Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hani menukar-nukar siaran di televisyen. Semuanya membosankan. Sudah dua hari dia di situ. Datuknya masih di Terengganu manakala Zhariff pula sudah semestinyalah berada di pejabat. Dia mencapai telefon bimbitnya. Keluar pun best neh. Dia menaip satu mesej buat Haikal.
-Kita keluar nak? Saya bosanlah kat rumah sorang-sorang.
Seminit kemudian, Haikal membalasnya.
+Keluar? Awak kan kat Langkawi? Jauh kot sayang.
-Saya kat PJ sekarang. Ikut atuk balik sini. Jomlah keluar.
+OK. Saya ambil awak? Kat mana rumah awak?
-Saya pergi sendiri. Kita jumpa kat Sunway? Tempat lain saya tak tau sangat macam mana nak pergi.
+OK. See you in 30 minutes.
OK. Satu dah beres. Kereta pula. Hani mencari-cari nombor Zhariff dan mendailnya. Seketika kemudian, kedengaran suara Zhariff di hujung talian.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Kenapa Hani call abang neh?" tanya Zhariff. Matanya masih melekat pada kertas kerja yang baru saja dihantar oleh setiausahanya.
"Saya nak keluarlah. Saya guna SLK tu ek? Tengok tak ada yang lain pun." Hani meminta izin untuk menggunakan kereta yang ada di rumahnya.
"Gunalah. Lagipun, memang atuk belikan untuk Hani. Hani nak pergi mana?"
"Atuk belikan untuk saya? Kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun?"
"Dah tiga bulan juga rasanya atuk beli. Dia berharap sangat Hani datang sini bila cuti. Tapi, biasalah orang tua tu, mana dia nak cakap. So, Hani nak pergi mana neh?" Sekali lagi Zhariff mengulang soalannya.
"Sunway aje. Tempat lain saya tak taulah."
"Kalau tak tau, minta Abang Mail hantarkan. Tapi, kalau Hani nak drive juga, ingat pesan abang. Berhati-hati. Kalau ada orang tak dikenali tegur, jangan layan. Ingat yang Hani tu cucu tunggal Dato' Harun." pesan Zhariff.
"OK." balas Hani pendek.
"Sorry sebab abang tak boleh nak temankan. Kerja banyak sangat. Tapi, kalau Hani nak keluar waktu malam, insyaAllah abang boleh temankan."
"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Jangan risau." Memang saya tak nak awak temankan saya pun. Nak mampus kalau awak tau saya keluar dengan Haikal. Mengamuk atuk saya tu.
"OK. Take care, Hani."
"Bye." Hani mematikan talian. Yes! Sepantas kilat dia berlari mendaki tangga menuju ke biliknya. Tidak sampai sepuluh minit, dia sudah siap menukar baju dan bersolek nipis. Dia mencari kunci kereta di dalam kotak khas yang tergantung tidak jauh dari telefon. Enjin kereta dihidupkan dan keretanya meluncur laju meninggalkan kediaman mewah datuknya itu.
Hani tercari-cari kelibat Haikal di pintu masuk di bahagian Asian Avenue. Sedang matanya melilau mencari Haikal, pemuda itu sudah berada di sebelahnya.
"Hani!" ujar Haikal sambil menepuk bahu Hani.
Hani lantas berpaling. Hishh... dia neh. Kita tercari-cari dia, dia boleh pula buat silap mata kat sini. Tiba-tiba aje dah ada kat tepi.
"Sorry kalau saya buat awak terkejut. Jomlah masuk. Awak dah makan?" tanya Haikal.
"Belum lagi. Bosanlah makan sorang-sorang kat rumah."
"Erm... awak nak makan apa? Western? Japanese? Atau biasa-biasa aje?"
"Biasa-biasa aje OK juga. Lagipun, saya memang tengah lapar neh."
"OK. Jom, ikut saya." Haikal memegang tangan Hani dan menarik gadis itu agar mengekorinya.
Hani merentap kembali tangannya. Haikal yang terpinga-pinga merenungnya meminta penjelasan.
"Sorry. Saya rasa, awak tak patut pegang tangan saya. Kita bukannya kekasih pun."
"Tapi... awak tau kan yang saya memang sejak mula lagi sukakan awak?"
Hani mengangguk. Dia mengutip kembali langkah yang terhenti. Haikal mengekorinya.
"Hani..."
"Kita cari tempat makan dulu. Saya ada perkara nak bagitahu awak."
"OK." Haikal mengeluh lemah. Terpaksalah dia menurut saja kata-kata gadis itu.
Mereka memasuki Kenny Rogers dan memesan makanan sebelum Hani memulakan bicaranya. OK, tarik nafas... Lepas...
"Apa yang awak nak cakap tadi?" soal Haikal. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Tambahan pula, gadis itu seolah-olah menolak cintanya.
"Saya datang sini sebab saya nak beritahu awak perkara penting yang melibatkan masa depan saya. Masa depan awak." Hani berhenti seketika, menelan air liur. Kemudian, dia menyambung, "Atuk nak saya kahwin dengan cucu angkatnya!"
"WHAT?!" jerit Haikal. Dia tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Dia benar-benar terperanjat mendengar kata-kata Hani dan dia sememangnya tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia sudah terlalu cintakan gadis itu. Mana mungkin dia menerima berita itu sekelip mata.
"Bulan depan, saya akan dinikahkan dengan Zhariff."
"Tapi kenapa, Hani? Kenapa terlalu cepat? Awak cintakan dia ke?"
Hani menggeleng kepala. Dia serba salah untuk meneruskan kata-kata yang menyakitkan hati Haikal. Dia sedar bahawa lelaki itu sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Lelaki itu terlalu baik. Seringkali membantunya dalam pelajaran. Dia sentiasa ada untuk menemani Hani. Tetapi, apa boleh dibuat, mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama.
"Tak. Saya tak pernah cintakan dia. Semuanya arahan atuk saya, Haikal. Saya tak boleh membantah. Kalau tak kerana atuk saya, mungkin sampai sekarang saya masih di rumah anak yatim tu. Lagipun, atuk seorang aje darah daging saya dalam dunia neh. Awak kena faham, Haikal."
"Saya faham. Tapi... kenapa mesti dengan dia? Datuk awak tak terfikir ke tindakannya boleh memusnahkan kebahagian cucunya sendiri?"
"Saya tak taulah, Haikal. Mungkin bagi atuk, saya hanya akan bahagia jika saya digandingkan dengan Zhariff aje. Sebab dia benar-benar percayakan Zhariff."
"Jadi, bagaimana pula dengan kita? Awak tak pernah ada hati pada saya ke?"
Dengan tenang Hani menjawab, "Tipulah jika saya katakan saya tak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadap awak. Layanan awak terlalu baik, Haikal. Tapi, saya tak boleh terima cinta awak. Saya bakal menjadi isteri orang. Lagipun, perasaan saya terhadap awak masih belum terlalu jauh. Saya yakin yang saya mampu lupakan awak. Jadi, saya nak minta awak lupakanlah saya. Awak carilah gadis lain yang dapat membahagiakan awak."
"Tapi, Hani... Saya betul-betul cintakan awak. Hati saya tak mudah berpaling."
"I'm sorry, Haikal. Saya tak dapat nak balas cinta awak. Tapi, saya harap kita dapat teruskan hubungan kita sebagai kawan."
"Kawan aje? Hani, awak tak faham perasaan saya. Saya tak boleh nak berpura-pura. Saya tak boleh nak tipu diri saya. I really love you." tutur Haikal tulus membuatkan perasaan bersalah dalam diri Hani berganda.
"Sorry..." Hanya itu yang mampu lahir dari mulut Hani.
Suasana hening seketika. Masing-masing tenggelam dengan perasaan masing-masing. Hani dengan perasaan bersalahnya. Haikal dengan kekecewaannya.
"Hani, saya akan tunggu awak!" Akhirnya, Haikal membuat keputusan.
"Saya akan tunggu awak sampai bila-bila. Manalah suatu hari nanti, awak bercerai dengan dia ke. Atau pun, apa-apa sajalah yang terjadi. Masa tu, saya sanggup terima awak kembali." ucap Haikal bersungguh-sungguh. Dia sudah tidak peduli lagi. Yang dia tahu sekarang, dia sayangkan Hani. Dan gadis itu mesti menjadi miliknya.
"Haikal! Awak dah gila ke?" jerkah Hani. Tidak disangka Haikal mampu berfikir sejauh itu. Betapa jauhnya terpesong pemikiran lelaki itu kerana cinta.
"Ya, memang saya dah gila. Saya gilakan awak, Hani. Sanggup awak hampakan perasaan saya dan terima lelaki yang awak tak cintai." Makanan yang dipesan tadi dipandang kosong. Hilang habis seleranya. Menyesal kerana bertanyakan gadis itu. Mungkin jika mereka tidak bertemu hari ini, hubungan mereka akan berterusan untuk jangka masa yang lebih lama. Mungkin... segalanya mungkin.
"Haikal, saya tak nak awak terus kecewa. Lagipun, tak baik awak mendoakan keruntuhan rumah tangga orang lain. Terimalah kenyataan seperti mana saya menerimanya. Jika ini takdir saya, saya redha, Haikal. Walaupun saya tak pernah menyintai dia. Andai takdir saya dengan awak, saya yakin suatu hari nanti kita akan dipertemukan dengan cara yang lebih baik, Haikal. Buat masa neh, awak lupakanlah saya." ujar Hani lembut.
"Hani, kenapa begitu mudah awak menerimanya? Kenapa?" tanya Haikal sayu.
"Tak semudah yang awak sangkakan, Haikal. Walaupun saya tak dapat nak terima ini semua, saya tetap akan dinikahkan dengan Zhariff. Walau sejauh mana pun saya melarikan diri, atuk saya pasti akan mencari saya sampai jumpa. Jadi, apalah gunanya saya mengelak jika awal-awal lagi saya sudah mengetahui kesudahannya? Kesudahan yang tak akan berpihak kepada saya."
Hani menguis-nguis nasi di pinggan. Seleranya turut terbantut. Namun, digagahi juga menyuap sesudu nasi ke mulut. Tidak elok membazir. Dia pernah melalui hidup susah suatu ketika dulu di mana kadang-kala ibunya tidak mampu memberikan wang untuk perbelanjaan di sekolah. Dia terpaksa mengikat perut seharian di sekolah. Pulang ke rumah pula, nasinya hanya berlaukkan kicap dan telur rebus saja.
Haikal memandang tingkah-laku Hani Syazilla. Mampukah dia melupakan gadis itu? Mampukah dia memadamkan api cintanya buat sang puteri? Hani Syazilla yang lemah-lembut. Hani Syazilla yang periang. Segala-galanya tentang Hani Syazilla.
"Hani..."
"Ya?"
"Andai suatu hari nanti, sesuatu terjadi pada hubungan awak dengan dia, jangan teragak-agak untuk mencari saya. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk awak."
"OK. Thanks, Haikal. Kita masih kawan kan?" tanya Hani sambil tersenyum. Senyuman yang sering memukau pandangan mata Haikal. Senyuman yang membuatkan dia jatuh hati pada gadis itu tatkala pertama kali mereka bertemu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan