BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Ogos 06, 2009
Novel : Cinta Di Hati Ini 11
Nama Pena : Inua Itis

KEESOKAN harinya, Hafiz membuka mata perlahan-lahan setelah terjaga dari tidur. Bunyi yang agak riuh rendah telah mengganggu tidurnya yang lena pada pagi itu. Pagi? Mata Hafiz memandang ke luar tingkap. Cerah benar waktu pagi begini? Matanya terkebil-kebil tidak percaya.
Jam di dinding dikerlingnya, sudah pukul 11.45 pagi? Alamak! Lewat benar dia bangun. Dia risau sungguh memikirkan tanggapan ibu mentuanya terhadapnya nanti.
Baru saja pertama kali datang, sudah tunjukkan sikap tidak baik. Bau aroma kari telah membuatkan perut Hafiz berkeroncong. Mungkin bunyi riuh rendah tersebut datangnya dari dapur rumah itu.
"Haa..dah bangun? Lambatnye!" sapa Liyanna yang baru sahaja melangkah memasuki bilik tersebut. Hafiz hanya mengamati wajah isterinya itu dengan muka bersahaja.
"Siape suruh tak kejutkan saye.."
"Hello, encik Hafiz..awak kalo kat rumah sendiri tahu bangun awal sendiri, buat ape pulak saye nak sibuk-sibuk kejutkan awak kat sini?" ejek Liyanna sambil duduk di kerusi meja solek. Rambutnya yang basah disikatnya lembut. Mungkin baru selesai mandi.
Hafiz terpaku sebentar sambil mengamati kelakuan isterinya. Pertama kali dia melihat rambut Liyanna yang basah. Cantik! Hafiz merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini di dalam dadanya.
"Ape tengok-tengok?" jegil Liyanna sambil membuat mimik muka menyampah. Hafiz hanya tersengih melihat gelagat keanak-anakan isterinya itu.
"Saye tengok isteri saye laa..tak boleh ke?" ujar Hafiz pendek sambil mengukirkan senyum kecil.
"Tak boleh!"
"Kenape?" soal Hafiz. Matanya dikecilkan tanda sedang menantikan jawapan Liyanna.
"Tak boleh sebab saye tak suke!" cebik Liyanna sambil memalingkan mukanya ke arah cermin semula.
Dia memakai sedikit krim diwajahnya. Selepas itu wajahnya disapu sedikit bedak talkum "Johnson’s Baby". Sejak dulu lagi, dia memang tidak sukakan mekap berlebihan. Cukuplah sekadar begitu, sudah menyerlahkan keayuan wajahnya.
Hafiz terpegun melihat keayuan wajah isterinya yang semulajadi itu. Dadanya terasa berdebar-debar. Naluri lelakinya berkocak.
"Tapi saye suke…nak buat camne? Mata saye, suka hati saye la nak tengok ape pun.." usik Hafiz dengan pandangan nakal. Debaran didadanya cuba dibendung. Dia tersenyum ke arah Liyanna yang terkial-kial dek direnung tajam.
"Na..! Oo..Na! Meh hidangkan lauk kat meja makan..kejap lagi ajak suami Na tu makan.." kedengaran nyaring suara Mak Nab dari dapur sekaligus menyelamatkan keadaan tidak menentu dalam hati Liyanna sebentar tadi.
"Ye, mak! Na datang la ni.." jawab Liyanna seraya bangun keluar dari bilik tersebut menuju ke dapur.
Hafiz bingkas bangun mencapai tuala yang sudah tersedia di hujung kaki katil tersebut. Dia terus keluar dari bilik itu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Di dapur, Liyanna sedang sibuk menghidangkan lauk-pauk makanan tengah hari diatas meja makan. Tanpa disedarinya, Mak Nab sudah tercegat berdiri di sisinya.
"Eh, mak! Ingat siape tadi.." sengih Liyanna.
"Macam mane semalam?" tanya Mak Nab dengan gaya bersahaja. Liyanna terkejut dengan soalan ibunya lalu menumpahkan pandangannya ke wajah Mak Nab. Dahinya berkerut-kerut.
"Semalam? Kenape mak tanye camtu?" debaran didada Liyanna siapalah yang tahu! Dibuatnya Mak Nab bertanya soalan yang tidak sepatutnya pula selepas ini, habislah! Apa jawapan yang patut diberikan nanti?
"Takde ape-ape la..mak cume pelik kenape Na taknak bukak pintu semalam..mak ketuk bukan main lagi, macam nak runtuh pintu bilik tu..takkan tak sedar?" bebel Mak Nab sambil tangannya pantas menyendukkan nasi ke dalam mangkuk besar untuk dihidang bersama lauk-pauk di meja makan.
"Err..mane Na tahu! Na dah tido la time tu, mak.." Liyanna cuba menyembunyikan perasaan menggelabahnya semalam.
"Ala..macam mak tak kenal dengan anak mak..dah 20 tahun lebih mak kenal Na.." ujar Mak Nab dengan pandangan penuh kasih terhadap Liyanna.
"Err..mak..mane Ayin dengan Arin?" Liyanna cuba mengalihkan topik perbualan mereka dengan bertanyakan tentang dua orang adik kembarnya.
Mak Nab kelihatan menggeleng-geleng lemah. Dia tahu Liyanna cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Tangan Liyanna dicapainya lalu dielus-elus dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum manis buat anaknya itu.
"Mak tak tahu ape masalah Na dengan suami Na tu..tapi..mak nak pesan satu aje..ingat yang dia tu suami Na..syurga Na, bawah tapak kaki dia..bukan bawah telapak kaki mak dah..mak dah tak ade hak atas Na..mak harap, ape-ape masalah pun, Na selesaikan cara baik dengan suami Na..mak tak mahu Na layan dia macam semalam..kesian betul mak tengok dia.." pesan Mak Nab panjang lebar. Wajah anaknya direnung penuh harapan supaya anaknya itu memahami maksud kata-katanya.
Liyanna hanya mengangguk lemah. Dia faham maksud kata-kata ibunya itu namun dalam hatinya siapalah yang tahu betapa dia menderita. Mak Nab tidak akan memahami perasaannya yang memiliki suami yang mencintai gadis lain.
Liyanna nampak cinta yang menyala-nyala dimata Hafiz ketika suaminya itu memandang Ika tempoh hari. Sejak dari itu, hati Liyanna bagai disiat-siat apabila terkenangkan wajah suaminya yang penuh kasih untuk gadis lain.
Entah mengapa dia harus berperasaan begitu, dia pun tidak tahu. Sedangkan dia sendiri yang tidak mahu memberikan peluang untuk lelaki itu cuba mendekati dirinya. Cinta? Sayang? Untuk apa? Lelaki itu bukan milikku sejak dari awal lagi..hatinya hanya ada Ika..sayu rintihan hati Liyanna.
"Akak! Mengelamun panjang nampak?" sapa Arin dari belakang Liyanna membuatkan lamunannya terhenti. Hampir terjatuh senduk dari tangan Liyanna. Dia mengurut-urut dadanya yang sudah berombak kencang.
"Hishhh! Budak ni.." marah Liyanna sambil membuat gaya seperti mahu menampar adiknya itu yang sedang mengekeh ketawa di sebelahnya.
Ayin kelihatan tersengih disebelah Arin yang masih terkekeh-kekeh ketawa. ‘Dah datang dah dua ekor beruk ni!’ ngomel Liyanna dalam hatinya. Geram sungguh dia dengan sikap adik-adiknya itu.
"Dah la…ape ni kaco orang? Ketawa tu mengalahkan beruk Pak Man kat sebelah rumah tu.." bebel Liyanna sambil mengangkat penampar untuk menggugut adiknya supaya diam.
"Arin, Ayin..dah la jangan kaco kakak korang tu..biar dia buat keje dia dulu.." suara Mak Nab kedengaran tegas membuatkan Arin terus terdiam. Ayin masih tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Ala, mak ni..asal Kak Na balik aje, mak manjekan dia.." Arin membuat suara orang merajuk. Ayin hanya mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Arin.
"A’ah la, mak..Ayin pun rase mak manjekan sangat Kak Na..huh mane aci camni!" cebik Ayin sambil memeluk lengan Arin tanda mereka berdua memprotes Mak Nab.
"Kau orang berdua ni ade-ade aje la..mak bukannye manjekan kakak korang ni, cume dia dah lame tak balik..ape salahnye mak layan dia baik sikit..korang tu hari-hari mak dah layan baik-baik.." senyum Mak Nab lalu menggeleng-geleng. Lucu dengan keletah dua orang anak kembarnya itu.
Arin dan Ayin sudah tersengih-sengih memandang wajah Liyanna. Ketawa mereka berderai akhirnya. Liyanna tidak tahan geli hatinya melihat gelagat adik beradik kembarnya itu yang tadinya termanggu-manggu.
"Bile nak makan ni, mak? Arin dah lapar la..Ayin pun lapar kan?" rengek Arin sambill mengusap-usap perutnya yang berkeroncong dari tadi. Ayin disebelahnya hanya mengangguk laju.
"Dah la..pergi buatkan air lagi bagus..kejap lagi abang ipar korang bangun, kite makan same-same..umur dah 16 tahun pun perangai macam budak-budak lagi.." Mak Nab mengomel-ngomel sambil menggeleng kepalanya.


"ABANG Hafiz cuti lame ke?" ringan betul mulut Arin memulakan bicara dengan abang iparnya ketika mereka sekeluarga makan bersama tengah hari itu.
"Tiga hari aje..ni dah masuk hari kedua..ade lagi sehari la.." jawab Hafiz lalu tersenyum. Arin kelihatan mengangguk-angguk.
"Abang Hafiz kenape datang sini asing-asing dengan Kak Na? Tak datang sekali?" soalan cepu mas itu pula ditujukan oleh Ayin yang dari tadi mendiamkan diri. Hampir tersembur nasi yang sedang dikunyah oleh Hafiz dan Liyanna.
Hafiz dan Liyanna berpandangan sesama sendiri. Mereka terkebil-kebil sambil memikirkan jawapan terbaik bagi soalan itu. Jawapan yang sememangnya bukan jawapan yang sebenar!
Mak Nab memandang wajah Liyanna, silih berganti dengan wajah menantunya. Dia tahu mereka berdua mempunyai masalah untuk menjawab soalan cepu mas dari Ayin itu.
"Abang korang ni telefon mak dah mase Kak Na sampai sini dulu hari tu..dia cakap dia datang esok harinye sebab ade keje..kenape la korang ni sibuk sangat hal orang tua-tua ni?" jelas Mak Nab bagi pihak Liyanna dan Hafiz. Mereka berdua menarik nafas lega.
"Ala, Ayin tanye abang Hafiz la mak..bukannye kita orang nak sibuk-sibuk..tapi prihatin la mak..kan Kak Rin?"
"A’ah..kita orang prihatin ngan Kak Na.." sengih Arin diikuti oleh Ayin yang turut tersengih.
"Prihatin la sangat.." ejek Mak Nab dengan ketawa kecil. Dia tahu anak-anak kembarnya itu sengaja menanya soalan cepu mas tersebut memandangkan Liyanna tidak menjawab pertanyaan mereka tentang abang ipar mereka pada hari Liyanna sampai ke kampung hari itu.
Kembar dua beradik itu memang nakal sejak kecil lagi. Selalu mengenakan kakak mereka. Namun hubungan mereka adik beradik tetap rapat, bagaikan air yang dicincang tidak akan putus.
"Kak Na, esok ikut abang Hafiz balik ke?" soal Arin setelah mendapati suasana tiba-tiba menjadi hening sebentar tadi.
"Err..tengok la dulu!" getus Liyanna teragak-agak. Muka bodohnya tergambar.
"Tengok dulu?" serentak suara adik-adik kembarnya bertanya. Liyanna menjadi gelisah.
"Takpe Arin, Ayin..Kak Na korang akan ikut abang balik esok!" jawab Hafiz spontan setelah mendapati isterinya sedang dalam keresahan. Mata Liyanna membulat saat terdengar jawapan dari mulut Hafiz itu.
Hafiz tidak menyedari yang Liyanna sedang menghadiahkan sebuah renungan tajam yang bagaikan mahu membaham suaminya itu. ‘Amboi! Bile aku cakap nak ikut dia balik?’ gumam Liyanna dalam hatinya. Selebihnya dia sakit hati dan geram dengan Hafiz..

------------------------------------------------------

MAK Nab sudah berdiri terpacak dipintu rumahnya petang itu menghantar anak dan menantunya yang ingin pulang ke Kuala Lumpur. Hafiz keluar dahulu diikuti oleh Liyanna. Mereka menjinjit beg pakaian lalu memasukkan ke dalam kereta.
"Saye balik dulu, mak.." ujar Hafiz seraya menyalami dan mencium tangan ibu mentuanya dengan penuh rasa hormat. Mak Nab mengusap-usap kepala Hafiz apabila terasa lama sekali tangannya dicium oleh menantunya itu.
Kini giliran Liyanna pula menyalami dan mencium tangan ibunya yang amat dikasihi olehnya itu. Entah mengapa dia merasakan sebak didadanya sudah tidak dapat dibendung lalu airmatanya mengalir jua.
Belum puas lagi dia bersama ibunya, dia sudah terpaksa pulang mengikuti suaminya. Cutinya juga masih tinggal tiga hari. Dia memang sengaja mengambil cuti yang agak panjang untuk bersama keluarga di kampung bagi melepaskan kerinduan.
Dan yang penting, untuk menenangkan fikiran dari masalah rumah tangganya. Dia tidak menyangka yang dia terpaksa pulang awal dari jangkaannya.
"Mak..jage diri elok-elok tau..Arin, Ayin..jage mak..jangan biar mak buat keje teruk-teruk sangat tau?" airmatanya diseka lemah. Wajah ibu dan adik-adik tersayang direnung dalam-dalam.
"Jangan sedih..nanti datang lagi dengan suami Na.." Mak Nab terus memeluk tubuh Liyanna dengan erat. Liyanna sudah terhenjut-henjut menahan esak tangisnya. Pelukan dilepaskan oleh Mak Nab perlahan-lahan.
Hafiz yang memerhati turut merasa sayu dengan kelakuan dua beranak itu. Dia berasa bersalah pula kerana mengajak Liyanna pulang awal bersamanya.
"Kalo Yanna nak duduk sini lagi..tak ape la.." kata Hafiz apabila dilihatnya Liyanna sedang teresak-esak menahan tangisan.
"Betul ke?" mata Liyanna bersinar-sinar saat terdengar kata-kata Hafiz.
"Takyah la..Na ikut la Hafiz balik..ala, bukannye Na dah tak datang lagi lepas ni, kan?" Mak Nab bersuara pula dengan pantas. Wajah Liyanna yang tadinya seakan ceria, bertukar muram semula.
"Na..ingat pesan mak semalam.." ujar Mak Nab lagi mengingatkan tentang pesanannya kepada Liyanna di dapur kelmarin. Liyanna kelihatan terangguk-angguk lemah.
Hafiz berjalan dengan rasa tidak menentu apabila dilihatnya Liyanna seakan-akan terpaksa mengikutinya. Liyanna lalu berjalan membontoti Hafiz menaiki kereta apabila pintu kereta telah dibukakan untuknya oleh Hafiz.
Mak Nab kelihatan melambai-lambaikan tangannya kepada Hafiz dan Liyanna ketika kereta mereka sudah mula bergerak meninggalkan kawasan rumah milik Mak Nab itu. Arin dan Ayin juga tersenyum menghantar kakak mereka pulang sehinggalah kelibat kereta yang dinaiki kakak mereka hilang dari pandangan.
Di dalam kereta, Liyanna membatukan diri. Esakannya masih berbaki membuatkan Hafiz tidak senang duduk mendengarnya. Sesekali, ekor mata Hafiz mencuri pandang wajah sendu isterinya disebelah.
"Awak okey?" soal Hafiz memecah keheningan suasana sedari tadi. Tiada jawapan. Ingin dipandang wajah Hafiz juga dia tidak mahu.
Hafiz bertambah tidak senang duduk lalu dengan spontan dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Bahu Liyanna digenggam olehnya lalu dia membalikkan tubuh Liyanna agar menentangnya. Wajah Liyanna hanya tunduk. Hafiz memegang dagu Liyanna lalu didongakkan.
"Awak okey ke?" soal Hafiz lagi apabila mata Liyanna memandang sayu ke matanya. Liyanna segera melarikan anak matanya dari memandang wajah Hafiz di hadapannya.
"Saye tanye ni, awak okey ke?" keras suara Hafiz kali ini. Dia geram dengan sikap Liyanna yang hanya mendiamkan diri.
"Saye okey.." jawab Liyanna sambil meleraikan pegangan tangan Hafiz di bahunya. Dia rimas diperlakukan begitu.
Wajahnya dipalingkan ke hadapan kembali. Matanya sembab. Semalaman dia menangis sebenarnya tanpa langsung disedari oleh Hafiz.
Biarlah dia menangis sendirian. Usah dihiraukan dirinya. Untuk apa dia menangis seteruk ini, dia pun tidak pasti. Kerana terpaksa berpisah dengan ibunya?
Mungkin juga, tetapi bagai terdapat satu lagi perasaan lain yang membuatkan dia berasa sebak. Tapi apa? Apa yang membuatkan dirinya menangis seteruk ini?
Liyanna kehilangan punca mengapa dia harus mengalirkan airmata begini. Mungkin kerana dia merajuk dengan Hafiz kerana telah membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya.
Atau mungkin dia tidak sanggup lagi untuk menyaksikan kemesraan Ika dengan suaminya selepas mereka pulang ke KL nanti. Dia tahu, suaminya itu pasti akan bersama Ika jua akhirnya dan pasti terus membuangnya dari hidup.
"Kalo awak okey..awak takkan menangis camni!" dengus Hafiz. Dia cemas dengan keadaan isterinya.
"Saye cakap, saye okey..cume rindukan mak aje..teruskan perjalanan..saye nak tido kejap..awak kejutkan saye nanti, ok?" ujar Liyanna lalu memejamkan matanya tanpa menghiraukan Hafiz yang kelihatan risau.
Hafiz meneruskan pemanduannya ke Kuala Lumpur. Sesekali dia menoleh melihat Liyanna yang sedang memejamkan mata. Betulkah dia telah lena dibuai mimpi? Atau dia masih sedang memendam rasa?
Rasa bersalahnya begitu bertapak dihati apabila melihat isterinya. Dia tahu Liyanna terasa dengannya kerana mengajak isterinya itu balik tanpa berbincang.
Setelah dua jam perjalanan dari kampung Liyanna yang terletak di Melaka, mereka tiba dengan selamat di rumah mereka di Kuala Lumpur. Hafiz terus memarkirkan kereta di porch lalu mematikan enjin keretanya.
Wajah Liyanna yang sedang lena disebelahnya ditatap sayu. Lama dia menatap wajah ayu isterinya itu. Tiba-tiba Liyanna membuka matanya apabila terasa seperti kenderaan sudah berhenti. Pandangannya bertaut dengan renungan mata Hafiz.
Dia kaget dengan suasana itu. Suasana dirasakan begitu hening dengan pandangan penuh romantis suaminya itu telah membuatkan Liyanna seperti cacing kepanasan. Debaran didadanya terasa menggila.
"Dah bangun, eh? Jom masuk rumah.." tegur Hafiz lembut. Senyuman lelaki itu terukir indah buat isteri yang makin disenanginya itu.
Liyanna masih mendiamkan dirinya lalu memalingkan wajah dari terus dijamah oleh renungan Hafiz. Dia turun dari kereta tanpa mempedulikan suaminya.
"Yanna! Yanna..I’m so sorry..saye tau saye bersalah..please forgive me.." ujar Hafiz separuh merayu. Dia masih berada di dalam kereta waktu itu.
"Please, Yanna..say something!" pujuk Hafiz lagi. Kali ini dia sudah turun dari keretanya sambil berjalan menghampiri tubuh Liyanna yang sedang berdiri tidak jauh dari kereta.
"I don’t have anything to say..saye tak salahkan awak pun, ok?" jawab Liyanna lemah. Egonya telah membuatkan dia jadi begitu. Selebihnya dia pun tidak tahu apakah yang telah merasuknya..
Langkah terus dihayun ke dalam perut rumah meninggalkan Hafiz yang termanggu-manggu keseorangan dalam perasaan bersalahnya.


HAFIZ termenung seorang diri di ruang tamu pada malam itu. Liyanna seperti biasa akan turun menyediakan makan malam, tetapi selepas itu dia akan naik semula ke biliknya dan mengurung dirinya dalam bilik.
Hafiz sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hendak meminta maaf, sudah berjuta kali rasanya dia meminta maaf tetapi langsung tidak dilayan. Buntu benar pemikirannya ketika ini.
Tiba-tiba Hafiz terdengar daun pintu dikuak. Dia memanjangkan lehernya memandang ke tingkat atas. Hafiz menunggu dengan sabar, mungkin isterinya akan turun.
Kelibat Liyanna yang sedang menuruni anak tangga kelihatan selepas itu. Isterinya itu terus menuju ke dapur tanpa mempedulikan Hafiz yang sedang tercangak di ruang tamu. Bagaikan Hafiz tidak wujud sama sekali di rumah itu, begitulah perlakuan Liyanna yang membuatkan Hafiz geram seorang diri.
Tidak lama kemudian, Liyanna keluar dari ruang dapur itu dengan membawa dua cawan minuman lalu menuju ke arah Hafiz yang masih tercangak di ruang tamu.
Wajah Hafiz sudah berubah ceria, dia menyangkakan yang Liyanna ingin berbaik-baik semula dengannya. Dia sangka yang Liyanna ingin melepak bersamanya sambil menonton tv.
Tanpa berkata apa-apa dan tanpa memandang wajah suaminya, Liyanna meletakkan secawan Nescafe di atas meja berhadapan Hafiz dan terus melangkah ingin meninggalkan ruang tamu itu untuk naik ke biliknya semula. Tangannya memegang secawan lagi minuman untuknya.
Wajah Hafiz terus berubah. Ternyata sangkaannya meleset. Dia sudah tidak dapat membendung rasa hatinya lalu bergegas menghampiri Liyanna. Dia menarik lengan Liyanna sehinggakan hampir tumpah minuman yang sedang dipegang oleh isterinya itu.
"Ape ni??!" Liyanna terjerit kecil. Matanya bulat memandang Hafiz.
"Kenape awak layan saye camni? Janji nak kawan dengan saye?" soal Hafiz dengan nafas yang naik turun. Mukanya merah padam. Marah benar dia dengan perangai isterinya itu.
Liyanna menjadi takut melihat wajah Hafiz yang tiba-tiba berubah bengis itu. Airmata sudah bergenang di kolam matanya.
"Lepas la, Fiz! Saye nak rehat kat bilik!"
"Bagitau saye kenape! Ape salah saye?" desak Hafiz. Genggaman tangan Hafiz dilengan Liyanna semakin kuat.
"Fiz, sakitlah..please let me go.." Liyanna sudah separuh merayu. Wajah Hafiz dipandangnya sayu.
"Please let me know..ape salah saye?" Hafiz masih tidak mahu melepaskan Liyanna.
"Awak takde salah ape-ape.." jawab Liyanna. Wajahnya berkerut-kerut.
"Let me know the truth!" desak Hafiz lagi. Tiba-tiba..
"Saye nak lepaskan awak..saye tau awak masih sayangkan Ika! Saye relakan kalo awak nak lepaskan saye untuk bersame dia!" jelas Liyanna lalu airmatanya mengalir laju menuruni pipi gebunya. Lepas sudah bebanan yang tertanggung didadanya.
Hafiz terkedu dan terkesima mendengar kata-kata Liyanna. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah didengari olehnya. Bagaimana Liyanna boleh berfikir begitu sedangkan dia sudah mencuba sedaya-upayanya untuk meneruskan kehidupan dengan isterinya itu?
Betapa dia mencuba untuk membahagiakan Liyanna dan juga mencuba untuk melupakan Ika? Sehingga hampir-hampir dia dapat melupakan Ika, Liyanna pula berpendapat begini?
Jauh disudut hatinya, dia berasa sangat kecewa dengan tanggapan isterinya itu yang langsung tidak menghargai usahanya untuk memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.
Hafiz lantas melepaskan Liyanna perlahan-lahan. Wajahnya berubah kecewa. Dia terus berjalan lemah ke sofa lalu terduduk disitu. Sesekali dia menggeleng-geleng kepalanya lemah. Kesedihan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah lelaki itu.
Liyanna melontarkan pandangannya kepada Hafiz yang sedang duduk membelakanginya. Lama juga dia merenung suaminya itu lalu langkahnya di hayun perlahan-lahan untuk naik ke biliknya. Jiwanya terasa kosong. Wajah Hafiz yang berubah kecewa tergambar diruang mata Liyanna.
Mengapakah lelaki itu perlu berwajah begitu? Tidak bahagiakah dia apabila mendengarkan kata-kataku tadi bahawa aku merelakan dia bersama Ika? Atau..adakah aku tersilap kata?
Ah, tidak mungkin aku tersilap kata. Berbahagialah dengan Ika, Fiz..Yanna merelakan segalanya..hati kecil Liyanna berbisik sayu. Selebihnya, airmata sahaja yang akan setia menemani tidurnya pada malam ini dan juga hari-hari seterusnya.
posted by Penulisan2u @ 4:53 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 6/8/09 9:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lme sungguh nki tggu smbungannye...
    writer bz ek?
    pasni cpt cket upload smbungannye k...
    sbb cter ni best...huhu...

     

  • At 10/8/09 5:01 PTG, Blogger ღAuni_Amauniღ said…

    salam..
    hmm..pelik jugak sape yg update cite ni kat cni..
    as i said b4 dis,cite ni da di stopkan di p2u sbb xde sambutan..^^ sowie..
    erm..if ada yg nak bace lagi smbungannye,leh masuk blog sy..
    http://arminua.blogspot.com
    mekaseh..

     

  • At 21/8/09 10:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saye dah masuk blog tu.. tp x jumpa ar...cari camne???

     

  • At 9/9/09 9:49 PTG, Anonymous saito said…

    tapi kat ur blog,citer ni antara yg paling org ske pe?

     

  • At 14/10/09 3:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mcm ne nak cr, sy x jump pon kt blog awak

     

  • At 11/11/10 6:07 PG, Blogger .. said…

    tak dapat masuk blog awak laaa....sbb sy bkn invited readers,,,,mcm mana tu???sy nak bc crita ni pai ending..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group