Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku semakin resah . Sudah lebih 3 jam Syam dimasukkan ke bilik kecemasan namun belum ada doktor yang mendapatkan aku untuk menjelaskan keadaannya . Beberapa kali aku duduk bangun di kerusi yang terdapat di situ dan berjalan mundar-mandir di hadapan bilik kecemasan. Kelibat Kak Za juga masih belum kelihatan .Aku menghubunginya sebaik sahaja Syam tiba di unit kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur. Suasana di situ agak lengang .Hanya beberapa orang jururawat yang kelihatan di situ. Suasana hening itu menambahkan lagi kerisauanku . Tangan dan kakiku terasa seram sejuk .
Mataku terasa membengkak kerana tidak henti-henti menangis semenjak tadi. Aku benar-benar rasa bersalah terhadap Syam . Kerana aku, Syam menjadi mangsa keadaan. Kerana aku, nyawa Syam hampir melayang. Kalau bukan kerana aku, semua ini tidak akan menimpa Syam. Semua salah aku! Aku sudah banyak menyusahkan dia! Aku tak patut hidup di dunia ini! Buat apa hidup jika hanya untuk menyusahkan orang?! Mengapa Tuhan menemukan aku dengan Syam? Mengapa?! Aku meraung di dalam hati. Imanku terlalu rapuh untuk menerima semua ini. Hatiku benar-benar pedih kini . Jantungku seperti disentap hebat . Terlalu berat dugaan ini untuk aku tempuhi. Aku tidak sanggup kehilangan Syam. Aku menumbuk beberapa kali dinding bagi melepaskan rasa geram terhadap diri sendiri.
" Lina..," sapaan Kak Za yang tiba-tiba muncul entah dari mana mengejutkan aku. Aku terus memeluk Kak Za dan menangis teresak-esak di bahunya.
" Kak Za..maafkan Lina..Lina yang bersalah dalam hal ini..Syam yang menjadi mangsa keadaan..," aku merintih sayu. Kak Za kelihatan terpinga-pinga.
" Lina..sebenarnya apa yang berlaku? Akak tak faham..," Kak Za memegang kedua-dua belah bahuku. Dia juga turut menangis kerana terlalu terkejut dengan berita yang baru didengarinya .
" Encik Hakim..Encik Hakim upah orang pukul Syam! Sekarang Syam tak sedarkan diri kak..teruk dia kena pukul.." Aku merintih lagi. Nama Encik Hakim semakin mebuatkan hatiku membengkak. Kekejaman yang dia lakukan sampai matipun aku tidak akan maafkan!
" Ya Allah! Encik Hakim, majikan Syam ke?" Soal Kak Za inginkan kepastian. Wajahnya mempamerkan riak terkejut.
" Ye kak..," jawabku sepatah. Selebihnya aku lebih banyak melayan tangisku.
" Kenapa dia buat macam tu kat Syam. Apa salah Syam pada dia?!" Kak Za seakan tidak percaya akan kata-kataku. Tangisannya semakin kuat kedengaran.
" Panjang ceritanya kak..," buat masa ini aku seakan tiada perasaan untuk menceritakan perkara sebenarnya.
" Lina dah buat laporan polis?" soal Kak Za sambil perlahan-lahan menyeka air mata yang membasahi pipinya.
" Belum lagi kak.." mindaku kini seolah-olah tidak boleh berfikir apa-apa. Langsung tidak terfikir untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis. Aku benar-benar buntu.
" Tak apalah..biar akak saja yang buat!" Kata Kak Za berbaur geram . Aku hanya mengangguk lesu.
" Macam mana keadaan Lina?" Kak Za membelek wajahku yang sedikit terluka dan lengan kananku yang berbalut.
" Lina tak apa-apa kak..doktor rawat Lina sebagai pesakit luar je..," jawabku perlahan. Aku bernasib baik kerana aku tidak mengalami kecederaan serius.Anak dalam kandunganku juga selamat .
" Alhamdulillah..baguslah macam tu..," Kak Za tersenyum hambar .
" Maaf Cik, Cik ini ahli keluarga Encik Syam ke?" Kami berpaling serentak ke arah seorang jururawat yang tiba-tiba muncul di belakang kami.
" Ye..saya kakak Syam..," cepat Kak Za menjawab . Jantungku mula berdegup kencang . Aku takut jika jururawat itu akan menyatakan sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas Syam. Ya Allah..janganlah semua itu berlaku..
" Sila masuk ke dalam sekejap..," kata jururawat itu lembut.
" Bagaimana keadaan adik saya?" Soal Kak Za tidak sabar-sabar .
" Nanti doktor akan terangkan..banyakkan bersabar ye cik. Sila ikut saya..," mendengar kata-kata jururawat itu seolah-olah menejelaskan bahawa keadaan Syam agak kritikal . Tanpa berlengah masa aku dan Kak Za menyoroti langkah jururawat itu.
Sebaik sahaja aku masuk ke ruang dalam unit kecemasan, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku. Tubuh itu dilingkari dengan pelbagai alat-alat perubatan dan wayar-wayar yang bersimpang siur mengelilinginya . Topeng pernafasan dilekapkan pada mulutnya . Matanya terpejam rapat . Ya Allah..Syam! Langkahku terasa longlai melihat keadaan Syam. Air mata yang hampir kering kembali membasahi pipiku. Kak Za juga begitu.
" Are you Syam’s relatives?" Soalan doktor wanita India yang baru sahaja datang disambut dengan anggukan kami serentak.
" Owh..I’m Dr.Mala..," katanya sambil bersalaman dengan kami.
" Doctor..how’s he?" Pantas aku bertanya . Doktor itu menarik nafas dalam-dalam seolah-olah sedang mengumpul kekuatan untuk memberi penjelasan kepada kami.
" So far..he is in stable condition . But.., kami masih tidak pasti sama ada keadaan dia akan kekal begitu atau tak. Dari pemeriksaan yang kami buat, kami dapati dia mengalami kecederaan dalaman yang agak serius .This cause he loss a lot of blood. Menurut laporan skull X-ray dan CT scan yang kami terima pula, kami mengesahkan yang dia mengalami pendarahan kecil di dalam otak akibat retakan pada tulang tengkoraknya. *Brain stem nya pula membengkak. Itu menjadi punca utama dia tidak sedarkan diri. Dia mungkin akan sedar kembali dalam masa 2-4 minggu dari sekarang. But..if the bleeding worsen, may be he will be in *comatose condition for longer time.." terang Dr.Mala dengan panjang lebar.
" Ya Allah!" Aku menjerit kecil. Aku menutup mulut kerana terlalu terkejut mendengar keadaan Syam yang agak kritikal .Rupanya telahanku tepat sekali. Aku terduduk di situ . Badanku terasa benar-benar lemah kini .Nafasku seakan terhenti seketika.
" Doktor..tolong selamatkan adik saya. Please help him..please doctor..I beg on you..," Kak Za merintih pilu. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Duniaku seperti telah diselubungi oleh awan gelap..
" Cik bersabar banyak-banyak ye..pray to The God..We will try our best to resuscitate and recover him..We will always monitor him every 2 hours..Don’t worry much okay..," pujuk Dr.Mala dengan penuh prihatin. Bahu Kak Za ditepuk perlahan-lahan .
‘Kak Za..maafkan Lina..Linalah penyebab semua ini,’ kata-kata itu hanya mampu bergema di dalam hati, tidak terluah oleh kata-kata . Kalaulah aku mampu menghalang takdir supaya aku tidak bertemu dengan Syam, sudah pastinya Syam tidak akan mengalami penderitaan seteruk ini..Namun semuanya sudah terlambat..aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi..Takdir telah menentukan segala-galanya..
-----------------------------
Aku perlahan-lahan melangkah ke bilik ICU untuk melihat keadaan Syam. Sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada Syam aku pegang kemas .Semakin aku mendekati bilik itu, hatiku semakin sebak. Jauh di sudut hatiku mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Aku mengharapkan Syam akan cepat-cepat sedar dan pulih dari kesakitannya .Aku tidak sanggup lagi melihat Syam terlantar tidak bermaya . Aku janji pada diriku sendiri, jika Syam sedar kelak..aku akan memohon maaf darinya dan selepas ini aku akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Aku akan pergi jauh dari sini, jauh dari Syam supaya aku tidak menyeksa hidup Syam lagi .
" Fad anak mama..bangun Fad..," langkahku terhenti apabila mendengar suara seorang wanita sedang merintih hiba sebaik sahaja aku berada di hadapan bilik Syam.
" Bangun nak..jangan tinggalkan mama..," suara rintihan itu semakin kuat. Aku terkedu. Aku tersalah bilik ke? Aku perlahan-lahan menghampiri pintu bilik itu yang sedikit terbuka dan cuba mengintai di sebalik pintu. Benar..ini bilik Syam! Kelihatan seorang wanita separuh abad yang berpakaian agak elegan, ala-ala datin sedang menangis teresak-esak meratapi Syam yang sedang terbaring kaku. Keadaanya masih begitu. Di sebelah wanita itu, berdiri seorang lelaki sebaya dengan wanita itu , lengkap berkot hitam dan bertali leher seperti dari golongan korporat sedang tertunduk sayu .Apa mereka buat di sini? Siapa mereka? Aku mulai bingung.
" Fad..jangan buat mama macam ni..,bangun nak.." wanita itu masih tidak putus-putus merintih . Tubuh Syam digoncang kuat .
" Sudah la tu sayang..jangan diikutkan perasaan sangat..Sekarang ni,kita banyakkanlah berdoa pada Allah semoga anak kita cepat-cepat sedar emm..," lelaki itu yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara. Bahu wanita itu dipegang lembut .
Aku tergamam. Mulutku sedikit ternganga. Bunga dalam gengaman tanganku terlepas. Fad? Aku pernah dengar orang memanggil Syam dengan nama itu. Anak kita? Maksudnya Syam adalah anak mereka? Mama? Adakah wanita itu ibu Syam ? Persoalan demi persoalan menerjah ruang benarkku .Aku semakin bingung. Apa semua ini?! Sebelum ini Syam mengatakan yang dia anak yatim piatu. Bagaimana dia boleh punya ibu bapa pula? Siapa Syam sebenarnya? Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ni? Adakah Syam hanya menipu aku selama ini? Tidak! Katakanlah ini semua hanya ilusi! Aku memegang kedua-dua belah kepalaku cuba menghalang persoalan demi persoalan dari bermain di fikiranku. Aku kemudian pantas berlari pergi dari situ. Aku benar-benar bingung kini!
p/s : kepada sesiapa yg x faham bahasa perubatan yg sy guna, kt bawah sy sediakan maksud perkataan yang bertanda bintang :
*Brain stem : bahagian teras otak yang menjadi pusat kawalan semua sistem di dalam tubuh, contohnya sistem pernafasan, sistem kardiovaskular (jantung), sistem perkumuhan dan sebagainya.
best ar citer ni.... sian kt lina n syam.. siot pnya hakim... klu aku knal... xpasal2 ehem dia aku ptg... biar dia xder kturunan... cepat ar writer... xsabar nk thu citer strusnye...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
to writer: awak nie doktor ker?? kira canggih la bahasa perubatan awak kan...neway gud job...cepat2 upload n3 baru yer..