Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku meneliti satu demi satu gambar-gambar yang melakar kenangan bersama mereka.Indah, ya Allah... Aku masih ingat bagaimana kami sepakat setelah siap segala urusan pagi, subuh telah terlaksana dan sarapan sudah disantap, kaki akan melangkah mengelilingi institut yang diwarnai kehijauan yang indah...Dan disitu, kami merapatkan ukhwah yang terjalin entah baru seusia bunga-bunga semarak api yang memerah di sepanjang jalanan kembara kami itu...
"Indahkan pagi hari?" aku membiarkan cuma suara yang bertanya tanpa balas kerana aku sekarang berada di depan jemaah(tidak tahu kepada siapa tujunya soalan itu), tidak pula punya emosi untuk bersenda gurau bersama mereka, membait tawa tatkala unsur humor membangkit. "Indahkan pagi hari, Alim?". Nah, aku tidak lagi bisa menolak. Penegasan menuntut jawapan. Dan Jannah nyata mendambakan jawapan dari tadi lagi
"Ya la, Jannah. Cantik dan harum".
"Harum?" Jannah pelik. Masakan tidak, tiada bauan yang sedang berlegar diudara yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang harum.
"Ya, harum...udara di sini harum walau tak berbau. Aku dapat merasai bezanya ia bila mana segala manusia mula menghirupnya di petang hari kelak...Aku syukur sebab diberikan nikmat ini sebagai motivasi penggerak di pagi hari" Aku menghujahkan. Aku ketawa sendiri, apakah Mohamad Jannah memahami puitisku? Sedang aku secara spontan cuma menyusunnya keluar dari bibir...Logiknya, bau itukan subjektif? Maka aku tidak rasa bersalah untuk menyatakan udara itu berbau harum.
Ku lihat Jannah diam cuma. Mungkin memikirkan kata-kataku atau mungkin kerana tiada yang bisa dikata lagi, kerana aku menjawab penuh serius, tidak seperti selalu yang penuh jenaka dalam perkataanku. Entahlah, mungkin masih pagi untuk aku menyuntik emosi lucu dan bersahaja dalam diri.Aku diburu rasa bersalah lantas memutar badan dan menghadapnya, senyum dan menatap, "Taklah, harum sebab kau pakai minyak atar kuat sangatlah, Jannah!"
"Eh, kau tipulah, Alim..Akulah yang pakai minyak atar separuh botol!" Nazmi menyampuk, menyokong jenaka aku agar ia hidup. Siapa pun tahu, betapa janggalnya tindakan aku itu. Dan Nazmi berjaya, satu jemaah itu diriangkan dengan tawa dan wajah ceria. Aku juga mula menjadi Alim yang biasa, normal dengan telatah lucu. Keadaan tidak seperti tadi lagi, aku mula bergaul rapat dengan mereka dan sebati sehingga kembara kecil itu habis...
*************
Jannah. Sinar itu suram. Lebih suram dari lorong-lorong di waktu malam. Aku malah menolak terus untuk menganggap dia sebagai seorang sahabat, lantas ku hanya biarkan dia sebagai kenalan yang disalami di jalanan serta digembirakan dengan senyum tatkala dia berduka. Apalagi, al-Aziz itu teman sekamarnya! Bisakah aku merapat pada dia yang begitu dekat dengan sebotol racun? Itulah perkara yang benar-benar meresahkan bila aku beriringan berjalan bersamanya...Aku takut.
Takut kalau-kalau perilaku burukku telah disampaikan al-Aziz kepadanya. Perilaku buruk? Ya, perilaku buruk. Apa-apa yang tidak elok pada mata seseorang, hatta menegur kelakuan pincangnya, bukankah perilaku buruk? Dan aku mengaku seadanya, aku bukan insan sempurna agama dan akhlak, dan untuk itulah aku mencari tiang untuk bertaut...Dan kini, atas kekuasaan Yang Maha Menemukan, aku berada sejalan dengan Jannah..Dan sinarnya semakin cerah dan cerah, walau Abu Umar pada masa itu, lebih aku perhatikan perilakunya..Tidak salah bukan untuk mempunyai dua tali yang mengheret ke jalan menuju syurga?
Jannah menghulur tangannya untuk disambut. Tangan yang mendambakan aku menganggapnya seorang teman baik. Tetapi mungkin itu pada mata aku cuma, tetapi tangan Jannah sedang menghulur. Perlukah aku menepis tangan seorang yang sangat unggul keperibadiannya sedang aku sangat memerlukan seorang seperti itu dalam perjalanan aku mengenal Islam.
Jannah tidak kalah kealimannya berbanding Abu Umar dan ada riak sahabat yang prihatin pada wajahnya. Aku masih ingat pesan kekasihMu, apabila ada tangan yang menghulur, maka sambutlah... Lantas aku sambut ia dan ku layan Jannah seperti seorang saudara kandung, bersenda gurau seperti antara kami begitu rapat dan tiada hijab. Aku mengharap dia melentur keislamanku, sekurang-kurangnya seperti dia...Alhamdulillah wal insyaallah.
*************
Aku hilang arah tatkala Abu Umar seperti membelakangkan aku...Hilang punca. Air mata menitis tidak tentu tempat. Sejarah mengulang dan aku kepiluan. Aku bertekad memutuskan segala ikatan dengan mereka yang ku anggap teman dan sahabat lalu menghadapkan wajah ke kiblat, merintih sayu akan nasib yang melanda...Ya, termasuk Jannah. Termasuk dia yang ku pasti akan melakukan hal yang sama, dan wajib juga diputuskan talinya...
Tapi, Jannah sungguh degil, makin jauh aku berlari dia mengejar juga. Aku mengalah dan membiarkan sahaja dia beriringan denganku. Namun pandanganku tidak kepadanya. Hulurannya ku sambut cuma, tidak ku genggam. Ku biar Jannah sendiri yang mengeratkan tautannya. Biarlah, andai dia ingin bersahabat, maka teruskan. Dan aku merelakan jika tangannya melurut pergi. Aku cuma senyum dan menyalami dia, sehingga aku rasa kezaliman yang teramat, memperlakukan seorang sahabat seperti itu. Lalu ku genggam jua tangannya...
************
Tidak lama, Jannah pergi begitu sahaja, meninggalkan aku sayu, berdiri sendiri di belakang, dalam gelap malam...Dia juga pergi, pergi seperti Abu Umar. Pergi dengan cahaya yang menerangiku, dia menjauhkan diri. Dosa apa pada aku, sehingga seperti wajib bagi mereka yang seperti ini berlalu meninggalkan aku? Oh Allah, aku sering bercerita padaMu, agar Engkau tidak membuka pintu persahabatan dalam hidup ini jika akhirnya begini. Apakah penyusunanMu ini, wahai Allah? Aku tidak mampu menanggung perit ini kalau bukan Engkau disisiku, Allah.
Pagi itu, aku bertandan ke kamarnya, aku disambut senyum hambar dan diam begitu mesra mengejek kejanggalan suasana... Aku berlalu, memberi ruang Jannah yang mungkin sedang sibuk mengemas biliknya untuk pulang ke kampung halaman. Mujur Al-Aziz sudah lama pulang, dan aku tidak perlu menatap pincang padanya.
Aku kembali, dengan harapan kemesraan dan kemudian pulang dengan kehampaan... Aku sekali lagi mendatangi agar ada tawa nanti, tapi pulang diiringi diam...Jannah sibuk... Aku menangis sendiri, aku kehampaan sendiri dan aku melepaskan Jannah pergi...Wallahualam, tirai ini pun berlabuh dan nada melankolik terasa juga walau Abu Umar lebih kuat meniup seruling berbanding Jannah...
*************
"Sedih betul cerita "Sepi" ni. Paling sedih bila lelaki tu bagi balik ikat rambut yang perempuan tu bagi masa baiki kasut lelaki tu lima puluh tahun dulu, dan lelaki tu pun dah mati...Kesian kisah hidup mereka. Sedih!" Jannah mengeluh, setelah usai dia menonton filem "Sepi" yang penuh syahdu. Aku senyum dan menilai.
"Ya, Jannah. Sedih betul. Tapi lebih sedih apabila engkau memulangkan semula kesunyian aku setelah baru beberapa hari engkau menjadi sahabatku.." Aku meluahkan, sendirian seiring dengan jatuhnya titis-titis air mata ke album gambar. Lalu aku menutup ia dan menyimpan kemas di kepala katil...Dan kepalaku, sudah selesa di bantal. Mata terpejam dan air mata masih mengalir..
"Boleh jadi apa yang engkau suka tidak elok untukmu dan boleh jadi apa yang engkau tidak suka adalah yang terbaik buatmu"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan