BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, September 12, 2009
Cerpen : Secarik Kasih Semalam
Nama Pena : Fidalia

KILAUAN emas di jari, ku genggam erat, sinarnya tetap sama seperti dua tahun lalu, membawa aku kembali mengintai dan menguak cerita lama yang terselak rapi di sudut hati...

Ada kedukaan yang mula bertandang kalaku singkap semula kenangan itu. Namun sesungguhnya aku sedar sebagai insan biasa yang menyedari kelemahan diri, aku perlu redha dan tabah atas apa yang berlaku kerana Tuhan tidak pernah menjanjikan sesuatu yang buruk terhadap umatnya, hanya insan itu sendiri yang tidak jemu-jemu menggoda derita dan musibah.

Apa yang pasti aku telah berjaya mengharungi pahit-getir hidup ini tanpa cinta yang pernah menjadi penguat semangatku. Hembusan bayu yang berbisik nakal, kubiarkan saja membelai-belai rambutku yang terjuntai di dahi...tiba-tiba ingatan terhadapnya mengundang seribu rasa malah turut menjemput gelora dihati.

Ku seka air mata yang mula berlinang, suara pekikan anak-anak saudaraku begitu riuh-rendah kedengaran, namun jauh di dasar jiwa kudusku ini...jelas terasa keheningan dan kesunyian yang membelenggui diri semenjak pemergiannya...

Ya Allah! Aku pasrah padaMu...tenangkan seluruh jiwa dan kalbuku, berilah aku petunjuk untuk terus mencari kekuatan diri ini, berilah aku keteguhan hati untuk menempuhi hidup tanpanya...walaupun hampir separuh daripada semangat ini telah kuhantar bersama dirinya mengadapMu...

Ya Allah! Biarlah kusemadikan kasih kami disudut hati yang paling dalam, walaupun sukar untuk aku menerima kenyataan ini! masih ada sebak yang berbungkal di tangkai hati lalu air mata ini luruh lagi. Ada keluhan berat yang mengiringinya...keluhan yang tidak mampu untuk kulepaskan semuanya.

Kualihkan pandangan dan kemudian menghantarnya bebas merantau ke seberang sana...jauh kelihatan hamparan sawah padi yang menguning... Ahhh...nostalgia itu kembali lagi! Aku beralih pandang menyusuri mata air yang mengalir lesu di hadapan, selesu jiwaku yang sarat memikul rasa bersalah dan penyesalan yang tidak terhingga...Sememangnya kekecewaan yang sedang kutanggung ini amat berat dan hanya mengundang air mata tidak berkesudahan. Sekilas imbasan kenangan itu kembali, bagai terdengar-dengar riuh-rendah suara hilai tawa dan gurau senda saudara maraku yang sibuk mengemas setelah selesai majlis lewat petang itu.

Pernikahan abang Long selamat berlangsung dengan meriahnya...namun getaran yang masih hangat dan laju terus menekan jiwaku yang tiba-tiba tidak keruan, peristiwa yang berlaku sepantas kilat sebentar tadi bagaikan kejutan elektrik yang terus menghantui perasaan ini. Tidak pernah ku sangka-sangka akan mendapat malu seperti apa yang telah berlaku tadi. Macam mana pula aku boleh tersungkur di depan seorang lelaki yang benar-benar ingin aku hindari?

Mujurlah cepat jua aku bertindak melarikan diri dari ekor matanya yang mengejarku. Tanpa sempat dia mengambil kesempatan untuk menabur budi, awal-awal lagi sudahku lari membawa diri.

Tiba-tiba bayangan itu hilang...aku kembali mencari-cari bayangan kenangan sebentar tadi... kuintai disebalik pohon rambutan yang merimbun...imbasan itu kembali menerjah di depan mata, masih jelas terbayang-bayang di mataku, di sinilah kami sering berbual dan memahami hati masing-masing, disinilah jua cinta kami pernah bertaut, dibawah pohon inilah telah menyaksikan cinta kami mula berputik dan seterusnya berkembang menjadi kasih yang mengharumkan seluruh taman hati. Bayu petang yang meniupkan keasyikkannya, membuatkan aku terleka sementara fikiran ini terus terbang mencari cinta yang telah lama bersemadi.

" Nora, sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya beritahu, sudah hampir 2 tahun saya pendamkannya dan hari ini saya tak ingin menyimpannya lagi. Aku tersenyum mendengar susunan kata yang terbit dari bibir merah itu.

" Sebelum itu saya minta maaf kerana meminati Nora dalam senyap. Nora marah ke? Soalnya lembut namun cukup untuk menggegarkan jiwa. Aku bagai terlena mendengar bicara itu. " Saya sudah buat keputusan, dan sekali lagi saya ingin mohon maaf dari Nora tentang masalah Ina tempohari. Saya sudah jelaskan segalanya kepada dia dan saya cuma inginkan Nora seorang..."

Perlahan suaranya...begitu syahdu hingga hampir luruh jantungku mendengarnya. " So, Saya minta maaf Nora...saya tak sengaja nak mengintai Nora dari jauh selama ini...itupun mujur ada Seri yang memahami saya dan sanggup menolong!" Aku cuma mampu tersenyum tawar tanpa mengambil serius terhadap kata-katanya itu.

Malah ego ini juga membuatkan aku tidak yakin akan kesungguhan lelaki itu untuk memenangi hati. Sesungguhnya tidak dinafikan...keegoanku begitu menebal dan tidak pernah cuba memberi peluang kepadanya untuk mencurahkan perasaan. Bagiku, cinta lelaki ibarat embun dihujung rumput, bila mentari muncul keringlah ia. Namun mungkin sudah ditakdirkan cinta kami tetap bersatu, walaupun pada mulanya aku tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk mendekati, kendatipun aku sedar penantian dan kesabarannya cukup membuatkan dia sengsara dalam menghadapi sikapku, namun mungkin campur tangan teman baikku Seri sedikit sebanyak membuahkan hasil padanya di pagi sabtu itu. Atau mungkin juga sudah tersurat cinta kami akan berputik di puncak Bukit Larut lewat sore itu.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan pula berganti tahun, namun cinta kami tetap utuh. Walaupun sudah lama menamatkan alam persekolahan, namun cinta kami tetap teguh, sekukuh tembok besar China yang menjadi salah satu keajaiban dalam hidupku.

" Terima kasih Nora kerana sudi memberi peluang untuk membuktikan segala janji saya kepada awak. Katanya di suatu petang ketika kami sama-sama pulang dari pekan T sambil menghadiahkan senyuman paling manis, aku tersenyum tawar.

" Usah terlalu berharap, saya ingin berterus-terang dengan awak, saya menerima awak bukanlah kerana cinta tetapi semata-mata kerana simpati," sengaja aku mengucapkan demikian, hanya ingin melihat sejauh mana dia benar-benar serius dengan keputusannya. Ternyata, aku cukup pelik dengan sikap lelaki seorang ini, dia langsung tidak memberikan reaksi sepatutnya, tetapi cuma tersenyum sambil merenungku tajam.

" Ini cuma satu permulaan...saya akan buktikan perasaan simpati itu akan bertukar menjadi sayang!" Sempat dia berbisik perlahan...sebelum berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian. Sejak peristiwa itu aku dan dia bagaikan belangkas, setiap hari pasti ada panggilan telefon yang menjadi penghubung antara kami. Malah, hari berganti hari, hidupku bagai tidak sempurna andai tidak mendengar suaranya.

Kata-kata dan kesungguhan yang ditunjukkan benar-benar meyakinkanku bahawa dia benar-benar menyintai diri ini. Zail...indahnya nama itu padaku, selembut wajah pemiliknya yang masih segar di dalam sanubari ini. Sesungguhnya, tidak mampu untuk aku nafikan sifatku yang keras kepala, tetapi degilku mudah pula dikalahkan kerana kasihku yang terlalu mendalam padanya.

Ahhhh... pergilah kenangan! Usah kau singgah di hati ini lagi, pergilah dan bawalah luka ini bersama...! Ada jeritan bisu yang terus-menerus memekik di hati. Aku mendongakkan kepalaku melewati ke puncak bukit itu...di sanalah kami telah ditemukan...! Tanpa sedar ada senyuman tawar yang mengiringi setiap babak-babak memori yang bersimpang-siur di ingatanku ketika ini.

" Nora, Zail harap Nora sudi terima pemberian Zail ini," Tidak dapatku gambarkan perasaan ini apabila Zail menyarungkan sebentuk cincin emas di jari manisku. Dia cuma tersenyum lebar melihat wajahku yang mula merona kerana terlalu terkejut. " Apa saja akan Zail berikan pada Nora, cinta...kasih sayang dan ini cumalah satu pemberian yang tak seberapa...demi Nora, Zail rela korbankan segalanya, cuma yang paling Zail takutkan..ialah kehilangan Nora...

Noralah satu-satunya milik Zail...entah apa yang akan terjadi jika itu berlaku!" Bisiknya perlahan terus menusuk ke kalbuku yang semakin basah dengan limpahan kasihnya. Sepantas itu juga, dicapai jari-jemariku, lantas digenggam erat. Namun episod itu tidak lama kerana aku cepat-cepat pula cuba meleraikannya. Aku menghadiahkan senyuman paling manis buat lelaki kesayanganku itu lantas mencuit hidungnya yang mancung. Dia membalas senyumanku...

" Tak sabar rasanya nak menunggu hari bahagia untuk hantar rombongan," ujarnya dengan nada perlahan. Pandangannya terus meneroka wajahku. Aku menundukkan wajah. Malu pula bila dipandang sebegitu rupa. " Sabar ye sayang, Zail balik semula minggu depan kita bincang dengan family ye..."

" Ye...Nora akan tetap tunggu Zail balik, cuma Nora takut Zail yang akan berubah.
Akhirnya aku menyuarakan kebimbanganku. Aku terlalu memahami situasi yang kami lalui ini. Apatah lagi di bandar tempat dia bekerja, sudah pasti ramai wanita-wanita yang lebih cantik jika ingin dibandingkan dengan diriku ini yang serba-serbinya kekurangan. "Janganlah Nora cakap macam tu, sayu hati Zail mendengarnya..Zail janji dengan Nora dan ingat ye janji-janji kita...tunggu Zail...pesannya lagi sebelum menghidupkan enjin kereta selepas menghantarku petang itu. Seperti biasa aku cuma mampu menghantarnya dengan doa diiringi senyuman paling manis.

**********************************************

Malam itu, tidak seperti malam-malam lain, entah mengapa perasaanku begitu resah tak menentu, terasa bosan benar malam ini, jika selalunya aku akan ditemani dengan panggilan dari Zail, namun malam itu dia langsung tidak menghubungiku. Perasaan perempuanku mula menggoda, namun sedaya-upaya, cubaku tepis setiap perasaan jahat yang berbisik di telinga. Aku mula sangsi...mula terdetik perasaan curiga terhadap cinta dan kasih sayang Zail padaku. Baru petang tadi dia berjanji untuk menghubungiku, tetapi malam ini dia sudah melupakan janjinya...Ahhh...hatiku menjerit, cuba kutepis sedaya upaya..hingga akhirnya tanpa sedar aku terlena bersama kerinduan yang mula menggunung terhadap anak muda itu.

Lama....kuamati cincin yang tersarung di jari manisku. Aku tersenyum sendirian. Tiba-tiba muncul Zail berdiri tidak jauh dariku sambil tersenyum mesra. Namun pelik, mengapa dia tidak datang kepadaku? Mengapa dia hanya memerhatiku dari jauh?Adakah perasaannya benar-benar telah berubah kepadaku?Zailllll! bergema suaraku, namun sepi terus menghantui...entah dimana suaraku menghilang hingga tidak dapatku luahkannya....tiba-tiba Zail yang tadinya berdiri di hadapanku hilang ghaib entah ke mana..aku terus mencari-cari wajah lelakiku itu namun hampa...segalanya semakin kabur hingga aku tak mampu untuk melihat apa-apa lagi.

Pagi itu kedatangan Pak Leman bagai satu kunjungan sial untukku. Berita gempar yang kuterima benar-benar meluluh dan menjerut jantungku. Nyawaku bagaikan tercabut seketika. Berkecai segala impian dan harapan yang ku anyam selama ini untuk hidup bersama Zail. Aku terjelepuk...lembik dilantai sambil dipapah semula abang Ngah. Aku meraung sekuat hati. Seluruh tubuhku menggeletar dan terasa lemah tak berdaya. Mataku berpinar-pinar, sayup-sayupku dengar suara ibu memanggil namaku dan suara abang Ngah memujuk dan memesan supaya aku bersabar dan mengucap. Aku lembik di pangkuan ibu. Duniaku gelap..segelap masa depanku tanpa kekasih hatiku Zail...

" Bagaimana dia boleh accident? Suara Kak Shidah yang baru tiba semalam dari Perlis ku dengar perlahan bagai berbisik dengan Pakcik Leman di beranda rumah. Aku yang masih kebingungan di ruang tamu rumah hanya mendengar hujung-hujung telinga. " Entahlah...katanya kena pukul 11 malam, dalam perjalanan balik dari sinilah.." " Bagaimana jadinya? " AllahHua’lam tak tahu pulak, tapi dengar ceritanya dia terbabas ke gaung tu sebab elakkan dari lori." Panjang lebar cerita Pakcik Leman setelah hampir seminggu Zail pergi ke hadrat Ilahi. Namun, masih terasa hangatnya renungan dan genggaman tangannya yang bagaikan tidak mahu dilepaskan kala waktu perpisahan kami petang itu.

" Ingat ye Nora, jangan hilangkan cincin ini, anggaplah ia sebagai lambang kasih Zail yang tak bertepi untuk Nora. Manalah tahu, kalau ditakdirkan Nora tinggalkan Zail sekalipun, simpanlah ia sebagai kenangan kita bersama." Hanya linangan air mata yang mengiringi ingatanku ketika bersama Zail pada hari terakhir kami bertemu. Kenangan itu hanya merobek jiwaku yang sudah sarat menanggung derita.

" Sudahlah Nora, dah lama benar kita kat sini. Banyak-banyaklah bersabar dan berdoa, agar dia tenang di sana. Relakan pemergiannya ye..." perlahan Seri bersuara, tersekat-sekat bagai mengandungi duka yang sengaja disembunyikan dariku. Namun aku masih terus kaku di pusara Zail yang masih merah. Semerah cinta ini yang masih teguh terhadap lelaki itu. Aku terus menggenggam erat nisannya lantas kuusap mesra, hangat! sehangat ketika dia menggenggami jari-jemariku...sambil air mataku terus melimpah keluar menuruni curam-curam pipi yang semakin cengkung tak bermaya. Terlalu berat hati ini untuk meninggalkan pusara kekasihku.

Wahai bayu yang bertiup...bawalah seluruh keperitan yang kurasakan terbang dari sisiku, agar derita yang sedang kugalas ini dapat kulupakan selamanya. Wahai burung yang berterbangan... nyanyikanlah lagu rindu hati ini yang masih belum kering-kering lukanya...khabarkan padanya, aku disini masih tetap teguh berdiri bersama kenangan cinta kami. Wahai pepohon nyiur yang melambai-lambai ...lambailah dia untukku...ceritalah padanya tentang tasik kasihku yang tidak pernah kering untuknya. Wahai mentari...sebarkan kehangatan sinarmu padanya, sampaikanlah padanya bahawa cahaya cintaku ini masih hangat untuknya!

Wahai pawana yang berbisik...tolonglah aku...tolonglah katakan padanya...aku terlalu merindui senyumannya, renungan matanya...kehangatan kasihnya dan keriuhan gurau sendanya...Ya Allah! Ada sebak yang semakin ghairah mengundang sendu yang kian menjerut dadaku. Tuhanku...biarlah cinta kami ini menjadi memori paling indah yang dan paling manis buatku.Akan ku simpan ia di dalam lipatan hati yang dalam. Ampunkanlah segala dosa-dosanya...tempatkanlah dia bersama mereka yang Engkau redhai.

Dan...Azman maafkan aku kerna tidak mampu menerimamu. Sesungguhnya aku masih tidak mampu memberi ruang hati ini untuk insan lain. Bayangan Zail masih ada di mana-mana..masih kuat mengekoriku setiap waktu dan ketika. Maafkan aku! Bisik hati ini penuh kesyahduan sambil melangkah longlai meninggalkan pusara Zail ditemani kesepian yang berpanjangan...


Memori 2001
Nukilan, Fidalia
posted by Penulisan2u @ 3:58 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 13/9/09 10:24 PG, Blogger Unknown said…

    best cite ni...congrate 4 writer.ayt2 dlm cite ni sangat puitis.tp cite ni pendek sangat.ermmm cite btl2 blku ke?nway,keep it up.gd job.

     

  • At 13/9/09 9:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    isyh..sedihnye...dapat aku bayangkan andainya cerita ini betul2 berlaku..keana hasil nukilan nampak segar dan bukan rekaan..hati wanita selalunya tepat mengandaikan sesuatu..to writter..if cerite ini betul2 berlaku,ingin sekali aku menjadi wanita setabah nora..congrate writter..gd job..

     

  • At 4/10/09 5:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..
    sdih nye..
    tringat kt arwah danish..
    skian lme dia mnunggu cnta dri ku,bru kini ku ingin mmbalasnya ttapi..
    dia trlebih dhulu mengadap ilahi..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group