Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gelas berisi air milo diletakkan di atas meja sebelum dia duduk di atas sofa. Daniel di sebelah meletakkan kepalanya di atas peha mamanya. Anis tersenyum kecil.
"Mama, Nek Timah mana?" tanya Daniel. Anis terdiam seketika. Sudah acap kali dia ditanya dengan soalan itu. Bila dijawap tentang kematian Mak Timah, dia seolah-olah tidak mengerti. Ah, dia masih kecil lagi.
"Nek Timah tak ada, sayang," jawab Anis lembut. Daniel kelihatan tidak puas hati. Mata hazelnya merenung tepat mata Anis.
"Nek gi mana? Danny nak nek," tanya Daniel lagi. Anis menggigit bibir perlahan. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.
"Nek tak akan balik lagi, sayang," Anis cuba untuk membuat anaknya itu mengerti tetapi apabila melihat Daniel mula menangis, Anis mula resah.
"Danny nak Nek. Nak Nek," nangis Daniel. Anis memujuk anaknya itu. Hatinya terasa pilu. Daniel amat rapat dengan Mak Timah. Sudah tentu anaknya amat merasai kehilangan orang yang dianggap sebagai neneknya. Anis mula sebak. Dia juga menyayangi Mak Timah.
"Sayang, jangan begini," pujuk Anis namun kelihatan anaknya langsung tidak memperdulikan kata-kata tersebut. Anis semakin resah. Akhirnya dia membawa anaknya ke bilik Mak Timah. Berharap rindunya pada Mak Timah berkurangan melihat gambar dan barang-barang Mak Timah. Rancangannya sedikit berjaya apabila Daniel tidak lagi membentak-bentak tetapi masih menangis. Akhirnya Daniel tertidur akibat keletihan menangis. Anis membelai rambut ananya itu sambil mengeluh perlahan.
*****************************************
Badan yang letih dicampak kasar ke atas sofa. Dia meraut-raut wajahnya perlahan. Perbualan dengan ibu bapanya tadi kembali terngiang-ngiang di kepalanya. Terasa sebu otaknya seketika. Dia bingung. Olah sebab itu, dia melarikan dari mama dan papanya dan datang ke kondominiumnya. Dia perlu bertenang.
"Ah, kenapa boleh jadi macam ni?!" dia mencampakkan pasu bunga ke dinding kuat. cebisan-cebisan kaca bertaburan di lantai namun Aiman Daniel tak peduli. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Mengikut keputusan ujian DNA itu, memang sah budak itu anaknya tetapi dia masih terasa tidak percaya.
Ah, kenapa semuanya boleh bertukar seperti ini? Sebelum ini, mati-mati dia ingatkan Anis yang mencuri di rumahnya. Malah, dia mengingatkan anak itu lahir dari hubungan Anis dengan para mangsanya. Ah, apa yang aku dah buat ni? Patutlah Anis begitu marah dengannya sejak dia menghina anaknya itu.
"Argh!!" sebiji pasu lagi menjadi mangsa kemarahan Aiman Daniel. Kali ini, tangannya sedikit luka akibat kaca pasu itu. Dia memandang lukanya dengan pandangan kosong. Tiba-tiba aluman lagu memenuhi ruang tamu kondominium yang sunyi itu. Aiman Daniel segera mencapai telefon bimbit mewahnya.
"Hello, sayang," suara manja kedengaran di corong telefon. Aiman Daniel tersenyum hambar.
"Ada apa?" tanya Aiman Daniel. Dia meraup rambut dengan tangannya yang luka.
"I cuma nak beritahu you, I nak balik Itali ni. I nak jumpa mummy and daddy I. I ingat I nak beritahu mereka tentang hubungan kita. Lepas ni, bolehlah kita bertunang dan kahwin," ujar Stephanie masih dengan nada manja.
"Kenapa tak ajak I? Kita pergilah sama-sama jumpa mereka. I want to go with you!" balas Aiman Daniel. Dia bergerak dan mengambil tisu untuk mengelap lukanya.
"No, I don’t think it’s a good idea. You don’t need to worry, darling. Let me handle it," pujuk Stephanie. Aiman Daniel mengeluh perlahan.
"Fine, do what you want!" bentak Aiman Daniel sedikit kuat. Stephanie mengeluh perlahan.
"Please, janganlah marah. I just nak jumpa mereka dan beritahu mereka tentang you aje. Lepas tu I balik semula. Sebentar je. Bila I balik, kita bertunang ya?" tanya Stephanie dengan nada riang. Aiman Daniel menarik nafas panjang.
"Baiklah. Bila you nak bertolak?" suaranya sudah mula mengendur.
"Dua jam lagi. Boleh you jemput I kat kondo dan hantar I kat airport? I nak jumpa you sebelum ke sana. Boleh?" suara manja Stephanie kedengaran lagi. Aiman Daniel tersenyum kecil.
"Yalah. Jumpa you nanti," jawab Aiman Daniel lalu segera meletakkan phone nya di atas meja. Senyuman tadi bertukar senyuman sinis. Buat susah je pening-pening fikir pasal Anis dan budak itu. Takkan dia mahu mememusnahkan segalanya dan mengikut kehendak ibu bapanya mengahwini Anis. Dia tidak sanggup. Apatah lagi Stephanie sekarang sudah bersetuju dengan lamarannya. Dia mahu kehilangan semuanya hanya kerana Anis. Perempuan itu bukan siapa-siapa padanya. Kenapa pula dia perlu berkorban? Lagipun, Fariq kan kekasihnya. Biarlah Fariq saja yang berkahwin dengan Anis. Tentang budak itu, dia tidak peduli!
*********************************************
"Encik, kita nak ke mana ni?" satu suara lembut menghapuskan lamunan Aiman Daniel. Dia segera meraut rambutnya dengan tangan. Ah, kenapalah aku boleh mengelamun ketika sedang memandu? Macam mana jika kemalangan berlaku sekali lagi?
"Er, apa yang kau tanya tadi?" Aiman Daniel langsung tidak memandang Anis di sebelahnya. Buat seketika tadi dia terlupa yang wanita yang pernah dibencinya sedang berada satu kereta dengannya. Mungkin kerana beban masalahnya semakin menghimpitnya. Walaupun dia sudah berbuat keputusan dengan tidak mengambil peduli tentang kebenaran yang baru diketahuinya, hatinya masih tidak tenang. Kenapa?
"Saya tanya kita nak ke mana? Encik dah lalu jalan bukan untuk ke pejabat," ujar Anis perlahan. Dia takut mengundang kemarahan lelaki itu. Kebelakangan ini Aiman Daniel lebih kerap marah-marah daripada dulu. Cuma kata-kata hinaan yang sudah tidak keluar dari mulutnya lagi. Pelik, kan?
Aiman Daniel yang mendengar tersentak. Segera dia memandang sekeliling. Yalah, memang benar dia sudah tersilap jalan. Ah, inilah akibatnya kerana mengelamun. Aiman Daniel segera meraut rambutnya.
"Encik tak apa-apa ke?" tanya Anis lembut. Dia sedikit risaukan jejaka itu. Dia tidak kejam dengan langsung tidak memperdulikan Aiman Daniel walaupun jejaka itulah yang menghancurkan hidupnya dulu. Baginya, jejaka itu masih lagi orang atasannya yang harus dihormati. Lagipun, Aiman Daniel sudah tidak menggungkit kisah lalunya. Itu sudah cukup baik untuknya. Bolehlah dia bekerja dengan aman.
"Aku tak apa-apa," perlahan dia menjawab soalan itu. Sedikit sebanyak dia menghargai sikap ambil berat Anis. Ah, terasa bersalah pula kerana melakukan begitu terhadapnya dulu. Argh, aku mana boleh berfikran begitu. Anis kisah silam yang gelap. Aku hanya perlu memikirkan masa depan yang cerah bersama Stephanie. Hentikan, Daniel!
"Kenapa ni, encik? Perlahankan sikit kereta itu. Encik nak ke mana ni? Kita seharusnya balik ke pejabat semula," Anis memegang pintu kereta dengan erat. Gerun melihat wajah Aiman Daniel berubah tiba-tiba dan kelajuan kereta yang sudah mencapai hampir 120km/s. Laju tu!
"Suka hati akulah nak ke mana? Kereta aku. Syarikat itu, syarikat bapak aku!" suara Aiman Daniel berubah kasar secepat kilat. Sebenarnya dia malu jika Anis mengetahui yang dia berangan sehingga tersalah jalan. Lebih baik dia berbuat begitu. Anis yang mendengar membulatkan matanya.
"Memang itu semua milik encik tapi encik lupa ke yang saya ni makan gaji. Saya tak boleh buat macam encik buat ni! Lagipun saya tak nak mati sia-sia!" balas Anis geram tetapi dia masih mengawal nada suaranya agar tidak tinggi. Aiman Daniel tersenyum kecil.
"Aku peduli apa. Yang penting, aku lapar. Aku nak pergi makan," tegas suara itu kedengaran. Anis mengeluh perlahan. Malas bertekak dengan jejaka ini lagi. Lebih baik dia melayan alam di luar tingkap daripada melayan makhluk kepala angin ni. Nanti tak pasal-pasal dia jugak yang berangin!
Tiba-tiba alunan My Baby You kedengaran. Cepat-cepat Anis mencapai telefon bmbitnya di dalam tas tangan. Selepas membalas salam, wajahnya segera berubah pucat. Aiman Daniel memerhatikan Anis dengan ekor mata.
"Terima kasih. Saya datang sekarang," lemah suara itu kedengaran. Aiman Daniel makin pelik. Ada apa ni?
"Encik, turunkan saya di sini. Saya nak mintak cuti setengah hari. Ada kecemasan," suara lemah itu berubah cemas. Aiman Daniel kehairanan tetapi dia tidak mengikut apa yang dikatakan Anis. Dia tetap memandu laju keretanya. Anis mengetap bibir.
"Please, encik. Saya tak ada masa nak bertekak dengan encik. Saya tengah cepat ni. tolong hentikan kereta," pinta Anis sekali lagi. Aiman Daniel memperlahankan sedikit kelajuan keretanya tetapi tidak memberhentikannya.
"Siapa suruh kau bertekak dengan aku? Nak mintak cuti, kau harus bagi sebabnya. Sekarang, beritahu aku. Kenapa kau mintak cuti?" tanya Aiman Daniel sambil merenung tajam Anis. Anis pula menggigit bibir.
"Urusan peribadi. Encik tak perlu tahu," balas Anis geram. Sejurus itu, Aiman Daniel menambahkan kelajuan serta-merta. Anis terdorong kebelakang kerana tidak bersedia. Dia mengutuk Aiman Daniel di dalam hati.
"Aku sebagai majikan kau, ada hak untuk tahu. Jika kau tak beritahu, tak ada cuti!" tegas suara itu. Anis terpaku. Dia serba-salah.
"Anak saya sakit. Saya nak ambik dia di taska," lancar Anis menuturkan itu. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi. Danny mungkin sedang dalam kesakitan sekarang. Aiman Daniel yang mendengar pula terpaku. Anak Anis sakit?
"Di mana taska tu?" tanya Aiman Daniel tanpa mengalihkan pandangannya dari jalan raya. Anis kelihatan terkejut dengan soalannya.
"Untuk apa encik tahu? Biar saya turun di sini saja," jawab Anis pantas. Aiman Daniel menghentak stereng geram. Anis terkejut dengan tindakan lelaki itu.
"Suka hati akulah nak tahu. Untuk pengetahuan kau, aku nak pastikan betul-betul yang kau tak tipu. Sekarang beritahu aku di mana taska itu. Aku hantar kau ke situ," kata Aiman Daniel tinggi tetapi masih dalam nada yang terkawal. Anis menggigit bibir. Serba salah dia dibuatnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menemukan Aiman Daniel dan Danny. Kenapa? Hm, mungkin naluri seoarang ibu.
"Tapi saya…yalah," Anis menundukkan wajahnya. Dia mahu menolak cadangan Aiman Daniel tadi tapi dia segera mengubah keputusan apabila melihatan renungan tajam Aiman Daniel. Gerun wei! Rasa takutnya pada Aiman Daniel ketika menjadi pembantu rumahnya dulu masih bersisa lagi.
cite nie best saya juga tapi lmbt saya rasa x sabo sangat nak tahu apa akhirnyeeee...hehehee saya harap awak dapat cepatkan sambunganye.....kkkk
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tolong bg nama blog...da lupe lah...sy da baca smpai episod 29...plzzz..