Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memandang Deeyana, Madihah, Azra, Ain kemudian Hani dengan pandangan silih berganti. Masing-masing mengelamun dipagi hening yang bening, tidak lain hanyalah merangka-rangka rancangan untuk fly lagi pada cuti hujung minggu yang membosankan. "Kita mintak warden sign dulula... kalau kena tangkap, naya kau tau," Madihah bersuara. eleh dia, macam tak biasa je...yang lain memandang Madihah dengan pandangan yang membawa maksud nak mampos???
"Banyak kau punya warden, nanti yang menyorok belakang pintu kau jugak, yang penakut tahap maut kau jugak," sela Ain. Hani tersengih, mulutnya terkumat-kamit menyebut perkataan asadun, asadun, asadun . Azra mengangguk-angguk mengiakan Ain, aku cuma diam tanpa kata, kami dah kenalla dengan Madihah yang cepat cuak ni, aku tersengih seketika. "tak payah flylah," usulku. Azra mengangkat-angkat keningnya gaya Ultraman nexus gitu. Eh, Ultraman ada kening? "yelah... kita ni asal minggu tak balik je fly, asal fly je minggu tak balik, bukan pergi mana pun, saja mengada, nak langgar peraturan," sekali lagi Azra mengangguk-angguk seperti adik beradik tiri burung belatuk yang mengetuk pohonnya.
"Apa ke Brilliant idea kau Hana, mati kebosanan la kita..." jerit Madihah. kepoh betullah sahabat aku yang seorang ni. "Orang lain tu tak fly, tak mati pun," selamba aku menuturkan ayat tersebut. Madihah tersengih pendek. Deeyana yang dari tadi mendiamkan diri masih belum mengeluarkan idea-idea bijaknya. "Aku laparlah, aku pun ingat malas nak fly,kita telefon pizzalah, makan! yang paling murah tau!" akhirnya Deeyana memberi idea yang dipersetujui semua pihak, makan, makan dan makan lagi. Murah? kalau kedekut tu, kedekut jugak. ****
"Hana!" berterabur pen di atas meja Hana akibat terkena penangan kejutan maut Nisa "Kau... bagi salam dulu tak boleh ke," Hana mengurut-urut dadanya. suatu kerlingan maut dihadiahkan kepada Nisa membalas sengihan panjangnya. "yang kau ni... sehari tak mengelamun, mati ke?" kini giliran Hana menghadiahkan senyuman ikhlasnya buat Nisa. pen yang bersepah-sepah tadi dikutip satu persatu, elok-elok tak ada kerja, dah... dapat kerja tak bergaji kena kutip pen. "itu kan cara istirehat luar biasa aku, yang kau tak biasa ni kenapa?" Nisa memaperkan memek muka bosan. sikit pun tak nak tolong aku, tolong memang tolong, tolong tengok. aku pun satu, yang bawak pen banyak sangat ni kenapa? gaya nak guna semua je...
"Kau mengelamun apa tadi?" Hana menoleh ke arah Nisa. eh, suka hati akulah... busybody punya sahabat. tak apa, busybody tandanya sayang. "zaman sekolah dululah..." Hana membalas acuh tak acuh sahaja. suasana taman pada petang itu seperti biasa. terdapat mahasiswa yang mengulangkaji seperti Hana. Aku ulangkaji ke? apa-apalah...yang dating pun ramai. ish3 Hana menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kau ni kenapa?" Jerkah Nisa lagi, Hana menjegilkan matanya. Sudah-sudahlah tu sahabat....
"i tak taula sayang... i rasa i malas nak sambung belajar lagi, penatlah macam ni, hari-hari kuliah, i bosanlah," suara perempuan yang melintasi Hana dan Nisa menarik perhatian mereka. serentak mereka bertukar-tukar pandangan. sebaik sahaja pasangan tersebut berada agak jauh dari pandangan. pecah tawa mereka. "heeeiii.. getik aku menengoknya... kahwin jela senang, i taknak belajarla," Nisa melakonkan semula aksi wanita tadi. Hana hanya tertawa melihatnya. "wei...ngumpat je kau ni, kurang pahala aku petang-petang macam nie..." apa-apalah...
"Malam ni teman aku pergi bandar Han, kita beli baju raya," terjegil mata Hana mendengar cadangan Nisa, Mak oit...kemaruk raya ke sahabat! "kau ni kenapa? ni baru bulan satu kau dah nak beli baju raya, sem pun belum mula lagi bang!" Hah sudah... Nisa buat muka kesian, mata bundar coklat yang dianugerahi Allah tersebut mampu membuat kaum Adam mencair turut mencairkan aku, sahabatnya... "yelah...belanja aku makan sekali," nisa mengangguk-angguk. Belanja aku makan? yelah tu...kedekut tahap ibu segala cipan pompuan sorang nie...
************
Kesengalan yang menyerang diri bagai tidak jemu menjengah dikala ini. Hei Nisa nie... boleh dia jumpa dengan teman lama dia, sampai lupa aku si teman baru, Hampeh punya sahabat, takpe-takpe aku bagi can, dalam bilik nanti aku kasi lecturer sama dia, dah borak tak ingat aku,jangankan aku, dunia, alam, baju raya, nak belanja aku tadi mau dia nak ingat? biarlah sahabat sejati lama teman baik serapat dia dulula kot... "Nisa, aku pergi makan kat kedai Addin tu dulu, kau boraklah," kataku perlahan, penuh sopan depan si bakal teman baru aku.... Nisa mengangguk-angguk mengiakan kata-kataku. entah dengar, entah tidaklah dirimu wahai sahabat. suasana Mid Valley yang sudah gelap di luar tetapi masih terang dan ramai di dalam tidak langsung menarik perhatianku, yang penting sebelum jarum jam menunjukkan pukul sebelas malam, Nisa harus segera menghentikan sebarang bentuk perbualannya. tak pasal-pasal kena lecturer free dengan PakMat, takpun tidur luarlah kita...
Aku tukar fikiran, tak nak pergi kedai Addin, nak pergi jalan-jalan. Bukan selalu aku keluar, asik terperap dengan buku je... tak elok untuk kesihatan. asal aku jalan je, ada mata yang memandang. cun sangat ke aku ni??? bolehla tahan... aiseh, siap senyum-senyum. cover...cover... ni yang seronok jalan seorang diri nih... boleh berangan tak menghala. Lumrahlah kan... pelik, selalu tak seramai ni yang minat dengan aku, ada pun sikit-sikit jelar... aku cun lebih ke hari ni? sesuatu yang aku terfikir yang tak nak pun difikirkan aku, telah terfikir olehku, huh! aku periksa baju, kasut, seluar, handbag, eh bila aku ada handbag? aku kan tak nak jadi mangsa ragut. Perfect! tak ada koyak. Lantakla... peduli hapa dengan pandangan orang! Hampir gugur jantung aku apabila aku berpusing kebelakang...pergh Patutlah....
"Hello... what are you doing at my back sir?" soalku. Mak ai... speaking aku dibuatnya... iyelah,manalah aku tau dia bangsa apa disebalik muka yang dah berwarna-warni tersebut. mana tau orang putih ke, manalah tau.... Hish, patut ramai senyum bila pandang aku, Ops... correction. Bukan pandang aku, pandang Mr.Badut belakang aku. tapi... aku rasa Mr.Badut ni memang tak faham bahasa. sudahlah tak jawab soalan aku tadi. aku berjalan, dia ikut berjalan, aku berhenti dia turut berhenti. aku bongkok menilik barang. dia turut bongkok. adakah ini sebahagian kerjaya seorang badut? menganggu ketenteraman awam? eh, ketenteraman aku seorang..." Hello Mr. Badut, kerja awak layan budak ke layan saya?" aku test berbicara dengan bahasa melayu. kot bahasa Inggeris tadi tak faham. tapi kalau dia jawa? argh... melalut. Mr.badut hanya tersengih panjang. kotla sengih... Badut kan memang 24 jam tersengih gitu. tangannya tergawang-gawang mencipta bahasa isyarat yang hanya dia mampu memahami. Lawak argh kau badut... aku sengih, nama pun badut. akhirnya Mr.Badut mencoret sesuatu di atas kertas apabila melihat kebluurran aku dengan bahasa isyaratnya.
\'waktu kerja dah habis\' aku mengangguk-angguk. dalam hatiku terbit rasa simpati ke atas Mr.Badut yang tak mampu bersuara. aku terbitkan rasa syukur dalam hati atas kesempurnaan diri. selalu bisu, pekak, dia bisu yang tak pekak kot.... Jam menunjukkan pukul 9.45 minit malam, Nisa ni... selagi mid ni tak tutup, takde dia call aku nak ajak aku balik. boraklah kau sampai pagi. aku tinggalkan jugak karang. Aku memandang Mr.Badut disebelahku. tangannya lurus di sisi. seperti laksmana yang siap sedia untuk menerima arahan. aku senyum ke arah Mr.Badut, dia membalasnya.... kot... manalah aku tau, make up dia tebal. "saya nak minum-minum kat Addin Cafe, awak nak ikut?" soalku. erk? aku ibarat tersedar dari mimpi. yang aku ajak badut ni buat apa. sah kena bahan dengan Nisa kalau dia nampak. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? tak sampai hati aku nak tarik balik bila Mr. Badut dah mengangguk-anggukkan kepala dengan senyumannya yang lebar sambil menepuk- nepuk kedua-dua belah tangan persis kanak-kanak mendapat belon. entah apa dia suka sangat pun aku tak tau. nak masuk list senarai peminat aku ke badut??? eceh... sinar perasan kembali menyemarak dalam diri. maybe Mr.Badut ni masih budak kot, cuma... terlebih tinggi a.k.a terlebih hormon estrogen. aku membuat andaian sendiri.
secawan kopi ku hirup perlahan, Mr.Badut juga menyedut fresh orangenya, eleh... pakai straw, takut makeup calarlah tu...aku merenung wajah Mr.Badut, lama... aku tak takut nak tenung dia, sebab aku tau yang aku tenung tu bukan dia pun, cat yang warna warni tu je, tiba-tiba hatiku melonjak-lonjak ingin mengenali Mr.Badut dengan lebih dekat. pergh... aku gila! cinta pandang pertama dengan badut. uit... gila, dia budak kecikla Hana.
"kerja full time ke part time dik?" wajar aku mengenakannya dengan gelaran tersebut. dari segi tingkahnya aku kelihatan lebih matang. yela tu....Mr.Badut kelihatan mengerutkan dahinya sebaik sahaja ayat \'dik\' terpacul dari mulutku. macam tau-tau je dia kerut dahi. aku agak jela.... "Woi Hana! jom balik," suara tersebut... sekali lagi mengejutkanku. rasa macam nak cekik-cekik kau sekarang Nisa! aku tersenyum ke arah Mr.Badut. memalingkan wajahku menghadap Nisa sebelum..."eh...badut, ow Hana... kau dating dengan badut ye sekarang. walamak! tak ajak pulak..."
"okay Nisa, nanti pukul sebelas tak dapat masuk............" aku memotong percakapan Nisa sebelum dia menjadi over reacting . Aku melambai ke arah Mr.Badut dengan harapan dapat bertemu lagi. hehe... kenal pun tidak. Mr. Badut membalas lambaianku sambil melakukan gaya ala- ala thank you . Aku ketawa kecil. sah aku kena rasuk hantu hari ni... penangan hantu mid valley.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hah?? badut?? hihi..kelakar la..smbung!!