BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 24, 2009
Novel : Kisah Mereka 2
Nama Pena : Lada Hijau

KISAH 2 - MEREKA BERTEMU DI KL

Di ruang makan kelihatan lauk-pauk terhidang memenuhi sebuah meja. Meja makan yang boleh memuatkan lapan orang. Seorang gadis menuju ke arah meja tersebut. Air oren yang baru dibancuhnya diletakkan di sudut meja, bersebelahan gelas-gelas yang telah disusun rapi. Sesekali dia memanjangkan lehernya. Matanya tidak henti-henti memandang ke luar tingkap. Dia menuju ke dapur semula. Seminit kemudian dia muncul semula membawa tudung saji. Lauk-pauk yang terhidang tadi ditutupnya dengan tudung saji tersebut.

Matanya mengerling ke arah jam dinding di ruang makan. Jarumnya menunjukkan pukul lapan empat puluh lima minit malam. Hatinya mula risau. Kenapa ayahnya tak sampai-sampai lagi? Semalam ayahnya bertolak ke kampung untuk menjemput anak-anak Mak Usunya. Puas Oly memujuk supaya dapat ikut sama tetapi tidak dibenarkan. Sebaliknya dia disuruh menjaga restoran. Hari ini restoran ditutup awal setelah mendapat keizinan daripada ayahnya semalam. Alasannya untuk menyediakan makan malam bagi menyambut kehadiran dua orang sepupunya itu. Namun, sehingga kini mereka masih belum muncul-muncul. Ini yang membuatkan Oly tidak senang duduk.

"Cuba telefon ayah lagi Adib. Kakak risaulah." Perintah Oly sebaik saja dia muncul di ruang tamu. "Dah telefon, tapi tak dapat. Bateri habis agaknya," jawab Adib yang sedang meniarap di ruang tamu. Matanya tidak berganjak dari kaca televisyen. Oly menuju ke muka pintu, menjengah-jengahkan kepalanya. "Kau tak risau ke Dib?" Tanya Oly bila melihatkan adiknya leka menonton. "Nak risau apa?" Mata Adib masih ketat pada rancangan yang ditontonnya.

"Dah dekat pukul sembilan. Mereka tak sampai-sampai pun." Oly menghenyakkan punggungnya di atas sofa. "Alah, Kedah ngan KL kan jauh. Sekejap lagi sampailah tu. Akak ni risau sangatlah." Adib mula merasakan tontonannya diganggu oleh kerisauan kakaknya. Dia membetulkan kedudukan badannya. Kali ini dia mengiring ke sebelah kiri sambil tangan kanan menongkat kepala.

"Akak tahulah. Tengah hari tadi akak telefon ayah. Dia kata mereka akan sampai dalam pukul tujuh. Sekarang dah nak pukul sembilan." Oly cuba menerangkan punca kerisauannya. "Kak oii… ni KL. Mungkin ayah lambat sebab jammed. Kita tunggu jelah." Adib mengagak. Oly masih tidak senang dengan jawapan adiknya. "Azam mana?" Dia cuba mengalihkan kerisauannya dengan bertanya tentang abangnya pula.

Laa… Abang Azam dah pulak. Adib merungut di dalam hati. "Dia ada kat bilik belakang tu. Tengah kemas untuk tetamu kita." Walaupun rasa terganggu, Adib menjawab juga pertanyaan kakaknya. "Kamu tak tolong?" Oly tidak henti menyoal. Argh, tolonglah. Aku nak tengok TV ni. Tolonglah berhenti menyoal kak oii! Jerit Adib dalam hati.

TIT! TIT!

Bunyi hon menyentakkan mereka dua-beradik. Sejurus pintu pagar terbuka, Pak Harun memandu masuk. Enjin dimatikan sebaik saja kenderaan pacuan empat rodanya masuk ke dalam garaj yang muat untuk dua buah kereta.

"Assalammualaikum!" Pak Harun memberi salam sebaik saja tiba di muka pintu. "Waalaikummussalam. Ayah lambat! Ayah buat kami risau je." Oly meluahkan kerisauannya sambil menyambut beg pakaian dari tangan Pak Harun. "Kak Oly ni yang risau tak tentu pasal." Adib mengadu sambil bersalaman dengan kedua-dua sepupunya. Pak Harun tersenyum melihatkan telatah anak-anaknya.

"Jalan jammed. Ada lori terbalik dekat lebuhraya Karak tadi. Ayah nak telefon, tapi bateri pulak habis." Pak Harun menerangkan sebab kelewatannya. "Mari Pak Long kenalkan. Inilah anak-anak Pak Long, Suhaili dan Suhaidib. Suhaili tengah tunggu jawapan bagi permohonannya untuk sambung belajar di luar negara dalam bidang perundangan. Adib pula masih belajar dalam tingkatan empat. PMR lepas dia dapat 7A je. Itupun sebab kena paksa belajar. Pemalas sikit budak ni." Pak Harun memperkenalkan anak-anaknya kepada Fizi dan Yan. Senyuman kelat terukir di wajah Fizi. Terasa rendah sungguh dirinya kalau hendak dibandingkan dengan kedua-dua sepupunya itu.

Oly menghulurkan salam perkenalan. "Hmm ... mana satu Hasfizi, mana satu Sufiyan ni?" Oly cuba meneka. Walaupun mereka sepupu tetapi mereka tidak pernah bersua muka. Kalau tidak kerana ayahnya mencari pekerja, tentu sampai bila-bila mereka tidak akan mengenali antara satu-sama lain. Semua adalah gara-gara keputusan ayahnya membawa mereka adik-beradik berpindah ke luar negara 14 tahun dulu.

Sejak mendapat peluang pekerjaan di Jerman, Pak Harun dan keluarganya tidak pernah pulang ke Malaysia lagi. Kesedihan yang ditanggungnya selepas kematian isteri membuatkan dia meninggalkan tanah air untuk memulakan hidup baru bersama anak-anaknya. Sehinggalah di hari persaraan, hatinya tiba-tiba tergerak untuk pulang. Pusara isterinya yang telah lama ditinggalkan mula dirinduinya. Kini sudah hampir setahun enam bulan dia dan anak-anak menetap di Kuala Lumpur.

"Saya Fizi dan yang ini Yan. Tak sangka saya ada sepupu secantik awak." Fizi cuba beramah-mesra. Yan hanya menjeling. Malas hendak dilayan perangai abangnya yang tidak pernah berubah itu. "Ish, mana ada... biasa je." Oly merendah diri. Adib mencebikkan bibir. Perasanlah tu. Dia mengejek kakaknya di dalam hati. "Hmm... kamu berdua mesti belum makan lagi. Oly dah sediakan makan malam tau. Marilah," pelawa Oly. "Rajinnya, tapi Fizi nak mandi dululah sebelum makan. Bila badan dah segar baru selera makan bertambah." Fizi meminta keizinan.

"Betul tu. Ayahpun nak pergi mandi dulu. Adib, tunjukkan bilik mereka. Lepas mandi nanti bolehlah kita semua makan." Pak Harun menuju ke biliknya. Azam yang baru muncul melemparkan senyuman dan menghulurkan salamnya kepada Fizi dan Yan.

Deraian ketawa memecah ruang makan rumah Pak Harun. Fizi memang cepat menyesuaikan diri. Kisah-kisah lucunya di kampung mencuit hati mereka semua yang sedang menjamu selera. Yan seperti biasa mendiamkan diri. Membiarkan saja gelagat abangnya itu. Baginya juadah makan malam yang sedang dinikmatinya itu lebih menarik perhatian.

"Besar rumah Pak Long ni." Fizi memuji rumah Pak Longnya sebaik saja hilai tawa mereka reda. "Biasa-biasa saja Fizi. Cukuplah untuk kami tinggal anak-beranak. Rumah kamu di kampung pun besar juga." Pak Harun menyuap nasi ke mulutnya sebaik saja habis bercakap. "Tapi rumah papan je." Fizi mengeluh sambil menggaul-gaul nasinya. "Tak baik cakap macam tu Fizi. Sekurang-kurangnya kau ada rumah. Ada keluarga sendiri." Azam menegur. Tidak setuju dengan keluhan Fizi.

Fizi kehairanan. Kenapa Azam berkata begitu? Betul apa. Kalau nak dibandingkan, mereka jauh lebih mewah. Orang tak pernah rasa susah, senanglah cakap. Sindir Fizi dalam hati. "Betul tu Fizi. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada." Pak Harun mula bersuara apabila keadaan di ruang makan itu mula sunyi.

"Maaflah kalau kau terasa Fizi.". Dari riak wajah, Azam tahu yang Fizi terasa dengan kata-katanya tadi. "Antara kau dan aku, kau jauh lebih beruntung. Aku cuma menumpang kasih. Membesar atas nama keluarga orang lain tanpa mengetahui asal-usul diri sendiri." Azam menyambung kata-katanya. Dahi Fizi berkerut kehairanan sebaik mendengarkan kata-kata Azam.

"Abang... kitakan kembar tak sebulan." Oly memegang tangan Azam yang duduk di hadapannya. Dia seakan-akan menenangkan Azam sambil memberi isyarat agar memberi muka kepada tetamu baru mereka itu. Kepala Fizi mula diselubungi dengan seribu satu pertanyaan. Apa yang Azam cuba hendak sampaikan pada aku? Apa maksud kembar tak sebulan pula? Macam mana tu? Yang aku pernah dengar kembar tak seiras atau kembar siam je. Ish, tinggi betul pendidikan orang-orang dalam rumah ni. Banyak jenis kembar yang aku tak tahu rupanya. Fizi terus bingung. Satu demi satu persoalan terus menyelubungi fikirannya. Siapa Azam sebenarnya?

"Boleh saya masuk?" Fizi menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Azam. Pintu bilik yang dibiarkan terbuka itu tidak menghalang Fizi bertindak demikian. Azam yang sedikit terkejut hanya tersenyum. Dia sekadar mengangguk tanda mengizinkan Fizi masuk ke biliknya.

"Pandai kau hias bilik. Kemas." Fizi memulakan bicara sebaik duduk di hujung katil. Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik tersebut. Keadaan katil, perabot serta buku-buku yang tersusun rapi menyakinkan Fizi bahawa Azam sememangnya seorang yang pembersih. "Adib beritahu, kau yang kemaskan bilik kami. Terima kasih." Fizi menyambung kata-katanya. "Perkara kecil saja." Azam yang sedang duduk menghadap komputer membetulkan kedudukannya agar mudah untuk dia memandang Fizi. "Yan mana?" Azam cuba beramah. "Dah tidur." Fikiran Fizi masih tertanya-tanya apakah maksud kembar tak sebulan yang disebut Oly tadi. "Err... kau dan Oly kembar ya?"

Azam tergelak besar dengan pertanyaan Fizi. "Kembar tak sebulan." Ish, kembar tak sebulan lagi. Jawablah betul-betul! Fizi melepaskan geramnya di dalam hati. "Aku bukan anak kandung ayah." Azam berterus-terang sebaik menyedari gelakannya tidak disambut Fizi. Anak angkat? Patutlah muka tak serupa. Tapi apa maksud kembar tak sebulan tu? Fizi tak sabar nak tahu.

Azam memandang ke arah tingkap biliknya yang terbuka sebelum memulakan cerita. "Masa tu aku baru berusia dua hari. Dibuang darah daging sendiri. Dimasukkan dalam beg pakaian dan ditinggalkan kat bawah jambatan. Polis tempatkan aku di rumah kebajikan. Pekerja di rumah kebajikan yang menamakan aku Azam. Azam bin Abdullah. Kononnya semangat aku untuk terus hidup kuat walaupun diperlakukan sedemikian rupa. Genap umur aku sebulan, aku diambil sebagai anak angkat." Azam menarik nafas menahan sebak.

Hebat jugak dugaan hidup budak ni. Bisik hati Fizi.

"Tiga tahun ayah dan ibu berkahwin, tapi masih gagal mendapatkan zuriat. Ditakdirkan setelah dua minggu mengambil aku sebagai anak angkat, ibu disahkan mengandung tiga bulan. Lahirlah Oly. Kami lahir pada tahun yang sama, hanya bulan yang berbeza. Gelaran kembar tak sebulan tu ibu yang beri. Bagi ibu, kami berdua ibarat kembar. Kami membesar bersama." Azam tersenyum mengenangkan kebaikan dan jasa kedua orang tua angkatnya. "Tapi sayang, umur ibu tak panjang. Ibu meninggal dunia masa lahirkan Adib. Ayahlah yang bersusah-payah selama ini besarkan kami bertiga. Kemana saja dia pergi, kami bertiga pasti dibawanya sekali." Azam menarik nafas panjang sebelum menoleh ke arah Fizi.

"Laa... tidur?" Cerita Azam melenakan Fizi. Azam menggelengkan kepala melihatkan Fizi terkapar nyenyak di atas katil empuknya. Dengan perlahan dia menarik selimut dan membentangkannya di atas hamparan bersebelahan katil. Bantal di perut Fizi diangkat dan diletakkannya di atas selimut yang baru dibentangnya itu. Daun pintu dirapatkan. Suis lampu dipetiknya. Lampu terpadam. Azam merebahkan badannya di atas selimut sementara Fizi terus dibiarkan lena dibuai mimpi. Tak sampai hatinya untuk mengejutkan Fizi supaya tidur di bilik sendiri.

Restoran yang diusahakan Pak Harun baru lima bulan beroperasi. Dia dibantu oleh Azam dan Oly sementara Adib pula akan datang membantu pada sebelah malam. Pada mulanya Pak Harun hanya mahu berehat setelah bersara, tetapi fikirannya berubah apabila seorang kenalan lamanya menyuarakan hasrat untuk menjualkan kedai kasutnya kepada Pak Harun. Azam yang memberi cadangan supaya kedai kasut tersebut ditukar menjadi sebuah restoran. Ini kerana mereka lebih arif dalam bidang menjual makanan daripada menjual kasut. Lebih-lebih lagi Pak Harun ialah bekas ketua chef. Sekurang-kurangnya pengalaman Pak Harun bekerja di sebuah hotel lima bintang di Jerman dapat membantu mereka mengendalikan restoran tersebut dengan lebih teratur. Kebetulan pula Azam adalah bekas graduan yang memegang Ijazah Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Ini menyakinkan lagi Pak Harun untuk menerima cadangan anak angkatnya itu.

Keputusan Pak Harun menerima cadangan Azam memang tepat. Dua bulan setelah beroperasi, restorannya mula menerima kunjungan pelanggan tidak henti-henti. Keuntungannya memberangsangkan. Restoran yang pada mulanya beroperasi dari pukul dua belas tengah hari hingga enam petang kini telah dilanjutkan sehingga ke pukul dua belas tengah malam. Setiap hari mereka akan berhenti berehat selama empat jam iaitu diantara pukul empat petang hingga lapan malam sebelum memulakan perniagaan di sebelah malam. Tujuan Pak Harun menukar waktu perniagaannya adalah kerana pada waktu-waktu tersebutlah restorannya dikunjungi ramai pelanggan berbanding waktu-waktu yang lain. Hanya pada hari Ahad saja restoran itu ditutup.

"Kita nak kemana ni Pak Long?" Tanya Fizi sebaik saja Pak Longnya membelok. Sudah hampir lima belas minit dia dan Yan berada di dalam kenderaan yang dipandu Pak Harun tetapi tidak diberitahu ke mana destinasi sebenar mereka. "Kita nak ke restoran ke?" Fizi cuba meneka. Yan yang duduk di kerusi belakang hanya mendiamkan diri. Renungannya menembusi cermin tingkap Toyota Avanza milik Pak Longnya itu. Fizi yang duduk di sebelah pemandu masih menantikan jawapan.

"Kita pergi shopping." Kata Pak Harun sebaik saja dia memberhentikan kenderaannya. "Mari." Ajak Pak Harun. Fizi dan Yan hanya mengikut saja. Dari kawasan tempat meletak kereta mereka berjalan menuju masuk ke pusat membeli-belah Sogo.

"Pilihlah." Pak Harun menyelak kemeja-kemeja yang tergantung di bahagian pakaian lelaki. "Hah, warna ni sesuai untuk kamu." Pak Harun menghulurkan kemeja berwarna biru muda yang dipilihnya kepada Fizi. "Yan, warna coklat muda tu cantik." Cadang Pak Harun kepada Yan. Fizi membelek-belek kemeja yang dihulurkan Pak Longnya. Matanya terbeliak. RM 105. Terkejut Fizi melihatkan harganya. Mana dia ada duit. Emaknya cuma beri RM 300 seorang sahaja buat belanja. Yan memandang Fizi. Dia juga terkedu melihatkan harga kemeja yang dipilih Pak Longnya. Macam mana ni?

"Err ... Fizi nak tengok t-shirt dululah Pak Long." Fizi menggantungkan semula kemeja yang dipegangnya. Begitu juga Yan. "T-shirt di sebelah sana tu. Marilah." Fizi dan Yan mengikut Pak Harun dari belakang. Pucat muka Fizi tatkala melihatkan harga sehelai t-shirt mencecah sehingga RM 90. Dipilihnya yang lain. RM 86.90. Diletaknya semula. Dia menoleh ke arah adiknya. Yan menggelengkan kepala. "Kamu berdua pilihlah. Pak Long nak ke tandas dulu." Pak Harun terus meninggalkan mereka dua-beradik terpinga-pinga.

"Macam mana ni bang?" Yan bersuara sebaik Pak Harun hilang dari pandangan matanya. "Duit kita bukannya banyak." Keluh Yan. Fizi menarik nafas. "Takpe, kita cari dulu. Mungkin jumpa yang murah nanti." Fizi cuba menyedapkan hati adiknya. Mereka berlegar-legar di bahagian menjual pakaian tersebut. Jari-jemari mereka menyelak satu-persatu pakaian yang bergantungan di situ. RM 79... RM 84... RM 97... RM 116. Tiada satupun yang mereka jumpa berharga bawah RM 30. Sales girl yang dari tadi mengekori mereka mula bertanya. "Encik nak baju yang macam mana?" Fizi hanya tersenyum. "Yang murah ada tak?" Tanya Yan spontan. Alamak, malunya. Getus Fizi di dalam hati. "Ooo... ada. Mari ikut saya ke sebelah sana." Sales girl tadi membawa mereka ke tempat yang dimaksudkan. RM 58.90. Fizi membaca tanda harga pada baju sebaik tiba di tempat yang dituju. Ini bukan murah cik adik oii. 20 ringgit baru murah. Geram Fizi dalam hati.

"Hah, kat sinipun kamu berdua. Macam mana? Dah pilih?" Fizi serba-salah. Malu betul dia hendak berterus-terang. Dia tidak mampu. Baju yang dipakainya sekarang pun baru berharga RM 15. "Laa ... belum pilih lagi? Eh, cepatlah sikit. Nanti kita ke kedai kasut pulak." Desak Pak Harun. Hah? Kedai kasut. Habislah. Fizi mengeluh di dalam hati.

"Pilih saja mana yang kamu berdua suka. Hah, jangan lupa seluar sekali. Ambil empat, lima helai seorang. Dah pilih nanti letak saja di kaunter. Pak Long bayar." Apa?! Laa... kenapa tak cakap dari tadi Pak Long oii. Fizi dan Yan memandang antara satu sama lain. Seronok betul Fizi. Tidak sabar dia hendak menggayakan pakaian-pakaian yang baru dibelinya tadi. Kini mereka berada di bahagian menjual kasut. Tanpa disuruh mereka berdua mencuba beberapa pasang kasut di situ. Lebih-lebih lagi Fizi. Berkotak-kotak kasut dicubanya. Pak Harun tersenyum melihat gelagat anak saudaranya yang seorang itu.

"Pak Long, Yan pergi tengok-tengok kedai sebelah tu kejap." Yan meminta kebenaran. Bosan dia menunggu abangnya yang tidak sudah-sudah mencuba kasut. "Jangan jauh-jauh sangat. Susah nak cari nanti." Pesan Pak Harun. Yan mengangguk. Keluar sahaja dari kedai kasut Yan terus menuju ke sebuah kedai yang menjual CD. Tujuannya bukan hendak membeli. Dia hanya membelek CD-CD yang tersusun rapi di rak sementara menunggu abangnya memilih kasut. Setelah bosan, Yan keluar meninggalkan kedai CD tersebut. Matanya mengerling ke arah kedai kasut. Kelibat Fizi dilihatnya masih mencuba-cuba kasut sementara Pak Longnya sabar menunggu.

Pandangan Yan tiba-tiba terhenti di sebuah kedai. Yan membaca papan tanda di atas pintu masuk kedai itu di dalam hati. Sebuah kedai menjual pelbagai jenis jam. Tanpa sebarang tujuan dia menuju ke arah kedai tersebut. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia dilanggar oleh seorang gadis. Tidak sempat Yan bersuara, gadis tersebut terus berlari dicelah-celah kesibukan orang ramai. Dalam keadaan terpingga-pingga Yan mula menyedari beg kain berwarna merah jambu milik gadis itu jatuh betul-betul di atas kakinya. Tiba-tiba kedengaran satu jeritan. "Tangkap dia! Tangkap dia! Tu, kawan dia yang seorang lagi dah lari!" Tengkuk Yan dicekak seseorang sebaik dia mengangkat beg yang jatuh di kakinya itu. Yan termanggu. Kelibat budak perempuan yang melanggarnya hilang dari pandangan.

"Beli dua bayar satu. Pandai ya. Cermin jam tangan ni dah calar. Awak bayar sekarang. Kalau tidak kami report polis." Tengking perempuan cina di hadapannya. Dua orang lelaki bersaiz sederhana menarik-narik baju Yan. "Report saja sama polis. Budak jahat ni. Nanti dia curi lagi." Kata salah seorang dari mereka.

"Saya tak curi. Budak perempuan yang langgar saya tu. Dia yang curi." Yan cuba menerangkan perkara sebenar. "Jangan bagi alasan. Tak mahu bayar, saya report polis." Perempuan cina tersebut terus mencapai telefon bimbitnya. Yan cuak. Apa dia hendak jawab dengan Pak Longnya kalau ditangkap polis nanti. "Tolonglah. Jangan telefon polis." Yan merayu. "Mahu bayar ke tidak?!" Jerit salah seorang lelaki yang memegangnya. Baju Yan ditarik-tarik mereka. "Haiya, telefon polis sajalah." Perempuan cina itu mula bosan menunggu keputusan Yan. "Jangan! Baiklah... baiklah, saya bayar." Yan terpaksa mengalah.

"RM 299.50." Terkedu Yan sebaik perempuan cina itu memberitahu harga sebuah jam tangan yang calar tadi. Hendak tak hendak dia mengeluarkan enam keping wang kertas RM 50. Itu sajalah duit yang ada di dalam dompetnya. Duit yang diberi oleh emaknya sebelum bertolak ke KL. Baki sebanyak 50 sen diserahkan perempuan cina itu kepadanya. "Saya telefon polis kalau nampak awak di sini lagi." Ugut perempuan cina itu.

"Apa yang kau beli tu Yan." Tegur Fizi sebaik kelibat Yan muncul di hadapan kedai kasut sambil memegang sebuah beg sandang berwarna merah jambu. Ni semua abang punya pasal. Bentak Yan di dalam hati. Fikirnya kalau Fizi tidak mengambil masa yang lama di kedai kasut mungkin kejadian tadi dapat dielakkan. Yan mengambil keputusan untuk merahsiakan saja apa yang telah berlaku ke atas dirinya tadi.

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak Yan?" Tanya Pak Harun. Yan hanya menggeleng. Fikirannya masih diganggu oleh kejadian tadi. Apa dia nak buat dengan dua buah jam tangan ni? Soal Yan di dalam hati. Budak perempuan tu. Siapa dia? Kenapa dia mencuri? Yan terus tertanya-tanya. Kedua jam tangan itu terlalu mahal dan berjenama. Tidak sesuai untuk Yan pakai semasa bekerja di restoran nanti. Lebih-lebih lagi sebagai budak pengangkat pinggan dan gelas kotor.

Malam itu selepas makan Yan terus masuk ke bilik. Sementara Fizi pula sibuk menggayakan pakaian-pakaian yang baru dibelinya siang tadi di hadapan sepupu-sepupunya. Lepas satu, satu dicubanya. "Bila ayah nak bawa Adib pulak?" Tanya Adib sambil membelek kasut baru Fizi. "Hai, tak cukup-cukup lagi ke? Minggu lepaskan ayah dah bawa." Oly memintas. Adib hanya mencebik mengejek kakaknya.

"Terima kasih Pak Long." Kata Fizi sebaik habis semua baju dicubanya. "Sama-sama." Jawab Pak Harun ringkas. "Tapi, kenapa Pak Long belikan semua ni untuk kami? Mahal-mahal pulak tu." Tanya Fizi. Teringin sangat dia hendak tahu tujuan Pak Longnya. Apakah Pak Longnya malu kalau dia dan Yan pakai pakaian yang sudah sedia ada. Yang mereka bawa dari kampung?

"Kamu berdua dah jadi tanggungjawab Pak Long sejak tiba dari kampung semalam. Apa saja baik dan buruk kamu lakukan di sini akan jadi tanggungjawab Pak Long. Tiada beza antara kamu dua-beradik dengan anak-anak Pak Long. Faham tu?" Terang Pak Harun. "Faham." Tapi apa kena-mengena dengan pakaian ni semua. Tanya Fizi di dalam hati.

"Pakaian-pakaian tu semua hadiah dari Pak Long untuk kamu dua-beradik. Itu saja." Terharu Fizi mendengarkan kata-kata Pak Longnya. Tidak disangka bapa saudaranya sebaik itu. Sanggup berbelanja untuk mereka dua-beradik yang hanya berasal dari kampung. Sekurang-kurangnya dia tahu yang kedatangan mereka dua-beradik bukan hanya sebagai pekerja.

Lama Yan meniarap di dalam biliknya sambil merenung dua buah jam tangan di hadapannya. Satu dalam keadaan baik sementara satu lagi calar pada permukaan cerminnya. Yang bercalar itulah yang terpaksa dibelinya bagi mengelak dari ditahan polis. Kini duit sakunya hanya tinggal 50 sen. Terpaksalah dia mengikat perut sebulan sementara menunggu gaji pertamanya. Mujurlah dia datang ke KL bersama abangnya dan menetap di rumah bapa saudara. Kalau tidak, tentu mati akal dia memikirkan bagaimana hendak meneruskan hidup di tengah kota besar dalam masa sebulan dengan hanya berbekalkan 50 sen.
posted by Penulisan2u @ 4:37 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group