Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Allah, sakit itu perit. Andai Tuan menghiris daging-dagingku lalu melumatkan tulang-temulangku, cukup dengan menghayati perit ini, derita-derita fizik umpama gigit semut cuma, ya Allah... Apakah yang lebih sakit, terpinggir oleh seorang yang bergelar sahabat?
Benarlah, ya Rahman...sahabat itu madu, manis dan indah. Dia juga racun, sakit dan menyilukan. Aku tertawa sendiri mengingatkan keadaan ini. Tawa yang segan, kerana untuk kesekalian kalinya aku meratap kepadaMu. Puluhan sudah panahan sang-sang sahabat ku keluhkan kepadaMu dan puluhan jua yang bakal mengundang...Mujur alhamdulillah, Engkau Sang Sahabat yang Maha Mendengar tanpa kejemuan, akan kesedihan dan aduan hamba kerdil ini...Tapi cukup sayang, selama ini, aku buta terhadap persahabatan kita, wahai Allah, padahal dekatnya Engkau padaku adalah melampaui dekatnya nadi di leherku.
Allah, Engkau temukan dia dan dia kepadaku, dua sinar dalam detik yang sama. Pintu yang kukunci untuk tetamunya, membuka tanpa pengetahuan...Semua atas kehendakmu Allah, kunfayakun.Walhal, pada masa-masa yang terakhir ini, aku telah tawakal untuk menyudahkan kisah ini dengan nada sayu melankolik. Aku telah gagal sepenuhnya mencantinng tapak-tapak kakiku pada kanvas hati segala orang-orang yang tercinta di institut pendidikan yang kau muliakan dengan teknokrat yang mengagungkanMu. Apalagi, langkah meninggalkan itu sudah berderap tidak terkira...Dan kini,engkau menyilaukan piluku dengan dua sinar yang aku namakan sahabat...
Allah, aku telah sekali lagi melangkah ke lantai ais yang tipis, menunngu beratku sendiri menghentam pecah lantaian itu lalu melemaskan aku dalam lautan resah dan menyakitkan...Aku akur padamu, pasrah akan tuduhan sendiri bahawa aku masih keanak-anakan, seorang kecil yang gelojoh dalam menyambut tangan yang menghulur walhal dibalik onak yang kuredahi untuk menikmati kasih seorang sahabat, adalah sengsara yang teramat.
Abu Umar, satu cahaya..Keperibadian da"ie dan pendakwah masa muka jelas pada personanya..Perawakan yang membangkitkan kekaguman diri, nyatanya...Aku melarikan pandangan dari Abu Umar untuk sekian lamanya, kerana buruk sangkaku terhadap nilai keagamaannya yang kusetarakan dengan kenalan rapatnya (Mungkin sahabatnya juga) yang aku bertaut padanya dulu agar bisa membimbing aku menjadi seorang Islam yang baik. Namun, aku meleraikan tautan setelah bauan busuk menusuk hidung dan nyata dia, al-Aziz bukan sahabat untuk menyuluh jalan...
Ya, al-Aziz, juga seorang yang mendekati Allah dalam hidup, sempurna sifatya malah dikurnia satu bakat semulajadi dalam keilmuan dan fikirnya. Cuma santunnya pincang dan salahnya terlalu nyata sehingga martabat seorang pembimbing itu sudah lari darinya(Mungkin hanya pada mataku yang terlalu tinggi menilai seseorang?)...Faktanya, dia seorang baik cuma tidak sempurna pada mataku sebagai seorang sahabat yang membimbing dan mungkin Abu Umar juga sekufu lakunya kerana untuk menilai insan, wajar menilai temannya...Namun, di senja ini, Abu Umar telah merapat kepadaku dan aku juga merapat kepadanya. Mungkin ombak keadaan yang menolak antara kami, wallahualam kerana yang mentakbir takdir itu Allah cuma...
Bunga itu baru mahu kembang, tetapi angin terlebih dahulu meniup pergi kelopaknya...Benarlah Engkau Penunjuk yang Maha Mulia dan Pentadbir yang Maha Bijaksana...sang sejarah itu bertandan dan waktu itu aku menjadi watak kecil dalam persahabatan dengan Abu Umar, sekecil semut....Cemburu dan sakit,parut dulu berdarah kembali, nyata Abu Umar dan al-Aziz sangat akrab dan aku tidak bisa meruntuhkan tugu akrab antara mereka. Satu kerana bencinya aku menghadap al-Aziz dan satunya kerana masa singkat perkenalan antara aku dan Abu Umar...Lantas aku berpaling dari Abu Umar dan berlari pergi jauh-jauh. Tapi aku diikat pada Abu Umar lantas aku disentak pulang kepadanya...
Aku mengharapkan perihatin seorang sahabat namun dilempar pengabaian sehingga masa sendiri mengubati lukaku seperti selalu...Satu sinar lenyap dari hidup, tertutup satu cerita dan aku menambah satu lagi koleksi duka dalam perpustakaan hidup...Manis di awalnya namun pahit mengakhiri cerita. Ya, buah itu tidak sepenuhnya manis, dan itulah pengajaran kisah ini...
***********
"Kenapa sekarang?" Abu Umar tiba-tiba bertanya sewaktu dia dan aku sedang berkumpul sambil menelaah di surau..."Kenapa sekarang? Apa maksud kau?" Aku membalas, berpura seolah bodoh akan ini walhal berkali aku mengadu dan merintih kepadaMu akan hakikat ini..."Ya, kenapa sekarang baru kita berkawan, bertepuk-tampar begini, padahal sudah hampir 2 tahun berselisih antara kita dan aku menyalami engkau selama itu juga, kita berjemaah dalam 5 solat?" Aku ketawa sendiri tatkala Abu Umar menghuraikan persoalannya. Ingin sahaja aku menambah, menunjukkan betapa aku telah lebih jauh memikirkan kekusutan persahabatan kami... Aku sejenak diam, memikirkan jawapan terbaik untuk seorang yang sedang mendamba dariku..."Emmm..yang akhir itu lebih baik dari awal, tidak begitu?" Lantas dia mengangguk dan perbincangan itu terhenti disitu...
Sejenak tersedar, aku mengukir senyum sinis. Benar Abu Umar, yang akhir lebih baik dari yang awal...Dan engkau pengakhir kisahku yang menjadi penutup segalanya, nada melankolik dalam jiwa semakin kuat dan hati terus bergetar...Tatkala kereta bergerak laju melepasi pagar institut, pintu gerbang itu menutup sedikit demi sedikit dan hatiku telah lama tutup dari menerima mana-mana sahabat lagi...
"Allah mengujimu dengan pelbagai dugaan dalam perhubungan, agar kelak engkau hanya akan berhubung rapat dengannya"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gk bisa di copy setann !!