BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 31, 2009
Novel : Cinta Itu Milik Kita 1
Nama Pena : Tun Teja

Kerana cinta sang raja bisa menjadi hamba. Itulah antara bait puisi Jalaluddin Rumi, ahli sufi Islam yang tersemat kukuh dalam ingatan Mila. Ya, Mila mengakui kebenarannya. Begitu jauh jangkauan pemikiran para penyair. Mereka bukan sekadar berkhayal atau berimaginasi seperti dakwaan sesetengah pihak. Malah mereka menulis berdasarkan pemerhatian mereka. Buktinya, Ratu Isabela yang rela merendahkan martabatnya sebagai raja demi cintanya terhadap lelaki yang lebih rendah darjatnya. Beberapa sejarah lain juga turut mencatatkan keagungan cinta seperti Rumi dan Juli, Shah Jehan dan Mumtaz serta banyak lagi. Rakan-rakannya juga banyak berubah kerana cinta. Betapa besar pengaruh cinta dalam kehidupan manusia. Ada yang jadi baik semata-mata kerana cinta, tak kurang juga yang sanggup mati kerana cinta.

Cinta itu suci, terlalu suci. Hanya manusia yang mampu menentukan ke mana hala cinta mereka. Akallah yang harus tahu mencorakkan cinta itu dengan lukisan dan warna yang diingini. Kata orang… bermain cinta itu ibarat bermain api. Biar kita menguasai cinta, jangan cinta menguasai kita. Cinta suci seharusnya berlandaskan cinta pada pencipta. Ada pendapat mengatakan, tiada cinta dalam hidup ini melainkan cinta pada Ilahi. Ada juga yang kata cinta adalah nadi kehidupan. Tanpa cinta manusia takkan hidup aman. Namun sayangnya, bila seseorang itu kaya dengan cinta dalam dirinya tapi cinta buat yang berhak tiada.

Mila tidak mahu menangis terlalu lama kerana cinta. Buat apa perlu ditangisi pada yang pergi lebih-lebih lagi jika cinta yang pergi itu akan meningkatkan cintanya pada Tuhan. Kalau tidak sedih langsung pada cinta yang pergi, bermakna Mila berbohong. Apatah lagi cinta itu pergi di depan mata. Hatinya kini serasa ditusuk belati tajam. Darah pekat mengalir. Inilah yang dikatakan luka tak berwarna. Jiwanya pedih. Kalau luka di tangan, boleh diletakkan ubat. Esok lusa baiklah. Pedihnya pasti hilang walaupun parut masih ada. Tapi luka hati, pedihnya akan terasa setiap kali kenangan itu mengintai meskipun bahagia menyelimuti. Orang bisa menangis bila teringatkan sesuatu peristiwa. Keperitan pasti menjadi bayang yang akan mengekori manusia ke mana saja dia lari. Selagi manusia memiliki ingatan yang baik, selagi itu kelukaan akan menghantuinya. Rasanya, Mila telah cuba untuk menyuburkan cinta yang dibina lima tahun lalu. Hari-hari dilalui, Mila tak pernah lupa membajanya dengan rindu dendam. Air kasih disiram agar pohon cinta terus rendang berbunga. Tanpa disangka, cinta itu pergi. Dalam erat genggaman kasih Mila, rupanya ada tangan lain merebut cinta Mila dalam diam. Benar kata pepatah, sekali air bah, sekali pasir berubah. Hati manusia. Hari ini untuk kita, esok entah pada siapa. Lidah lembut tak bertulang. Sekali lafaz cinta seteguh tembok China. Waktu melafazkan, gigi lembut. Rela berkorban itu ini. Pendek kata, lautan api pun sanggup diseberang. Dugaan datang taklah sebesar mana, cinta terus beralih arah.

"Lautan api sanggup diseberangi? Hmmm… Cakap je lebih. Itupun sebab tak ada lautan api. Cuba kalau ada. Nampak lautan api pun tak berani nak dekat," Mila membebel sendirian dalam hati.

Pedih hatinya masih terasa. Mila sebak. Dia tahu kenapa Aqasyah berubah. Kalau benar cinta Aqasyah suci, takkan perkara pegang tangan dan batasan dalam tiap pertemuan pun dijadikan alas an untuk meninggalkan dirinya? Itulah silapnya orang zaman sekarang. Bila dah angkat seseorang tu sebagai kekasih, semuanya nak pegang, semuanya nak jadi hak milik dia. Hak milik kekal kononnya. Halal dan haram terus dilupakan. Si gadis pula, sanggup lakukan apa saja demi cinta katanya. Dosa pahala tidak lagi jadi agenda utama. Jika dihalusi, alas an Aqasyah tu tak masuk akal.

"Mila, hubungan kita cukuplah sampai di sini," Mila tergamam. Rahangnya ketat untuk berkata-kata. Dia beku seketika.
"Tapi kenapa?" Digagahi jua untuk berbicara.
"Kita tak serasi Mila. Apa yang I nak, you tak pernah bagi kan?"
"Apa yang Mila tak bagi?"
"Sebagai kekasih, I nak you tunjukkan kasih sayang youpada I. Setahu I Mila Sofia Hani seorang yang romantic. Tapi I tak pernah rasa itu semua,"
"Apa maksud you?"
"Kita tak serasi Mila, kita tak pernah jadi seperti pasangan kekasih yang lain. Kalau jumpa I pun, you still nak bawa kawan. Pegang tangan jauh sekali. Banyak sangat larangan. Tak boleh ke sana, tak boleh ke sini. Ikut I pergi majlis birthday kawanpun tak boleh. Tari –menari apatah lagi? I tak boleh sabar dah Mila, I bukan jenis lelaki yang macam tu. Itu semua cara lama. Kita sekarang dah maju Mila. Apa yang I tahu, you ni anak hartawan tapi I tak tahu kenapa you tak berfikiran terbuka. Kita orang elite, amalkanlah kehidupan elite tu…" Jelas Aqasyah panjang lebar.
"Cukup Syah! Mungkin sekrang you tak faham kenapa I buat semua ni! Suatu hari nanti… You akan faham. Kalau itulah sebabnya… I rela Syah. Rela ditinggalkan walaupun sukar untuk I terima semua ni," Kehidupan elite tu mestikah melanggar larangan agama? Perlukah ketepikan adat-resam yang menjadi pegangan nenek-moyang sejak sekian lama? Kitakan orang Melayu yang punya tatasusilanya. Jika kita mengagungkan budaya barat, siapa pula yang akan mengangkat keagungan budaya kita? Orang, kalau dah tak suka benda tak masuk akal pun jadi alasan. Mila pernah dengar khabar angin, desas-desus mengatakan Aqasyah semakin intim dengan pelajar baru di fakultinya. Housematenya sendiripun pernah beberapa kali terserempak dengan mereka, jalan berpegang tangan. Mila tidak melenting apabila Liza teman serumahnya menyampaikan berita tersebut. Mila tahu Liza mengambil berat tentangnya. Mila sendiripun merasakan ada perubahan pada Aqasyah. Dia tak seperti dulu. Jarang sekali menelefonnya kini. Mesejpun tidak. Kalau ditanya sepatah, sepatahlah jawabnya. Kemanisan dulu, hilang entah ke mana. Segalanya tawar, hambar.

"Tak apalah Mila, yang tumbuh pasti berganti. Pasti ada lelaki lain yang lebih baik dari dia untuk kau. Mujurlah sekarang dia buat hal. Kalau dia buat perangai bila dah kahwin nanti kan lebih parah," Kata-kata Erin memujuknya semalam sering kedengaran di cuping telinga.
"Aku nak tengok sikit sesetia mana perempuan yang ambil tempat kau tu? Betul ke hebat? Aku nak tengok, sampai bila dia orang tu mampu bertahan." Di samping kata-kata nasihat Erin yang kedengaran, kemarahan Ida juga sering terngiang-ngiang di benaknya bersilih ganti dengan kata semangat yang Erin bakarkan.

Ida baik, Tapi cepat melenting terutama, soal berkaitan dengan lelaki curang. Mungkin pengalaman ibunya yang digantung tak bertali oleh bapanya membuatkan Ida begitu emosional dalam hal-hal seumpama ini.
Ya, Allah telah janjikan bagaimana kita, begitulah pasangan kita. Mungkin Aqasyah bukan orang yang sesuai buatnya. Ah, perjalanan hidup ini masih jauh. 22 tahun, satu jangka masa yang singkat untuk mengukur kematangannya. Ya, aku baru 22 tahun, masih muda. Aku perlu teruskan hidup ini. Aku tak mahu jadi bodoh kerana cinta dan lelaki. Aku punya harga diri. Desis Mila sendiri.

"Aqasyah," Meluncur lagi nama itu dari bibir merah delimanya walau dia cuba untuk melupakannya.
"Syah, kenapa begini kesudahan kita?" Keluh Mila sayu.
"Alah, dia tu muka je hansem, bergaya, segaklah konon. Dulu masa nak kan kau, sanggup merayu-rayu kat kita orang suruh tolong. Walau apapun undang-undang yang dia kena ikut sanggup belaka. Bukan aku tak cakap dengan dia macam mana kau? Bila ada perempuan tergedik-gedik, boleh diusung ke sana ke mari, boleh pegang sana sini, berubah. Kalau ikut hati aku, mahu aje aku cekik-cekik dia. Tak cukup rasanya aku sembur dia tadi. Nasib baiklah dia buat hal kat kau, kalau kat aku… Sampai lubang cacingpun aku cari," Keluh Ida geram.
"Ish, sudahlah tu Ida, nak buat macam mana orang dah tak nak. Mila pun tak kurang hebatnya. Siapa tahu kalau dia dapat yang lebih hebat lagi lepas ni." Erin menenangkan Ida.
"Tulah, nama je ambil undang-undang ! Tapi hidup langsung tak de peraturan !" Itulah antara dialog Erin dan Ida yang masih diingati. Erin dan Ida adalah rakan sejak sekolah lagi. Mereka sering ersama. Tak sangka pula mereka akan terus bersama di pusat pengajian tinggi walaupun Ida tak sekursus dengan dia dan Erin. Hubungan dia dan Aqasyah juga bermula sejak di bangku sekolah.

Mila resah sendiri di meja tulisnya. Dua tiga buah buku dibuka. Dia cuba menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran tapi gagal. Pen di tangan diketuk perlahan pada meja. Wajah Aqasyah sering mengganggu. Suara menutur janji setia sering kedengaran. Mila buntu. Saat-saat begini, dia perlukan teman. Erin keluar dengan tunangnya. Ida pula menyertai rakan-rakannya ke KLCC. Bukan Ida tidak mengajaknya, tapi dia yang menolak. Rasanya mahu bersendirian. Tapi bila sendiri, bayangan Aqasyah makin kerap menjelma.

Mila menutup buku-bukunya lalu disusun. Mila menghampiri meja computer. Suiz computer ditekan. Mila setia menanti komputernya bersedia untuk digunakan. Sesekali matanya melilau ke sekeliling. Pandangannya jatuh ke dada jam yang tergantung pada dinding. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

"Mana Ida ni? Dah lambat ni, tidur kat rumah kawanlah tu, dahlah Erin balik ke rumahnya. Hmmm… nampaknya aku keseoranganlah malam ni." Getus Mila.

Mila terus membuka Microsoft word untuk menyiapkan kerjanya. Memikul tugas sebagai production manager, banyak benda yang perlu diuruskan, kalau tidak, penggambaran pasti tidak boleh dijalankan. Surat-menyurat berkaitan dengan kebenaran perlu ditulis dan dihantar segera. Mila tidak mahu bertangguh lagi tambah pula tugasan ini tugasan berkumpulan. Dia tidak mahu kerananya, markah rakan-rakannya merosot. Isnin nanti ada pembentangan proposal di dalam kelas. Mila tidak mahu membangkitkan kemarahan Encik Hakim, pensyarahnya. Dia tahu, kalau Encik Hakim marah, susah nanti.

Penggambaran filem pendek adalah suatu tugasan yang wajib diselesaikan bagi siswa yang mengambil jurusan seperti Mila. Mila dipilih oleh rakan-rakan sekumpulan untuk menjadi production manager. Segala urusan sebelum dan semasa shooting adalah atas tanggungjawab Mila. Malah, Mila juga bertanggungjawab untuk mencatat segala yang berlaku semasa shooting untuk postmoterm selepas shooting. Oleh itu, Mila mahu membuat persediaan awal. Masalah makan dan lokasi penggambaran sudah selesai. Sekarang dia mahu siapkan surat-surat berkenaan pengangkutan dan keselamatan. Jika tidak ada sebarang masalah dengan proposal yang akan dibentangkan nanti, Mila mahu menunjukkan surat-surat tersebut kepada Encik Hakim. Kalau semuanya berjalan lancer, Mila akan pos dan faxkan surat-surat tersebut dengan segera. Di samping itu, Mila mahu menyibukkan dirinya agar bayangan Aqasyah tidak terus menghantuinya. Dia mahu lupakan segala yang berlaku. Hatinya harus dirawat segera. Dia tidak ingin luka tertusuk belati perpisahan dari Aqasyah terus-terusan mengalir darahnya. Sibuk adalah penawar paling mujarab buatnya.

Jarum jam melepasi angka 12.00 pagi. Mila memasukkan dokumen yang telah diprint ke dalam fail yang akan dibawa sewaktu mesyuarat esok bersama ahli-ahli produksi lain. Fail biru diletakkan di meja. Mila merebahkan diri ke katil. Dia mahu melenyapkan segala kedukaannya bersama mimpi indah. Dia ingin memetik bintang di langit sebagai bayaran terhadap kedukaannya. Dia mahu menganyam awan gelap menjadi tabir untuknya melindungi diri dari hujan air mata. Dia mahu mengait bulan terang buat menyuluh dunia kelabunya bagi memudahkan ia keluar dari kekelabuan tersebut. Lama-kelamaan Mila hanyut dibuai kelenaan. Namun, lewat jam 3.00 pagi, Mila terjaga. Lantas, dia menuju ke bilik air dan berwudhuk. Mila bersyukur kerana diberi kediaman seselesa itu. IPT tempat pengajiannya membeli pangsapuri untuk dijadikan kampus kediaman pelajarnya. Sebuah rumah ada tiga bilik, ruang tamu, beranda, dua bilik air dan ruang dapur walaupun tidak dibenarkan memasak. Jadi, tidak bahaya untuk Mila bangun berwudhuk di tengah malam. Setelah selesai wudhuk, Mila menunaikan solat tahajud. Begitulah Mila apabila terjaga di tengah malam.

Selesai tahjud, Mila berteleku di dada sejadah sambil menadah kedua tangannya berdoa pada yang Esa semoga dia tabah menghadapi ranjau hidup ini. Titik-titik jernih berjuraian dari dua sungai matanya yang kuyu. Berbicara dengan pencipta dikala insan lain nyenyak melayari mimpi, terasa begitu mendamaikan, tenang sekali. Sebuah ketenangan yang tak bisa terungkap dengan kata-kata. Biar dia suburkan cintanya pada yang Esa. Biar air matanya membasuh titik hitam di hatinya. Biar diri dekat pada pencipta. Dia ingin nikmati cinta sebenar. Cinta yang tidak akan ternoda melainkan dia sendiri yang menodainya. Tangan diraup ke muka. Mila kembali ke katil. Dicubanya untuk melelapkan mata, gagal. Matanya semakin bugar.

Mila membuka jendela kaca biliknya. Dicarinya sang purnama. Cahayanya kelihatan suram. Bulan tidak mahu menyerlahkan serinya lalu berlindung di balik awan. Ia seakan turut berduka dengan apa yang menimpa Mila. Embun di hujung rumput pula seolah merintih hiba turut berkongsi kelukaan. Mila cuba mengira bintang di dada langit yang terbuka walaupun dia tahu, dia tidak mampu menghitungnya. Sayang, kerdip bintang juga tidak kelihatan. Hanya tompok awan hitam menjadi santapan matanya.
posted by Penulisan2u @ 3:17 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 24/9/09 12:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak sedap n tah boleh tahan...

     

  • At 24/9/09 12:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eh...dia nie! mana ada...sedap lah cerita dia nie..boleh tahan pulak tu...macam novel sesedap novel aku..hohoho

     

  • At 24/9/09 12:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu...gurau je lah...sedaplah cerita dia tapi... saya belum baca lagi...sory...maaf ye tadi...sedap sebenarnya...

     

  • At 29/11/09 4:37 PTG, Blogger ~Siti Fatimah~ said…

    jOin my bLog tO see my nOvel.Thankz :)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group