BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Menjengah Kepastian
Nama Pena : Aishah MadaDiy

Setelah tamat kelas "Hadith" pada tengahari itu, Along terus berlari menuju ke arah pondok bas yang bertentangan dengan bangunan kuliyahnya. Hatinya masih berdebar-debar. Panggilan telefon daripada ibu yang diterimanya pagi tadi membuatkannya resah gelisah. Adik masuk hospital lagi dan kali ini katanya penyakit adik semakin kritikal. Air mata Along sudah tertahan di kelopak mata, namun cepat-cepat dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan diri sendiri. Hatinya tak putus-putus mendoakan adik.
Setelah lima belas minit menanti, bas bernombor 91 muncul juga akhirnya. Along menaiki bas itu untuk terus ke Puduraya. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap bas. Gambaran wajah adik bermain-main di ruangan matanya. Adik, tunggu Along.. Along balik ni.. Monolog hatinya sendirian. Along mengusapkan wajahnya dengan kedua tapak tangan. Perjalanan ke Puduraya mengambil masa lebih kurang satu jam. Ruang dalam bas yang semakin penuh dengan penumpang-penumpang dan keadaan jalan yang agak sibuk membuatkan dada dan fikiran Along semakin sesak dan sempit. Tambahan pula hatinya berkecamuk memikirkan adik.
Setibanya di Puduraya, Along segera membeli tiket bas. Mujurlah pada waktu itu tiket ke pantai timur masih banyak. Setengah jam menanti, Along menaiki bas di platfom 10. Perjalanan ke negeri kelahirannya itu mengambil masa lebih kurang empat jam. Along langsung tidak dapat melelapkan matanya walhal para penumpang lain sudah lena dibuai mimpi. Fikirannya melayang jauh. Lamunan menjengah ke dalam fikiran..
***
"Ibu, mana adik?" soal Along kepada ibunya. Ibu menggelengkan kepala. Along berlalu dari dapur dan mencari adik di sekitar rumah. Kemudian, Along masuk ke dalam biliknya.
"Ya Allah, budak ni.. Adik, kan Along dah cakap jangan usik barang-barang Along.." ujar Along dalam nada marah dan geram. Adik tidak menghiraukan kata-kata Along. Adik masih menconteng kertas lukisan Along dengan menggunakan "water colour" milik Along. Kemarahan Along sudah tak dapat dikawal lagi. Along merampas semua barang yang dimain oleh adik dengan kasar. Adik melawan. Habis baju Along kotor terkena warna air pada berus pensil yang dipegang oleh adik.
"Hei, bangun! Mari sini!" Along menarik lengan adik dengan kasar dan mengheret adik keluar dari biliknya. Adik melawan lagi. Kali ini Along betul-betul marah. Pang!! Satu tamparan yang kuat mengena di pipi adiknya yang baru berusia enam tahun itu. Adik terduduk di lantai dan menangis dengan kuat. Along masih tercegat di situ membiarkan amarahnya reda. Ibu yang sedang memasak di dapur terus berlari ke ruang tamu.
"Ya Allah.. Apa yang Along dah buat ni?" ibu memeluk adik dan mengusap-usap badannya. Badan adik panas. Ada darah menitik di atas lantai. Ibu mendongakkan wajah adik yang tunduk menangis dari tadi.
"Masya Allah.."ibu terkejut kerana banyak darah mengalir dari hidung adik. Along kaget.
"Pergi ambil kain.." arah ibu kepada Along. Along berlari ke dalam bilik dan sejurus kemudian berlari ke arah ibu dengan membawa sehelai kain. Ibu mengesat darah yang mengalir laju dari hidung adik. Along hanya terdiam membisu dan dalam hatinya dia sangat menyesal dengan perbuatannya. Darah dari hidung adik masih mengalir mencurah-curah dan tiada tanda untuk berhenti. Tiba-tiba adik pengsan..
***
Along tersedar daripada lamunan. Air mata Along yang tertahan daripada tadi sudah sudah jatuh berjuraian di pipi. Cepat-cepat Along menyeka air matanya itu. Kenangan itu membuatkannya sentiasa menyalahkan dirinya sendiri di atas segala perkara yang berlaku terhadap diri adik. Itu kisah dua tahun dulu. Dulu, dia dan ibu sering tertanya-tanya sebab adik nampak pucat setiap kali berlari atau pun membuat banyak kerja. Seringkali itu juga dia berfikir ada sesuatu yang tidak kena dengan diri adik kerana setiap kali adik terluka, darahnya susah hendak beku atau berhenti. Kini, semuanya telah jelas. Adik disahkan mengidap penyakit leukemia jenis Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL). Kata doktor, sel darah putih dalam badan adik sentiasa bertambah melebihi sel darah merah dan adik kekurangan platlet yang penting untuk pembekuan darah. Doktor juga memberitahu bahawa sehingga kini masih tiada penyebab yang pasti, konkrit dan utama dalam penyakit leukemia. Katanya, penyakit itu mungkin disebabkan oleh radiasi semulajadi, virus, bahan kimia ataupun faktor genetik. Oleh kerana penyakit adik ini tidak dapat dipastikan penyebabnya, maka jangka hayat adik pun tidak dapat dipastikan.
Bas sudah tiba di perhentian utama. Along turun dari bas dan menanti kedatangan ibu. Kata ibu, dia tidak pasti pukul berapa dia akan datang menjemput Along kerana kantin sekolah akan tutup agak lewat pada hari itu. Along berjalan menuju ke warung berhampiran dengan perhentian bas itu. Dia menghilangkan dahaga dengan segelas air teh panas terlebih dahulu. Setengah jam menanti, ibu pun tiba. Mereka menaiki teksi menuju ke hospital besar.
Setibanya di hospital, Along mencari surau untuk menunaikan Solat Maghrib. Ibu pula terus ke tingkat lapan untuk bertemu adik. Membasahkan anggota badan dengan wudhuk membuatkan hati Along sedikit tenang. Seusai solat, Along berdoa untuk adiknya. Kemudian, dia ke tingkat lapan untuk bertemu dengan adik kesayangannya itu.
Mata adik masih terpejam rapat. Adik masih memakai alat bantuan pernafasan. Ada sebotol darah masih dimasukkan melalui aliran wayar di tangan adik. Wajah adik pucat sekali. Along mengucup dahi adik yang putih bersih. Dia mengusap perlahan kepala adik yang botak itu. Rambut adik semuanya sudah gugur disebabkan penyakitnya itu.
"Adik pengsan semalam. Ibu dah kata jangan bersukan tapi dia degil juga. Katanya, dia teringin sangat nak masuk lumba lari, nak dapat nombor satu.." ujar ibu dalam nada sebak. Along duduk di sisi ibu dan memeluk bahu ibu dengan erat.
"Sabarlah ibu.."
"Adik dah buat sekali ‘kemoterapi induksi’ bulan lepas.."
Along mengangguk tanda faham. Along teringatkan Mustafa, sahabatnya yang mengambil jurusan perubatan di universiti. Kata Mustafa, kemoterapi induksi ialah pengurangan penghasilan sumsum tulang.
"Biasanya untuk kanak-kanak, terapi jenis ni akan menggunakan tiga jenis ubat yang utama iaitu prednisone, L-asparaginase dan vincristine untuk bulan yang pertama.. Lepas tu akan ada pula terapi lanjutan.." ujar Mustafa dengan lancar.
"Boleh baik ke, Mus?" tanya Along meminta kepastian. Mustafa terdiam sejenak, merenung wajah sahabatnya itu dalam-dalam sambil berfikir.
"Tak pasti.." jawab Mustafa dengan ringkas. Itulah satu-satunya jawapan yang ada buat penyakit adiknya sekarang.. Semuanya masih tak pasti.
Ibu sudah turun ke surau untuk solat dan berehat. Along faham betapa penatnya ibu. Setiap hari, ibu keluar seawal 5.30 pagi untuk berniaga di kantin sekolah. Selepas berniaga, ibu akan ke hospital untuk menjaga adik. Along ingin sekali membantu ibu sepenuh masa namun apakan daya, impian dan cita-cita perlu dicapai. Kata ibu, walau apa sekali pun, Along kena terus berjuang. Perjuangan Along adalah perjuangan ibu dan adik. Along tidak boleh menghampakan mereka. Along akan pegang pendirian itu sampai bila-bila. Itu ikrar Along.
Along menggenggam erat tangan adik. Adik baru sahaja menjangkau usia lapan tahun, sudah terpaksa menanggung derita itu. Astaghfirullah al-Azim.. Along cepat-cepat beristighfar apabila menyedari pemikirannya seolah-olah menyalahkan takdir Allah. Walaupun penat, Along masih menguatkan diri dan semangatnya untuk berjaga kerana adik. Dia berharap agar adik cepat sedar supaya mereka boleh berbual seperti dulu. Adik petah berkata-kata dan pada usia semuda itu, adik sudah mampu memberi tarbiyah buat dirinya. Fikiran Along melayang mengingati kenangan bersama adik..
***
"Along dah solat?" tanya adik dengan suara yang lembut sekali.
"Sekejap lah, Amir. Along nak siapkan assignment ni.." ujar Along perlahan. Adik duduk di hadapan Along.
"Along, ustaz Amir cakap tak boleh tangguhkan solat.."
Pen yang menari laju di atas kertas terhenti seketika.
"Kenapa?" soal Along sengaja mahu menguji pengetahuan adiknya itu.
"Mati tu pasti kan Along. Tak ada sesuatu yang pasti dalam hidup ni kecuali mati.." ujar adik. Along mengangguk bersahaja. Kemudian adik menyambung lagi, "Tapi, kita tahu ke bila kita akan mati?" soalan adik membuatkan Along terus terdiam. Dia berfikir akan kata-kata adiknya.
"Kalau Allah nak ambil nyawa kita dalam masa sesaat ni pun boleh kan. Siapa tahu.. Waktu tu tentulah kita tak boleh nak solat lagi.." petah sungguh adiknya berkata-kata. Along menyedari hakikat bicara adiknya tadi. Ya Allah, bagaimana pula aku lalai sebegini.. Naluri Along bermonolog sendirian. Along meletakkan pen di atas meja dan bangun dari situ untuk menunaikan solat.
"Pandai.. Dari mana Amir belajar semua ni?" Along mengusap kepala adiknya yang hampir botak. Adik tersenyum lebar mendengar pujian Along.
"Ustaz Kamil yang ajar.."
"Alhamdulillah.. Along dah tahu, saja nak uji Amir tadi.." Along tersengih sambil berlalu dari situ.
***
Memori yang berlegar-legar di ruang mindanya terhenti seketika. Along sudah terlelap di atas kerusi di sebelah katil adik. Tangannya masih menggenggam jari-jemari kecil adiknya itu. Tiba-tiba jari-jemari Amir bergerak perlahan. Along terjaga dan menggosok-gosokkan matanya yang kemerahan kerana mengantuk.
"Amir.." panggil Along perlahan. Adik cuba untuk senyum dalam kepayahan. Adik menggerak-gerakkan bibirnya seolah-olah ingin berkata sesuatu. Along melambaikan tangan ke arah seorang jururawat yang sedang bertugas. Jururawat itu datang dan memeriksa mesin pernafasan adik. Kemudian, alat bantuan pernafasan yang dipakai oleh adik dibukanya.
"Terima kasih kak.." ujar Along dengan sopan. Tangan adik masih digenggam erat. Dah lama dia tidak memegang tangan si kecil itu. Rindunya pada adik bagaikan bertahun lamanya tidak berjumpa. Adik masih manis dalam senyumannya walaupun pada kali itu senyumannya seolah-olah dalam keterpaksaan dan derita.
"Along.. Bila Along sampai?" adik cuba untuk bangun namun Along menghalangnya.
"Petang tadi.. Adik sakit lagi, tak boleh bangun.. Adik nak air?" tanya Along. Adik menggeleng perlahan.
"Mana ibu?"
"Dia berehat, penat.. Adik baru tersedar ni. Dah lama Along dan ibu tunggu adik sedar.. Adik pengsan tahu tak.." Along mengusap-usap kepala adiknya perlahan-lahan.
Adik mengerutkan keningnya. Pandangan mata dan raut wajahnya menggambarkan seolah-olah dia masih bingung.
"Mana ada.. Adik tak pengsanlah, Along.."
"Huh??" Along hairan. Adik mungkin masih tak sedar sepenuhnya lagi.
"Tak, adik tak pengsan.. Mana kawan adik tadi?"
"Ha? Kawan? Adik tidur je la. Jangan nak mengarut. Adik ni belum sihat lagi ni."
"Along, adik sedar ni. Tadi adik bercakap dengan kawan adik. Lepas tu barulah Along datang.."
Along masih bingung. Layan aje la percakapan dia.. Along senyum dengan tenang.
"O, kawan adik.. Yang pakai baju biru tadi ye?" Along cuba untuk mengiyakan segala bicara adik asalkan adik gembira dan tenang.
"Taklah. Along ni mimpi ke? Kawan adik tadi pakai baju putih la. Dia pakai kopiah.. Tadi dia bercakap dengan adik.." petah bicara adik walaupun suaranya kedengaran semakin lemah. Along semakin hairan. Siapa pula yang datang melawat adik ni? Ustaz Kamil agaknya..
"Dia cakap tentang apa dengan adik?"
"Mati.."
Along tersentak.
"Adik jangan cakap benda yang tak pasti ni. Adik tentu boleh sembuh. Adik mimpi ni.."
"Along, mati tu kan memang pasti.. Dia cakap setiap jiwa pasti akan merasai mati. Hanya kepada Allah kita akan kembali..."
Along terdiam sambil berfikir. Ya, itu macam maksud ayat dalam Al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 57. Along mengimbas kembali pelajaran "Dirasah fi Al-Quran" yang dipelajarinya baru-baru ini. Along sebak memandang wajah adik.
"Adik, adik takut mati?" air mata Along sudah tertahan di kelopak matanya.
"Tak lah. Kalau adik mati, adik dah tak payah nak fikir apa-apa kan.. Adik dah tak payah susahkan ibu dan Along lagi..". Along memeluk adik erat.
"Adik, jangan tinggalkan Along dan ibu ya.."
"Adik terima apa sahaja, Along.. Dulu Ustaz Kamil ada cakap, kita kena selalu redha dalam hidup.. Dan adik redha.. Adik penat.."
"Adik tidur lah ye.. Along tak pergi mana-mana. Along tunggu kat sini je.."
"Along, adik penat.." ujar adik lagi sambil memejamkan matanya.
"Ya, Along tahu.. Tidurlah.." Along menarik selimut dan menyelimutkan tubuh adik. Along merenung wajah adik dalam-dalam. Entah kenapa Along rasa seolah-olah masih belum puas menatap wajah adik. Kenangan manis bersama adik masih segar seolah-olah baru semalam segalanya berlaku...
***
"Haha..cuba tengok muka adik kat handphone Along ni.." gelak Along sambil menunjukkan handphone miliknya kepada adik. Adik mencebikkan bibirnya.
"Kenapa Along? Buruk sangat ke muka adik ni sebab tak ada rambut?"
"Tau pun.. Haha. Adik ingat tak makhluk pelik yang macam makhluk asing tu dalam cerita Lord of The Ring?"
"Yang mana?"
"Yang kurus dan botak tu. Namanya ‘Smeagull’.. Kepala dia botak, muka dia kurus kering macam adik lah.." Along gelak lagi. Suka rasanya apabila dia dapat menyakat adik kesayangannya itu. Adik merajuk setiap kali diejek begitu..
Air mata Along mengalir lagi. Tangan adik digenggam erat. Adik, adik bukanlah terlalu hodoh macam makhluk asing yang Along cakap tu.. Adik comel sangat macam ni. Apa-apa pun, adik Along sentiasa comel dan pandai.. Air mata laju membasahi pipi dan kenangan lalu menjengah lagi.
***
"Adik nak belajar sampai pandai.." ujar adik bersemangat sambil duduk di atas ribaan Along. Along memeluk adik dengan erat.
"Adik kan dah pandai..Erm.. Adik nak jadi pandai macam Along ke?"
"Taklah. Adik nak jadi lebih pandai daripada Along. Nak jadi nombor satu.."
"Okey. Kita bertanding kepandaian. Siapa berlari paling cepat dan sampai kat ibu dulu, dialah paling pandai.."
Kedua-dua mereka berlari serentak. Along tiba dahulu berbanding adik. Adik merajuk lagi. Ibu hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya.
"Along dah besar boleh lah.. Adik kecil lagi.." ujar adik.
"Okey, nanti kita tunggu adik besar dulu.."
"Mesti adik pulak yang menang.."
"Kenapa pulak??" soal Along.
"Yela, kalau adik besar, waktu tu Along dah tua, dah tak larat. Adik lebih kuat.."
Mereka sama-sama ketawa memecah kesunyian.
***
Kali ini Along rindukan ketawa itu lagi. Along sentiasa ingin mendengar suara dan ketawa adik sampai bila-bila.. Setelah lamunan demi lamunan menjengah ke dalam fikiran, Along terlena di sisi adik..
"Amar, dah subuh.." suara ibu masuk ke gegendang telinga Along. Along terjaga.
"Ibu, adik dah sedar malam tadi.." jelas Along perlahan. Ibu mengangguk.
"Pergilah solat dulu.."
Along mengangguk. Dia turun ke tingkat bawah untuk menunaikan solat Subuh. Seusai solat, Along berdoa untuk adik..
"Ya Allah, ringankanlah penderitaannya. Jikalau hidup itu lebih baik baginya, maka permudahkanlah urusannya dan berilah kekuatan kepadanya.. Namun jika mati itu lebih baik baginya, maka aku redha.. Ketentuanmu adalah yang terbaik.. Aku redha dengan segala ketentuanmu. Ameen.."
Along kembali ke tingkat atas. Dari jauh dia melihat beberapa orang jururawat berdiri di katil adiknya. Ibu pula memandang Along dengan penuh kesayuan. Air mata ibu berjuraian di pipi. Along redha. Pandangan ibu sudah cukup menjelaskan segalanya. Dia memeluk ibu erat.
"Along, kita kena redha. Allah lebih sayangkan dia.." bisik ibu perlahan. Along mengangguk faham. Sungguh ibunya merupakan wanita yang tabah dan kuat menghadapi situasi itu sedangkan dia hampir sahaja rebah dan goyah.
"Biar dia pergi dengan tenang.." ujar ibu lagi. Along menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Perasaannya ditahan. Tiada satu esakan pun kedengaran pada waktu itu. Along mahu Amir pergi dengan tenang. Selesai menyeka air mata yang masih bersisa di pipi, Along mengucup dahi mulus adiknya itu. Mata adik terpejam rapat. Kepastian sudah menjengah adik.. Semoga adik tenang menghadap Rabbul Izzati..
Sesungguhnya setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Hanya kepada Allah kita akan kembali..(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 57).
posted by Penulisan2u @ 3:16 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 6/9/09 9:30 PG, Anonymous qyqa said…

    sy rsa citer ni menyentuh kalbu..
    tapi kalu bole bt space untuk setiap perbualan baru senang nak bc..
    ok writer..truskan usaha..

     

  • At 6/9/09 9:58 PG, Anonymous maizan said…

    hm..
    sad sad..

    tersentuh bace..
    kalo tmbah perasa skit,
    mesti lg mantap..

    keep it up!!

     

  • At 6/9/09 10:37 PG, Blogger bidadari cinta said…

    sedihnya..tersentuh hati memabacanya..
    insaf di bulan pose ni..

     

  • At 6/9/09 12:50 PTG, Anonymous balkis said…

    menyentuh jiwa....

     

  • At 6/9/09 3:03 PTG, Blogger ijan naruto said…

    bagus.. ada unsur-unsur agama

     

  • At 13/9/09 11:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihhnnyyeerr.......!!!

    HARAP ley wat y lgy bg0s dr nie....insyaALLAH..
    y nie p0wn da ck0p bg0s sgt daa...
    (I_SYA92)

     

  • At 4/10/09 12:21 PTG, Anonymous ieza_87 said…

    mengingati mati itu sngt baik.. terima kasih penulis :-)

     

  • At 3/4/11 1:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kkuatan,ktabahan mnrima ujian n hubungn ert adk bradik..buat hatiku tersentuh..keep up your writing.
    ~Good Luck penulis~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group