Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Masyi sedang mengemaskan nota kuliahnya di perpustakaan. Tiba-tiba Razi muncul dan duduk di kerusi berhadapan dengan Masyi. "Masyi, Razi nak cakap sikit dengan Masyi. Jom,kita keluar." ajak Razi. Masyi memandang ke arah Razi. Malas rasanya hendak bersemuka dengan Razi. Masyi pun meletakkan pen hitam yang digunakannya sejak dari tadi dan berjalan ke pintu keluar perpustakaan. Razi hanya mengikutinya dari belakang.
"Ada apa? Cepat sikit boleh? Masyi ada banyak kerja nak buat ni" gesa Masyi. "Masyi, dah tiga tahun Razi tunggu Masyi. Kejap lagi Masyi dah nak habis belajar kan? Razi nak kata putus dari Masyi sebab Razi ingat nak masuk meminang Masyi bila Masyi dah habis final nanti.." terang Razi dengan tenang. Masyi mengeluh perlahan. Sudah dia jangka inilah apa yang Razi mahu katakan kepada dirinya. "Berikan Masyi masa...Lepas habis final exam nanti, Masyi beri kata putus. " jawab Masyi. "Masyi nak berapa lama lagi? Dah tiga tahun Razi menderita tunggu Masyi. Masyi kata nak habiskan belajar,so, Razi pun setuju...Sekarang ni? hurmm..." keluh Razi. Begitu susahkah wanitadi hadapannya kini mahu memberi kata putus? "Tapi persoalannya, Masyi masih lagi belajar kan? Masyi belum habis lagi kan...? Maksudnya, Masyi masih ada masa untuk beri kata putus..." kata Masyi dalam nada yang agak tinggi sedikit. "Masyi...Razi pohon kat Masyi...tolonglah lupakan Hakim... Sekarang ni, Razi yang berada dengan Masyi,bukan Hakim.." Razi masih mampu lagi bercakap dengan tenang. Air mata menitis ke pipi Masyi tatkala mendengar nama Hakim disebut.
xxx
Kedengaran bunyi paluan kompang. Pengantin dibawa masuk ke dalam rumah menuju ke tempat persandingan. Ramai yang mula mengerumuni kawasan tempat persandingan untuk melihat pengantin dan mengambil gambar pasangan raja sehari itu. "Lawa kak Fath hari ni ye, ibu..." ujar Masyi yang berdiri dari jauh melihat kak Fath bersanding dengan suami pilihannya. Ibuya hanya mengangguk tanda setuju. Kemudian ibu Masyi pergi menemui Puan Zarina yang sedang sibuk melayan tetamu. Masyi tidak pula mengikut kerana dia masih ingin melihat kak Fath bersanding. "Assalamualaikum.." tegur Hakim yang berdiri betul-betul bersebelahan Masyi. Masyi menjawab salam dan memandang ke arah Hakim yang segak memakai baju melayu moden berwarna biru muda dengan siap bersamping. "Masyi,bukan je kak Fath yang cantik hari ni..Masyi pun cantik jugak hari ni..." ujar Hakim. "Iyelah tu...Hari ni je Masyi cantik..jadi selama ni Masyi buruk lah yer?" jawab Masyi. Hakim hanya tersenyum. Masyi sentiasa cantik di matanya. Masyi sentiasa cantik di matanya sepanjang masa.
"Kenapa masa raya haritu Hakim tak jumpa Masyi. Makcik kata Hakim ada tapi Hakim tak keluar pun..." tanya Masyi setelah mendapati Hakim masih mendiamkan diri. "Hakim malu.." pendek sahaja jawapan Hakim. Masyi mengangkat keningnya.. Terasa pelik pula seketika, sebab biasanya Hakim akan membahasakan dirinya 'aku' setiap kali berbual dengan Masyi. "Kenapa?" tanya Hakim pula yang menyedari tingkah Masyi sebentar tadi. "Takde apa-apa.." jawab Masyi dan berlalu pergi mendapatkan ibunya.
--------------------------
Masyi melihat sahaja Hakim yang sudah pun mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Eh,orang penting duduk makan pulak..pergi r tolong makcik zarina...pemalas tul adik pengantin ni!" tegur Masyi setelah melihat Hakim yang sudah mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. "Rehat jap..lagipun, dah lama tak makan dengan Masyi.. Masyi tahu tak, semenjak Masyi masuk matrik ni,susah nak jumpa Masyi tau...Hakim rindu.." selamba sahaja Hakim meluahkan rasa hatinya. Masyi tersedak. Hakim segera menghulurkan segelas air sirap kepada Masyi. "ni apesal tetibe je ni? kan da kotor tudung Masyi ni...alahai,macam kita selalu jumpa je..bukan ke masa raya je.. dah lah tu,masa Masyi datang raya lepas,bukan nak jumpa Masyi pun...nyorok pulak kat dapur...segan la konon...." Masyi membalas dan meneguk lagi air sirap. Masyi melihat Hakim yang sudah pun habis makan tapi masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya..Sesekali dia melihat Hakim seolah-olah memerhatikan dirinya yang masih belum habis makan. "mm..mak baru belikan Hakim handphone..ni nombornya..nanti bila-bila Masyi free, sms la Hakim ye..Hakim da ade nombor Masyi dari Kak Fath..." beritahu Hakim lantas meletakkan sekeping kertas yang dimeluarkan dari poket seluarnya dan meletakkannya di atas meja. Masyi hanya mengangguk.
xxx
Lagu 'Kau sahabat kau teman' kedengaran dari Nokia 5300. Pada skrin terpapar nama si pemanggil. Masyi hanya merenung 'handphone'nya. Dia teragak-agak sama ada hendak terima panggilan tersebut ataupun tidak. Setelah kali kedua, si pemanggil mencuba nasib,barulah Masyi menekan punat hijau. "Hello..Masyi,nape tak angkat Hakim call tadi?" si pemanggil memulakan bicaranya. Otak Masyi ligat memikirkan alasan. "Masyi?" Hakim berasa pelik kerana Masyi hanya diam seketika. " Hello...Masyi ada kat sana lagi tak ni?" tanya Hakim. Dia berasa pelik kerana Masyi tidak pernah berkelakuan sebegini dengannya. Sejak akhir-akhir ini, Hakim merasakan Masyi berkelakuan sedikit pelik dengan dirinya. "mm..Masyi ada..kenapa?" jawab Masyi malas. "Ada pun..ingatkan bisu tadi,hehe..." kedengaran gelak tawa Hakim dari jauh. "Apa gelak-gelak?!!" marah Masyi. Entah kenapa dia menjadi sensitif sejak kebelakangan ni.. Semenjak dia melihat facebook dan friendster Hakim yang dipenuhi dengan komen dari perempuan, hatinya menjadi sakit. "La,kenapa ni?" tanya Hakim lembut. Masyi masih lagi mendiamkan diri. Kedengaran Hakim mengeluh kecil di corong talian. 'Masyi..Masyi..sudah lama dia tidak mendengar suara riang gadis yang mendapat tempat di hatinya sejak kecil lagi..'
xxx
Suasana di cafe yang sememangnya riuh dibingitkan lagi dengan gelak tawa dari Hakim. "Biar betul kak long?" tanya Hakim bagi mendapatkan kepastian. "Betul la...dia selalu cakap dengan kak long yang Hakim ramai kawan perempuan and Hakim da tak nak kawan dengan dia..."jawab Mimi yang merupakan kakak Masyi. Mimi belajar di satu universiti dengan Hakim tetapi 'course' yang berbeza. "Kak Long nak tanya ni...Hakim memang serius dengan Masyi ke?" tanya Mimi serius. "Haah..Hakim serius..tapi Hakim tak nak bagitahu Masyi sebab sekarang nak fokus belajar dulu. Malas nak fikir-fikir benda lain. Bila dah habis blaja,keje dah stabil,baru bagitahu..." jelas Hakim. Dia sudah membayangkan detik-detik yang bakal dikongsi bersama Masyi. "Hah! Sengih gatal!! ni fikir ape ni?!!" tegur Mimi setelah melihat Hakim yang mula tersengih sorang-sorang. "Takde pape la..." jawab Hakim pendek "Kak long,Hakim da lambat nak pergi lecture ni..bye!" Hakim pun pergi berlalu ke arah kawan-kawan sekuliahnya.
xxx
Ombak menghepas pantai. Sesekali dia mengeluh. Sesekali dia menguis-nguis pasir pantai. Dia buntu tentang jawapan yang perlu diberikan kepada Razi. Sememangnya,jejaka yang telah pun bergelar seorang peguam syariah itu tidak pernah kenal erti putus asa. Razi sentiasa bersabar dengan dia yang acap kali menengking dan bercakap kasar dengannya. Dia tidak menafikan yang Razi memang seorang yang bertanggungjawab,jujur, dari keluarga baik-baik dan tidak kurang juga dari segi rupa parasnya. Berkebolehan memasak lagi... Entah mengapa dia sering menolak niat baik lelaki itu. Seringkali kak long,kak Fath dan rakan-rakannya rapat yang lain memujuk dirinya agar menerima Razi dan melupakan Hakim yang telah pun tiada..Namun, susah baginya untuk melupakan insan itu. Insan yang dikenalinya sejak kecil lagi. Insan yang memahami dirinya. Insan yang menyebabkan dia menjadi dirinya sendiri. Insan yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata perangsang. Sekali lagi dia menitiskan air matanya. Entah kali keberapa sudah air matanya menangisi pemergian seorang insan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak..