Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari itu, telah 2 minggu Ruby berada di kampus UM, menara gading idamannya sejak dibangku sekolah menengah lagi. Dia berlari-lari anak menaiki anak tangga bukit Kolej Ke-3, asrama tempat penginapannya. Hatinya berasa riang dan bebas sebab dia baru abis kuliah untuk hari itu. Ruby seorang yang bertubuh sederhana, tingginya 5 kaki 1 inci, berkulit cerah dan berwajah ceria.
"Naz, Nora, tunggulah aku! Kita pergi minum bersama," laung Ruby kepada kawan-kawannya yang telah berada di anak tangga atas. Beberapa saat kemudian, Ruby telahpun bersama-sama kawan-kawannya, sedikit tercungap. "Aku nak pergi simpan beg aku dulu, "kata Ruby.
"O.K., kami tunggu kau di dewan makan, pergilah cepat!" kata Nora.
Ruby bergegas naik ke biliknya di tingkat 1 Blok B, kemudian pantas turun kembali ke lobi. Apabila dia melintasi bilik ahli jawatankuasa kolej, dia terdengar namanya dipanggil.
"Ruby, mari sekejap!"
Dia menjenguk ke dalam bilik itu dan didapati Fatimah, seniornya 1 tahun di sekolah menengah. Fatimah seorang gadis ayu, berkulit putih kuning, serta mempunyai senyuman yang manis. Mereka berkawan baik kerana sama2 menjadi pengawas di sekolah mereka dahulu. Bersama-samanya ada seorang siswa senior yang tidak Ruby kenal.
"Ruby, ini saya kenalkan Azman, dan Azman, ini Rabiatul Adawiyah, panggilan mesranya Ruby," kata Fatimah sambil tersenyum manis.
"Hello!" kata Ruby.
"Hai!" jawab Azman, lembut dan perlahan.
"Begini Ruby, Azman telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa kolej bahagian agama, dia sedang mencari ahli jawatankuasa kecilnya. Saya sudah jadi ahli jawatankuasa kecil tahun lepas, tapi tahun ini saya nak undur diri sebab nak tumpu pada pelajaran lebih sedikit. Baru sebentar tadi saya teringat nak cadangkan kamu ambil tempat saya sebab saya tahu kamu memang sesuai untuk jawatan ini, " kata Fatimah.
Ruby berfikir seketika kemudian menjawab, "Hmmm, boleh juga sebab saya pun belum pegang apa2 jawatan lagi, cuma saya ada masuk jadi wartawan pelatih untuk akhbar kampus," kata Ruby.
"Kalau begitu eloklah! Boleh saya jumpa kamu esok waktu ini, 4.30 ptg di bilik rehat pelajar?" kata Azman.
"O.K.," kata Ruby dan kepada Fatimah, "See u later!" Ruby lantas meninggalkan mereka dan meneruskan langkahnya ke dewan makan.
"Hai, kenapa lambat? Kami dah nk abis ni," sapa Naz.
"Fatimah tahan aku tadi, dia perkenalkan aku kepada Azman, ahli jawatankuasa kolej," jelas Ruby.
"Amboi! Dah ada peminat ke?" sampuk Nora yang sememangnya bermulut bertih.
"Bukan, dia cadangkan aku ambil tempat dia dalam Jawatankuasa Kecil Badan Agama Kolej."
"Kau setujukah?" soal Nora.
"Tengoklah dulu, esok baru nak bincang dengan Azman tu, " kata Ruby.
"Kau hati-hati Ruby, dia itu orang Malaysia seberang sana. Nampak rupanya boleh tahan juga, perwatakannya pendiam, tapi diam-diam ubi berisi, ada tarikannya tersendiri!" kata Naz beraksi semacam serius sahaja.
"Isy! Jangan mengarutlah, dia itu Fatimah punya. Nanti kalau Fatimah dengar, dia tenyeh kau, baru tau!" Mereka semua ketawa sambil menghabiskan minuman mereka.
Keesokkan petang seperti yang dijanjikan, Ruby pergi ke bilik rehat pelajar. Dia mendapati Azman telah sedia menunggu. Ruby mengambil tempat dan mereka mula berbincang tentang tugas ahli jawatankuasa kecil dan menggariskan aktiviti badan itu.
Setelah berbincang tentang tugas mereka, Azman berkata, "Terima kasih kerana sudi menerima jawatan ini. Kita akan adakan 1 mesyuarat ahli jawatankuasa kecil selepas ini. Saya akan beritahu kamu tarikh dan masanya nanti," Azman terdiam sejenak sebelum menyambung, "Ruby, saya nak beritahu satu perkara, saya ini tak tahu membaca al-Quran sebab dahulu saya sekolah missionary, mubaligh Kristian sejak kecil lagi," kata Azman dengan suara yang rendah.
Ruby terkejut besar mendengar pengakuan yang tidak disangka-sangka itu. Tanpa berfikir banyak, dia berkata, "Oh! saya boleh ajar kamu." Ruby berasa simpati terhadap Azman. Baginya itu satu perkara yang serius, tetapi kenapa pula Azman memberitahu perkara ini kepadanya? Mungkin dia seorang yang terlalu jujur, fikir Ruby. Namun, Ruby sedar, dengan satu perjumpaan sahaja, belum dapat mengukur kejujuran seseorang.
Selepas itu, mereka berdua keluar dari bilik rehat pelajar dan meneruskan haluan masing-masing. Ruby membawa satu masalah dalam fikirannya, dan Azman pula ada sesuatu yang tersentuh dihatinya.
Masa berlalu dengan pantas. Ruby dan kawan-kawannya dengan kuliah dan aktiviti kolej. Mereka telah menjalani orientasi, aktiviti sosial kolej, sukan anatara kolej, dan tidak ketinggalan berkenalan antara satu sama lain. Terdapat banyak aktiviti di kampus yang menarik minat Ruby. Antaranya aktiviti kesenian. Pada tahun itu, siswa-siswi berpeluang menonton persembahan tarian "The Bolshevik Ballet" dari Rusia dan tarian kebudayaan negara-negara Asean di Dewan Tunku Canselor. Ruby dan kawan-kawannya yang meminati seni tarian dan kebudayaan tidak ketinggalan turut serta menyaksikannya. Ruby berasa suatu kepuasan menikmati persembahan bertaraf antarabangsa secara LIVE di atas pentas yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.
Tanpa disedari, seminggu lagi kampus akan ditutup untuk cuti penggal pertama. Ada antara kawan Ruby sudah mula berkemas untuk pulang ke kampung. Tetapi ada juga kawan seperti Maimun, hanya tersenyum memerhati orang lain berkemas.
"Kenapa kau tidak berkemas lagi Maimun?" tanya Ruby.
"Aku sudah biasa, tidak ada excitement lagi nak pulang ke kampung macam korang. Orang macam aku ini sudah tinggal di asrama penuh sejak berumur 12 tahun lagi, pulang ke, x pulang ke, tiada perbezaanya," katanya selamba.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan