Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Prett!!!Hariz Azhan menekan brek mengejut. Tersentak bila sebuah motorsikal berwarna biru gelap tiba tiba muncul dan terus memecut dihadapnya sedangkan waktu itu mereka berada diselekoh membelok masuk ke kawasan kolej. Hampir hampir dia terbabas. MBA 22! dibacanya nombor pendaftaran motorsikal berkuasa besar itu. Terbeliak biji matanya memerhatikan penunggangnya yang memecut mendaki bukit masuk kekawasan kolej. Wajanya dipandu laju, ingin mengintai si penunggang yang menunggang bagaikan pelesit. Dasyat betul student zaman sekarang, pergi kolej pun bawa motor besar. Zaman aku dulu bawak basikal pun ada. Tanpa sedar dia membebel sendirian. Masih ada rasa terkejutnya akibat insiden tadi. Nasib baik dia cekap kalau tidak dah masuk kedalam longkang besar disisi jalan raya tadi. Kereta diletakkan dibawah pokok tidak mahu terkena sinaran matahari yang terik bila menjelang waktu tengahari. Sekali lagi langkahnya terhenti bila terpandangkan sebuah motorsikal yang diletakkan tidak jauh dari keretanya. Sengaja berpura pula memerhatikan keadaan keliling, masih menunggu si penunggang menanggalkan helmat full facenya.
" Perempuan? !" Hariz Azhan menepuk dahi. Bila terlihat rambut panjang gadis itu yang diikat kemas. Leka dia memerhatikan gadis itu yang mematikan enjin motorsikalnya. Mata dikerdipkan beberapa kali. Memang betul, nombor plat pun betul MBA 22. Brutalnya budak ni. Dia berbisik sendirian. Namun bibir menguntum senyuman, waktu dia belajar dulu pun dia dan rakan rakanya pun begitu juga. Bangga bawa motorsikal masing masing, jalan raya bagai mereka yang punya. Dia tergelak sendirian, terasa diri dah tua pula. Umur dah masuk dua puluh enam tahun. Dah sampai masanya untuk dia membina kerjaya, bukan asyik berseronok menghabiskan masa seperti zaman belajarnya dulu. Zaman itu dah berlalu dengan kenangan indah yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya. Qarin Nasuha duduk disudut paling belakang dewan kuliah itu walaupun masih lagi banyak tempat kosong didepan. Memang disitulah tempat kesukaannya. Buku dikeluarkan dari beg lusuh kesayangannya. Suara Encik Tarmizi yang sedang bergema memukul gegendang telinganya. Cepat cepat dicatatkan butir bicara yang keluar dari mulut pensyarah muda itu. Subjek Kaedah Kuantitatif yang paling tidak digemarinya. Tapi nasib baik dalam ujian baru baru ni dia score. Tak suka tetap tak suka, tapi dia paksakan diri. Kalau tidak mana nak dapat ilmu tu. Hampir dua jam dia menuntut ilmu, penat rasa kepalanya. Bila Encik Tarmizi keluar cepat cepat dia melangkah keluar dari dewan kuliah. Perut yang terasa lapar perlu diisinya. Pantas beg disandang, tidak mempedulikan rakan rakan sekelas lain yang masih berborak. Pantas dia keluar dari dewan itu. Sesekali bila melintasi sekumpulan gadis yang kononnya memang gadis ayu dikalangan student kolej elit itu terdengar ada suara yang mengejeknya. Pakai baju lusuh, jeans buruk! Lantak akulah, aku yang pakai, bentak hatinya geram. Biarlah, malas dia nak ambil pusing. Melayani mereka sampai ketua pun tak habis. Janji aku tak kacau orang dan orang tak kacau aku. Bisik hati kecilnya. Dia berjalan melintasi kumpulan gadis itu. Tak peduli dengan senyuman yang berupa sindiran buatnya. Dia akui dengan memakai t-shirt dan sepasang jeans lusuh ramai yang memandang serong terhadapnya. Malahan dikolej itu boleh dikira berapa orang yang boleh dipanggil kawan. Siapa nak dekat dengan gadis selebet macam dirinya. Langkah diatur menuju ke cafeteria, perut yang lapar perlu diisi.
" Alamak!" Qarin Nasuha menepuk dahi, belum sempat dia berbuat apa apa dia melihat sebiji dulang dah pun terhempas kelantai. Bulat matanya memerhatikan lauk pauk yang bertaburan. " Macamana awak jalan ni? " Terdengar suara seseorang menegurnya. Pantas Qarin Nasuha mengangkat wajah. " Sorry. Saya tak sengaja. " Ujar Qarin Nasuha, dipandangnya muka lelaki itu. " Tak apalah, saya pun tak perasan tadi. " Hariz Azhan bersuara perlahan. Dia tadi pun tak nampak langsung kelibat gadis itu, tahu tahu aje dah terlanggar. Dipandangnya wajah keruh Qarin Nasuha. Dia seakan terpaku disitu, bagai dikenalinya wajah itu. MBA 22! Terlonjak hatinya memandang wajah itu. " Dah la, jom ambik balik makan awak tu. Biar saya bayar. " Ujar Qarin Nasuha lagi. Di pandangnya lelaki didepannya yang seakan berkhayal. " Tak apa. Tak payahlah. " Berat dia mahu menerima pelawaan gadis itu. " Apasal? Awak ingat saya tak boleh bayar? Saya langgar awak, memang salah saya. Cepatlah, saya tak banyak masa ni. " Gesa Qarin Nasuha. Dia perlu segera pulang kerumah. Dah janji dengan babah dan abangnya untuk pulang awal. " Eleh, cepat la. Saya ada hal lagi petang karang. " Geram Qarin Nasuha bersuara, dia dah berjalan ke depan, tapi berpaling balik bila lelaki itu masih tidak menuruti langkahnya. " Tak apa. Kalau awak ada kerja pergi lah dulu. Lain kali aje. " Tersenyum Hariz Azhan memandang gadis yang kelihatan kelam kabut itu. Nampak manis pula dia ni!Bisik hatinya. Selama tiga tahun dia disini, belum pernah pun dia melihat gadis itu. Student mana ni? Hatinya tertanya tanya sendirian. " Okey!Lain kali saya bayar. Sorry okey. Saya nak cepat ni. " Ujar Qarin Nasuha lagi. Dia tidak mahu menunggu lama lagi disitu.
" Ya Allah minah ni!Kot iya pun jalan perlahan la sikit. Terkejut mak!" Lembut kedengaran suara Boy menampar pendengaran Qarin Nasuha. Mati langkahnya seketika. " Kau lepak kat tangga buat apa? " Ujar Qarin Nasuha lagi sambil mengengam kemas helmat kesayangannya. Dipandangnya lelaki lembut yang tersengih sengih memandangnya. " Kau nak pergi mana ni Qarin? Kelam kabut aje. " Ujar Boy, dipandangnya gadis yang membimbit helmat dan menyandang beg galas lusuh itu. " Aku nak balik la Boy. " ujar Qarin Nasuha lagi. " Tumpang boleh? " Usik Boy, bukan dia tak tahu kepantangan Qarin Nasuha. Tak ada sesiapa yang boleh membonceng motorsikal berkuasa besar kesayangannya itu. " Banyak cantik kau punya muka!Jangan kata kau, abang aku pun belum merasa lagi tau." Qarin Nasuha ketawa kecil. " Kedekut la minah ni. Patutla tak ada pak we!" Ujar Boy dengan lentok manjanya. " Kedekut pun aku punya harta jugak!Pak we berlambak, tapi tak berkenan!" Ketawa Qarin Nasuha dengan kata kata Boy itu. Aku dengan pak we!Sewel apa? " Tak berkenan konon, habis yang Faris tu apa? " Galak dia ketawa bila teringatkan sepupu Qarin Nasuha yang sering menemani gadis itu. " Alamak, kantoi la…itu balak hanyut. " Ujar Qarin Nasuha sambil ketawa. Teringatkan Faris rindu terasa dihati. Abang sepupu yang baik dengannya. Tapi hubungan mereka disalah tafsir, malahan Mak Long pun silap tentang hubungan mereka. Mereka disangka bercinta sedangan Faris telah punya buah hati yang satu tempat kerja dengannya. Dia pun dah anggap Faris macam abang sendiri. Tidak langsung menyimpan apa apa perasaan buat lelaki itu. Lagipun Faris tu cemburu sangat, tak sesuai dengan dia. Ada ke patut dia keluar dengan si Boy lembut tu pun siap bagi warning. Jangan berkawan dengan lelaki. Eii tak kuasa, dengan Boy pulak tu! Tergelak Qarin Nasuha waktu itu. " Kau tak nak kasi kat aku. " Cepat Boy menjawab. Sengaja mengenakan gadis itu. " Kasi kau? Banyak cantik!" ujar Qarin Nasuha lagi. " Eh, dah la malas aku nak melayan kau. Aku nak blah dulu. Coww. . " Cepat Qarin Nasuha berbicara. Dia dah terlambat. Melayan si Boy tu sampai setahun pun tak habis.
best story.. keep writing.. cepat2 saya nak tahu episod seterusnya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best story.. keep writing..
cepat2 saya nak tahu episod seterusnya...