Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Masyitah hanya merenung ke arah Puan Zarina yang sedang leka bersembang dengan Puan Nor,ibunya. Sesekali terdengar gelak tawa dari mereka berdua. Masyitah menyandarkan badannya ke dinding dan mengeluh kecil. "Masyi,apa yang kamu buat kat sini? Pergi salam makcik Zarina tu...Ibu nak tengok apa yang kak long kau tengah buat kat dapur tu.." arah ibu sambil menepuk lembut bahuku. Aku hanya mengangguk kecil dan menuju ke arah ruang tamu. "Assalamualaikum makcik,ni Masyi...Sorang je ke makcik? Kak Fath tak datang sekali ke?" aku sekadar berbasa-basi setelah tangan Puan Zarina disalami. Tanpa menjawab pertanyaanku, Puan Zarina memeluk Masyitah dan matanya kelihatan bergenang..."Ya Allah, da besar da,Masyi...Kalau arwah hidup lagi mesti umur dia macam Masyi kan...Masyi 23 tahun kan tahun ni? Masyi apa khabar?"bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Puan Zarina. Masyi merenung wajah keibuan Puan Zarina. Sesungguhnya,dia turut merindui arwah..Terasa sebak di hatinya namun di tahan jua kerana Puan Zarina ada di sebelahnya.."Alhamdulillah,Masyi sihat makcik..Sebenarnya,Masyi kena keluar ni makcik,nak balik kampus...cuti raya sekejap je ni.." jawab Masyi pendek lantas menyalami Puan Zarina. "Ibu,Masyi pergi dulu...kirim salam kat ayah.." Masyi menyalami ibunya yang baru meletakkan air di atas meja."Hati-hati bawak kereta tu!"pesan ibu. Masyi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.
xxx
"Masyi! Masyi! Sini kejap" panggil Hakim dari jauh. Walaupun nada suaranya agak perlahan, namun, Masyi mampu mendengarnya. Dia pun lantas menuju ke arah Hakim yang sedang berada di luar dan membiarkan sahaja kedua orang tuanya bersembang dengan ibu bapa Hakim. Maklumlah,setelah berkeluarga, susah untuk bertemu dan bersembang dengan kenalan lama. Ibu Masyi dan emak Hakim merupakan kawan rapat sejak di sekolah menengah lagi. Hanya waktu ziarah-menziarah di waktu lebaran hari raya aidilfitri sahajalah merupakan peluang untuk bertemu dan beramah mesra.
Masyi sudah pun berada di sisi Hakim yang sedang duduk di buaian kayu hasil tangan ayahnya sendiri. "Ada apa?" tanya Masyi pendek. Hakim pun bangun dari buaian kayu dan menyuruh Masyi pula yang duduk. "Kau tengok la ni...segak tak aku pakai baju melayu ni? Mak aku yang jahitkan sendiri tau...." Hakim berkata riang sambil membuat pusingan ala-ala model. "Baju tu cantik...tapi sayang..orangnya tak..." jawab Masyi selamba. "ni nak pergi raya ke lepas Masyi balik? ye la, da siap berbaju melayu ni?" tanya Masyi. Hakim tersenyum. "Takde laa..Mak nak pergi raya rumah orang mula esok..hari ni,mak kata dia nak terima tetamu je...Aku saja pakai baju ni nak tunjuk kat kau..." jelas Hakim yang sudah duduk di bangku kayu berdekatan yang ditariknya mendekati buaian kayu itu. Dia betul-betul duduk berhadapan dengan Masyi.
"Masyi,kenapa kau pindah sekolah? Kau tak suka satu sekolah dengan aku ke? Dah le tu,pindah sekolah pun senyap-senyap. Bukan nak bagitahu aku.." Hakim meluahkan rasa kecewanya terhadap Farah. Dia masih ingat lagi betapa gembiranya dia apabila mendapat tahu Masyi mendapat tawaran belajar ke Sekolah Menengah Sains Y juga seperti dirinya. Dia menjadi semakin gembira apabila melihat Masyi turut sama mendaftar dengannya kerana dia bimbang Masyi akan menolak tawaran tersebut. Namu, setelah pulang dari cuti raya cina, dia sudah tidak nampak kelibat Masyi lagi. Bila dirisiknya dari teman sekelas Masyi, mereka mengatakan Masyi sudah pun berpindah sekolah.
Masyi mendiamkan dirinya seketika sambil melihat Hakim dihadapannya yang setia menunggu jawapan. "Ayah suruh aku pindah...sebab ayah kata Masyi kecil lagi dan tak pandai uruskan diri sendiri lagi kat asrama. Sekarang Masyi sekolah sama tempat dengan Along. Bukan Masyi tak nak bagitahu Hakim,tapi Masyi sendiri tak tahu..Masa ayah datang amik Masyi kat sekolah untuk cuti raya cina, ayah suruh kemas semua barang dan ayah dah jumpa pengetua sekolah pun masa tu dan cakap yang nak pindahkan Masyi ke sekolah lain..." jawab Masyi jujur. Sungguh! Dia tidak mahu berpindah sekolah kerana dia telah pun berjaya menyesuaikan dirinya dengan persekitaran itu. Tambahan pula, Hakim bersekolah di tempat yang sama.
"Ehem! Korang ni, kalau dah jumpa,memang melekat je kat buaian kayu nihh...Masyi, tak nak salam dengan akak Fath ke?" tegur satu suara. Masyi menguntumkan senyumannya dan menyalami tangan empunya suara itu... "Kak Fath...Masyi tak nampak pun akak tadi.." "Mana nak nampaknya,dia tu tgh syok ber'dating' dengan Hakim...Pencuri datang dekat pun tak perasaan agaknya nanti" usik along pula baru duduk di sebelah Masyi. Muka Masyi dan Hakim serentak merona merah... Galak kak Fath dan along mentertawakan mereka berdua...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
satu kesilapan...perenggan 4 penulis tertype nama Farah instead of Masyi kan kan kan.....kalau tak silap lah hehehehe, jgn marah