BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, September 12, 2009
Cerpen : Warkah buat isteriku
Nama Pena : Tinta Biru

Aku bernama Razlan bin Mansur, putera kepada pasangan bahagia Mansur bin Mustafa dan Maimunah bt Shafie dilahirkan pada 16 Januari 1976 di kala matahari mulai terbit dari Timur dan menyelerakkan cahayanya ke seluruh alam. Aku dibesarkan di sebuah rumah teres dua tingkat bersama-sama dua orang adikku yang kesemuanya perempuan. Menjadi anak lelaki tunggal dalam keluarga bukan sahaja bermaksud aku menanggung kesemua harapan keluargaku, bahkan turut bermaksud semua keputusan yang berkaitan dengan hidupku perlu mendapat persetujuan dan restu keluarga.

Tanggal 17 April 2000 merupakan satu tarikh keramat dalam hidupku. Tidak pernah terlintas di fikiranku bahawa itulah titik perubahan dalam hidupku. Saat segala-gala dalam hidupku berubah. Saat di mana aku mengerti apa itu erti pengorbanan dan apa itu erti cinta. Di tanggal inilah aku diijabkabulkan dengan gadis pilihan kedua ibu bapaku, Suraya Maaruf, anak sahabat ayahku yang sama-sama membesar di Kg. Bukit Merah. Di kampung inilah jua bersemadinya jasad insan-insan yang ku sayangi.

Isteriku,

Pernikahan kita yang mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga berlangsung cukup sederhana. Itu sebenarnya adalah atas permintaan ku sendiri. Kau menitiskan air mata kesyukuran saat aku sah bergelar suamimu. Tanganku kau kucup penuh syahdu waktu aku menyarungkan cincin emas bertatah berlian pilihan ibuku. Namun, tiada siapa pun mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku. Di hatiku, bertakhta sebuah nama yang cukup indah. Nama yang sentiasa menemani mimpiku dan juga nama yang terpaksa ku lupakan demi sebuah perkahwinan. Inilah perkahwinan impian ibu bapaku, dan inilah jua pengorbananku untuk keluarga.
Hari-hari selepas perkahwinan kita berjalan dengan lancar. Aku cuba menjadi seorang suami yang baik walaupun hatiku sendiri kadang-kadang tidak merelakannya. Maafkan suamimu ini wahai isteriku. Sukar rasanya tersenyum di hadapan orang tatkala hati sendiri menangis kedukaan.

Namun, suatu hari, rahsia hatiku terbongkar jua. Gambar-gambar kenangan aku dan dia kau temui di antara surat-surat bank di dalam laci meja kerjaku. Itulah kali pertama aku meninggikan suaraku kepadamu. Bengang kerana kau menyelongkar barang-barangku walaupun berkali kau menyatakan bahawa kau hanya ingin mencari sehelai kertas buat menulis resepi masakan kegemaranku daripada ibu. Di kala itu juga, aku membongkarkan semuanya. Bahawa kau terpaksa ku kahwini demi kebahagiaan ibu bapaku dan namamu takkan pernah terukir di hatiku walau setelah aku mati. Ku menyangka kau akan menangis dan mengadu hal itu kepada ibu bapamu. Namun, entah mengapa aku kagum dengan dirimu yang hanya tersenyum dan tanpa setitis air mata kau berlalu pergi setelah berpesan supaya jangan menyebut lagi tentang mati.

Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa. Peristiwa yang berlaku di dalam bilik kerjaku tak pernah kau ungkiti. Kau masih tersenyum manis saat menghidangkan ayam masak cili api kegemaranku. Dan kau jua masih tertawa seperti dulu saat menonton drama kegemaranmu bersamaku. Kadang-kadang aku terfikir. Adakah kau telah terlupa apa yang aku perkatakan petang itu? Atau adakah kau tidak pernah peduli sekiranya kau bukanlah insan yang bertakhta di hatiku? Aku jadi tertanya-tanya, namun aku juga berasa lega sekiranya itulah yang kau fikirkan.

Namun, suatu malam apa yang bermain-main dalam kepalaku ini dan hampir-hampir ku lupakan terjawab akhirnya. Tidak, kau tidak pernah melupakannya. Dan kau juga tidak pernah berasa tidak penting untuk berada di hatiku. Aku sedari itu saat aku mendengar sendumu waktu aku berpura-pura tidur setelah menyedari kau bangun pada satu malam dan membelai-belai rambutku sebelum kau bangkit dan keluar. Tanpa kau sedari, aku mengekorimu. Aku melihatmu ketika kau menatap album gambar perkahwinan kita. Aku juga melihat kau mengesat air mata di pipimu dengan hujung lengan baju tidurmu dan berpura-pura menonton televisyen sewaktu aku turun menuju ke dapur. Dan keesokkannya, kau masih bersikap biasa sehinggakan aku tertanya-tanya, inikah orang yang sama yang aku lihat semalam?

Sungguh, aku pilu melihat kau menangis. Aku rasa bersalah kerana membuat sekeping hati yang tidak berdosa terluka. Namun, jika kau ingin mengerti, aku turut merana. Aku turut sengsara kerana terpaksa mengorbankan cintaku sendiri. Tidak, aku yakin kau mengerti. Aku yakin kau tahu apa yang aku rasakan. Kerana itu kau tidak pernah mengungkit saat aku mengasingkan diri atau saat ku seakan-akan terlupa yang kau adalah isteriku. Aku tahu aku kejam. Namun, kau masih seperti dulu. Memandangku dengan pandangan redup dan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.

Lima bulan selepas perkahwinan kita, ibu sibuk menyuruh kita berbulan madu. Katanya, untuk mengeratkan hubungan kita. Namun, aku keberatan kerana sukar rasanya untuk terus berpura-pura di hadapanmu setelah kau mengetahui segalanya. Tapi kau seakan mengerti. Dan memberi pelbagai alasan kepada ibu. Kau katakan aku sibuk dengan projek baruku. Dan kau juga tidak dapat memohon cuti kerana sibuk dengan kelas tambahan memandangkan peperiksaan makin dekat. Tugasmu sebagai guru terkadang membuatkan aku kagum kerana sepanjang hidup bersamamu, tidak pernah kau mengungkit akan masalah-masalah yang kau hadapi di sekolah. Dan sewaktu aku melihat kau menghadiahkan tiket penerbangan pemberian ibu itu kepada sahabatmu, aku tahu kau sebenarnya kepingin ke sana walaupun kau sembunyikannya di sebalik senyumanmu. Setahun selepas pernikahan kita, kau terima satu panggilan. Daripada ibumu yang menyatakan ayahmu telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit lelah. Waktu itu, aku berada di Sabah atas urusan kerja. Kau cuba menghubungiku namun gagal kerana talian sentiasa sibuk dan aku sendiri terlalu sibuk untuk menerima apa-apa panggilan. Aku hanya mengetahui berita itu tiga hari selepas kematian ayah mertuaku itu. Aku bergegas pulang. Kepulanganku kau sambut seperti biasa. Dengan senyuman dan pandangan redup mata hitammu. Dan petang itu juga kita pulang ke kampung. Aku terkesima sewaktu kau menyatakan yang kau tidak pulang kerana tidak mendapat keizinanku sebagai suamimu. Begitu taatkah kau sebagai isteriku?

Waktu aku menatap wajahmu suatu malam waktu kau sedang tidur, terasa yang diri ini langsung tidak layak bergelar suami kepada Suraya Maaruf. Kau begitu baik sedangkan aku langsung tidak pernah membahagiakanmu. Terasa berdosa kerana mengikat seorang wanita mulia sepertimu dengan seorang lelaki yang lemah sepertiku. Lemah kerana tidak mampu mengikis sepotong nama dari hati. Dan lemah kerana tidak mampu menyediakan satu kamar untukmu dihatiku. Kamar untuk kau isi dengan cintamu dan untuk ku penuhi dengan sayangku.

Suatu pagi, aku memandu ke tempat kerja seperti biasa. Dan seperti sejak hari pertama pernikahan kita sehingga ke hari ini, kau menghantarku dengan senyumanmu. Aku sedang memerhatikan sekumpulan budak-budak sekolah melintas jalan sewaktu sebuah kereta meluru laju ke arahku tanpa ku sedari. Segalanya berlaku sangat pantas, dan apa yang ku ingat hanyalah bunyi hon keretaku yang memanjang sebelum segalanya mulai kabur dan gelap.

Aku terjaga apabila merasakan sinar matahari terik di wajahku. Wajah pertama yang ku lihat adalah wajahmu yang masih tersenyum seperti biasa walaupun matamu sembab dan bengkak. Sudah hampir seminggu aku tidak sedarkan diri. Dan seminggu itu juga kau tidak ke sekolah kerana menjagaku.

Kakiku patah kerana kemalangan itu. Sebulan aku tidak bekerja dan hanya berada di rumah. Dan hampir sebulan itu juga kau setia di sisiku kerana tidak mahu aku kesunyian. Kau hanya kembali ke sekolah setelah aku sendiri yang menyuruhmu kembali mengajar. Pelajarmu memerlukanmu, aku beralasan. Itupun kau turuti dengan berat hati. Dan setiap satu jam, kau pasti menelefonku bertanyakan khabarku walaupun baru sebentar tadi aku memberitahu aku baik-baik sahaja.

Isteriku,

Berada keseorangan di rumah memberi aku masa untuk berfikir dan merenung semuanya. Aku menjenguk ke dapur. Dan aku dapat membayangkan kekalutanmu menyiapkan makanan untukku di kala aku sedang asyik menonton televisyen. Ku jengah ke beranda dan melihat novel yang selalu kau baca tergeletak di atas meja yang tergesa-gesa kau hentikan bacaannya apabila mendengar deruman enjin keretaku untuk menyambut kepulanganku dengan senyumanmu. Ku kembali ke ruang tamu dan melihat bunga yang kau gubah sementara menunggu aku pulang setelah seharian ku habiskan masa dengan sahabatku di padang golf pada waktu hujung minggu. Dan akhirnya aku membelek album perkahwinan kita dan baru ku sedari, betapa cantiknya kau ketika itu. Semua itu membuatkan aku tersedar semuanya yang sudah berbulan-bulan tidak aku sedari. Butakah aku?

Entah kenapa hari itu merupakan hari yang paling panjang ku rasakan. Ku tunggu kau pulang, namun bila wajahmu yang sentiasa terhias dengan senyuman itu muncul, aku pula berkurung di bilik sehinggalah kau datang dan memapahku untuk turun makan. Aku merenungmu sewaktu kau menyuapkan makanan ke mulutku kerana tangan kananku masih berbalut dan sukar untuk digerakkan. Namun, kau pula menyangka yang nasi itu terlalu panas lalu kau tiup lama-lama sehinggalah aku selesai makan setengah jam sebelum muazin mula mengalunkan azan Asar.

Suatu hari, waktu aku sedang menonton berita, kau menghampiriku dan menyatakan aku ada tetamu. Belum sempat ku bertanyakan siapa, seorang wanita masuk. Dan dialah insan yang pernah bertakhta di hatiku dulu. Ku memandangmu. Namun, seperti biasa kau hanya tersenyum dan memohon diri untuk ke dapur. Kau hanya datang beberapa minit kemudian dengan dua cawan teh dan sepiring kek pisang yang kau beli untukku mengalas perut sementara menunggumu pulang memasak makanan tengah hari. Kemudian kau berlalu dengan alasan ada kerja yang perlu kau selesaikan di dapur. Malam itu, aku ingin meminta maaf atas kehadiran dia ke sini. Aku tahu kau terluka walaupun kau hanya tersenyum. Namun, lidahku terasa kelu hinggalah akhirnya kau terlena jua di sisiku.

Setelah aku sembuh dan boleh kembali bekerja, aku mula berasakan sayang untuk meninggalkan rumah ini. Terasa lama masa berjalan ke pukul 5 untukku kembali memandu pulang ke rumah. Memandang wajahmu yang sentiasa setia tersenyum menyambut kepulanganku membuatku tenang. Namun, seperti biasa juga, aku tetap berbaring di sofa sementara kau pula sibuk di dapur memasak untukku. Ku ingin membantu, namun entah mengapa aku bimbangkan reaksimu. Aku takut kau menyangka aku kurang sihat lalu menyuruhku berbaring di bilik dan meminum air akar kayu yang selalu kau sodorkan untukku apabila aku sakit.

5 Julai adalah tarikh ulang tahunmu. Itupun aku tahu setelah mencuri tengok di kad pengenalanmu. Aku ingin sekali membawamu makan di restoran kegemaranmu. Ataupun menghabiskan malam dengan merenung bintang di langit sambil meminum kopi panas kesukaanmu. Ataupun bersiar-siar di tepi pantai sambil mengutip kulit-kulit kerang. Yang penting, aku ingin menghabiskan hari itu bersamamu. Namun, setelah puas menyenaraikan semua aktiviti yang boleh kulakukan bersamamu, akhirnya aku hanya berhenti di tepi jalan dan membeli sejambak bunga yang ku sendiri tak tahu apakah bunga yang kau sukai. Bunga itu ku berikan kepadamu sewaktu kau sedang sibuk menghidang makanan di meja. Walaupun tiada ucapan Selamat Hari Lahir daripadaku, tulisan pendek di atas kad kecil serta jambangan bunga ros putih itu sudah cukup membuatkan kau tersenyum sepanjang malam.
Seminggu sebelum ulang tahun perkahwinan kita yang ketiga, aku sudah menempah tiket penerbangan ke Kundasang, Sabah. Aku ingin menggantikan waktu bulan madu yang telah kita lewati serta waktu-waktu yang telah kita sia-siakan. Hasratku itu masihku rahsiakan kepadamu. Biarlah ia menjadi kejutan buatmu. Namun, tanpa ku duga, kau pula yang memberikan kejutan untukku. Sehingga kini kejutan itu masih terasa.

Aku pulang dari kerja jam 6 petang. Namun, buat kali pertama sepanjang pernikahan kita kau tidak menyambut kepulanganku. Aku sengaja menutup pintu kereta kuat-kuat agar kau menyedari yang aku sudah pulang, namun kau tetap tidak muncul. Aku hairan. Ku lihat kereta kancil merahmu ada di depan rumah. Tapi, andaian bahawa kau keluar lekas-lekas aku singkirkan kerana ku tahu kau takkan keluar dari rumah tanpa keizinanku.

Aku masuk ke rumah melalui pintu yang tidak berkunci. Aku ingin memanggilmu, namun namamu seolah-olah tersekat di kerongkongku. Betapa egonya aku sebagai seorang lelaki dan seorang suami. Tapi, di situ, di sudut dapur yang biasanya kau duduk sambil menumbuk sambal untukku, aku melihatmu. Masih terbayang di mataku, tubuhmu yang terbaring lesu di atas lantai konkrit yang disimbahi darah merah yang mengalir laju dari celah-celah pisau yang masih terpacak kaku di perutmu. Kau masih bernafas, namun nafasmu tersangat lemah. Aku cuba membawamu ke hospital, namun kau menghalang kerana kau seolah-olah tahu ia tiada gunanya lagi.

Kepalamu yang longlai ku pangku. Aku mengajarmu mengucap kalimah syahadah dan kau ikuti walaupun tergagap-gagap. Tanganku kau genggam dan kau kucup perlahan. Masihku ingat senyuman terakhir yang terukir di wajah pucatmu itu sebelum dirimu akhirnya terkulai di pangkuanku. Aku tergamam seketika. Aku masih duduk di situ dan memanggil namamu beberapa kali sebelum aku akhirnya terpaksa mengakui yang kau sudah tidak bernyawa lagi. Saat itu baru aku menyedari betapa kosongnya hidupku tanpamu. Terlalu cepat kau diambil daripadaku sebelum puas aku menikmati hidup bersamamu. Tanpa amaran dan tanpa petanda, kau telah pergi untuk selama-lamanya.

Kini sudah hampir tiga bulan kau tiada. Aku harus meneruskan hidup seperti biasa walaupun pulang ke rumah kosong ini tiada ertinya lagi buatku. Saat ini aku sangat merindui kehadiranmu. Aku rindukan senyumanmu. Aku rindukan pandangan redup matamu. Aku rindukan gemersik suaramu yang memanggil namaku. Aku rindukan sentuhanmu sewaktu mengucup tanganku. Aku rindukan segala-galanya tentangmu. Namun, aku sedar kau telah tiada dan aku harus menerima hakikat itu. Walaupun pembunuhmu telah ditangkap, dan walau betapa ku ingin membunuhnya, itu tidak akan mengubah apa-apa dan kau jua takkan hidup kembali. Mengapa tidak kau serahkan sahaja wang seperti yang dikehendakinya? Jika tidak, pasti kau masih berada di sisiku saat ini dan pasti kita sedang berbahagia sekarang. Namun, ku lekas beristighfar kerana ku sedar semua itu sudah suratan Ilahi dan semestinya Dia lebih menyayangimu.

Setiap kali ku merinduimu, setiap kali itu jua gambarmu ku renung. Itulah sahaja penawar rinduku walaupun sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Aku cuba kuatkan hati walaupun ku tak mampu menahan air mata yang sentiasa setia mengalir. Masa tiga tahun bersamamu terasa begitu singkat. Aku tidak sempat membahagiakanmu. Namun, apa yang paling aku kesalkan kerana tidak sempat melakukannya saat kau masih ada, dan apa yang amat aku dambakan walaupun untuk mendapatkannya aku terpaksa membayar dengan semua hartaku bahkan nyawaku, ialah aku ingin sekali membisikkan kepadamu bahawa betapa aku amat menyintaimu.
posted by Penulisan2u @ 4:06 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
45 Comments:
  • At 12/9/09 9:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu.sedih sgt cite ni.nangis aku.mmg touching la.good job writer.....itulah manusia xpernah menghargai ape yg ade,tp mengharap pd yg bkn milik kita.bile dah xde baru nk menyesal.itulah lumrah kehidupan.......
    -wanie-

     

  • At 12/9/09 12:11 PTG, Blogger nurul afiza said…

    ni mcm kisah bnr je...tp mmg touching la..

     

  • At 12/9/09 12:26 PTG, Blogger ~MarDya~ said…

    walamak..five star..
    terharu tu

     

  • At 12/9/09 12:36 PTG, Anonymous nurindah said…

    Salam Ramadhan,

    Sedihnya...

     

  • At 12/9/09 2:41 PTG, Blogger Unknown said…

    huhu...
    sedih nyer....
    seorg isteri yg sgt setia...
    best nyer cite ni...
    terharu...~~

     

  • At 12/9/09 3:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ish3.......Sedihnya....Nangis sy baca...terharunya...

     

  • At 12/9/09 3:54 PTG, Anonymous adaaa. said…

    sedih nye bce.
    sampai menangis d buatnye.
    begitu setianya seorg isteri kepada suaminya.

    papepun,
    goood job. :D
    keep it up~~~

     

  • At 13/9/09 9:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya cite nie...
    tringat lagu ada syurga di wajahmu...
    ape pn...
    good job penulis...

     

  • At 13/9/09 1:16 PTG, Blogger zasyah said…

    plot certa yg sgt menarik!!aku sukakannya...
    teruskan berkarya...

     

  • At 13/9/09 2:59 PTG, Blogger CTNAQUIA ESIR said…

    sgt sgt sgt sgt best!!!
    nangis2 baca~

     

  • At 13/9/09 4:01 PTG, Anonymous aku sahaja said…

    sapa bunuh bini dia tu?
    kejam betul pembunuh itu

     

  • At 13/9/09 4:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2 da lma x bc cerpen smbl nangis2 huhu
    keep it up...mmg r kt kn grab ap yg ptt sblm trlmbt ..

     

  • At 14/9/09 11:16 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sgt..ternagis2 bc cite ni..tp sapa buduh istri dia ek??nk jd isteri cam dia gak la..

     

  • At 14/9/09 11:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kita sume amek la iktibar...
    masih ada kah wanita seperti suraya maaruf..??

    gurls...!!
    c0nt0hilah wanita mulia ini....

    (i_sya92)

     

  • At 14/9/09 10:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...alhamdulillah kalu citer ni sedikit sebnyak memberi iktibar n pengajaran pada kta smua..sbnarnya citer ni cma rekaan semata-mata.tiada kaitan atr yg hidup atau yg tlah meninggal dunia.jika ada cma kebetulan saje...pape pun, hrp citer ni mampu memberi sedikit motivasi kpd kita semua especially muslimah2 di luar sana agar menjadi seorg muslimah sejati n isteri yg solehah...insyaAllah...~writer~

     

  • At 16/9/09 3:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye cite nie..
    sedih sy bace...tabahnya hati sorg isteri tersebut..
    al fatihah buatnya...amin..

     

  • At 17/9/09 11:34 PG, Blogger bidadari cinta said…

    sedihnya...
    seorg isteri begitu taat pd suami tp suaminya..??
    kasihan isteri tak dpt kebahagiaan dr seorg yg bnama suami..

     

  • At 18/9/09 11:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya citer ni!!!
    nangis sy bace..
    u've done a good job writer!!

     

  • At 24/9/09 4:04 PTG, Blogger Leeya Hezlin said…

    sedihnye cerita ni..
    mmg touching sgt2..
    setianye seorg isteri pd suaminye even suami die xpedulikn die..
    congrates writer..gud job..

     

  • At 24/9/09 6:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih nya citer.menangis aku dibuatnya...

     

  • At 1/10/09 3:51 PTG, Anonymous sayang selasih said…

    citer ni mmg sedih,nangis ak bce
    hargailah apa yg ada di dpn mata kta sblm t'lmbt.....
    good job writer!!

     

  • At 2/10/09 3:56 PG, Blogger ~kiE~ said…

    nice

     

  • At 2/10/09 6:59 PTG, Blogger ezrani said…

    satu penulisan yang menarik. Watak seorang isteri solehah yang ditonjolkan banyak memberi pengajaran buat wanita diluar sana yang telah bergelar isteri. Teruskan berkarya dengan cerita-cerita yang mampu menyentuh emosi pembaca.

     

  • At 2/10/09 10:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih cite ni...hua8...hargai lah isteri yang kita miliki sekarang.

     

  • At 4/10/09 6:53 PTG, Blogger si gadis said…

    tacing amat,,
    nanes nanes nanes..whaaaaaaaa.....

     

  • At 5/10/09 3:30 PTG, Blogger bLoOdY_niEyZa said…

    huhuhuh giler sedeyhhh.... chow dulu mau samb nangesh...

     

  • At 5/10/09 11:52 PTG, Anonymous ieza_87 said…

    wow... sedih ar

     

  • At 6/10/09 2:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdynyer..aku xpnh mngis hya krn crte..tp kali ni..bsh meja aku..

     

  • At 7/10/09 2:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerite yang menarik...npe la x nk je ko lupekn awek yg lame 2...punye la pmpn 2 bek...pde kaum lelaki hargai la kaum pmpn jgn la seksa perasaan pmpn...kesian...

     

  • At 10/10/09 2:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler citer...tp, lagi best kalau pompuan macam tu mmg btul2 wujud
    tahniah...

     

  • At 11/10/09 11:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh cte nie...
    sedih menyentuh jiwa menikam kalbu!

     

  • At 14/10/09 1:54 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Citer ni sesuai sgt ngan lagu 'buat seorang kekasih', nyanyian slam...huhu

     

  • At 14/10/09 9:33 PG, Blogger masdila said…

    seyes sedey,,,

    mengalir air mata ooooo

     

  • At 15/10/09 12:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ya allah....sedihnya cerita ini,betapa detik yg dipersia akhirnya mengundang sesal sepanjang hayatnya...kepada penulis saya ucapkan trm ksh sbb bjaya menarik phatian saya utk trus mmbaca.Teruskan usaha anda...tahniah!

     

  • At 23/10/09 12:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu...
    touching abis...
    sdey gler....

     

  • At 23/10/09 12:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnye....nangis bace citer nih...

     

  • At 23/10/09 8:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye cerpen nie..
    touching sgt3..
    menitis airmata bce cerpen nie..
    cian pd si isteri..
    sguh setia tpi
    sygnye blum sempat merasa
    kebahagiaan disisi suaminye..

     

  • At 2/12/09 12:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mampukah diriku sepertinye..

     

  • At 1/3/10 3:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeynyer

    acik suker senyum

     

  • At 18/5/10 5:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak terungkap sedeh nye...

     

  • At 20/5/10 7:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang hebat penulisan ni..bjaye mnyentuh ati ramai pembace termasuk aku..cam real plak bile bace..teruskan usaha anda dalam penulisan ini

     

  • At 22/6/10 3:57 PTG, Anonymous Ophie Ahmad said…

    keep it up!!

     

  • At 3/3/11 12:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa,,nangis aku bace cter ni,,,tahniah penulis,,,cter yg sdih2 cam ni memg sesuai dgn jiwa sy,,huhuhu:(

     

  • At 13/4/11 12:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    slm~~kita jrg mghrgai ketika msh ada..itulah kita`~

     

  • At 12/7/11 1:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaa.... aku dah nangis nih!!!!!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group