Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"ATTENTION please!" Sembilan kepala serentak menoleh ke arah Syazana yang baru menjengukkan muka di ruang tamu. Suasana yang bising terus jadi sepi. Volume tv direndahkan.
"Apsal ni?" Soal Darius pelik.
Syazana tidak terus jawab sebaliknya dia tarik senyum lebar. Pipi pun dah nampak kembang semacam je.
"Weyh kau buat iklan susu ke? Sorry langsung tak sesuai." Selamba Fiqri mengkritik.
"Weyh muka aku ni muka market tau. Model pun layak. Kau pe tau?"
Adif mencebik. "Muka market jual ikan aku setuju." Satu ruang tamu bergema dengan gelak ketawa penghuni di situ.
"Hak alorrh… Dengki ar tu coz aku lawa. Huh!" Nada riak dah keluar tu. Syazana hadiahkan Adif satu jelingan tajam.
"Kau jangan riak Syaza. Karang Allah tarik balik kurniaan Dia kat kau baru kau tau." Nasihat Darius jujur.
"Weyh aku tak riak pun la. Korang yang salah faham."
"Dah dah… Balik pada topik asal.Actually kau nak announce pe?" Qistina yang berada disebelah Amira mencelah.
"Haaa…." Sengih lagi lebar. "Next week… My beloved brother nak balik. Yeyehh…" Lompat kijang dah menampakkan diri.
"Gila buruk dia lompat macam tu. Dah macam beruk pun ada jugak." Bisik Fiqri perlahan pada Adif.
"Cuba kau bisik kat dia sendiri." Adif balas dengan nada yang sama.
"Heeee…" Fiqri geleng laju sambil tayang sengih. "Tak terluah."
"Yeke?"Encik Nazri pandang Syazana. Gadis itu terangguk-angguk.
"Wahh bestnya dapat kumpul ramai-ramai." Nadia tepuk tangan.
"Elok lah tu. Lagi riuh rendah la rumah ni. Esok Zaril dengan Mirul pun nak datang sini." Ujar Encik Syahman.
"Hah?" Syazana yang mendengar kenyataan itu ternganga luas. Dia nak datang sini? Kampung ni? Rumah aku? Huh! Benci betul…
"Apsal Syaza?" Adif yang perasan riak Syazana berubah bertanya.
"MIRA!" Laung Syazana dari dalam bilik. Namun tiada jawapan. "Nadia!" jugak senyap. "Nabil!"
"Woi!" Sahut Nabil dari bilik sebelah.
"Sini kejap!"
"Busy ni!"
"Pause kejap la game tuh! Meh tolong aku ni!"
"Tak boleh ar. Kau keluar je la! Seanna tu tak pernah makan orang la! Tengok kau pun selera dia terbantut." Balas Nabil. Pe punya manusia pompuan ni. Kucing pun takut ke? Dengan pacat and lintah takde dia geli pulak. Siap amek main lagi.
Syazana dibilik sebelah dah bungkus badan atas katil. Sesekali lubang blanket dibuka sedikit untuk menghendap kucing betina yang tengah sedap bersantai di depan pintu bilik sambil merenungnya. Isyh kucing ni. Macam tau-tau pulak aku nak kuar. Duduk jugak depan pintu. Eeeiii geli! "Nabil!"
Lima saat kemudian Nabil muncul didepan pintu biliknya dengan muka yang MasyaAllah! Gila masam.
"Sebab kau aku kalah racing! Dengan kucing pun takut! Nampak je brutal. Huh!" Bebel Nabil tak puas hati. Seanna dicempung.
"Yang tu aku sangat suka." Katanya bersungguh-sungguh.
"Weird…" Nabil geleng kepala.
"Dah la weyh. Bawak Seanna gi jauh-jauh. Aku nak kuar cuci my skuter."
"Boleh but with one condition." Nabil dah buat muka jahat.
"Takde takde. Aku takmo buat pape kat kau. Busy ni." Bingkas Syazana sambil peluk tubuh.
"Nevermind…" Nabil menapak tiga langkah ke arah Syazana sambil tersenyum jahat. Ekor Seanna dipusing-pusing.
"Woi!" Dua tangan terangkat mengisyaratkan Nabil menghentikan langkahnya. "Hah kau nak pe?" Soalnya geram.
"Milo panas." Nabil angkat kening tiga kali.
"Pe kau ingat aku orang gaji?"
"Takpe takyah buat." Nabil melangkah lagi ke depan.
"Okay milo panas siap!" Potong Syazana sebelum dia berlari melangkah keluar dari bilik.
Nabil ketawa kuat. Bulu Seanna yang lebat dibelai. "Nasib baik Nadia bawak kau balik sini. Dapat lah aku jadi raja, Syaza jadi rakyat. Hahaha…"
"EH, Uncle Ril dengan Mirul dah sampai." Nabil berjalan menuju ke pintu bila terdengar suara orang memberi salam. Encik Syahman dan Encik Nazri ikut dari belakang. "Waalaikumussalam." Serentak mereka bertiga menjawab.
"Dapat jugak cari rumah ni ye." Encik Syahman menghulur salam.
"Alhamdulillah. Mula tu susah jugak. Pastu tanya orang-orang kampung ni. Tu yang boleh sampai ni." Ujar Encik Zaril sambil menyambut salam tuan rumah.
"Bila sampai KLIA?"
"Pagi tadi. Lebih kurang pukul sembilan pastu terus datang sini."
"Apsal kau tak call aku je? Boleh aku gi amek kau kat mana-mana." Kata Encik Nazri sambil menyalami sahabatnya itu.
"Taknak susahkan kau. Lagi pun bukan lama pun cari rumah ni. Anak dara aku mana?" Soal Encil Zaril sambil menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Amira. Rindu benar pada anak gadis tunggalnya itu.
"Dia dengan Nadia pegi rumah Qistina. Main congkak katanya tadi."
"Qistina tu sape, Nazri?"
"Member Bil dengan Syaza. Kau jangan risau la. Mira okay je." Encik Nazri tepuk bahu Encik Zaril.
"Jom masuk." Pelawa Encik Syahman.
"Mirul tolong angkat beg masuk ke dalam ye." Encik Zaril toleh pandang Amirul yang berada di belakang kereta bersama Nabil. Riuh rendah dua remaja lelaki itu berborak.
"Okay pa." Balas anak lelakinya itu sebelum mereka hilang ke dalam rumah.
"Bape lama cuti? Stay kat sini lama sikit. Kitorang pun tengah school holiday ni." Nabil senyum lebar. Bahu Amirul ditumbuk perlahan.
"Lama jugak aku cuti before masuk sem baru. Pasal stay lama tu kau kena tanya big bos la. Lagipun kitorang sibuk nak pindah rumah baru, nak daftar adik aku kat sekolah an so on la." Bagasi besar diangkat keluar dari belakang kereta.
"Rilex ar. School holiday 2 weeks. Sempat la nextweek balik KL daftar Mira tu."
"Tengok la macam mana. Bil, bunyi air pe tu?" Soal Amirul pelik bila telinganya menangkap bunyi simbahan air dari belakang banglo.
"Syaza tengah cuci skuter kat belakang. Pompuan tu kalau cuci skuter macam cuci kontena je bunyi airnya. Jom masuk. Meh sini beg aku bawak masuk dalam." Nabil tarik bagasi menuju ke arah pintu.
"Kau masuk dulu. Aku nak tengok keliling banglo ni kejap."
"Okay."Selepas tujuh saat Nabil menghilang ke dalam rumah.
Amirul tanpa membuang masa terus menuju ke belakang rumah. Entah kenapa dia rasa rindu sangat nak tengok wajah Syazana. Serius tak tipu time dia kat UK selalu je dia teringat gadis ala tomboi itu. Selalu jugak incident pergaduhan dia dengan Syazana main wayang kat kepala. Dan disebabkan rindu yang teramat sangat, tu sebab lah dia telefon Amira mintak cakap dengan Syazana. Bila dah dengar suara walaupun garang macam alligator, hilang jugak rindu. Hati terus rasa lapang. Semangat nak balik Malaysia berkobar-kobar.
Sampai di liku kiri tepi banglo, telinga Amirul sudah menangkap suara Syazana yang sedang mendendangkan lagu yang dia sendiri pun tak tau tajuk apa. Lagu baru ke? Tak pernah dengar pun.
"…dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila…kau bersama yang lain…. Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta…yang masih bersemadi untukmu…dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu…kau juga…"
"Sedap suara."
"Papa!!" Zapp! Amirul yang asalnya kering dalam sekelip mata jadi basah. Syazana gosok dada. Semangatnya terbang tetiba bila disergah. Punya la terkezut ya amat. "Awak…" Syazana telan liur. Sumpah aku tak sengaja. "So…sorry…"
Amirul tak terus manjawab. Dia tunduk memandang badannya yang sudah lencun disimbah oleh Syazana. Kemudian Amirul angkat mata pandang tepat pada mata Syazana yang masih kaku ditempatnya. "Memang macam ni ke cara orang kampung ni sambut tetamu?" Seayat dia menyoal.
Syazana gigit lidah. Tak tau nak cakap apa. "Tak sengaja." Terluah jugak.
"Ya Allah!" Syazana dan Amirul toleh kanan serentak. Nabil tengah tayang muka terkejut. "Kau terjun alur ke, Mirul?" tangan meraba baju Amirul yang sangat lencun itu.
"Kau ada nampak aku terjun ke?" Soalan dibalas soalan.
Nabil menggeleng laju. "Habis tu?" Matanya melirik ke arah Syazana. "Jangan cakap Syaza yang buat." Sambungnya bila mata terpandang baldi yang ditangan sepupunya itu.
"Dah tu sape lagi?" Amirul tayang muka selamba.
"Syaza, apsal kau ni? Orang jauh datang rumah kau sambut macam ni pulak. Sape ajar?" Bebel Nabil.
"Tak sengaja la. Aku terkejut. Yela, tengah sedap-sedap singing, tup tup dia datang without salam. So, ni la yang dia dapat." Jawab Syazana tenang. Rasa bersalah dah jauh terbang.
"Kau nyanyi lagu apa?"
"Yuna, Dan Sebenarnya…" Balas Syazana bersahaja.
"Erk? Mirul dengar kau singing?" Nabil tepuk dahi. "Apsal kau selalu sangat tunjukkan kelemahan diri kat orang? Buat malu aku je. Dah tau suara tu langsung takde gaya artis lagi mau tayang. Kalau Yuna dengar aku berani jamin dia mesti nangis teresak-esak dengar kau bawak lagu dia. Adeh…" Sambung lelaki itu lagi sambil tergeleng-geleng. Amirul kat sebelah dah kulum senyum.
Syazana ternganga seketika sebelum mukanya bertukar bengis. "Kau betul-betul buat aku rasa cam nak cabut semua gigi geraham kau!" Penumbuk dah dikepal.
Nabil cepat-cepat sengih sambil menyusun 10 jari. "Ampun. Takde niat nak kritik kau secara langsung cam ni."
"Ceit." Syazana menjuih bibir. Bajet macam aku tak kenal perangai kau. Huh…
"Kesian kau kan Mirul. Pakai handsome, smart cam ni tup tup takde hujan… lencun jugak." Nabil toleh pada Amirul disebelahnya. "Honestly, aku rasa kelakar tengok kau like this." Habis ayat je terus Nabil ketawa. Memang lucu betul rupa Amirul time tu. Dengan buih sabun penuh kat atas kepala. Di top up pulak muka yang cemberut tu, cukup membuatkan Nabil ketawa kuat.
Amirul mendengus. "Semua sebab cousin kau ni la." Syazana dipandang dengan rasa tak puas hati.
"Punca dari sape?" Balas Syazana pantas.
"Awak tu yang lemah semangat sangat." Amirul mencelah.
"Ey eh… Awak yang masuk line tetiba. Not my fault okay!" Tegas gadis itu sambil peluk tubuh.
"Jom masuk Mirul. Tukar baju. Minah ni kalau salah liat sungguh nak mengaku." Nabil mendengus kesal dengan sikap sepupunya yang satu itu. Keras kepala. Degil. Hati batu. And so on la….
"Weyh… Kau pekak ke apa? Aku dah cakap aku tak sengaja kan? So, bukan salah aku." Syazana terus membela diri.
"Whatever la. Gerak Mirul." Nabil dan Amirul menoleh mengatur langkah meninggalkan Syazana. "You girl, masuk dalam buat air." Sempat Nabil memberi arahan.
"Taknak. Aku nak cuci skuter." Bantah Syazana.
"Mama yang suruh."
"Bila masa? Tak dengar mama panggil aku pun."
"Kakak!" Syazana tersentak bila mendengar suara Puan Najihah.
Nabil toleh ke belakang sambil angkat kening tiga kali. " See? Kan dah cakap…" senyuman jahat terpamer.
Isyh! Syazana hentak kaki. "Ye mama!" Dengan langkah yang malas dia mengekor Amirul dan Nabil berjalan masuk ke dalam rumah. Malas! Malas! Malas! Hanya perkataan itulah yang berpusing di dalam kepala hotaknya.
************************* Salam... sory lmbat upload... tq 4 u all pnya comments... slmat mmbaca...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lamenye nk tggu cte nie..
da r best gler..
pape pun gud luck..
arap n3 y akn dtg x mgmbil mse y lme..
~sya~