Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tepat pukul 8.00 malam, Fadhil menelefon Ayu. Memberitahu ketibaannya. Aku merapikan tudung buat kali terakhir. Fikiranku disapa kenangan sewaktu terserempak dengan Hafiz di Pekan Nanas sewaktu aku di tingkatan 5. Aku tersenyum sendiri.
"Ika!" Aku tersentak. Wajah Ayu di pintu aku pandang. "Kau dok tersengih sorang-sorang kenapa?" Aku terkelu. Ah! Ayu perasan? Malunya... Aku mengambil purse dan handset sebelum melangkah ke arah pintu. "Jom."
Sepanjang perjalan ke Taman U, hanya suara Fadhil dengan Ayu yang memenuhi ruang udara di dalam kereta. Aku memerhatikan lampu-lampu sepanjang perjalanan ke Taman U. Sesekali, Fadhil cuba untuk berbual denganku. Namun, aku hanya mematikan diri dan Ayulah yang menjadi assistant aku untuk menjawab soalannya. Haha... Kesian Ayu.
Fadhil memakirkan kereta di petak kosong yang disediakan Jaya Jusco. Melihatkan jumlah kenderaan, aku yakin ramai orang di dalam. Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kami melangkah masuk ke dalam Jaya Jusco.
"Kau nak belanja kitorang dekat mana?" Ayu bersuara. Fadhil menoleh ke arahku. Aik? Ayu tanya kau, yang kau tengok aku buat apa? "Awak nak makan dekat mana Nurul?" soalnya lembut. Aku mengerutkan dahi. Nurul? Lantak engkau lah! Aku hanya menjungkitkan bahu sebagai jawapan. Melihatkan reaksiku, Ayu terus menyampuk. "Kau yang nak belanja kitorang, kaulah decide nak makan dekat mana." Fadhil melilaukan pandangan ke sekitar bangunan. "Makan sushi nak?" "Sushi?" Pertama kali aku membuka mulut. Fadhil terangguk-angguk. "Tak naklah. Aku tekak sambal belacan. Bukannya tekak ikan mentah," bantahku. Fadhil dah ketawa. Ayu tersengih-sengih melihat aku. "Tahu. Saja nak kenakan awak. Kita makan dekat Secret Recipe lah ye?" saran Fadhil dengan senyuman meleret. Ceh! Dah tahu buat-buat tak tahu pulak! Mesti Ayu yang cakap dengan mamat ni. Kalau tak, dari mana dia dapat tahu.
Kami melangkah masuk ke Secret Recipe. Aku hanya mengikut sahaja apa yang dipesan Fadhil. Sesekali Ayu turut sama memilih. Mataku ligat memerhatikan hiasan dalaman kedai ini.
"Nurul Atiqah!" Pantas aku menghalakan pandangan kepada insan yang duduk berhadapan dengan Ayu. "Jauh menung. Ingatkan siapa?" Ayu tersengih-sengih memandangku. Aku mengetap bibir. Macam mana boleh leka sangat? Walhal aku bukannya fikirkan apa-apa. Terasa panas pipi apabila ditegur Fadhil. "Hai... Abang sayang dekat Sarawak. Tak senang duduklah tu. Entah-entah tengah menunggu panggilan yang tak kunjung tiba..." giat Ayu.
Pantas aku menyiku rusuknya. Geram. Fadhil hanya tersenyum melihat aku. Kami terdiam sewaktu makanan yang dipesan tiba. Sebaik sahaja pelayan pergi, Fadhil kembali bersuara.
"Abang sayang dia orang Sarawak ke, Ayu?" Fadhil sudah mula mengorek rahsia aku. "Abang sayang dia orang Ipoh. Belajar kat Unimas. Bakal engineer you!" ujar Ayu sambil menayangkan muka tak bersalah. Sudu di tangan disuakan ke mulut. Namun belum pun sempat tiba ke destinasi, laju tanganku mencubit paha Ayu. Ayu mengaduh. "Kenapa?" "Ada ketam kat sebelah aku. Marahlah tu. Aku cerita pasal abang sayang dia." Sekali lagi aku menyiku rusuk kiri Ayu. Fadhil hanya ketawa melihatkan gelagat aku. "Hai... Melepaslah aku ye, Ayu. Dah ada orang yang punya rupa-rupanya. Bakal engineer pulak tu. Manalah nak pandang orang macam kita ni," selamba Fadhil menutur kata. Namun daripada riak wajahnya, nampak dia hanya bergurau. Aku hanya mampu menggeleng sambil mengunyah. "Mana ada macam tu. Tak kisahlah engineer ke... buruh ke... semua saya kawan," jelasku. Karang ada dia ingat aku ni memilih sangat pulak. Erk? Aku terbahasa diri saya-awaklah pulak. Aduh! "Yeke?" soal Fadhil tak percaya. "Ye..." "Dengan saya awak macam tak sudi je nak berkawan. Asal saya tanya je, mesti Ayu yang jawab," rungut Fadhil. Aku memandang Ayu. Sama-sama kami tersenyum. "Bukan tak nak kawanlah. Dah awak yang tak pernah berbual dengan saya." Fadhil mengangkat kening sebelah. "Mana ada. Saya pernah sekali saya try nak berbual. Tapi awak buat tak tahu je." Aku terpinga-pinga. "Iya ke? Bila ye?"
Belum pun sempat Fadhil menjawab handset aku berbunyi. Pantas aku mengeluarkannya daripada beg. Nama yang terpapar di skrin membuatkan aku tersenyum sendiri. Baru bercerita pasal dia dah muncul.
"Excuse me," ujarku kepada mereka berdua. Ayu dengan Fadhil meneruskan perbualan. "Hello. Assalamualaikum." Salam Hafiz aku jawab perlahan. "Tengah buat apa?" soalku apabila mendengarkan suara orang bercakap di sebelah sana. "Tengah rehearsal lah yang. Buat apa lagi. Boringlah. Ika tengah buat apa?" Aku tersenyum malu mendengarkan kata-katanya. "Oh. Ika dengan Ayu ni. Kat Jusco. Jalan-jalan." "Jalan?" soalnya pelik. "Jarang Ika keluar malam? Naik apa? Skuter? Kenapa Ika keluar? Penting sangat ke?" soalnya bertalu-talu. Aku tergelak perlahan. Hafiz... Hafiz... "Saja je. Erm. Ayu ajak teman. Naik kereta member." "Ika..." Diam. "Wait. Abang dengar suara lelaki. Betul ke Ika dengan Ayu ni? Ke Ika dengan lelaki mana entah? Ika... Baik Ika cakap betul-betul." Geram rasa hati apabila Hafiz seolah-olah tak mempercayai aku. Hai. Sabar... "Abang. Betul Ika keluar dengan Ayu."
"Ika? Lama lagi?" soal Fadhil sedikit kuat. Aduh. Habislah. Ada Hafiz fikir yang bukan-bukan nanti. "Ika? Siapa yang cakap dengan Ika tu? Takkan suara Ayu garau sangat kot?" sindirnya. Aku menarik nafas perlahan. Hai, kalaulah Hafiz ni kat depan aku! "Abang! Could you please stop it? Okay. I admit. Memang ada lelaki. Fadhil. Classmate Ika. Ayu pun ada sekali ni. Fadhil nak belanja makan. Is everything clear?" Hafiz hanya mendengus marah. "Kenapa tiba-tiba nak ajak makan? Ni mesti ada apa-apa ni. Ika? Malam-malam keluar dengan orang. Lelaki pulak tu?"
Aku mengetap bibir. Apahal Hafiz ni? Sengaja nak buat aku marah ni kenapa? Walhal bukannya ini kali pertama aku keluar dengan lelaki. Okay fine. Memanglah ada keluar. Group discussion ke. Apa ke. Keluar sebab makan bertiga ni kali pertamalah.
"Abang ni kenapa hah? Sejak bila abang tak percayakan Ika? Come on lah. Kita bukan baru sehari dua kenal, bang. Plus, Ika bukan Ilya tau yang abang nak control serba-serbi," nadaku sedikit meninggi. Hafiz terdiam. "Okay. Ni tengah makanlah ni? Sudahlah. Pergilah makan." Talian mati tanpa pamitan. Aku mengeluh. Hafiz...
thanx for keep supporting me. do drop your comment ya. I really2 appreciate it. tq.
best nye cte ni... x sabar nak tgu smbungan nye... hope, jgn lame sgt...... hehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
thanx for reading...
guys yg masih tanya bout my blog,
tengok kt previous post kat bhgian komen. insya Allah ada..