Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
2 bulan berlalu. Hana semakin membesar dan perkembangannya juga bertambah baik. Makin hari sayang Nisa' pada Hana makin mendalam. Namun Nisa' gusar dengan umi. Sejak dia pulang hari itu, umi tidak pernah membiarkan Nisa' aman. Hampir setiap hari umi akan menelefonnya, bertanya sama ada Hana sudah diberi kepada orang lain atau belum.
Nisa' menongkat kepala. Televisyen yang terpasang direnung kosong. Teringatkan perbualan terakhir dengan umi.
"Nisa' masih jaga budak tu lagi?" marah ummi. Nisa' diam.
"Nisa', sejak bila Nisa' jadi anak derhaka ni? masa berkawan dengan Badri dulu, Nisa' degil macam ni jugak. Sekarang, kerana anak dia pulak Nisa' nak jadi anak derhaka? Nisa' tak nak cium bau syurga ke!?" bentakan ummi membingitkan telinganya. Santapan wajib untuk telinganya jika dia berbicara dengan ummi.
Nisa' menongkat kepala. Mengeluh panjang.
"ummi, please, Nisa' nak beri dia pada siapa? Nisa' tak berani ummi. Hana wasiat Suraya. Nisa' tak boleh senang-senang je bagi Hana pada orang lain. Lagipun, Nisa' tak tahu orang lain boleh jaga Hana sebaik mungkin seperti yang Suraya mahukan atau tak." Mengeluh lagi.
"ah! Alasan! Banyak rumah anak yatim yang bagus-bagus. Letak je dia kat situ. Mana-mana je. Ummi peduli apa! Ingat Nisa'! jangan Nisa' balik lagi ke rumah ni bawa budak tu, tau! Ummi takkan terima dia dalam rumah kita lagi!" ummi memberi amaran. Juga santapan wajib telinganya dari ummi.
Nisa' tidak menjawab. Tidak memberi janji, tidak menunjuk marah. Gagang diletak kasar di sebelah sana. Nisa' termenung di situ. Ummi, kenapa ummi tak nak faham?
Tangisan Hana memecah kesunyian, membunuh lamunan Nisa' di sofa. Dia bingkas mencapai botol susu Hana bersama keluhan panjang.
Pintu rumahnya diketuk, loceng juga berbunyi.
"sekejap!" pantas tangannya membancuh susu. Dia bergerak ke ruang tamu menujuk ke pintu, menjenguk ke dalam lubang kecil di pintu.
"Mala." Desis hatinya. Pintu dikuak.
"Mala, masuklah." Pelawa Nisa'.
"hmm, Hana tidur?" Tanya Mala seraya masuk ke dalam rumah Nisa'.
"tadi tidur. Baru merengek mintak susu." Nisa' menutup pintu. Beralih ke biliknya pula. Mala mengekor di belakang. Nisa' mengendong Hana lalu dibawa ke ruang tamu. Dia menyusukan Hana di pangkuannya.
"kau ok ke?" wajah Nisa' tidak ceria. Sejak dia pulang dari kampung, memang Nisa' tidak lagi ceria. Nisa' senyum tawar.
"macam mana nak ok Mala? Macam nilah. Tak ada yang tak ok, tak ada yang ok. Everything is in the middle." Dia mengalih pandang pada Hana yang leka menghisap puting botolnya.
"hmm, sabarlah Nisa'. Banyak dugaannya hidup ni. aku tau, aku tak rasa semuanya, jadi senanglah aku nak cakap sabar. Tapi sebagai seseorang yang rapat dengan kau, aku memang mendoakan yang terbaik untuk kau. Dan aku harap, Allah pinjamkan kekuatan untuk kau." Nisa' merenung Mala terharu.
"Mala, thanks."
"mak kau call lagi?"
"hmm, as usual. I don't think she will stop Mala." Mala mengeluh kecil.
"kau tak nak bohong dia? Untuk mendiamkan dia sementara?" Nisa' senyum tawar.
"Mala, aku tak boleh berbohong. Walau untuk tujuan apa sekalipun. Whatever it is, she is my mother. And I'm not used to lying."
Mala mengeluh kecil. Simpati.
"tak ada ke sesiapa yang kau kenal yang boleh jaga Hana?" Tanya Mala lagi. Nisa' terdiam. Merenung wajah mulus Hana.
"aku tak berani, Mala. Aku takut bila aku dah beri Hana pada diorang, aku takkan jumpa dia lagi. Aku sayang Hana, aku rasa aku takkan sanggup untuk berpisah dengan dia sekarang." Benar dia telah jatuh kasih, kasih yang mendalam pada Hana.
Alangkan pergi kerja sekarang pun dia akan rindukan Hana di rumah Mak Su, apatah lagi bila mengenangkan Hana takkan kembali padanya jika diberi pada orang lain. Nisa' tidak sanggup.
"hmm, aku tau. Aku pun dah sayang dia. And if she is with someone else, I am really going to miss this little girl." Pandangan Mala jatuh pada Hana. Sepi seketika. Cuma suara televisyen memenuhi ruang.
"Nisa', Daniel tak contact kau dah?" Nisa' merenung Mala kosong. Senyum pahit.
Daniel.
"tak. Aku pun tak berani nak contact dia sebab aku yang mulakan semua ni, dan apa yang terjadi salah aku. Aku tak sanggup nak contact dia. For me, if he is still ok with me and he still wants to befriend me, I'm fine. Tapi dia senyap. So I assume dia memang tak nak lagi ada apa-apa langsung dah kot dengan aku." Mala mengangguk faham.
"hmm, tak apa lah Nisa'. Kalau ditakdirkan memang berjodoh korang berdua, takkan ke mana." Nisa' senyum pahit.
Berjodoh dengan Daniel? Mungkin tak. Namun ayat itu hanya bermain di fikirannya. Daniel, saya harap awak bahagia dengan orang yang tersayang.
*********
Nisa' sedang sibuk memeriksa akaun syarikat bulan itu apabila telefon bimbitnya menjerit nyaring. Mala? Nak apa?
"helo Mala."
"Nisa', aku ada berita ni. aku tak tau la berita ni berita gembira untuk kau ke tak, tapi aku nak beritahu juga."
Dahi Nisa' berkerut.
"apa dia?"
"aku dah dapat satu keluarga ni. diorang nak ambil anak angkat tapi diorang tak nak ambil dari rumah anak yatim. Tak tau lah kenapa tapi diorang masih mencari. Kau rasa, kau nak jumpa diorang tak?"
Pen di tangan terlepas. Terlalu terkejut dengan berita yang dibawa Mala.
"aku, aku,"
"Nisa', jumpa je dulu. Bukan aku suruh kau serahkan Hana pada diorang. Kau jumpa diorang je. Aku teman. Ok?"
"hmm," itu saja yang mampu terlafaz olehnya. Benar dia tidak rela langsung hal itu disentuh tetapi mengenangkan ummi dan kemarahannya, Nisa' tahu dia tiada pilihan lain.
"ok. Aku set temujanji dengan diorang. Esok boleh?"
"hmm, ok." Nisa' menongkat kepala.
"ok, jumpa nanti. Bye. Assalamualaikum."
Salam berjawab di dalam hati. Talian sudah mati. Nisa' tersandar di kerusi. Teringatkan Hana tiba-tiba. Macam mana kalau keluarga tu memenuhi ciri-ciri yang aku nak? Hana akan pergi dari aku? Nisa' berdiri tegak. Tidak keruan dia memikirkan hal itu. Dia bingkas. Segala fail di atas meja disusun. Dia mahu ke rumah Mak Su. Mengambil Hana. Gila tapi itulah yang akan dilakukannya.
Tas tangan dicapai dan dia melangkah laju keluar dari pejabatnya.
"Liza, kalau bos cari beritahu saya ambil cuti separuh hari." Nisa' berlalu tanpa menunggu lagi. Meninggalkan Liza termangu-mangu, terkebil-kebil menghantar Nisa' pergi dengan pandangannya.
*********
"eh, Nisa', awal balik hari ni?" tegur Mak Su. Nisa' melabuhkan punggung di sofa. Melepaskan lelah.
"Hana tidur Mak Su?"
Direnung Mak Su yang sudah duduk berhadapan dengannya.
"haah, lepas minum susu."
Nisa' memejamkan matanya rapat-rapat. Jika diikutkan hatinya, dia mahu membuka mata dan mendapati hidupnya sudah kembali seperti biasa, seperti dulu sebelum Hana hadir dalam hidupnya. Bukan dia menyesal, tetapi emosinya penat. Hana. Nisa' mengeluh panjang.
"Nisa', ada masalah ke?" Nisa' membuka matanya, mendapati Mak Su masih di situ. Merenungnya penuh tanda Tanya dan kasih sayang.
Nisa' menggeleng. "Tak ada lah." Bohongnya.
"Mak Su, Nisa' nak berehat dulu kat sini boleh? Petang sikit Nisa' balik." Mak Su menjeling Nisa'.
"apa yang tak bolehnya? Mestilah boleh." Nisa' senyum nipis.
"thanks, Mak Su."
Dia menanggalkan tudungnya lalu dihampar di atas sofa.
"Mak Su ke dapur dulu. Nak tengok nasi."
"ok." Ringkas. Dia kembali memejamkan matanya. Mahu melelapkan mata sekejap. Penat dia memikirkan hari esok.
Nisa' tidak tahu berapa lama matanya terpejam, tetapi dia terjaga dari lelapnya apabila telinganya menangkap suara lelaki.
Sepantas kilat matanya terbuka. Objek pertama yang dilihatnya ialah Irfan di muka pintu. Tergamam. Nisa' terkedu.
Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Alamak! Pantas dia mencapai tudungnya lalu disarungkan begitu sahaja. Nisa' tidak peduli lagi, asalkan bertutup.
Irfan melarikan pandangannya.
"saya minta maaf. Tak sangka pulak, err, awak..." suaranya jelas gelabah.
"tak pe, saya masuk dalam dulu." Dengan tudung yang hanya tersangkut di kepala, Nisa' bingkas masuk ke dalam bilik di mana Hana sedang tidur. Dia mengurut dadanya. Fuh!
Kacau betullah Irfan ni. Nisa' merungut sendiri. Dia kembali meletakkan kepala di atas bantal. Selesa. Akhirnya, dia terlelap kembali.
Nisa' tidak sedar berapa lama dia tertidur. Dia terbangun tiba-tiba. Hana masih enak di pembaringan. Nisa' bangkit lalu duduk. Mengingat kembali apa yang terjadi sebelum dia tidur tadi. Irfan. Dia meraup wajahnya.
Baru dia teringat. Tadi, dia menjangkakan Irfan tidak ada kerana lama juga Irfan tidak kelihatan di rumah Mak Su semasa Nisa' mengambil dan menghantar Hana. Alih-alih dia muncul kembali. Itupun pada masa yang tidak betul bagi Nisa'.
Nisa' memakai tudung dan keluar dari bilik. Televisyen terpasang. Siapa yang menonton? Tiada orang di ruang tamu.
Nisa' tidak ambil pusing. Mana Mak Su? Senyap je. Nisa' ke belakang, mahu ke bilik air apabila Irfan tiba-tiba muncul dari dapur.
"mana Mak Su?" Irfan sedang membancuh air Nescafe. Nisa' terpacak di tepi dinding.
"Mak Su ke rumah jiran kejap. Nak air?" pelawa Irfan. Nisa' geleng, takkan nak share cawan pulak?
"kalau awak nak saya buat lain." Nisa' terdiam. Macam tau-tau je.
"err, tak apa." Nisa' meneruskan langkah kaki ke bilik air. Nature call.
Di dalam bilik air, telinganya menangkap suara Hana merengek. Alamak, aku tengah meneran ni. Nisa' gelisah. Yang ni pun penting. Sedang dia resah sendiri, suara Hana tidak kedengaran lagi. Nisa' bergegas keluar dari bilik air apabila "urusannya" selesai. Dia menuju ke bilik pantas. Diselak langsir, Hana tiada.
Matanya tertumpu di ruang tamu. Kelihatan Irfan sedang menonton. Membelakanginya. Nisa' mendekat. Mahu bertanya di mana Hana namun mulutnya terkunci melihat Hana sedang menyusu dalam pangkuan Irfan.
"awak, sorrylah, saya dalam bilik air tadi." Irfan tersenyum nipis.
"tak apa. Thanks to you. Saya dapat buat susu dia dan susukan Hana." Berkerut dahi Nisa'.
"kenapa pulak macam tu?"
"selama ni saya tengok je Mak Su susukan dia, teringin jugak tapi takut. Tadi saya beranikan diri sebab takkan nak biar dia menangis macam tu? Tak sampai hati pulak saya." Terang Irfan dengan senyum lebar.
"ooh. Hmm, anyway, thanks." Pandangannya jatuh pada Hana. Dia teringat kembali pertemuan yang diaturkan Mala esok. Nisa' melabuhkan punggung di sofa. Mengeluh panjang.
"awak ada masalah ke?"
Nisa' tersedar Irfan masih di situ. Menggeleng pantas bersama senyum tawar.
"Mak Su pun cakap awak ni macam resah je? Kenapa balik awal hari ni? dah habis kerja?" Nisa' menunduk seketika.
"saya ambil cuti separuh hari."
"awak sakit ke?" pantas Irfan bertanya. Nisa' geleng lagi.
"taklah."
"habis, ada hal?"
"tak jugak."
"habis tu, kenapa?" Nisa' terdiam. Ish, dia ni semangat betul nak tau. Nak cakap ke tak?
"saya, rindukan Hana." Suara Nisa' perlahan. Ejeklah Irfan. Memang saya macam budak-budak. Namun Irfan tidak menjawab. Dia terdiam, merenung Nisa' lama sebelum dia mengalih pandang.
"awak ummi yang baik. Saya percaya kalau awak ada anak awak sendiri nanti, mereka akan amat menyayangi awak." Nisa' mendongak, menatap seraut wajah Irfan.
"awak, tau?" Irfan tidak menjawab. Sebaliknya dia merenung Hana dalam pangkuannya.
"saya harap awak tak marah Mak Su. Dia terlepas cakap." Nisa' terdiam. Masakan dia mahu memarahi Mak Su yang sanggup menjaga Hana untuknya?
Irfan tahu dia menjaga anak kawannya, seperti mana cerita itu diolah oleh Nisa' untuk menyembunyikan hakikat. Hakikat bahawa Hana anak bekas teman lelakinya. Bukan sekadar kawan biasa. Bagaimana agaknya jika dia tahu kebenarannya? Masihkah dia menyanjung tindakan aku?
"saya selalu dengar, ibu buang anak. Ibu gugurkan anak dalam kandungan. Ayah makan anak. Tapi, saya tak pernah dengar, seorang yang belum berkahwin, sanggup menjaga anak kawannya yang sudah menjadi yatim piatu." Ujar Irfan. Matanya terpaku pada Nisa' kembali. Nisa' menunduk.
"dan saya salute kawan awak, siapa nama dia, Daniel ya? Sebab dia boleh terima awak, dan Hana juga." Nisa' tersenyum pahit mendengar nama Daniel.
Awak takkan tahu kebenarannya Irfan. Kebenaran itu pahit. Sepahit hempedu yang perlu ditelan jua.
"hmm, thanks for that." Ikhlas. Nisa' mengerling jam. Pukul 5.
"saya nak baliklah, dah lewat dah ni." Nisa' bingkas namun ditahan Irfan.
"eh, tunggulah Mak Su dulu." Mereka berpandangan seketika. Nisa' duduk kembali.
"haah, dah lupa pulak kat Mak Su." Nisa' malu sendiri. Tiba-tiba terlintas di fikiran mahu bertanya.
"lama awak tak datang sini ya?" Irfan tersenyum penuh makna.
"kenapa? Awak rindu ke?" Nisa' pantas mencebik. Tahu Irfan bergurau.
"taklah, saya hairan je. Ke awak datang masa saya tak ada?" Hana sudah lena kembali dalam pangkuan Irfan. Boleh tahan juga dia ni jaga baby. Pujian ikhlas dari Nisa', tapi tidak terluah.
"sebenarnya, saya buat bisnes lori. Saya sewakan lori kat orang. bisnes lama stop, due to some arising problems. So, kebelakangan ni saya sibuk sikit because I am planning to make a comeback. That's why I hardly be around." Nisa' angguk faham.
"oh, patutlah saya tengok awak ni macam tak kerja je. Tokey besar rupanya. Saya ingat awak ni, menganggur ke, job-hopper ke." Irfan senyum nipis mendengar usikan Nisa'.
"tak ada lah, sikit-sikit je." Irfan merendah diri.
"assalamualaikum," suara Mak Su memberi salam. Serentak mereka berpaling ke arah pintu.
"ha, Nisa' dah bangun? Nak balik dah?" Mak Su melabuhkan punggung di sisi Nisa'.
"haah, nak balik tadi tapi tunggu Mak Su la yang ada lagi ni. bersembang dengan tokey lori." Nisa' melirik Irfan.
"hmm, tokey lori yang dah bankrupt, baru nak bertatih balik." Ujar Mak Su. Nisa' tersengih. Namun wajah Irfan berubah.
Muram sedikit. Tidak seceria tadi.
Terasa dengan Mak Su ke dia ni? takkanlah. Nisa' membuang fikiran jahat itu dari terus beraja. Dia tidak mahu ambil tahu lebih-lebih, takut dikatakan penyibuk pula.
"Mak Su, saya nak balik dulu lah." Nisa' bingkas, masuk ke dalam bilik. Membetulkan tudung yang hanya tersarung begitu sahaja. dikemaskan sedikit.
Dicapai tas tangan dan beg Hana.
Dia keluar dari bilik, menghampiri Irfan. Irfan bingkas.
"tak apa, saya hantar Hana ke kereta." Irfan menawarkan.
"o, ok." Nisa' menurut. Disalam Mak Su dan dia keluar, diikuti Irfan.
Irfan meletakkan Hana cermat di dalam baby-cot nya.
"Irfan, thanks again."
"you're welcome. I am really looking forward to talking you again." Ujar Irfan. Nisa' senyum nipis.
"ok, assalamualaikum." Nisa' masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan, dan kereta Nisa' meluncur perlahan meninggalkan Irfan.
Mcm best je...tp bosan tunggu nak smbg. cpt la smbg...
-Budak Bosan-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yang bagus dan menyentuh hati bila membacanya...saya tak sabar nak membaca jalan seterusnya menyudahan nasib Nisa dan Hana....