu.

"Mama janganlah risau dengan Johan. Mama dah masuk dalam air tu," beritahu Johan sambil menunjuk kepada kaki Julia yang airnya sudah sampai ke paras pehanya.

Walaupun sebegitu, Johan yang mengayuh perahunya seakan semakin jauh dengan dirinya.

"Johan jangan jauh-jauh sayang," panggil Julia mula bernada risau bertandang ke jiwanya.

Johan masih lagi ketawa manja seperti selalu sambil mencuba untuk mengayuh.

"Mama kan tak pandai berenang. Mama duduk dekat tepi je ma," pinta Johan dengan senyuman mengingatkan Julia.

Air tasik itu mula meninggi sehingga ke paras dadanya dan mula menyesakkan pernafasannya. Kakinya tidak mampu bergerak. Johan semakin menjauh darinya.

"Johan jangan tinggalkan mama sayang," panggil Julia sambil terkapai-kapai cuba untuk menyelamatkan dirinya.

Air mula mencecah ke dagunya dan mula bertukar menjadi merah darah. Kelibat Johan sudah hilang dari pandangannya.

"Johan!" jerit Julia dengan air mata yang mula membasahi pipinya.

"Mama. Kenapa ni? Mama bangunlah." Suara Johan mengejutkan Julia. Lengan Julia digoncangnya perlahan.

"Johan," panggil Julia sambil dengan pantas terduduk dan matanya luas terbuka memandang sekeliling.

"Mama kenapa?" tanya Johan dengan wajah risaunya. Air jernih yang mengalir ke pipi Julia diseka menggunakan jari kecilnya.

"Johan." Hanya perkataan itu sahaja terkeluar dari mulutnya dan merangkul tubuh kecil itu ke dakapannya.

"Mama tak sihat ke? Johan panggilkan Nek Rayu dengan Tok Karil ye." Wajah Julia yang kelihatan kemerah-merahan dan berpeluh itu ditatapnya.

"Mama tak apa-apa sayang," jelas Julia sambil memandang jam dinding dengan kesamaran lampu tidur yang terpasang.

6 pagi. Kenapa hari-hari mimpi yang sama? Johan jangan tinggalkan mama sayang. Mama tak boleh hidup tanpa Johan. Bisik hati Julia sambil mengeratkan pelukannya terhadap Johan.

"Mama." Johan memanggil menghentikan lamunan Julia.

"Ye sayang." Wajah putih bersih milik Johan ditatapnya.

Johan menggeleng sambil memeluk erat leher Julia.

"Johan tidur balik ye sayang," pinta Julia sambil membaringkan kembali Johan di sisinya.

Johan mengangguk dan mula menggosok matanya menggunakan belakang tangannya.

Julia menepuk lembut punggung Johan. Matanya tidak lepas dari menatap wajah itu.

Tidak beberapa ketika, mata kecil itu tertutup rapat.

Julia bangun dari katil dan membetulkan selimut Johan. Anak patung beruang Johan yang dibelinya untuk hari lahir Johan yang ke tiga, kembali diletakkan ke dalam pelukan anak kecil itu. Kemudian dia berlalu untuk membersihkan diri dan mengambil wudu’ untuk mengerjakan solat Subuh.



"Johan kalau nak ikut mama, Johan jangan nakal-nakal ye," pesan Julia sambil membetulkan t-shirt Johan yang sama warna dengan night goun yang menyarungi tubuhnya, coklat putih.

"Promise," kata Johan menutur janji sambil mengangkat tangannya seperti orang mengangkat sumpah.

"Macam nilah anak mama," puji Julia sambil memicit lembut hidung mancung Johan.

Johan ketawa manja seperti selalu.

"Mama cantiklah," aku Johan sambil menyentuh pipi Julia.

Julia yang rambutnya sudah cantik bersanggul dengan dua batang penyucuk sanggul yang hujungnya tergantung rama-rama berwarna coklat putih. Wajahnya disolek nipis seperti selalu. Gaun separas lutut yang tersarung pada tubuhnya itu kelihatan cantik pada tubuhnya yang seakan model itu. Kasut tumit setinggi 3 inci yang menyarungi kakinya, menambahkan lagi kesempuarnaan tubuh itu.

"Anak mama ni handsome," puji Julia sambil membetulkan pacakan rambut Johan.

Sekali lagi Johan ketawa kecil.

"Jom," ajak Julia sambil menyemburkan sedikit haruman ke tubuhnya.

Jari-jemari kecil Johan dipimpinnya.

"Tak apa ke kamu nak bawa Johan sekali ni?" tanya Datin Rayuni sambil memandang Johan yang setia di sisi mamanya.

"Tak apa ma. Julia nak pergi ni. Sekejap je. Sekadar menerima jemputan ma," jelas Julia sambil menyalam tangan Datin Rayuni.

Datin Rayuni mengangguk.

"Salam Nek Rayu sayang," suruh Julia sambil melepaskan tangan Johan.

Johan hanya mengikut.

Johan hanya duduk diam di sisinya sepanjang perjalanan ke hotel tempat majlis Datin Harisa.

Setelah sampai, dia jalan berpimpin dengan Johan. Erat jari-jemari kecil itu dipimpinnya kerana takut Johan terlepas. Sebelah lagi tanggannya membawa beg kertas berisi hadiah untuk Datin Harisa.

Dewan tempat majlis diadakan sudah gamat dengan orang ramai. Kelihatan tersusun sahaja hiasan dalaman dan meja-meja di situ.

"Julia." Satu suara memanggil.

Julia berpaling untuk melihat orang yang memanggilnya.

"Datin. Tahniah," ucap Julia dengan senyuman sambil bersalam.

"Johan," suruh Julia.

Johan menghulurkan tangan kecilnya kepada Datin Harisa.

"Dah besar dia." Datin Harisa tersenyum dengan gelagat anak kecil itu. Dididik oleh Julia yang lemah-lembut orangnya itu membuatkan anak kecil itu cukup bersopan santun seperti mamanya.

"Mama tak nak bagi ni ke?" tanya Johan sambil menunjukkan beg kertas yang masih berada di tangan Julia.

"Lupa pula." Julia menghulurkan hadiah yang dibawanya tadi.

"Terima kasih. Duduklah dulu," suruh Datin Harisa sambil menunjuk kepada meja yang cantik terhias itu.

Julia mengangguk dan berlalu membawa Johan.

"Johan duduk betul-betul ye sayang," arah Julia dengan lembutnya.

Johan hanya diam.

Orang yang duduk semeja dengan Julia dan Johan mula berkenalan dengan mereka. Ada yang perlu dijawab, Julia akan membuka mulutnya. Jika tidak hanya mengangguk, menggeleng dan tersenyum sahaja menjadi alat komunikasinya.

Acara makan malam bermula dihiasi dengan persembahan yang ditempah khas oleh pihak Datin Harisa dan suaminya.

"Johan duduk sini diam-diam boleh? Mama pergi ambilkan makanan," pinta Julia sambil menyentuh lembut bahu Johan yang duduk di sebelahnya.

"Mama jangan lama-lama ye," pesan Johan.

Julia mengangkat punggungnya untuk ke meja bufet yang terletak tidak berapa jauh dari meja tempat duduk mereka. Jadi, dia nampak kelakuan Johan dari meja bufet. Tidaklah dia risau sangat untuk meninggalkan Johan sendiri.

"Hai." Tegur lelaki yang berdiri di sebelahnya sambil mengambil beberapa jenis hidangan.

Julia hanya diam. Menoleh tidak, menjawab tidak.

"Sombongnya. Sorang je ke?" tanya lelaki itu lagi sambil mengambil senduk yang hendak diambil oleh Julia membuatkan tangannya menyentuh tangan mulus milik Julia.

Dengan pantas Julia menarik semula tangannya. Wajah lelaki itu dipandangnya sekilas.

"Saya macam kenallah awak ni. Dekat mana kita pernah jumpa ye?" duga lelaki itu dengan senyuman meniti bibirnya.

Julia menggeleng sambil berlalu untuk mendapatkan air pula. Tangannya dihulur untuk mengambil gelas dan sekali lagi gelas sasarannya diambil dahulu oleh lelaki itu.

"Kalau tak pernah jumpa tak apalah. Saya Budi Allam. Awak?" tanya lelaki itu pula setelah mengenalkan dirinya. Tangannya yang kosong dihulur mengharap Julia menyambutnya.

Julia menundukkan sedikit wajahnya menghormati lelaki itu. Air yang dipilih terus diambill dan kemudian melangkah meninggalkan lelaki itu.

"Lain dari yang lain," bisik Budi Allam sendiri dengan senyuman mengiringi lenggok tubuh Julia yang kembali ke mejanya.

Julia menyuap Johan penuh kelembutan seorang ibu melayan anaknya dengan penuh sabar. Sesekali mulutnya turut disuap. Tapi, banyak yang Johan makan dari dia.

"Mama. Johan nak buah," pinta Johan setelah mulutnya dilap Julia menggunakan tisu.

Julia mengangguk dan kemudian bangun untuk menyempurnakan permintaan Johan. Disebabkan percayanya terhadap anak itu tinggal sendiri seperti tadi, jadi dia tidak berpesan lagi.

"Awak datang dengan adik ke?" tanya suara yang sama dengan semasa dia mengambil makanan tadi.

Julia masih seperti tadi. Tiada respon darinya.

"Awak datang dua orang je ke?" tanya Budi lagi masih mencuba nasibnya.

Julia mengangkat wajahnya untuk melihat kelibat Johan. Membulat matanya melihat tempat duduk Johan kosong. Pinggan yang sudah penuh berisi buah itu diletakkan sahaja ke meja itu kemudian dia berlalu untuk mencari Johan.

"Awak. Tak jadi makan ke?" tanya Budi sambil turut membontoti Julia.

Julia lansung tidak menghiraukan pertanyaan itu. Sampai di meja tempat mereka duduk tadi, Julia mula memandang kiri dan kanan mencari Johan yang entah ke mana. Wajahnya mula bertukar risau.

"Awak cari apa?" tanya Budi masih lagi tidak putus asa.

Julia mula menapak ke segenap dewan besar itu. Meja yang setinggi Johan itu menyukarkan dirinya untuk mencari anak kecil itu.

Johan ke mana sayang? Jangan buat mama risau macam ni. Johan. Jerit hati Julia sambil masih tidak putus asa mencari Johan. Matanya mula berkaca.

Budi juga tidak putus asa mencari entah apanya mengikut perbuatan Julia.

Kakinya melangkah keluar dewan pula. Menjangka Johan akan keluar. Julia seakan buntu.

"Awak cari apa? Berilah tahu saya. Manalah tahu saya boleh tolong," jelas Budi kasihan melihat Julia.

Julia menoleh memandang lelaki itu. Tiba-tiba dia mendengar tangisan Johan. Dia terus berpaling mencari dari mana datangnya suara tangisan Johan itu.

Budi yang ditinggalkan kelihatan binggung.

Tangisan Johan yang sudah berhenti membuatkan dia bertambah risau.

"Johan," panggil Julia sambil berlari-lari anak mendapatkan Johan yang sedang didokong oleh seorang lelaki berdekatan dengan lif.

Macam mana boleh jauhnya Johan tersasar sehingga ke situ. Sekejap sangat rasanya dia meninggalkan Johan sendiri.

"Mama," panggil Johan sambil menunjukkan wajah sayunya kepada Julia.

Lelaki yang menggendong Johan menurunkan kanak-kanak itu.

"Sayang tak apa-apa kan?" tanya Julia sambil melihat satu-satu anggota tubuh Johan. Jika boleh, satu luka pun dia tidak benarkan terukir pada tubuh Johan.

Johan menggeleng. Air matanya diseka menggunakan belakang tangannya.

"Anak awak ke?" tanya lelaki tadi yang masih berdiri di situ.

"Sorry menyusahkan Encik," pinta Julia sambil menundukkan wajahnya berkali-kali. Jari-jemari Johan digenggamnya erat.

"Eh. Taklah. Saya nampak dia berjalan sendiri. Jadi saya tegurlah. Tak sangka dia boleh menangis pula," jelas lelaki itu dengan senyuman sambil memicit lembut pipi Johan.

"Cik dah jumpa bendanya?" tanya Budi yang datang berlari-lari anak mendapatkan mereka bertiga.

"Budi. Kau buat apa ni?" tanya lelaki itu sambil memandang wajah Budi.

"Tak ada buat apa-apa. Tolong cik ni. Cari apa?" tanya Budi kembali sambil memandang wajah Julia yang mula tenang.

"Encik Budi?" tanya seorang perkerja hotel yang datang menghampiri mereka sebelum sempat sesiapa berbicara.

Budi mengangguk pantas mengiakan kata-kata perkerja hotel itu.

"Dato’ Yusdi panggil Encik Budi sekejap. Dia ada dekat dalam," jelas perkerja itu dengan lancar.

Potong jalan betullah. Getus hati Budi dengan wajah terpaksa. Kakinya diatur meninggalkan mereka kembali.

"Siapa nama?" tanya lelaki itu memulakan bicaranya kepada Johan.

"Johan Ilyas bin Abdullah." Lancar dia menyatakan namanya.

"Mama ye?" tanya lelaki itu lagi sambil merujuk kepada Julia. Dia setia melutut di hadapan Johan.

Johan mengangguk dan mula tersenyum dengan kemesraan lelaki itu.

"Papa mana?"

Johan menggeleng.

"Johan. Mama nak balik dah ni. Jom," ajak Julia sambil membetulkan pegangan tangannya terhadap tangan Johan.

Lelaki itu bangun dari posisi mencangkungnya.

"Saya macam pernah jumpa awaklah." Lelaki itu menyentuh hidungnya cuba mengingatkan sesuatu.

Julia tidak memberikan ekspresi apa-apa. Wajah Johan terus ditatapnya.

"Hah. Awak yang langgar kereta saya dekat lampu isyarat tu. Kan?" tanya lelaki itu meminta kepastian dari Julia.

Julia hanya diam. Memang dia pernah melanggar orang di lampu isyarat dua hari lepas. Tapi, wajah lelaki yang garang itu lansung tidak berada dalam kotak memorinya.

"Kecil rupanya dunia ni. Macam mana kereta awak? Dah hantar baiki?" tanya lelaki itu dengan senyuman.

Julia hanya mengangguk.

"Anyway. Saya Firdaus. Firdaus Allam," beritahu lelaki itu sambil menghulurkan salamnya.

Julia mengangguk dan menarik lembut tangan Johan untuk berlalu bersamanya.

Johan terpaling-paling melihat Firdaus yang terlinggal di belakang.

Firdaus mengerutkan dahinya. Kenapa tiba-tiba sahaja wanita itu seakan tidak selesa dengan dirinya setelah dia menyebut namanya. Salah ke?

Julia lansung tidak berbunyi setelah memasangkan tali pinggang keselamatan untuk Johan.

"Mama kenapa mama diam?" tanya Johan membuka perbualan mereka.

Julia menoleh dan melemparkan senyuman nipisnya kepada Johan.

"Mama tak suka uncle tu ke?" tanya Johan lagi menduga mamanya itu.

"Johan. Duduk diam-diam ye sayang. Mama penatlah," pinta Julia sambil menyentuh lembut pipi Johan.

Johan akur dan tidak lagi bertanya sehingga sampai ke villa datuknya.

Ruang tamu telah pun sunyi setelah Julia dan Johan jejak kaki ke situ membuatkan dia terus melangkah ke bilik bibik yang berdekatan dengan dapur.

Sekali ketukan, bibik sudah membuka pintunya.

"Bibik dah tidur ke?" tanya Julia sambil memandang wajah bibik yang berasal dari negera jiran itu.

"Belum lagi puan. Kenapa?" tanya bibik kembali.

"Tolong uruskan Johan," pinta Julia sambil menghulur tangan Johan kepada bibik.

"Baik puan," jawab bibik ringkas sambil menyambut Johan dan menggendong anak kecil itu.

"Nanti dah siap hantar Johan naik atas ye bik," pesan Julia sebelum berlalu meninggalkan mereka.

Julia melangkah lemah naik ke biliknya.
posted by Penulisan2u @ 12:24 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group