Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hawa, minggu lepas ada orang merisik Hawa." Bonda mengelus rambutku yang baru dipotong petang tadi. Aku yang sedang bersandar di sofa menonton saluran HBO. Aku mengerutkan kening. "Bila pulak? Hawa tak tahu pun? Kan minggu lepas Hawa ada je kat rumah?," balasku. Agaknya Bonda ni terlalu inginkan menantu agaknya sampaikan nak mengusik aku pun tak selidik betul-betul dulu. "Bukan rasmi. Cuma merisik dengan Bonda aje." "Haiii... siapalah yang salah pandang Hawa tu, Bonda?," aku ketawa dengan kata-kataku sendiri. Hakikatnya, aku berdebar juga. Ishh... takkanlah? Aku masih muda. Bonda menepuk bahuku. Aku mengaduh kecil. "Biarlah kalau dia salah pandang pun. Tapi kalau Hawa setuju, bulan depan diorang nak datang merisik secara rasmi," balas Bondaku. Aku membulatkan mata. Eh, cop, cop! Aku membetulkan duduk dan menghadap Bonda. Nasib baik Ayahanda tidak ada bersama kami kalau tidak aku pasti malu untuk berbincang soal ini. "Bonda ni, serius? Hawa tak sukalah Bonda main-main benda macam ni. Tak best langsung!," ujarku pura-pura merajuk. "Laaa... ada pula Bonda nak main-main. Bonda seriuslah ni. Lagipun, Hawa tak ada sesiapa lagi, kan?," tanya Bonda. Aku menggeleng. "Tak naklah, Bonda. Hawa nak belajar lagi. Kalau dapat panggilan nanti, Hawa nak sambung Masters." Aku menyatakan rancanganku. Bonda mengeluh kecil. "Habis, bila Hawa nak kahwin? Sekurang-kurangnya, bertunang dulu. Lepas Masters nanti boleh terus kahwin, tak payah sibuk-sibuk nak mencari. Dah ada orang tunggu," balas Bonda. Aku tetap menggeleng. "Tak naklah... Lagipun, Hawa tak tahu pun siapa orang tu. Takkan nak kahwin dengan orang yang Hawa tak kenal?," ujarku beralasan. Namun tiba-tiba aku teringat dengan kata-kataku dulu. Aku juga yang menyerahkan soal ini kepada Bonda. Tapi dulu Bonda menolak. Alamak! Apakah Bonda sudah berubah fikiran? Aku lihat Bonda tersenyum. "Soal itu Hawa tak usah bimbang. Bonda yakin Hawa akan bahagia dengan dia. Bonda kenal dia dari kecil lagi. Budak yang baik, bijak. Anak kawan Bonda. Dia beza empat tahun daripada Hawa tapi dah dapat phD," balas Bonda sambil merenung wajahku. Aku tersengih namun dalam diam masih cuba mencari idea untuk menolak. "Ish Bonda ni... takkan Bonda nak berbesan dengan kawan sendiri? Tak segan ke? Eee... kalau Hawa la, ishh... segannya Bonda!," aku membuat mimik muka. Bonda menggeleng melihat telatahku. "Kita tengok dulu orangnya macam mana ya, Hawa? Lepas tu, baru kita buat keputusan. Berkenal-kenalan dulu," pujuk Bonda. Aku terpaksa mengalah. Bonda memelukku tanda senang.
Majlis merisik lagi dua minggu namun aku sedikit pun tidak merasa apa-apa malah semakin sibuk dengan projek penanaman strawberi yang akanku usahakan bersama beberapa orang teman satu fakulti dahulu sebagai rakan kongsi. Projek kami ini jika mengikut perancangan akan dilaksanakan bulan hadapan sebaik penyediaan tapak selesai. Projek ini bukan hanya memfokuskan pada penanaman strawberi sahaja tetapi turut menghasilkan produk hiliran seperti jem, syampu, minuman dan sebagainya. Walaupun telah dilarang oleh Bonda supaya tidak terlalu kerap berulang alik ke Tanah Tinggi Cameron tetapi aku tidak menghiraukannya. Aku mahu pastikan projek ini berjaya. Aku sedar warna kulitku sudah semakin gelap tetapi tidak kisahlah. Keadaan ini hanya sementara sahaja. Lagipun, kalaulah benar bakal suamiku itu mahukan aku, walau apa keadaan sekalipun dia pasti menerimaku. Kalau dia menolakku kerana wajahku tidak lagi secantik dahulu maknanya dia bukanlah calon suami yang terbaik. Melihatkan paras rupa semata-mata. Huh... Setelah beberapa minggu sibuk dengan projekku, aku terpaksa berehat di rumah juga setelah rakan-rakanku tidak membenarkan aku melawat tapak lagi setelah mereka tahu aku akan dirisik. Walaupun telah bertegas dengan mereka namun nampaknya mereka lagi tegas! Akhirnya, aku mengalah. Bonda juga nampaknya lega dengan keadaanku. Lalu, pada suatu hari minggu Bonda mengajakku ke spa untuk menaikkan kembali seri di wajahku. Hendak tidak hendak, aku terpaksa menurut. "Ni cuma majlis merisik sahajalah Bonda. Bukan nak kahwin pun lagi. Tak payahlah spa-spa ni semua. Buang duit sahaja," gerutuku sewaktu di dalam kereta. "Majlis merisik ni pun besar maknanya Hawa. Jadi tak jadi semuanya letak kat situ." Aku malas bertekak lagi. Biarlah, lagipun semua belanja spa Bonda yang keluarkan. Aku cuma perlu letak muka dan relaks. Celik sahaja, pasti wajahku sudah berubah. Hurrmmm... oraitlah jugak! Empat hari lagi majlis takruf akan berlangsung, Bonda menerima satu panggilan yang ku kira agak mengecewakannya. Aku menghampiri Bonda sebaik gagang telefon diletak. "Siapa yang telefon Bonda?," soalku. "Auntie Ramlah. Katanya, anaknya tak dapat datang majlis nanti. Dia baru dapat surat tawaran kursus di New Zealand selama dua bulan. Kena lapor diri pada tarikh majlis tu," ujar Bonda. Aku diam. "Habis, macam mana ni Hawa?," soal Bonda. Aku mengangkat muka. "Entahlah Bonda. Hawa tak apa-apa pun tapi cubalah Bonda berbincang dengan Ayahanda." Bonda mengangguk. Sememangnya aku merasa sedikti lega dengan berita ini. Nampaknya, kemungkinan besar majlis akan ditunda. Namun semuanya terserah kepada Ayahanda. Tapi aku berharap sangat agar majlis ini betul-betul ditunda atau pun dibatalkan terus. Aku tidak bersedia lagi sebenarnya untuk dirisik. Cita-citaku lebih utama daripada perasaan ingin berkahwin. Tapi, aku harus bersedia juga ke arah itu. Eeiii... sunnah Nabi tetap aku ikut tau!
Malam hari aku sepatutnya dirisik, aku dihubungi oleh seseorang. "Haiii, tak lama lagi dapat makan nasi minyak la yer?," kata si pemanggil. Aku mencebik mendengar usikan itu. "Syukurnya kalau betul. Tapi harap anda bersabar ye, nasi minyak lambat lagi," balasku kembali. "Eh, kenapa pula? Calon tu tak sehensem aku ke? Hahaha, aku dah agak dah!," ujarnya kembali sambil ketawa. Aku jadi mahu tergelak dengan pertanyaannya yang jelas mengangkat diri sendiri itu. Aku menukar posisi telefon ke telinga kiri, lebih selesa. "Errmm... suka hati kaulah Syaqir. Malas aku nak layan," jawabku. Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan betapa hubungan aku dengan Syaqir sekarang sudah pulih sepulih-pulihnya. Tidak sangka pula, penawar untuk kami berbaik cumalah cuti panjang sahaja. Ternyata sebenarnya aku dengan dia boleh berbaik-baik dengan syarat kami tidak saling bertemu. Macam sekarang.... hanya telefon yang menghubungkan kami. Kalau mahu dihitung-hitung, sudah enam bulan tidak berjumpa. Ha’ah la... lama jugak ye? Hehehe... aku ketawa sendiri. "Laa... yang kau gelak tiba-tiba ni apsal pulak? Suka la tu aku telefon kau," Syaqir masih mengusikku. "Hurrmm... kau perasanlah sorang-sorang. Aku ada hal ni. Lain kali sembang lagi. Assalamualaikum," aku memberi alasan untuk tidak memanjangkan perbualan. Aku tahu kalau dilayan makin menjadi-jadi pula nakalnya itu. Aku tidak mahu hatiku resah lagi dengan perbuatanku sendiri yang melayan lelaki ajnabi ini. "Okeylah. Wa’alaikumsalam," balasnya. Talian putus.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite yg bosan!!