Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pemandangan di luar tingkap langsung tidak dapat mententeramkan perasaan Elina yang gundah. Dia langsung tidak gembira walaupun hari ini dia dibenarkan pulang awal. Hal ini kerana dialah punca kenapa X-Music tidak dapat meneruskan latihan hari ini. Lee asyik berkurung di dalam bilik dan langsung tidak memperdulikan orang lain. Jadi, Wu menyuruhnya pulang sahaja tadi. Elina mengeluh lagi.
"Macam mana aku nak buat, barulah Lee tak marah aku lagi?" tanya Elina pada dirinya sendiri. Saat itu, bas sudah sampai di destinasinya. Elina segera turun dan berlari ke rumahnya. Dia mendapat satu akal.
"Mama!" tempik Elina dari luar rumah.
"Mama!" Elina mencampakkan bag di atas sofa dan berlari ke arah dapur.
"Kenapa ni, Lina? Menjerit-jerit," Puan Mariana muncul bersama apron di badannya. Elina tercungap-cungat akibat berlari tadi.
"Mama ingat tak cara nak buat sushi?" tanya Elina. Puan Mariana terpaku sambil mengerutkan kening.
"Ingat. Kenapa?" tanya Puan Mariana. Elina tersenyum kecil.
"Mama ajar Lina buat sushi ya," pinta Elina. Semakin berkerut muka Puan Mariana.
"Kan Lina tak sukan makan sushi. Kenapa tiba-tiba ni?" Puan Mariana pelik dengan tingkah anak gadisnya itu.
"Bukan Lina nak makan tapi Lina nak bagi pada kawan Lina kat sekolah sebab Lina dah buat salah pada dia. Lina nak mintak maaf," ujar Elina dengan nada manja. Puan Mariana tersenyum kecil.
"Oh, kalau macam tu Lina belilah bahan-bahan. Kat rumah kita tak ada," ujar Puan Marian. Elina mengangguk. Selepas itu Puan Mariana tunduk dan mencatatkan sesuatu di atas kertas lalu diberikan pada Elina.
"Lina pergi dulu, ya," Elina mengatur langkah keluar dari rumah. Puan Mariana mengekori langkah Elina dengan ekor mata bersama senyuman di bibirnya.
**********************************************
"Okay, Lina dah sedia," ujar Elina dengan senyuman. Puan Mariana ketawa kecil. Tidak disangka Elina begitu bersungguh-sungguh untuk belajar cara membuat sushi sedangkan dia kenal benar perangai anaknya yang tidak menggemari sushi. Setiap kali memakannya, wajah Elina akan berubah kelat. Tidak seperti Adam, anak lelakinya itu amat menggemari sushi seperti suaminya. Jadi, setiap kali dia membuat sushi, hanya Adam yang memakannya sedangkan dia dan Elina hanya menjamah sedikit sahaja.
"Betul Lina nak buat ni?" tanya Puan Mariana. Elina mengangguk pantas. Dia benar-benar berharap agar Lee akan memaafkan ketelanjurannya dengan cara ini. Dia betul-betul berharap.
"Mama, kita nak buat sushi apa?" tanya Elina. Puan Mariana kelihatan sedang mengenggam nasi sushi di telapak tangannya. Dia kemudian mengambil udang yang sudah dipotong rata dan disapu wasabi rata di bawah udang itu. Langkah seterusnya, udang itu dilekapkan di atas nasi yang sudah dicampur cuka, garam dan gula itu.
"Ini nagiri-zushi. Nagirizushi ini jenis sushi yang meletakkan makanan laut segar di atas gumpalan nasi sushi," terang Puan Mariana. Elina mengangguk faham. Dia melihat tangan ibunya menekan-nekan udang itu malah kadang kala membalikkannya lalu menekan pula. Pelik Elina melihatnya.
"Cuba Lina buat," kata Puan Mariana. Elina mengangguk lalu meniru apa yang dibuat ibunya tadi. Susah juga rupanya. Nampak aja senang tapi dia ada cara-cara tertentu agar sushi terbentuk elok. Berkerut-kerut juga Elina dibuatnya.
"Mama, kenapa Lina punya tak cantik?" tanya Elina. Puan Mariana tersenyum. Dia menunjukkan cara-cara yang betul melekapkan sushi dengan gumpalan nasi itu. Pertama tekan, balikkan, tekan, ke tepi, tekan..hah! Susah betul!
"Dah jadi pun," Elina tersenyum riang. Puan Mariana turut tersenyum.
"Okay, sekarang kita buat maki-zushi pula," ujar Puan Mariana. Elina yang sedang berusaha membentuk sushi tersentak. Maki-zushi?
"Apa tu?" tanya Elina. Puan Mariana tersenyum.
"Sejenis sushi juga tapi sedikit berbeza dengan nagiri-zushi. Maki-zushi adalah gulungan berisi tetimun atau neta dan dibungkus dengan nori( rumpai laut kering)," terang ibunya lagi. Elina tersenyum kecil. Maki-zushi yang sering dimakan masyarakat negara ini.
Puan Mariana mengambil sehelai tikar yang diperbuat daripada buluh(makisu) dan diletakkan di atas meja. Dia kemudian meletakkan nori dan nasi sushi ditekan rata di atas nori tersebut. Selepas itulah intinya disusun memanjang di atas nasi itu. Kali ini intinya ialah avacada, isi ketam, mayonnaise dan garam. Dia kemudian menggulungkan nori dan intimnya dengan makisu itu. Selepas siap digulung, sushi itu dipotng kepada beberapa bahagian. Sushi ini adalah california rolls. Selepas itu, Puan Mariana mengajarkan pula cara membuat susi berintikan tuna.
"Mama, biar Elinalah yang buat. Mama tidurlah ya," kata Elina perlahan. Puan Mariana tersenyum lalu kembali ketempat tidur. Tadi, dia terpaksa bangun awal untuk menunjukkan cara-cara membuat sushi yang betul kepada anaknya. Dan sekarang, dia mahu kembali tidur sebelum bekerja.
"Ganbatte!" ucap Elina perlahan sambil meneruskan kerjanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ler tgu lamer pendek je kuar???